Hanya padamu kasihku tertumpah (Luahan Rasa)

Share on Tumblr
Di saat kasihku dipermainkan dan menemui kegagalan, kau datang menghulurkan bantuan dan memberikan ku semangat. Bermacam cara kau lakukan semuga diriku ini tidak lagi mengingati kisah silam.

Hampir-hampir aku terlupa bahawa sesungguhnya insan di sini lebih bererti dibandingkan insan di sana.

Banyak benar tohmahan dan cacian yang dilemparkan padaku. Entah mengapa insan seni sepertiku dipandang hina.

Ketika aku di puncak kejayaan, banyak benar kata-kata manis dan pujian buatku. Tidak kusangka sama sekali bahawa semua pujian itu hanyalah duri yang bisa menikam jiwa dan hatiku ini.

Terkecuali kau seorang. Kaulah yang memberiku harapan dan kasih sayang yang tidak terhingga.

Sanggup kau berbuat demikian semata-mata kerana diriku ini.

Kaulah jua yang memberiku sema-ngat untuk aku meneruskan kehidupan dan terus berdiri untuk menghadapi semua dugaan.

Dengan tidak diduga, tahulah aku bahawa insan di sana hanyalah menyintaiku pada nama. Tidak pernah sama sekali aku merasa secebis, mahupun sekelumit, semangat yang telah kau hulurkan padaku.

Kini mengertilah aku siapa yang lebih suci dan mulia di antara yang di sana dengan yang di sini. Aku benar-benar terkilan di atas segala yang berlaku dan aku mohon beribu ampun dan maaf. Aku menyesal, selama ini aku curang terhadapmu.

Aku menduakan dirimu dengan memilih insan lain di sana. Kini hanya padamu kasihku tertumpah. Sesungguhnya kasihmu tiada bandingan nilainya.

Cinta Kasih Sayang

Aku berjanji takkan menyayangi insan lain selain dirimu. Kau bagiku adalah insan yang benar-benar bermakna dan istimewa. Kaulah insan penyayang dan penawar buat kelukaan ku ini.

Sukar lagi untukku mencari ganti seperti dirimu. Kaulah satu-satunya insan yang berjaya memikat hatiku dengan kejujuranmu buat selama-lamanya.

Nukilan
MAAA

Hanya padamu kasihku tertumpah (Luahan Rasa)

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM

Tanpa Nama berkata...

WAALAIKUMUSSALAM..Orang bagi salam,kena jawab..hehe..

Abdul Alim berkata...

waalaikumsalam...

arraiza berkata...

siapalah satu diantara mereka yang pantas bersanding dengan jiwa tanpa sempurna??? tak lain dan tak bukan ialah dia yang selalu ada pulihkan duka tuntun ke arah bahagia. walau terkadang tak banyak yang menyadari keberadaanya lebih nyata di banding dia yang disana. namun yakinlah perasaan yang tulus kan berikan keindahan yang lebih untuk lakonya.

Tanpa Nama berkata...

Luahan rasa dia atas mcm dlm 1 lgi jiwang iaitu lagu kmpulan scan-di sana mawar di sini penawar...klau x pcaye try check lirik dia...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.