Luahan Hati: Cinta yang terguris

Share on Tumblr
CETUSAN RASA CINTA

Aku telah membaca coretanmu. Terima kasih atas nasihat dan sikap mengambil beratmu terhadap diriku. Kau menganggap aku telah mengecewakanmu tetapi hakikatnya aku lebih terluka dan ditinggalkan.

Setelah aku renung kembali apa yang terjadi, ternyata membawa duka lara di hati ini. Sebenarnya sepedih-pedih hatimu, pedih lagi hatiku.

Aku sedar tutur kataku yang selalu menyinggung perasaanmu, juga setiap perkataanmu tidak pernah dibalasi sewajarnya.

Ketahuilah tidak pernah terniat di hati ini untuk mengguris perasaanmu. Cuma aku bimbang terlalu berharap dan sudahnya nanti aku dikecewakan.

Ingin kutegaskan di sini tiada cinta pandang pertama dalam hidupku seperti yang kau sangkakan. Bagiku cinta terlalu sukar dimengertikan.

Bagiku paras rupa bukan ukuran tetapi hati budi yang berjaya memenangi hatiku. Aku mengagumi keperibadian dan sikap bersungguh-sungguh yang kau tunjukkan.

Cintaku juga bukan terlahir kerana cuba mengisi kesunyian selepas ditinggalkan kekasih. Tidak juga kerana berpura-pura seperti yang kau yakini tapi dengan niat yang ikhlas.

Walaupun aku kelihatan tidak bersungguh-sungguh tapi kau di hatiku selalu, seboleh-bolehnya aku mahu lakukan yang terbaik untukmu.

Ketika lamaran datang, aku masih tidak menyedari ada sendu di hatimu.

Aku cuba menjelaskannya kerana tidak mahu melukakan hatimu tetapi tiada kepastian. Sebaliknya aku percaya kau akan mengunjungiku seperti yang dilafazkan.

Kau cuma tidak mampu menidakkan kenyataan hatimu. Tapi natijahnya aku seorang yang merasainya.

Bagiku kau terlalu baik untuk dilukai, salahkanlah diriku andai itu dapat memberi ketenangan buatmu.

Tapi cubalah renungkan sejenak, sebenarnya akulah insan yang terluka itu. Cintaku ikhlas dan tidak meminta balasan, aku sudah cukup gembira dengan kasih yang diberi dan bahagia dengan cintamu walaupun hanya seketika.


Biarlah aku pendam segala kelukaan ini seorang diri. Aku tetap bersyukur kerana kau pernah menemaniku dalam perjalanan yang panjang ini.

Aku harap kau dapat menganggapku sebagai sahabat dan bukan musuhmu.

Akhir kata, maaf kupinta dan pulangkan kembali gambar yang pernah kau pinta dariku dahulu kerana ia terlalu peribadi dan tidak pernah kuberikan kepada sesiapa pun sebelum ini.

Catatan:
Gadis Sungai Siput
Luahan Hati: Cinta yang terguris

36 Komen:

Tanpa Nama berkata...

aku ndak sangka cerita dia atas sama dengan cerita kehidupanku..buat penulis..terima kasih..sangat mencuit hati..

Tanpa Nama berkata...

Sdh...;(

Tanpa Nama berkata...

kiranya ini berlaku pada diri ku...aku trima.....polan itu sentiasa dalam ingatan ku

Tanpa Nama berkata...

.....

Tanpa Nama berkata...

begitulah cinta,,,,deritanya tiada akhir

Tanpa Nama berkata...

sedih, coretan di atas, sama mcm ape yg sy sedang rasa. zahir nye nampak sy gembira, hakikatnye sy menangis tersedu2. :(

Tanpa Nama berkata...

sede nye.. ^^ dpt sy rsakan..

isya berkata...

wow..same cerite dgn saye..terime kasih:)

Tanpa Nama berkata...

cerita tersebut telah myentuh hatiku....kerna cerita 2 pernah blaku dlm hdp ku..sedihnya...;(

Tanpa Nama berkata...

sangat sedih... kdgkala kita perlu lakukan apa yg paling kita xmahu lakukan. moga ada yg memahami..:(

sie chadel vee berkata...

sakit di saat trluka
bhgia'saat dy mmberi hrapn !!
trsdar bahwa slma ni tk sjlan cinta yg djlni

Surya sweet berkata...

