Tip Percintaan Remaja

Share on Tumblr
Tip-tip percintaan
Sakit hati betul dengan si dia, aku juga yang dipersalahkan, semuanya tak kena. Apa salah aku? Kadang-kadang kamu sendiri bingung dan keliru bukan? Setiap hari kamu dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan kamu.Sebagai seorang kekasih sudah tentu kamu inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan?Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu kamu lakukan.

1)Selami Hati & Perasaan
Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah! Ha, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai bosan dengan cara kamu. Sebenarnya si dia tidak tahu dan tidak mahu menyelami hati dan perasaan kamu. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu kamu akan dipujuknya.Sebagai pasangan kekasih, kamu dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain. Jangan kamu ingat, si dia sahaja yang perlu memahami kamu bahkan kamu sendiri juga perlu memahami dirinya. Apabila kamu dan si dia saling memahami, permasalahan seperti ini akan berkurangan.

Cinta

2)Belajar Jujur Pada Pasangan
Adakah selama ini kamu bersikap jujur dengan si dia? Cuba kamu fi kirkan sejenak.Selama kamu berhubungan ada atau tidak kamu merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan dirinya. Sekiranya ada, kamu orang pertama yang perlu belajar menjadi jujur kepada pasangan. Jika kamu mahukan si dia berlaku jujur dengan kamu, kamu yang perlu mulakan langkah itu. Apabila terpalit sedikit penipuan di dalam perhubungan tersebut ini bermakna kamu dan si dia belum mampu untuk mengendalikan perhubungan tersebut. Persengketaan sering kali berlaku bila mana kamu dan si dia tidak berlaku jujur.Cuba kamu renungkan dan muhasabahkan diri sendiri.

3)Tidak Terlalu Hipokrit
“Em, tak mengapalah. Saya faham Ayang sibuk, Ayang jangan bimbang saya boleh makan sendiri.” Kata-kata ini yang selalu hadir dan bermain di bibirnya. Kadangkala kamu terfikir sama ada si dia benar-benar memahami kerja kamu atau sebaliknya.Tatkala persengketaan berlaku mulalah si dia menyalahkan kamu dan kamu juga seperti itu. Akhirnya ketidakpuasan hati di antara kamu terbongkar jua. Rupa-rupanya selama ini kamu mahupun si dia hanya berpura-pura memahami antara satu sama lain. Waktu inilah masing-masing mahu menarik diri lalu memutuskan perhubungan tersebut. Belajarlah untuk tidak terlalu hipokrit!

4)Hargai Setiap Pengorbanannya
Tolong hargai setiap pengorbanan yang telah si dia lakukannya.Mungkin jarang sekali kamu bertemu dengan lelaki sepertinya yang sanggup lakukan apa sahaja demi kamu? Susah bukan ingin mencari kekasih seperti ini? Si dia sanggup berpanas dan berhujan demi kamu, baginya kamu sangat berharga seperti emas.Hilangnya kamu meranalah si dia dan berkelanalah sidia tanpa ada pendayung yang menjadi kekuatannya.Lihatlah betapa pentingnya kamu dalam hidupnya. Maka untuk apa kamu mencetuskan perbalahan sehingga menimbulkan kesengsaraan? Fikir-fikirkanlah, jangan sampai keputusan itu menjerat diri kamu sendiri, takut nanti kamu juga yang merana.

5)Jangan Memperbesarkan Masalah
Aduh! Hal remeh pun kamu ingin perbesarkan? Susah betul nak berkompromi, kamu semahu-mahunya ingin mempertahankannya juga. Kamu perlu ingat, hal yang kecil seboleh-bolehnya diselesaikan dengan cara yang paling berhemah.Sekiranya kamu terlalu beremosi, inilah padahnya!Kamu akan mencari kesalahannya, kemudian bergaduh sampai kamu sendiri yang tertekan dan akhirnya menangis teresak-esak. Padahal kamu boleh mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik. Kamu perlu profesional, jangan sampai si dia mengangkat kaki dan melangkah pergi daripada hidup kamu. Saat itu siapa yang akan merana? Kamu jawablah sendiri.

