Kecantikan Seorang Wanita

Share on Tumblr
Kecantikan seorang wanita bukannya terletak pada KOSMETIK atau MATEMATIKNYA ? Tapi kecantikan seorang wanita boleh dilihat melalui CARA TUTURANNYA dan CARA Berkomunikasi dengan orang tuanya...

Kecantikan Seorang Wanita
Kecantikan Seorang Wanita
Wahai wanita! Terimalah nasihat ini sebagai makanan kecantikan tambahan. Semoga diri yang cantik akan bertambah cantik hingga memiliki kecantikan kekal abadi:

·        Jadikan diri seperti sepohon kurma. Iaitu apabila dilempar dengan batu ia menjatuhkan buahnya. Tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberi manfaat kepada sekalian manusia.

·        Basahkan bibir dengan ucapan zikir, bentuklah pandangan sebagai satu pengajaran dan berdiam diri adalah untuk berfi kir pada sesuatu yang baik sahaja.Berdiam diri bukan bermaksud sombong atau meninggi diri tetapi kerana melatih lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati pendengar lantas men- cipta dosa yang tidak disedari.

Kecantikan Seorang Wanita

·        Ketika berdiam diri, saat itulah kita mendapat ke- tenangan dan kedamaian. Tercurah segala pujian yang baik-baik dari hati yang ikhlas. Juga ALLAH S.W.T akan menjauhkan kita daripada kesempitan, bayangan ketakutan dan gumpalan kekeruhan.

·         Tidurlah berbantalkan curahan doa, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepada kita. Saat itulah kita mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada harta, kad kredit, kereta, rumah mahupun kepada kasihnya seorang manusia, namun kepada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, tetapi kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

·        Jadilah seorang wanita yang bermaruah dan punya kedudukan tinggi di sisi TUHANnya. Nama nya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat dan berjaya memperoleh cinta yang teragung, iaitu cinta Ya Rabb lantas jadilah wanita paling bahagia di dunia.
Kecantikan Seorang Wanita

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ya betul...jd lah wanita yang berakhlak... x rugi pon....

Tanpa Nama berkata...

kecantikkan sebenar wanita terletak di dalam hati...wahai nisa' jdilah diri ini sbgai wanita yg berakhlak mulia,lemah-lembut dan sentiasa d sukai oleh ramai org d sekeliling kita..insya-allah.. pasti Si Dya juga menyayangi kita..andai kita mampu menjg kecantikkan kita...mmg x rugi..malah kita akn terpelihara oleh-Nya.. Insya-Allah.. Ya Allah jgalah diriku ini agar aku menjadi seorg an-nisa' yg d hormati lagi d sayangi.. Amin... An-nisa' jglah kecantikkan mu... Kerana dirimu begitu berharga..

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.