Tip mengekalkan hubungan dengan rakan

Share on Tumblr Panduan mengekalkan hubungan dengan rakan

* Berikan bantuan kepada orang lain

Jika anda ringan tangan untuk membantu orang lain, orang lain juga akan ringan tangan membantu anda. Berita mengenai kebaikan dan keramahan anda akan sampai ke pengetahuan orang lain. Berita baik ini merupakan modal terbaik untuk orang lain mendekati diri anda dan anda akan disenangi. Jika diri anda telah sebati dengan amalan baik maka perlakuan dan perwatakan anda juga akan menjadi baik.

* Tekal dan boleh dipercayai

Ketekalan sesuatu perangai atau tingkah laku bermula daripada amalan biasa. Orang yang baru berjumpa dengan anda mungkin memerhati dan melihat dari jauh. Mereka akan menilai dan menaksir sendiri perlakuan anda. Apabila anda dapat mengekalkan perangai dan tingkah laku yang sama dan perlakuan yang boleh dijangka, maka orang lain akan berasa selesa untuk berhubung dengan anda. Orang akan lebih memahami dan mempercayai diri anda dan ini membuatkan mereka berasa sangat selesa dan selamat untuk berinteraksi dengan anda.

* Sikap yang tulin dan asli

Anda tidak perlu bermuka-muka atau hipokrit. Sikap bermukamuka dan hipokrit akan menjauhkan orang lain daripada anda. Anda tidak akan dipercayai. Jika anda dapat menanamkan sikap dan perlakuan yang tulin dan menunjukkan diri anda yang sebenar adalah lebih baik. Ketulenan dan kejujuran merupakan sikap yang diperlukan di dalam setiap persahabatan. Mereka yang dapat mengamalkan sikap yang tulen dan asli akan mendapati persahabatan yang wujud akan lebih berkekalan.

* Berkawanlah secara sederhana

Anda boleh memilih kumpulan mana dan aktiviti apa yang anda kehendaki. Anda juga bebas untuk memilih jenis rakan yang anda ingin dampingi. Anda perlu sedari bahawa setiap manusia tidak sempurna. Oleh itu, bersahabatlah dengan mereka mengikut pertimbangan anda yang biasa dan waras. Anda tidak perlu mencari seseorang yang terlalu sempurna dan kurang bijak sekiranya anda menolak terus mereka yang pernah melakukan kesilapan dan salah laku.

* Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali

Buatlah perbuatan baik seadanya. Pelajar yang bijak ialah pelajar yang pandai bergaul dan mengambil hati rakan-rakan. Pandai mengambil hati bermaksud bijak mengambil hati rakan dengan tidak melupakan hati sendiri. Anda juga perlu menjaga hati anda agar tidak disakiti. Ada orang yang berkawan sehingga diri sendiri merana kerana terlalu menjaga hati kawan, hati sendiri terluka dan terbiar. Buatlah sesuatu kebaikan mengikut kadarnya tetapi jangan melakukan kejahatan kerana sekali perlakuan jahat dilakukan, ia tidak mudah dilupakan. Tip mengekalkan hubungan dengan rakan

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Saya suka artikel di atas. Tetapi artikel tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah saya sebab saya tidak disukai oleh kebanyakan pelajar di sekolah saya. Saya tidak disukai sebab saya berketurunan *** . Setiap pelajar yang datang kepada saya untuk berkenalan pasti akan meninggalkan saya setelah mengetahui bahawa saya berketurunan *** . Sehingga sekarang saya idak mempunyai sahabat baik dan menyebabkan saya menjadi tertekan. Tolang bantu saya.

Tanpa Nama berkata...

conan gurl..
jgn la pkir mcm tu.. tak semua owg mcm tu.. artikel ini amat menarik..berkawan dgn ikhlas pasti akn bahgia..

Tanpa Nama berkata...

alhamdullalh..... saya tiada apa~apa masalah
<3

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.