Luahan Rasa: Rindu padamu membawa derita

Share on Tumblr
Rindu padamu membawa derita

Abang,
Sesekali bila difikirkan aku merasa amat malu kerana terpaksa menangis di hadapanmu. Yang kurisaukan lagi kerana fikiranmu turut terganggu dengan gelagatku.

Namun sayangku, apa lagi mampu kulakukan setelah kerinduan yang ditanggung tidak dapat dibendung lagi. Hanya air mata pengubat luka dan gundah-gulana. Sehari tak jumpa setahun rasanya derita.

Sesungguhnya abang, tidak ada yang lebih pedih dan bisa selain merinduimu!

Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengulangi kerinduan yang panjang ini. Cukuplah sekali. Namun mampukah aku bertahan dengan hakikat hidup yang kita lalui sekarang?

Bukanlah niatku mendesak dan memaksa tetapi aku juga inginkan hak aku terhadapmu. Kadang kala aku merasakan kehadiranku di sisimu tidak membawa apa-apa makna lantaran merasakan kehadiranku tidak kau hargai!

Janganlah aku dibiarkan terkapai-kapai antara kenyataan dan dunia fantasi cinta kita. Aku tidak sanggup menahan seksa dan kerinduan ini. Cukuplah sekali abang!

Aku sedar siapa diriku dan siapa dirimu. Tetapi kita tidak mungkin berpatah balik lantaran hatimu dan hatiku sudah tersimpul mati dalam satu ikatan yang dinamakan kesetiaan.

Paling tidak ikatan ini boleh kita gunakan untuk menebus semula keindahan musim cinta yang telah kita tinggalkan pada masa lalu.

Air Mata Tangisan

Aku benar-benar mengharapkan dirimu untuk melindungi aku pada ketika-ketika tertentu lantaran kita tidak mungkin dapat hidup bersama.

Apa pun kita harus kembali kepada kenyataan. Aku akur dengan tanggungjawab yang kau pikul. Bukanlah niatku mengganggu hidupmu tetapi kau juga perlu membahagiakan diriku.

Berilah sedikit ruang di sudut hatimu untuk aku berteduh dan bermanja.

Bukan emas, wang ringgit dan harta yang kuinginkan. Cukup sekadar kasih sayang dan belaian manjamu. Sesungguhnya abang, aku terkilan kerana kita berdua telah melakukan kesilapan besar dalam membuat keputusan tentang masa depan dan kebahagiaan kita bersama.

Namun aku akur pada kehendak takdir. Kita hanya manusia biasa yang hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya. Aku pasrah kepada susun atur perjalanan hidup kita dan berharap engkau akan terus menyayangiku sampai bila-bila.

Nukilan hati
MAS MERAH

Luahan Rasa: Rindu padamu membawa derita

12 Komen:

Tanpa Nama berkata...

cukup trasa . krna ari ny pling sdih dlm hdup ku ..

Tanpa Nama berkata...

sedihnya bila terpaksa berpisah dari insan yg kita syg, sungguh perit untuk dteruskan khdupa yg sudah terbiasa ada bersama ny , dlam skelip mata , berubah segalanya , kehilangan ny membuatkan diri terasa terkilan , sungguh diri ini amat merindui nya , ku harap engkau mengerti

chenta dania berkata...

mmg trlalu sdih sgt ble brpisah dgn org yg kte syg ...

Tanpa Nama berkata...

pergi tanpa pesanan dan khabar berita tidak diterima membuat kan lagi hati menangis sedangkan bibir mengukir senyuman.keegoaan aku mmbuatkan kasih sayangnya hanyut tanpa diduga penyesalan sehingga kini masih bermain segenap penjuru hati aku.....

Tanpa Nama berkata...

hartadan wang ringgit menjadi punca perpisahan..susah bersama dan senang ditinggalkan adil ka??

Tanpa Nama berkata...

kenapa yaa mesti ada perpisahann yang menyakitkann

Tanpa Nama berkata...

aku pun rindukan dia .. dia biarkan aku menanggung rindu yg begitu lama .. kerana x sggup menanggung rindu aku putuskan dia .. aku berfikir aku kekasih dia atau pun tak aku tetap rindu .. ( apa yg aku ckap nie ) aduii .. :( :(

Tanpa Nama berkata...

kita ptut perthan kan cinta kita dan jgan bgi seowng itu terluka kerana kita ?? kdang2 cinta yg dtang tu kita tidak taw cinta sejati@cinta buta

Tanpa Nama berkata...

cinta kita kat seowng itu tdak buta , klu kita mencintai dgan ikhlas dri aty kita, cinta yg buta adlah cinta CURANG..?
*pertahankan
*perjuangkan
kan lah demi cinta

3Rfun berkata...

luar biasa..

_______/\
_____< ◊ >__★
_______\/________ /\
_______________< ◊ >
____/\___★______ \/
__< ◊ >
____\/______★
__________/\
________< ◊ >___★
__________\/

kunjung balik

Tanpa Nama berkata...

sabarlah...aku juga merindui seseowg yg ku akt syg

Tanpa Nama berkata...

sedih sangat..skunk ni ngah rindukan dya..ajak jumpe tp marah2 lak..rase diri ini dipinggirkan..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.