Tip Cinta: Sabar Menerima Perpisahan

Share on Tumblr
Uungkapan 'kita putus', ibarat tali yang sedang menjerut leher sendiri, sukar dilafaz namun perlu dibuat demi kehidupan yang lebih baik.

Memutuskan hubungan dengan insan yang masih kita cintai adalah antara perkara paling sukar dilakukan di dunia ini.

Namun sebenarnya jika dilihat kembali, hubungan yang diteruskan tersebut bukan hanya mendatangkan kebaikan malah kesakitan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua insan tersebut.

Perpisahan

Memang masing-masing sudah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan hubungan tersebut, namun bagaimanakah caranya untuk memastikan keputusan tersebut kekal dan tidak akan berubah.

Pertama, pastikan anda duduk berasingan dan jangan sesekali mengubah keputusan tersebut. Jika pendirian anda berubah, anda hanya akan menyakiti diri anda sendiri, jadi pastikan anda benar-benar komited sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Seterusnya, cakap dengan pasangan anda dan beritahu dia kenapa anda tidak boleh bersamanya lagi. Komunikasi jujur dan terang lagi nyata adalah amat penting. Memberi alasan yang tidak benar, walaupun niat anda untuk menjaga hati pasangan hanya akan memberikan rasa sakit hati pada pasangan anda dan lebih rumit ia akan mengelirukan keadaan anda berdua.

Jika anda pernah berkongsi wang membeli barangan bersama, pastikan anda berdiskusi tentang hak milik barangan tersebut. Buat satu senarai barangan yang anda akan simpan dan dia simpan. Buat urusan tersebut dengan segera untuk mengelakkan barangan anda dihantar kemudian hari dan membuatkan anda berasa sedih setelah berjaya menerima keadaan tersebut.

Perpisahan bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh bertemu satu sama lain, tapi jangan jumpa dalam masa terdekat selepas perpisahan. Beri ruang dan masa sekurang-kurangnya apabila hati anda berdua telah tenang, cuba seminggu dulu atau mungkin sebulan, kaji dengan jelas perasaan anda dan kemudian pastikan adakah pertemuan seterusnya boleh dilakukan sebagai kawan biasa sahaja.

Paling utama selepas perpisahan ini ialah untuk memaafkan satu sama lain. Jangan fikirkan perkara lalu yang menyakitkan hati anda, tenangkan hati dan fikirkan apa kebaikan yang pernah pasangan anda lakukan, pasti ada banyak kebaikannya bukan, namun jangan berpatah balik, cekalkan hati dan mesti berpegang teguh dengan keputusan yang telah diambil.

Tip dan amaran

Proses perpisahan ini diakui memang memeritkan apatah lagi jika anda masih ada perasaan cinta padanya. Jadi untuk menggantikan perasaan tersebut, pastikan anda diselubungi kasih sayang daripada orang sekeliling seperti kawan-kawan yang amat memahami apa yang anda lalui. Tidak salah untuk anda menangisi atau bersedih dengan perpisahan tersebut, tapi awas jangan tersilap langkah dengan memencilkan diri dan dirundung kesedihan berpanjangan.

Amat penting bagi anda untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Inilah masanya anda memaksimumkan masa dengan mereka kerana itulah yang sepatutnya berlaku.

Pasangan berpisah yang mengisytiharkan status mereka 'hanya kawan' memang biasanya tidak akan menjadi. Ia hanya sebuah frasa indah untuk diberitahu umum namun tidak bagi mereka yang menanggungnya. Jadi, janganlah berpisah jika hati masih ada cinta.

http://www.cicinta.com
Tip Cinta: Sabar Menerima Perpisahan

21 Komen:

yaniemarlyna berkata...

perpisahan itu amat sakit untuk kite tempuhi nanum perpisahan mengajar kita erti ketabahan..manusia tidak lepas membuat kesilapan..kesilapan itu mengajar erti pengajaran..sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun..

Tanpa Nama berkata...

perpisahan yg aknkita akukan sngat nyakitkn dan tak mngkn berujung dengan kesedihan...

Tanpa Nama berkata...

Perpisahan amat menyakitkan tetapi lebih baik daripada kita meneruskan sesuatu perhubungan yg tak pasti.kekuatan akan datang apabila kita telah penat berusaha dlm hbgn ini.

Tanpa Nama berkata...

x ada siapa y akan tahu betapa sakitnya ppsahan..lbh2 lagi jika org itu cinta pndang ptama kita....

Tanpa Nama berkata...

emmmmmm sye pon x lme lg aq brpisah jua gn mohd afzal bin sulaiman .....

Tanpa Nama berkata...

emmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

sy da berpisah tp skng dia dtg blik, ap sy prlu wat???? dia kte dia syg sy ag

Tanpa Nama berkata...

errr..kalau sudi memaapkan,,terime lah balikk...

Tanpa Nama berkata...

jangan terlalu percaya sangat pada lelaki.....kerana ia akan memakan diri kte sendiri apabila kte sudah brpisah dengan si dia....

Tanpa Nama berkata...

Cinta itu buta....

qilah berkata...

hnye allah yg th btpe perit,sakit & sengsara nye ble perpisahan disebabkan keluarga kita tak merestui hubungan kita !!

Tanpa Nama berkata...

.. mungkin emang adda pertemuan psti adda perpisahan :(

Tanpa Nama berkata...

Sakitnya perasaan ini bila terpaksa menerima perpisahan...
Ya Allah kuatkanlah hatiku menerima takdir ini.

Tanpa Nama berkata...

kenapa ini terjadi padaku sampai hati awak

Tanpa Nama berkata...

huhuhu ... nak x nak trma larha jua ppsahan tuu ... hhuhuh ..

Tanpa Nama berkata...

Perpisahan menyiksakn tp itu lebih baik dr kita memendam rasa..mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya..Pertemuan ada Jodoh tiada...

Tanpa Nama berkata...

aPerpisahan itu memang menyakitkan bila orang yg kita sayang n ccintai pergi meninggal kan kita sendirian.smua t2 hanya tinggal KENANGAN...

Tanpa Nama berkata...

Biiarkanlah kan ku bawa sejuta harapan yang indah, yang pernah qta lalui saat bersama :(
qu harap kau bisa mengerti, cinta kita tak direstui malam ini harus rela qu pergi :(

Tanpa Nama berkata...

Sabar itu manis buah nya ... klo kte brusha mlpakan sseowg u ,, kte pzti dpat .. mskipon hati mgtakan' sulit tuk ku mlupakan drinya'

Anndryannos Asbin berkata...

lg m'yakiti ati jka p'pisahan sbb kn curung antra indvdu.

Tanpa Nama berkata...

cinta itu sperti kupu2..semakin dikejar,semakin menjauh..tapi jika dibiarkan,dia akn datang di saat dri tidk m'harapkannya datang......

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.