Trend tidak berkahwin : hidup membujang

Share on Tumblr
Bergelar bujang bukan lagi alasan berkurung atau malu. Ia 'diterima' sebahagian episod kehidupan atau kebiasaan. Ringkasnya bagi lelaki dan wanita bujang ini, tiada cacat celanya bergelar bujang atau asalkan ada keluarga yang prihatin, kerjaya terjamin serta lingkungan rakan-rakan yang memahami. Lara sepi hati ditolak kerana dalam soal jodoh ia bukan sekadar bersandarkan ikhtiar, tetapi berpaksikan kepada ketentuan qada dan qadar. Memadailah, kesunyian itu dirawat dengan rakan, kerjaya, anak saudara, kerja-kerja sukarelawan dan bercuti merehatkan diri dan minda. Cinta boleh dicari, tetapi cinta tidak semestinya menjanjikan jodoh.

Malah, ramai, kecuali yang konservatif, 'selesa' dengan trend itu kerana lebih maklum sebagai isu di luar kawalan kerana jodoh sebahagian daripada urusan Allah.
Trend tidak berkahwin itu bukan hanya membabitkan masyarakat atau kaum tertentu sebaliknya turut mewakili bangsa lain. Sudah pasti, andai dibiarkan, bukan saja perkembangan populasi atau bilangan penduduk negara kita menjadi statik, tetapi boleh mencetuskan masalah lain seperti terbatasnya kelompok generasi pelapis dan kebanjiran rumah penjagaan orang tua andai ramai memilih untuk menghabiskan usia mereka di situ.

Justeru, ramai yang tidak terkejut dengan pendedahan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie, Rabu lalu, bahawa seramai 2.5 juta rakyat Malaysia, yang berusia lebih 25 tahun, masih bujang. Statistik berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu, menyenaraikan kelompok itu pula hanya mewakili 16.7 peratus penduduk negara.

Silap jika ada yang beranggapan wanita majoriti bujang kerana hakikatnya, 60.4 peratus yang masih belum berkahwin adalah lelaki berbanding wanita yang hanya mewakili kira-kira 30.6 peratus. Apa yang menarik, biarpun menjadi majoriti bujang, trend itu menyaksikan lelaki yang berkahwin sebaliknya memilih menamatkan bujang pada usia lebih muda iaitu 28 tahun berbanding 28.6 tahun pada 2000. Bagi wanita pula, secara puratanya, jika sebelum ini mereka berkahwin pada usia 25 tahun, kini meningkat kepada 25.7 tahun.

Andai diteliti, statistik itu menunjukkan peningkatan berbanding Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang Keempat pada 2004 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, yang mana 32.1 peratus mereka yang ditemubual, tidak pernah berkahwin dengan 55.6 peratus adalah lelaki.

Alasan mereka? Seramai 44.7 peratus responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.
Wanita pula yang mewakili 40 peratus angka bujang pada 2004, sebaliknya memberi alasan tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus), selain sebab-sebab lalin.

Lalu, apa ada dengan angka-angka ini? Wajarkah statistik 2010 yang menunjukkan peningkatan itu dilayan atau dibiarkan? Hakikatnya, ia perlu diteliti serta digali puncanya kerana satu isu sosial yang harus ditangani sama. Malah, ia sama pentingnya seperti usaha menangani masalah peningkatan kadar penceraian.

Trend tidak berkahwin

Lebih-lebih lagi, trend tidak berkahwin itu bukan hanya membabitkan masyarakat atau kaum tertentu sebaliknya turut mewakili bangsa lain. Sudah pasti, andai dibiarkan, bukan saja perkembangan populasi atau bilangan penduduk negara kita menjadi statik, tetapi boleh mencetuskan masalah lain seperti terbatasnya kelompok generasi pelapis dan kebanjiran rumah penjagaan orang tua andai ramai memilih untuk menghabiskan usia mereka di situ.

Malah, jangka hayat rakyat kita bagi 2010 misalnya, adalah 72.9 tahun berbanding wanita, 77.6 tahun. Jika ada yang memberi alasan soal jodoh menjadi perkara enteng selepas bersara, persoalannya, rakyat kita yang bekerja ini mempunyai purata jangka hayat antara 18 sehingga 21 tahun selepas usia persaraan.

