Kesan Mengulang Kaji Pelajaran Di Saat Akhir

Share on Tumblr
Mengulang Kaji Pelajaran Di Saat Akhir
Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai pelajar di negara ini mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan besar apabila tinggal beberapa minggu sebelum bermulanya peperiksaan terbabit.

Situasi demikian bukanlah satu tindakan yang tidak elok tetapi belajar saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Kesan yang boleh kita lihat daripada tindakan belajar saat akhir ini boleh dijelaskan kepada aspek berikut;

1. Kesan kepada fizikal

- Belajar saat akhir memang memerlukan tumpuan yang banyak serta keupayaan untuk membaca, mengingat dan menterjemahkan kembali hasil pelajaran. Anda akan lebih banyak memperuntukkan masa untuk menelah pelajaran pada waktu akhir ini.

Keadaan ini memungkinkan waktu rehat anda juga digunakan untuk mengulang kaji. Tidak hairanlah ramai pelajar yang belajar pada saat akhir mudah diserang penyakit serta menjadi lesu ketika peperiksaan.

Tip Ulangkaji

2. Kesan kepada mental

- Terlalu banyak input hendak dimasukkan dalam masa yang singkat boleh menyebabkan keletihan otak. Keadaan ini berlaku apabila anda merasakan pembelajaran menjadi tidak efektif kerana apa yang dibaca tidak dapat diingati serta diterjemahkan dalam bentuk kefahaman.

Selain itu, pelajar akan mengalami kekeliruan fakta ketika berada dalam situasi peperiksaan.

3. Kesan kepada emosi

- Masa yang suntuk sememangnya memberikan tekanan kepada pelajar kerana terlalu banyak subtajuk yang masih belum dibaca dan difahami serta belum dihafal.

Tekanan ini membuatkan pelajar menjadi murung, cepat marah, agresif dan sukar untuk berasa selesa. Masalah ini memang memberi kesan sehingga ada yang melakukan tindakan di luar kawalan.

Namun, sekiranya anda memahami kemahiran untuk belajar pada saat akhir, kemungkinan besar untuk anda menghadapi masalah ini rendah. Bagaimanapun, memang tidak digalakkan untuk pelajar menjalankan aktiviti belajar pada saat akhir kerana ia memberikan implikasi yang kurang baik kepada mental, fizikal dan emosi pelajar.

Sehebat manapun teknik yang diberikan untuk belajar pada saat akhir, ia tidak memungkinkan pelajar merasa selesa dan mudah untuk menghadapinya. Namun, sekiranya terpaksa, bolehlah digunakan tip belajar di saat akhir.

Semoga kita cuba memperbaiki teknik pembelajaran supaya menjadi lebih baik. Mulakan usaha anda dengan senyuman, selamat berjaya.

Petikan artikel Mohamad Fazli Mohd Isamudin
Kesan Mengulang Kaji Pelajaran Di Saat Akhir

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

tipu lebiyh!!

Tanpa Nama berkata...

IAKAH TU....???

Cik Nurul Hani berkata...

emmm mmg pon....
png kpala ak lpas study last2 minute sok nya nk exm...huuuu

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.