6)Menuding Jari Tanpa Sebab
Inilah masalah orang bercinta. Kamu sendiri mengakuinya bukan?Cuba kamu fikir ada atau tidak selama ini kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain? Mestilah ada, kalau tidak kamu dan si dia tidak akan bercakaran sampai membawa kepada kata putus.Waktu itu kamu sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku. Mulalah menangis tidak tentu arah, pandang kanan salah malah pandang kiri pun serba tak kena. Aduh! Jiwa kacau macam ini.Jadi untuk mengatasi masalah ini, kamu jangan terlalu menuding jari tanpa sebab, selidiki terlebih dahulu. Jangan kamu hentam kromo sahaja!Padah yang menanti kamu nanti.

Sumber: Remaja
Tip Percintaan Remaja

24 Komen:

Tanpa Nama berkata...

selagi hati aku tak puas selagi 2 aku tak puas hati dengan hang punya psai nak jadi apa pon yank pnting hati aku puas baruw aku tak kcaw hmpa dua owang..cinta remaja nie buat sakit hati jaq????...

Tanpa Nama berkata...

nice

Tanpa Nama berkata...

cinta remaja ini memang buat orng skit hti jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

okyh..terbaek!!!!

Tanpa Nama berkata...

memanglah kalau kita ber cinta pasti owang
sakit hati kan
sial tak tahu perasaan sendiri

Tanpa Nama berkata...

kenapa ah owang ber cinta pasti kacauuuuuuuuuuuuuuuuuuu jadi nya kannnnnnnnnnn heheheheheheeeeeeeeeeeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

:( . hm, t'ingat plak kat dya sbb.... aku bnyak skit kan hti si dia.. aku minta maaf sngat2 kat kau(watiey)

Tanpa Nama berkata...

npelh b"cnta 2 ad p"gadohn

kciv800 berkata...

CINT ITU MENYAKITKAN DAN JUGA MEMBAHAGIAKAN

Tanpa Nama berkata...

klau kta iklas mncintai nya... kta hrus trima pa kptusan yg trbek utk nya... wlaupun ia tlah mnjdi mlik owg lain...??? 2 lah di nma kn cinta sejati... NI KISAH BENAR....?????

Tanpa Nama berkata...

wlaupun dh berjauhn jngn la kte cri yg laen.....sb kte x xhu sma ad dye dh ad yg bru@x

Tanpa Nama berkata...

fuck this all !!!

Tanpa Nama berkata...

kadang2...cinta zaman remaja nie bagi kita pengalaman bercinta,merasa cinta dan putus cinta..tapi amat susah untuk menjumpai cinta remaja yang sejati..tp kita tak perasan...cinta zaman remaja ni la yang buatkan kita berhati2 memilih pasangan..
ada hikmah nya juga disebalik kesakitan itu.. :)

Tanpa Nama berkata...

cinta ad pahit dan manis nya....

Tanpa Nama berkata...

hmmm.. aku syg kn kau lagi.. :(!!!

Allya Lieya berkata...

Terbaiklah...

Tanpa Nama berkata...

tpi kalau cinte kite x berbalas..

Tanpa Nama berkata...

semuanya bergantung kepada diri sendiri ..pandangan masing-masing,ada yang boleh terima cinta dan tidak ...

Tanpa Nama berkata...

cinta remaja selalunya menyakitkan hati..lebih baik tak payah bercinta jika terus sakit macam nie

Tanpa Nama berkata...

cinta itu kadang2 manis..kadang2 pahit rasanya

liya setiya berkata...

cinta itu indah ....bila kita melewatinya dngan sepenuh hati ...
walaupun terkdang membuat kita terluka, namun kalau kita melewatinya dengan hati, semuanya akan jadi indah :)

Nur Syazreen berkata...

aq x ske cinta mse remaja , bnyk mykitkan aty jer ..

Nurul Yazmeen Zahidan berkata...

cinte time remaja??? count me out! cam pendek sngt jngka hayat ni smpai kene becinte time remaja.xde gune becinte time remaja ni....sakt ati 1 hal.....1 hal lg,klw telanjur,sape yg susah?? dri sndri gak!! klw kawen pon lps kene tangkap,nk bg anak org mkn ape???? Pasir???!! Batu???!!! Kaca???!!

Unknown berkata...

Hanya padamu kasihmu tertumpah luahan rasa

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.