Problem Cinta: Sukar lupa kisah silam kekasih

Share on Tumblr
Saya lelaki berumur awal 20-an, sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang mahu saya kahwini.

Awalnya hubungan kami berjalan lancar, tetapi kemudian saya dapat tahu teman wanita pernah terlanjur melakukan zina dengan bekas teman lelakinya.

Sejak itu, saya berasa tertekan dan sering teringat perlakuan teman wanita dulu. Bagaimanapun, saya tetap menerima kenyataan itu kerana sayangkan dia.

Masalahnya, kadang kala hati saya tidak berasa tenang dan sering dibelenggu dengan peristiwa itu. Saya lemah untuk meneruskan hidup, namun pada masa sama tidak mahu meninggalkan kekasih kerana menyayanginya.

Dia juga sudah insaf dan bertaubat. Apakah yang harus saya lakukan untuk meneruskan kehidupan saya dalam keadaan gembira dan tenteram?

Sad Boy

--------------

Cinta itu sememangnya menyakitkan. Cinta adik terhadap kekasih ibarat menyunting sekuntum mawar merah, kadang kala mencium harum mawar itu tapi kadangkala terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Cinta itu juga ibarat datang dan pergi seperti angin tidak beraturan dan arah merasakan cinta dalam kehidupan, kadang kala cinta membahagiakan, kadang kala menyedihkan.

Dilema adik ialah terlalu menyayangi kekasih tapi terlalu terseksa mengingatkan keterlanjurannya dengan bekas teman lelaki. Dilema adik ini hanya boleh dileraikan oleh diri sendiri. Persoalan yang perlu ditanya, adakah kekuatan cinta adik dapat memaafkan perbuatan zina itu. Jika kemaafan dapat hadir dalam diri adik, ini lambat-laun dapat mengatasi rasa tertekan adik.

Melalui kemaafan, hati akan lebih tenang dan tenteram. Kekuatan untuk meneruskan hidup akan wujud. Diri tidak akan berasa lemah meneruskan kehidupan.

Adakah adik mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan terhadap kekasih? Ini kerana cinta hanya datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka dikecewakan.

Cinta terpaut kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka dikhianati, kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun disakiti sebelumnya.

Cinta hanya akan lebih kukuh kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Kata orang, cinta adalah sebuah pengorbanan yang tulus. Tanpa ada rasa pengorbanan, cinta akan jauh.

Cinta akan menjadi sukar jika masih terpalit rasa tidak percaya dan tidak mahu memaafkan. Jika adik masih menyimpan perasaan yang tidak selesa terhadap perbuatan kekasih yang lalu, ia akan menyukarkan perhubungan.

Jika masih terbayang-bayang perbuatan silam kekasih sehingga membelenggu perasaan, melepaskan kekasih adalah satu cara untuk mengurangkan tekanan.

Apatah lagi nanti apabila adik berdua mengikat tali perkahwinan. Pada ketika itu, ungkitan adik terhadap perbuatan kekasih yang lalu hanya akan melukakan hati adik dan kekasih.

Perhubungan menjadi semakin pudar dan layu. Jika perasaan tidak dapat memaafkan masih menebal, adalah adil bagi adik dan kekasih untuk menilai semula perhubungan ini.

Namun, jika adik merasakan setiap insan mempunyai kisah lalunya tersendiri dan sanggup menerima kekasih seadanya, jalan lebih terbuka luas untuk adik meneruskan perhubungan ini. Cintai kekasih atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi sekiranya adik benar-benar mencintainya setulus hati. Pepatah cinta mengatakan: 'Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika adik masih mahu mencuba.

Jangan sesekali menyerah jika adik masih berasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan adik tidak mencintainya lagi jika adik masih tidak dapat melupakannya.'

Keputusan di tangan adik. Berilah adik ruang masa untuk mengambil satu keputusan yang akan memberi kebaikan kepada adik dan kekasih.

Apa saja keputusan yang adik ambil ada risikonya. Bertanggungjawablah di atas segala keputusan yang adik ambil itu. Dr doakan adik dapat mengambil satu keputusan yang baik.

~ Metro
Problem Cinta: Sukar lupa kisah silam kekasih

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

mnyentuh ht btol lh p,crta ni m`mbri sya smngt yg kental utk m`mprcyai owg yg sya cntai....makseh eak....hmmmm

Tanpa Nama berkata...

lpakan knangan jgan di ingat blik ..hnya than yank tentu kan jdoh kte

smile always.. berkata...

emm ...problem awk sama mcm problem sye ..cme kekasih sye hnye prnh menciam bekas kekasih nye ..kami couple dh hmpir 3taun,bru skrg die cerita kt sye ..sediy gile doo ..tuhan jew yg tau ..tpi disbbkn die dh membuktikn yg die syg dn cinta kt sye ..so,alhamdulillah kami msih bersama smpai skrg ..kata org jgn dikenang kisah silam ..(^-^)

Tanpa Nama berkata...

tak ada manusia yang pfct sgt dik,abg ni da byk sgt mlalui pglaman spti ini...last2 x dpt pwn org yg btl2 myayagi abg...abg kcewa tapi nsihat abg ngan adk2...jangan mencintai n mgharapkan seseorang itu kerana kesempurnaanya tapiseseorang itu menjadi sempurna kerana kita mencintainya tak kira apa pn msa lalu dia asalkan dia tak mengulaginya lagi dan bertobat....kebahagiaan itu terletak pada kita se3ndri....

gadismolek berkata...

ciannye..meme sukar nak lupa kn ape yg kekasih kite pnah wat dlu..sy pun pnah ase mcm ni..tp bile pkir balik x nak la ingat lg..salkan die skrg cintakn kite je..tp dlm ht tkut gak kn?kite tkut die msh ngat memori die ngan ex die dlu..

Tanpa Nama berkata...

buat istikharah!!

Tanpa Nama berkata...

memang masa silam yang memeritkan itu sukar untuk diterima walaupun kita cuba untuk menerima dan melupakannya...namun jikalau kita berfikiran secara terbuka dan lebih matang lagi, semua itu hnyalah ujian kecil dari Allah untuk kita belajar menerima ketentuan dan kesilapan ummat Allah yng lain. sesungguhnya kesilapan di masa silam itu dapat memberi pengajaran tuk kita memperbaiki diri dan meneruskan kehidupan. janganlah kita menghukum mereka semata-mata untuk kebahagian kita sendiri, kita hanya makhluk Allah yang biasa...kita tiada hak untuk mnghukum kesalahan orang lain melainkan kita mendorong mereka ke jalan yang benar. sedangkan Allah memaafkan ummatnya yang pernah berzina, membunuh dan sebagainya inikan pula kita hanya manusia biasa.. wahai saudara, maafkanlah kekasih mu itu jika dia sudah benar2 bertaubat dan menyayangi mu. ingatlah, dia melakukan dosa itu sebelum dia bersama kamu.. terimalah dia seadanya dan bimbinglah ke jalan yang dirahmati Allah...Insyallah, perasaan tidak tenteram itu akan hilang dan anda berdua akan hidup bahagia dan gembira... insyallah...

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.