Perangai Wanita Yang Lelaki Tak Suka

Share on Tumblr Adakala wanita benar-benar menjengkelkan golongan lelaki hingga menjadi nightmare yang sukar untuk dihadapi! Jom semak 5 sifat wanita yang lelaki tak suka.

1. Kuat cemburu

Bagi saya, wanita terlalu kuat cemburu. Sifat ini seoalah-olah sebati dalam diri seorang wanita. Lebih-lebih lagi ketika si lelaki mendapat panggilan telefon daripada rakan wanita, tentunya si teman wanita akan terus naik angin dan menuduh bermacam-macam. Sifat ini jika dibiarkan akan membinasakan lagi sesebuah hubungan. Wahai gadis, tanamlah hati anda dengan sifat percaya kerana bukan semua lelaki tidak jujur!

Panduan Cinta

2. Banyak bercakap

Adakalanya, saya berasa agak keliru dengan golongan wanita yang terlalu banyak bercakap hingga saya bertanyakan kepada diri saya sendiri, ”adakah itu mulut atau motor?”. Malah belum sempat menarik nafas sepenuhnya pun belum tentu ayatnya menemui perkataan penamat. Perbualan memang penting tetapi jangan berbual kosong tanpa henti. Golongan lelaki bukan dicipta untuk menjadi ‘serangan audio’, jadi fikir-fikirkan.

3. Sikap pentingkan diri

Jika diperhatikan, golongan lelaki memang mempunyai sifat yang cool, penyabar, bersungguh-sungguh dan sentiasa inginkan segala yang terbaik agar teman hidupnya memiliki kehidupan yang bahagia dan lebih sempurna. Saya akui, sifat-sifat itu tadi memang hadir secara semulajadi dalam diri semua lelaki. Namun, itu tidak bermakna wanita boleh mengambil kesempatan demi keselesaan mereka. Sentiasa ingatkan diri anda, wahai si gadis, bahawa lelaki juga punya tahap kesabaran dan perasaan.

4. Menunggu lama untuk dia bersolek!

Benar, solekan itu penting untuk menjadikan wajah kelihatan cantik, sedap mata orang lain memandang selain memberikan keyakinan dalam diri setiap wanita. Apatah lagi untuk menambat lagi hati si lelaki agar terus mencintainya. Tetapi, kalau lelaki itu terpaksa menunggu solekannya siap hingga 4 jam untuk keluar dating, golongan lelaki memang tidak akan faham mengapa begitu lama. Mungkin juga masalah ini adalah yang paling sukar untuk diterima dalam dunia!

5. Mengganggu ‘konsentrasi’ ketika menonton perlawanan bola

It’s such a heaven for us to be able to watch football! Ketika itu, jangan haraplah mana-mana lelaki mampu bersabar dengan sebarang gangguan. Paling menggeramkan, ketika hati penuh berdebar pada saat genting perlawanan, saat itu jugalah si dia hendak bertanya, “Eh, bang, sayur dah nak habis. Nak beli sayur apa ya esok?”.

Wahai wanita, saya ingin berkongsi satu rahsia. Minda lelaki hanya tertumpu pada perlawanan dan disebabkan itu juga sifat suka bersaing begitu sinonim di kalangan lelaki. Ini sekaligus menjadikan lelaki sebagai ‘pemburu’ terbaik untuk menyediakan segala keperluan sempurna untuk wanita.

Nasihat saya, duduk saja diam-diam dan peluk si dia sambil berkata dalam hati, “Aku bersyukur kerana mempunyai ‘pemburu’ yang mahukan keselesaan untuk kita berdua!”.

Artikel ditulis oleh Cavin Ooi, Penulis Web Majalah Men’s Health.
Layari www.mens-health.com.my untuk pelbagai kandungan menarik!

p.s ada lagi sifat wanita yang lelaki tak suka. tetapi perlu ingat, kita juga manusia tidak sempurna. namun begitu, kekurangan boleh diperbaiki, bukan? Perangai Wanita Yang Lelaki Tak Suka

32 Komen:

Tanpa Nama berkata...

(SEORANG LELAKI) aku x suka perumpuan yg tukar rupa semula jadi.
rupa kita x boleh ubah.....jangan ubah rupa anda sudah mencukupi untuk memikat lelaki... :D

Tanpa Nama berkata...

saya rasa ada betul nya di atas..tapi saya bukan jenis macam tue...saya juga seorang yang kuat senyumm:)

Tanpa Nama berkata...

sya rasa tak semua perempuan punyai ciri-ciri diatas..kebanyakan perempuan yang lebih bersabar dengan sikap lelaki yang sentiasa menyakiti hati perempuan.siapa yang terlebih dahulu curang terhadap perempuan?siapa yang terlebih dahulu menduakan perempuan?siapa yang patut memimpin perempuan?bila anda sudah jatuh cinta pada perempuan,apa jenis sikap mereka pun anda akan katakan baik...

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah x suka tu mcm2 lak alasan...tp kalau tengah suka tu kentut pun wangi...