Dari sudut lain, andai dibiarkan trend itu, kita bimbang, perkahwinan pertama kali iaitu sesama bujang lelaki dan wanita menjadi sebegitu eksklusif dan wanita hanya lebih tersenarai sebagai calon isteri kedua dan seterusnya. Lelaki pula, atas alasan wanita tempatan lebih 'mahal' memilih jalan mudah mengahwini wanita seberang dan asing.

Kita juga bimbang, dalam era pemodenan, penularan pelbagai gejala negatif seperti percintaan sesama jantina dan kewujudan kelompok dan perkumpulan yang menyokong pendirian songsang sehinggakan tidak segan-segan memperjuangkannya secara terbuka, sudah pasti sedikit sebanyak, hasil statistik ramai yang enggan berkahwin itu, terutama lelaki itu, wajar dititikberatkan.

Di sinilah terletak peranan ramai.Kelompok masyarakat, khususnya keluarga sebagai institusi asas, perlu menitikberatkan peri pentingnya berumah tangga itu, khususnya dalam kalangan anak-anak lelaki mereka sedari usia baligh lagi.

Saranan pihak tertentu supaya kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan pusat khidmat temu jodoh di internet yang disifatkan kementerian bukan keutamaan kerana khidmat itu disediakan pihak swasta, badan bukan kerajaan, pertubuhan agama dan politik, juga tidak seharusnya diketepikan.

Usaha sedemikian harus digalakkan, seperti yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) yang baru-baru ini buat julung kalinya menganjurkan program Selangkah ke Alam Perkahwinan membabitkan 20 pasangan pelbagai taraf kehidupan dan golongan, termasuk mualaf.

Inisiatif yang mengajak masyarakat menitikberatkan kepentingan hubungan sah kahwin dan pembentukan keluarga itu, juga istimewa kerana menerusi program itu, setiap pasangan hanya membayar RM5,000 membabitkan majlis akad nikah dan resepsi yang diuruskan sepenuhnya oleh penganjur. Ini sekali gus menepis andaian perkahwinan terlalu mahal, seharusnya disokong dan diperbanyakkan.

Usaha yang harus dipuji itu juga membuktikan, andai ramai yang prihatin, trend yang menjadi sebegitu eksklusif itu dapat ditangani bersama. Hakikatnya, soal bujang bukan membabitkan membabitkan satu atau dua jiwa, tetapi kelangsungan masyarakat dan negara.



Trend tidak berkahwin : hidup membujang

10 Komen:

Atep Abdul Holiq berkata...

betul betul betul

Tanpa Nama berkata...

selesa stil bujang...;)

Tanpa Nama berkata...

cam ner nk kawin klu taraf hidup tinggi...biar hidup bujang selesa...

Zam berkata...

Takut nk kawin lg sbb dari pendapat sy...kebanyakkan pompuan nk pegi tempat mkn standard..beli belah brg2 branded..nmpk mcm kene byk pkai duit...jadi pompuan mcm tu mesti nk cari laki yg berada..ade byk duit..gaji pun boleh kata byk jgk..nk ade kereta yg selesa...lg2 pompuan kat bandar..dan yg bekerjaya..tk nk tgk laki yg nmpk miskin..kurang style..pakai motor atau basikal..

Tanpa Nama berkata...

ada lelaki yang tak nak kahwin kerana dah terjebak dengan gejala songsang. lebih selesa hidup bujang supaya rahsia tak kantoi.

Tanpa Nama berkata...

lelaki yang kalau hendak berkahwin, kalau ingin seribu daya. kalau tak ada duit boleh tingkatkan kewangan, kalau tak ada calon carilah calon...masalahnya ramai lelaki yang membujang tu GAY tak ada selera ke perempuan, jijik katanya.

Tanpa Nama berkata...

selesa membujang kerana lelaki sekarang ramai yang tidak berkualiti, kurang berkerjaya, malas kerja dan tidak mampu menanggung hidup wanita. rata - rata wanita lebih berkerjaya berbanding lelaki dan wanita lebih ramai berpelajaran tinggi berbanding dengan lelaki.

Tanpa Nama berkata...