Cinta yg hnya brtepuk sblah tgn mmng mnyakit kn sdih...sdih..sdih sgt2..xleh tahan air mata ;(

Tanpa Nama berkata...

mmg benar kdgkala kita perlu lakukanapa yg kita xmahu lakukan,tpi jika itu yg memboleh kan smua org bhagia,,itu lah dia pengorbanan yg besar dan sangat berharga.

Tanpa Nama berkata...

mcm kisah ku juga lh..sedih lh...sy masi tidak dapt lupakan dya..biarpun sy sibuk..tapi...hati n pikiran saya..masi sama dia..bagaimana ku harus lakukan...:'(

Tanpa Nama berkata...

kita sayang akan dia tetapi tidak b'erti kita akan memilikinya untuk menghiasi kehidupan kita..:'(

Tanpa Nama berkata...

sy pun terluka..:'(
setia yg kuberikan dikhianati..
Kasih yg ku curahkan x dihargai..
Apapun selamat tinggal cinta ku..Moga kau berbahagia dunia dan akhirat..dri aq zah..:'(

Tanpa Nama berkata...

aku terluka,,bila someone tu melamar aku,,aku terima dgn niat iklas,arghh cinta bole pupuk lepas kawen,kan lg suci! ,,tp last2,,dye tinggalkan aku,,,,

Tanpa Nama berkata...

Saat bercinta mmg sgt indah dan kta xpnh terpikir akan sesuatu yg buruk.tp pabila kasih syg itu tlah tiada,maka sakitnya cinta tu xdpt dijelaskan dgn kata2.Allah maha tahu.ehmmmmmm.

Tanpa Nama berkata...

stlah 4taun kami kapel,ingatkan semua bjln dgn baik namun akhirnya dia mgaku ada pmpuan len.betapa hancurnya hatiku krna aku terlalu menyintainya.time mgurat dlu,aku la pmpuan yg cntik d matanya namun bla ada lagi yg cntik,aku ditingalkn bgtu sja.
dasar lelaki!puiiiiiii.aku berazam akan bkapel dgn 100lelaki dlm satu masa.baru puas atiku.....huhuhuhuhu.ya Allah,bantulah aku mengubat kelukaan ini.......^-^

Tanpa Nama berkata...

sdih skali

Tanpa Nama berkata...

amat sedey kisah ini..macam saya alami jugak

Tanpa Nama berkata...

sy pown mmg sme lm crita nie .. hadapi hidup mcn 2 la .. sy dpt rase semua erti ksakitn hati

Tanpa Nama berkata...

aku terluka kerana dia...walaupun pahit aku terpaksa melepaskan dia...

Tanpa Nama berkata...

Baru je jadi mcm ni...pagi tadi gembira, petang dah sedih.. Maafkan aku, kata2 aku menyinggung mu.. Apakan daya salah aku menyakiti mu, bagi ku kau terlalu baik untuk dipersalahkan. Jadi salahkan aku jika ini boleh tenangkan hati mu...

Tanpa Nama berkata...

whatever...

Tanpa Nama berkata...

sungguh mnyayat hati

Tanpa Nama berkata...

memgapa cinta itu wujud dlm hpd setiap manusia.

Mohd Zulhelmi Helmi berkata...

wowwwwwwww...........dasyat ayat kamu......

Tanpa Nama berkata...

Seperti kisahku. . Sungguh menyedihkan Dan tiada yg mampu mengerti rasa sakit nya seperti apa. . ;(

Tanpa Nama berkata...

selama aku mencintai sesorang tidak pernah aku merasa sehingga lah macam ini...cinta pertama ku adalah sesorang yang sngat memahami tapi apa kan daya tiada jodoh....dan dia pergi dan hanya tinggal kenangan yang masih ada d hati dan pada saat ini smua telah ku lupakan kerana dia sudah pn xada dalam hati.....hanya kenangan sahaja....sekarang ku telah memiliki seorang yang selalu bersama ku....wlau pun aku ada banyak masalah tapi dia beri ku kesabaran dan doa..hanya kau seorang dalam hati ku.....bicara hati buat mu.......

Tanpa Nama berkata...

jiwang lah

Tanpa Nama berkata...

adooododododoooo... sedih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! baca bersama airmata

Tanpa Nama berkata...

kini diri ku tertipu lagi,,setelah cinte mendustaiku

Tanpa Nama berkata...

um sdeyynye..trharu..huhuhu.

Ney Yen berkata...

sedih.. cerita ni betul2 terjadi kt aku skrg.. tp aku percaya.. ini semua takdir dan ketentuan dari Allah SWT.. mungkin apa yg terjadi skrg.. ada hikmah disebalik semua ni..

Tanpa Nama berkata...

blah blah blah

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.