Tanpa Nama berkata...

klau lpas kat kolam tu,timbul ikan yg kurang oksigen..hermm..

teke sape saye..lalala~ berkata...

* well semue org xperfect.. lau nk yg sempurna mmg xdpt lah kan.. kalau llki suka dlm cbaran.. ubah lah wanita yg bnyak karenah ke arah yg betul.. dn perempuan,bila d tegur jgn cepat nk marah or fkir terburu2.. ditegur bmakna dy kisah tentang kite..
*so... semue yg kt atas tu bnde biasa..normal bg setiap wanita.. ap yg penting care kite kne betul untuk ubah SIKAP kite~ jg merungut oke..
*senyum selalu :)

Tanpa Nama berkata...

lelaki dan wanita saling memerlukan...sikap bertolak ansur dan faham memahami sgt2 penting dlm hubungan

' my life ' berkata...

ALAa , tegal tu jerr?

Tanpa Nama berkata...

2 drpd 5 d ats grenti pyh nk hlg dlm dri pmpn.kuat cmbru n byk brckp..dh mmg pmpn sk mmbbellg2 ank da byk.hehee

Tanpa Nama berkata...

haha betol la tu..jadi berubahlah supaya lelaki tak menyampah dgn kita... heee :)

Tanpa Nama berkata...

lelaki mmg se0rang yg cool , , pa pn sya ttp sygkn bkal suami sya , ,dya trima sya seadanya wlupn sya kuat cmbru,

Tanpa Nama berkata...

ea ke....tipu la law x ada org kt dnia nie y x cmburu....

Tanpa Nama berkata...

nk tau x...knp pompuan trlalu cmburu...sbb dye trlalu sygkan pasangannya...korang sbagai lelaki 2 kene la faham skit...jgn ego sgt...x ade sape nk tgok keegoan korang sbagai lelaki 2...hargai selagi ia masih ada.....

Tanpa Nama berkata...

hari ni,sye nok berubah....baru sye tahu bkpe 4we sye marah klu sye berasa cemburu klu dia ckp dgn petempuan lain...sye akan berubah hari ni...

Tanpa Nama berkata...

BF SAYA SAYANG SAYA AND TERIMA SY SEADANYA :) ALHAMDULILLAH
:)

Tanpa Nama berkata...

sy bnyk ckp pn, bf xkisah......

Tanpa Nama berkata...

sy cmburu snyp2 je.....haha

Tanpa Nama berkata...

hubby sya ska celoteh sya...buktinya,,lau sya diam dia suruh sya bceloteh pula..hehe..alhamdulillah,,kmi sntsa bt0lak ansur,,lau ada mslh,,kitorg bincang baik2,,,& alhamdulillah hbungan kmi kekal hgga kini bsma anak ppuan kmi...:)

Hara Salvia berkata...

Hanya perempuan jew yg tahu pecahkan ego seorang lelaki yang dia sayang.

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu marah2 kalau nk gngu ckit time tgk bola..xde motif lgsung..!

Tanpa Nama berkata...

gf solek lama sbb untk bf dia jgk..x la smpai 4 jam solek nye...ape2 pn stia pda bf..

Tanpa Nama berkata...

btul 2 gf brsolek coz untk bf nyer garx...kang klau brsolek untk owng kang mrh........

Tanpa Nama berkata...

bt0l3....x smua prmpuan pnyai sikap cm 2...lw llky 2 bt0l2 sygkn pompuan 2..dier akn trma pmpuan 2 sadanya........

Tanpa Nama berkata...

harap kwn llaki saya tu tak marah sy sbb sy sllu bulli dia wlaupun kita orang sama suka :)

Tanpa Nama berkata...

camane xjeles bila dia mesej sweet2 dgn kwn pupuan lain pastu dia xkisah kita baca mesej dia, kalau ye pon,delete la dulu mesej sweet2 tuh

Tanpa Nama berkata...

syg sy...die jeles orgnye...tp majuk klau sbut psl lelaki lain..pdhal bgtau j..sape nk dekat..bila dah lame..baru tau...die pn xnk khilangan sy,,,sama jugak sy...sayang...wan..

Tanpa Nama berkata...

Sya rase lelaki bkn tak ske ke pompuan yg gedik?mgkin llki lbih suke pompuan yg pndiam..

Tanpa Nama berkata...

aku syg dia...walaupn dia seorg yang panas baran...tp aku sentiasa berusaha tuk memikat ht dia

Tanpa Nama berkata...

Klu dh ddk gan mkwe jgn la dk cerita pasai pompuan lain... sape la x cembu klu mcm 2...

Tanpa Nama berkata...

kalau dah dapat seseorang yang sygkan kita jangan la abaikan.... pompuan sekali dya dah benci selamanya lah dya akan benci kat laki 2 tau....

Tanpa Nama berkata...

aku rasa aku dah cukup baik dengan tak kisah pun bf aku nak buat ape, yg penting dia takde tipu aku je.. aku tak menggedik dgn laki lain, aku bagi ruang yang sangat besar utk dia.. still, i am single now.. huhu..

Tanpa Nama berkata...

dari diri sendiri laaaaa

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.