Ntah la..Rasanya lebih selesa hidup membujang..Takut nak beri komitmen lepas kahwin..Malas nak pening2 kepala fikir hal kahwin.. Umur saya pun muda lagi baru 26..Hati saya keras macam besi, lom terbuka lagi hal cinta ngan kahwin nie..Tambahan pula, saya ni bisexual hahahaahha.. Jap suka laki jap suka perempuan..Adehh..Nasib la tak da sapa tau hal ini..So far, alhamdulillah saya boleh tangani masalah ini..Harap diri saya istiqamah akan diri, harap2 tak terjebak ke arah songsang.. Kadang2 nangis jugak akan perasaan ini..Tapi perasaan saya more kepada wanita.. Pantang tengok perempuan seksi,rasa nafas turun naik dah! :( Tolong doa untuk diri saya, harap saya sentiasa istiqamah akan diri.. [Cik Biskut]

Tanpa Nama berkata...

stakat nie bujang more ideal..tmbh2 idup kt kota bsr..prlukan byk money..if nk kawen especially laki-laki coz i pm laki,zman skang bttr umur 30 lh..tme 2 mei b kbykn laki2 dah stabil dr segi mntal n ekonomi..2 pon klu 5 or more thn lpas dah kmpl dt tk blnje kawen..krg2 nk 20k..xkn nk bt loan kot..pndai2 lh smpn dt n bahagikn kpd yg ptt..pd laki2 yg nk ke arah 2,keta jgn lh more than 7rts sbln klu salary juz 2k.biar skt mata jgn skt otak..biarlh org2 tue kt kg nk kte ap pom.blajo tgi2 pkai keta tu jerr..dierg bkn phm pm cbrn idp kt kota..ikt nfsu mmg slalu xckp..smpai mse ad lh rzki tu..important...berusaha n brsbar...yeayeayea

hairi effendy berkata...

Group EXCLUSIVE kami JODOH ohh JODOH yang dijana sepenuhnya oleh Page PERSATUAN BUJANG TERLAJAK MALAYSIA sekali lagi ingin menjemput FanPage ini untuk menyertai group berkenaan yang bersifat PRIVATE group.ini bagi menjamin keselamatan data
dan kerahsiaan warganya..

Syarat-syarat asas yang perlu dipatuhi..

-Berumur 24 tahun keatas
-Bujang/Duda /Ibu tunggal @ janda
-Serius dan ikhlas dlm menjalinkan hubungan..
-Suami isteri,tunang orang,dalam perhubungan malah bf/gf orang adalah dilarang untuk join group kami..

Dikawal selia dan sentiasa dipantau oleh 10 orang admin mengikut syiff..tertakluk dibawah undang2 group iaitu Protokol Saringan Warga (PSW)..

PROTOKOL SARINGAN WARGA (PSW) / TINDAKAN TATATERTIB

PSW adalah langkah yang diambil untuk saringan warga JOJ yang bermasalah..saringan ini akan diadakan mengikut keadaan.kebiasaannya 1 bulan sekali @ saat2 kritikal...saringan ini membabitkan :

@ Warga yang kurang berdisiplin ( Tidak menghormati orang lain dan menimbulkan berbagai-bagai masalah. )

@ Warga yang kurang Aktif selama sebulan atau suatu tempoh masa yang lama iaitu lebih dari 3 BULAN dan tidak memaklumkan masalah mereka kepada admin yang bertugas..

@ Warga yg membahayakan dan diragui status yg boleh memberikan ancaman atau unsur2 penipuan terhadap Warga lain.

@ Warga yang TELAH BERTEMU JODOH juga diwajibkan keluar dari group.ini adalah bagi melindungi hubungan yang baru dibena bagi mengelakan sebarang masalah timbul dikemudian hari...

LANGKAH TINDAKAN PROTOKOL SARINGAN WARGA (PSW)

1- Amaran pertama

2- Amaran Keras / remove dan ban..

Telah berjaya dlm menemukan jodoh berpuluh-puluh pasangan sepanjang 3 tahun setengah pengoperasianya..

Group kami dijamin SELAMAT...

kami bantu satukan,Anda usaha,Allah penentu segalanya...

kami di PERSATUAN BUJANG TERLAJAK MALAYSIA memandang serius isu yang dibentangkan oleh JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA dimana sebanyak 13.2 juta individu diantara usia 30 tahun keatas belum berkahwin dari purata keseluruhan penduduk malaysia yang kini berjumlah 28 juta orang..jadi kami mengambil inisitif yang drastik dalam mencari individu yang berkelayakan serta berkualiti untuk mengisi group jodoh ohh jodoh kami yang private...sila layari laman web rasmi kami untuk info tq...

kepada Pencari Jodoh.JOM ke Facebook dan website kami.. WEBSITE PORTAL RASMI KAMI DI = · http://ketuajabatankeselama.wix.com/pebtm#!home/mainPage

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.