Tip Pikat Jejaka Idaman di Majlis Keraian / Parti

Share on Tumblr
Rahsia Pikat Jejaka Idaman di Majlis Keraian

WOW! SEKALI PANDANG SEAKANAKAN GAYA ARTIS LAGAKNYA, BAHKAN BOLEH MEMBUATKAN SANG ARJUNA TERPANA SEKETIKA. MUNGKIN TARIKAN SI GADIS TELAH MEMUKAU PANDANGAN MATA SI ARJUNA. MAKA SI ARJUNA INI MENGAMBIL PELUANG UNTUK MEMANDANG SI GADIS ITU TANPA BERKELIP-KELIP.

Petanda ini menunjukkan bahawa si dia mula tertarik dengan si gadis di hadapannya. Apakah kamu ingin menjadi seperti itu? Ayuh! Ikuti tip ini sebagai panduan buat kamu!

5 Perkara yang Perlu dilakukan

1. Gunakan Gaya Nakal
gaya nakal ini bukan bererti kamu perlu beraksi ala-ala gedik atau mengada-ngada tetapi kamu perlu bijak menggunakan taktik nakal untuk menarik perhatian si dia. Tidak cukup sekiranya kamu hanya berdiri dan menyaksikan rakan-rakan kamu berseronok tanpa melakukan apaapa. Sebolehnya kamu hantarkan sedikit pesanan melalui memek muka kamu untuk menyampaikan pesanan yang kamu inginkan si dia mendekati kamu. Kamu juga haruslah sentiasa tersenyum dan mempunyai pandangan mata yang menggoda.

2. Berdiri dalam Kumpulan Kecil
Sekiranya kamu menghadiri mana-mana parti yang diadakan, pastikan ahli kumpulan kamu itu mempunyai jumlah yang sangat kecil. Mungkin dua atau empat orang sahaja. Jika kamu berdiri di dalam kumpulan yang ramai mungkin si dia takut untuk mendekati kamu. Barangkali si dia takut akan ditolak saat mempelawa kamu untuk menari atau bercanda. Sebolehnya kamu cuba untuk duduk di dalam kumpulan yang kecil dan jarakkan sedikit antara kamu dan rakanrakan. Pastikan kawasan kamu itu tidak terlalu sesak dengan orang ramai.

3. Menghias diri
Tahukah kamu, menghias diri bagi seorang wanita itu bukan daripada segi pemakaian yang menjolok mata. Sebaliknya pemakaian kamu haruslah sopan dan mampu menonjolkan diri kamu pada malam itu. Mungkin kamu perlu mengubah sedikit cara pemakaian kamu yang ala-ala selekeh kepada yang lebih cantik dan elegan. Kamu boleh mencari gaun labuh yang tidak terlalu sarat dengan manik atau hiasan berjuntai tetapi kamu boleh mencari yang selesa dan sedap mata memandang. Kemudian kamu tata rias sedikit wajah kamu itu dengan solekan nipis untuk menunjukkan perbezaan diri kamu dari sebelumnya.

4. Bahasa tubuh
Tidak dinafi kan bahawa kaum Adam ini sangat suka pada visual daripada ilusi. Melalui visual, mereka boleh nampak dan mengamati diri kamu sebaiknya. Oleh kerana itulah kamu perlu memainkan peranan dengan menonjolkan sedikit diri kamu pada malam itu. Kamu perlu menggunakan bahasa tubuh dengan betul seperti menyilangkan kaki kamu sambil kasut tergantung pada jari kaki, kemudian kamu boleh berpeluk tubuh untuk menyatakan yang kamu begitu yakin dengan penampilan diri kamu. Hurm, pasti si dia akan mendekati kamu tidak lama lagi!


5. Tonjolkan diri kamu sebenar
Jangan lupa untuk tonjolkan diri kamu yang sebenar saat menghadiri parti tersebut. Jangan pula kamu berpura-pura dan menjadi orang lain sedangkan karakter kamu bukan begitu sebenarnya. Sekiranya kamu seorang individu yang suka ketawa, tonjolkanlah diri kamu itu kerana kadangkadang lelaki ini akan tertarik bila mana melihat kamu sedang tertawa bersama rakan-rakan kamu. Daya tarikan tidak semestinya pada paras rupa semata-mata, kadangkala ia boleh terjadi daripada cara kamu yang gila-gila itu. Kamu harus tahu bahawa lelaki tidak suka kepada perempuan yang hipokrit maka kamu perlu beringat!

Sumber: Remaja
Tip Pikat Jejaka Idaman di Majlis Keraian / Parti

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.