Kata-kata hikmah Islamik

Share on Tumblr
Kata-kata hikmah

Barang siapa suka bertemu Allah, maka Allah suka menemuinya dan siapa benci bertemu Allah, maka Allah benci berjumpanya.

Barang siapa yang ditanya sesuatu ilmu, lalu ia merahsiakannya, maka dia dikekang dengan tali api neraka.

Barang siapa menahan lidahnya daripada membahaskan perangai manusia,Allah akan membatalkan (kakinya) daripada tergelincir (ke neraka) pada hari kiamat kelak.

Barang siapa memisahkan di antara ibu dan anaknya, Allah menceraikannya dengan semua kesayangannya pada hari kiamat kelak.

Kata-kata hikmah

Barang siapa beruban dengan sesuatu uban di rambutnya dalam keadaan sebagai Islam, uban itu akan bersinar pada hari kiamat nanti.

Barang siapa mempermudahkan orang sedang dalam kesusahan, Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan akhirat.

Barang siapa melihat tulisan (surat) saudaranya tanpa mendapat izin,seolah-olah dia melihat dalam neraka.

Barang siapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah ia memuliakan tamunya.

Barang siapa menghiburkan orang yang ditimpa musibah, ia memperoleh pahala yang serupa dengannya.

Barang siapa menuntut ilmu, Allah menanggung rezekinya.

Barang siapa merahsiakan kebaikannya dan memburukkan kejahatan sendiri, maka ia adalah seorang mukmin.

Barang siapa memperbanyakkan sembahyang pada waktu malam, Allah memperelokkan mukanya pada siang hari.

Barang siapa membuang tabir malu, sesungguhnya ia sudah tidak mempunyai tabir lagi.

Demi Allah, tidak ada kebaikan dalam agama dan di dunia jika sudah hilang malunya.

Barang siapa mendatangi hidangan tanpa diundang, ia sudah masuk sebagai pencuri dan keluar sebagai penipu.

~ semoga mendapat ilmu pengajaran dari kata-kata hikmah ini

Kata-kata hikmah Islamik

11 Komen:

Tatacool berkata...

Subhanallah.........

Tanpa Nama berkata...

so nice..kata2 yg diharap mampu memberi kesedaran kepada umat islam sejagat...amin...

bakal jutawan berkata...

Selamat pagi semua kawan2...Hari ini saya kongsikan sesuatu untuk mengubah fikiran anda dan seterusnya hidup anda...lihat segalanya dalam blog saya...da hubungi saya jika tak faham

Tanpa Nama berkata...

hye ... urmmm just contact 0122919367 .. col taew !!

Tanpa Nama berkata...

Ada Kah Makana Nya Saat Kelar MEMBACA Blog Anda.......??
(,,)

Tanpa Nama berkata...

salam, best lha entri nyh.. :)

Tanpa Nama berkata...

hohoho
gk bisa di copazz
cacad ah hehe

Tanpa Nama berkata...

bleh kew ktew prcya dgn CINTA?????

Tanpa Nama berkata...

banyakkan selawat keatas rasulullah s.a.w kerana orang yang bakhil adalah orang yang tak nak berselawat keatas baginda

Tanpa Nama berkata...

kata saidina ali r.a"'tenangkanlah hatimu dalam waktu² tertentu kerana jika hatimu merasa letih maka ianya akan menjadi buta"

Tanpa Nama berkata...

amin...

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.