Kata-kata Hikmah/Nasihat

Share on Tumblr
Jangan minta yang tidak dapat dilihat oleh matamu tapi mintalah apa yang ada di matamu

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.- Petikan Dr. Badrul Amin Bahron

Kata-kata Hikmah/Nasihat

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan. Jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan buat pedoman

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Janganlah kita melampaui batas di dalam apa jua urusan kerana akibatnya sangat buruk. Bersederhanalah semoga Allah swt redha.

Di tengah kesulitan, sangat sedikit golongan bersyukur. Apa yang sering terjadi, di tengah kesulitan, hati bergoncang dan berputar-putar mata mereka kerana ketakutan. Kumpulkanlah kekayaan hati. Usah kumpul kekayaan pengikut dan harta. Kekayaan hati adalah sifat mahmudah. Tambahilah sifat mahmudah daripada sedikit syukur kepada berbanyak-banyak syukur, daripada sedikit redha kepada berbanyak-banyak redha, dari sedikit husnuz zan ( baik sangka) kepada berbanyak-banyak husnuz zan, dari sedikit sabar kepada berbanyak-banyak sabar, daripada sedikit pemaaf kepada lebih banyak memberi maaf, daripada sedikit keyakinan kepada lebih tebal keyakinan. Kekayaan hati adalah kekayaan abadi. Tidak musnah oleh kematian dan tidk musnah dirosakkan oleh orang-orang yang hasad dengki. - Petikan Ustaz Abdul Halim Abbas

Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari iman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

Antara dua darjat, si kaya dan si miskin. Namun iman dan taqwa yang dinilai di sisi Allah swt, bukan banyaknya harta di dunia.

Manusia sering gelisah dengan ketidakcukupan wang dan pelbagai lagi ketika hidup di dunia. Namun ramai yang masih belum memikirkan bekalan untuk akhirat yang pastinya belum cukup.

Kata-kata Hikmah/Nasihat

23 Komen:

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum,kata2 awak sungguh bagus.saya suka dgn kata2 ini.dia membuat jiwa saya tersentuh.kerana apa yang jadi,semua ada pada diri saya.saya bergitu kecewa dan merana kerana sikap manusia suka merosakkan rumah tangga yg saya bina 13thun dulu.saya sedih ,apa yg terjadi salah saya,saya seorang isteri ,apa salah saya kerana saya mahu mempertahan kan rumah tangga saya.nasib diri saya macam sepah di buang,kalau mahu ambil,kalau tak buang gitu saja.wahai isteri2 jaga suami awak semua,jangan jadi macam saya.

Tanpa Nama berkata...

masalah awk hampir sama dgn saya..

nana berkata...

sy berkahwin 7 thn..semua sy korbankan utk suami sy...sekarang suami sy ada perempuan lain.janda ank 1.ank yg tak tau siapa bapa...suami sy abaikan tanggungjawab pada sy dan 2 org ank sy.Sy sekarang dlm proses tuntut fasakh...betulkah jln yg sy pilih ini..hati sy hancur dan sakit sangat????

Tanpa Nama berkata...

malu .. berdOsa dengan ALLah.. kerana dOsa silam.. mOhOn petunjuk ke jalan yang benar...huhu~~

Tanpa Nama berkata...

apa yg perlu kita lakukan..hanyalh brdoa kpda ALLAH..insyallah segala urasan kta..akan d prmudahkn...brsabar adalah tahap yg paling baik..setiap dugaan ada hikmahnya...

Tanpa Nama berkata...

memang pelik...kenapa laa perempuan2 yg tak tahu malu ni..suka merampas suami orang dan menghancurkan rumahtangga orang lain..suami sendiri ada..tapi dia sebok nak bercinta dgn suami org lain pulak..yg pelik bin ajaibnya...macammanalah suami dia bole tak tahu yang bini dia gatal mengenyam-ngenyam....huhhh!!!

Tanpa Nama berkata...

sbb pompuan skrg tak penah puas..mencari jalan pintas utk kesenangan. sggp menggadai ape saja demi capai kejayaan. Suami cuma satu nama.. Laki bkn hannya sorg didunia. Ko tak tahan ko bla. Perkahwinan tiada makna.

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak boleh mengubah orang lain tetapi kita boleh mengubah diri kita kearah yang terbaik. Sekiranya tiada lagi kebahgiaan untuk hidupmu dalam alam rumahtangga maka carilah kebahgiaan disisi lain yang diredhainya. Jangan salahkan wanita lain andai rumahtanggamu hancur tetapi tudingkan sam jarimu kearah suami yang kau sayangi kerna tidak akan terjadi sesuatu andai hanya sebelah pihak sahaja yang terlibat. Fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

manusia yg tidak yakin akan kodrat sebenarnya membuat dy terombang ambing menentukan sikap hidupnya.semua hanya bisa dilakukan oleh diri yang memiliki keinginan untuk menjadi yang terbaik,,

Mawar Sepi berkata...

Belajarlah untuk jadi mnusia yg sbar. Allah mnguji tnda ksih sayang DIA kpd hamba2Nya. Stiap ssuatu yang trjadi tu tlah d'takdirkan oleh ALLAH. Cubalah nilai ssuatu itu dgn mata hati...renung kmbli stiap yg trjadi. Lalu, fkirkan stiap kptusan yang bakal d'ambil. Stiap kputusan tu ada risiko2nya... Kalau bersedih tiada gunanya, ia akan mnambhkan lgi bban hati. Hdapilah hdup ini pnuh ktenangan. Buangkan amarah, buangkan kbencian...agar bersih hati kita drpda sgala sifat tercela.

Tanpa Nama berkata...

saya malu dgn sikap saya yg tidak perna bisa menerima masalah hidup

cempaka beduri berkata...

saya suka dengan mutiara kata ni..ia membri saya semangat untuk terus tabah menghadapi segala masalah yang timbul.

Tanpa Nama berkata...

saya suka semua kata2 hikmah di atas, ianya memberiku semangat utk terus hidup....dan lelaki bukan seorang di dunia begitu juga perempuan sebaliknya.

UmieZiee berkata...

saja relax relax umie jumpa laman nie..bagus kata hikmah dan nasehat nasehatnya, apa apa pun setiap manusia yg bergelar insan tidak akan dpt lari dari dugaan hidup..cuma setiap yg berlaku itu..pasti ada bahgia untuk kita..

inspirasi bersama berkata...

setiap benda yg bernama manusia tiada yg sempurna......seringkali dgn sifat yg tidak baik

Tanpa Nama berkata...

ngak usah pandai berkata2, sdang yg berkata tdk mampu mlaksanakan apa yg di kata.

Tanpa Nama berkata...

f

Tanpa Nama berkata...

saya sepakat dengan kata2 nasehat di atas, semoga sll menjadi pedoman kita. trutama q yg selalu di rundung masalah, skalipun q tidak berniat..... semoga kedepan kita lebih baik. Amin

Tanpa Nama berkata...

hebat betul kata2 hikmah ini.........

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju apa yg di kata..

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu dibuli dengan lelaki yang saya suka di sekolah kebangasaan dan sekolah agama berlainan orang nya

Tanpa Nama berkata...

Malu saya selalu senyum apabila terserempak dengan orang yang I LOVE

Tanpa Nama berkata...

Kadang kala sekumpulan lelaki di sekolah agama ade lah bende dia nak buat

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.