Masalah kekasih cerewet

Share on Tumblr
Saya sedang menyambung pelajaran di universiti dan mempunyai teman lelaki sebaya. Masalahnya, dia banyak meletakkan syarat dalam perhubungan kami. Contohnya, saya tidak boleh berkawan dengan orang lain.

Selain itu, saya mesti memakai pakaian yang disukainya. Banyak lagi perkara lain yang dia letakkan syarat.

Kadangkala saya rasa kekasih itu terlalu cerewet. Saya sayangkan dia tapi tidak suka dengan sikapnya yang asyik meletakkan syarat. Saya juga takut jodoh kami tidak lama.

Jawapan:
Meletakkan syarat antara bibit halangan kepada cinta. Kata cinta iaitu 'permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya' ada kebenarannya.

Jika kekasih benar-benar ikhlas, dia perlu berkorban dan membantu orang yang disayangi dalam melakukan kebaikan dalam kehidupan.

Selagi tingkah laku adik tidak melanggar larangan agama dan tatasusila kehidupan, terlalu bersyarat dalam bercinta membina dinding dalam perhubu-ngan.

Adik perlu jadi seperti yang adik inginkan kerana adik hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan perkara yang ingin dilakukan. Berbincang secara baik dengan teman lelaki mengenai perkara ini.

Soal jodoh, ia ketentuan Tuhan. Kalau ada jodoh akan bertemu jua. Bak kata pepatah, asam di darat ikan di laut, dalam belanga bertemu jua.


Oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon
Masalah kekasih cerewet

3 Komen:

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) berkata...

sungguh menarik dan cukup bermanafaat dan perlu di ikuti..

Tanpa Nama berkata...

tak mengapa la berjumpa dgn owg bleh bwak brbincang, masalah ny brjumpa dgn owg yg kena ikut cakap dy jaaaaaa mcam mna ekk

Tanpa Nama berkata...

hurm...lw kksih hti cm nie arh..bek hdp sndri drpd ikt ckp dye jak...brabih lah kita lw asyik ikut dye...

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.