Sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat

Share on Tumblr
Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!

1. Angkuh & Materialistik

Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.

2. Pasif Luar Biasa

Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.

3. Queen Control

Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!

Tip Cinta

4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri

“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.

5. Membebel & Mengeluh

Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.

6. Terlebih Berdandan

Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.

7. Bercerita Tentang Lelaki Lain

Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.

Sumber: REMAJA Isu 1 Mei 2012
Sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat

12 Komen:

Kanker Kelenjar Getah Bening berkata...

info yang menarik,terima aksih

Radang berkata...

artikel yang menarik,,makasih sudah berbagi

Yana Aina berkata...

kalau gedix mcm nie bkn lelaki jerk meluat .. perempuan yg sama jantina pon boleh meluat ^^

Tanpa Nama berkata...

hahahhaha....ada gak eik info ttng gadis gedik...

Tanpa Nama berkata...

terbaik ! krna pmpuan slalu wt hal sndry tnpa mmkirkan perasaan owg lain :D

ami berkata...

ape2 hal..ingat balik dan pulang balik..lam quran sume dah gtahu mcm mane nk jd pompuan yang dimuliakn...biarlah xdimuliakan manusia....asalkan dimuliakn oleh bidadara di syurga nanti...sape sokong???/

Tanpa Nama berkata...

saya sokong awk amin...

Tanpa Nama berkata...

dunia x seindah fantasi... klu cam ni la sikap pompuan yg llk x suka... nampknya cinta x lebih dari ilusi...tips2 mengatakan kesabaran, toleransi, memahami antara satu sama lain tu pntg dlm percintaan... tp ni x menggambarkan lgsg cinta... cuma setakat rasa ingin bersama... coz so far i know cinta is more beautiful, more passion... klu dua2 da cinta benda berdandan sampi 4 jam tu x jadi... sbb secepat mgkn dia akan bersiap utk b'sama dgn yg t'sayang... ( mcm x cukup cinta jer pompuan yg di gmbrkn ni >.< llk pun lebih kurang jer bla perkara mcm ni pun da meluat (? kenapa x putus sja) meluat ngan wanita mcm ni konon.. tp bla da b'depan knapa cakap "i love u" bukan "i hate u" / "i dont like u".. padan la dua2 = x bahagia

nissa berkata...

klau dh materialistik semua org pon xsuke nnti jd bankrap

Tanpa Nama berkata...

cantik la ayat nie

Tanpa Nama berkata...

bagus lha blog nie ..

Tanpa Nama berkata...

sambai kata bende yg dikate dlm blog nie ada dlm dri kwn nye .

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.