Kenangan Cinta: Cinta Kian Layu

Share on Tumblr
Cinta Kian Layu

Untuk kesekian kalinya aku kembali ke ruangan ini sekadar ingin meluahkan segala yang terpendam dan tidak kesampaian. Setelah teguh meniti titian perjalanan yang terlalu berduri ini, aku tersungkur lagi tapi kali ini aku tidak cepat melatah seperti yang sudah-sudah kerana pengalaman mematangkan aku.

Setelah ditinggalkan selama hampir dua tahun, sunyi sepi tanpa khabar berita kau hadir kembali dalam hidupku.

Maka terjalinlah semula ikatan sekadar teman biasa walaupun jauh di sudut hati aku amat menyayangimu.

Aku amat berharap kita mampu menjadi sepasang kekasih yang paling bahagia. Tapi demi kebahagian kita dan demi persahabatan yang terjalin aku cuba menipu diri...

Aku katakan kepadamu yang aku sekarang sedang bahagia...walaupun tanpa cinta malah aku nyatakan juga bahawa di hati ini sudah tiada ada rasa kasih terhadapmu seperti dahulu.

Tetapi hakikatnya, itu dusta semata... sengaja aku tidak mahu meluahkan kekecewaan ini padamu atau kepada sesiapa jua. Sebenarnya aku tidak mampu menanggungnya lagi, biarlah manusia yang tidak mengenalinya yang mengetahui bahawa aku kecundang menahan hati walaupun pernah dilukai.

Atas alasan inilah biarkan aku hadir di sini sekadar mencurahkan apa yang aku tanggung selama ini.

Aku dapat rasakan jauh di sanubarimu engkau jua mencintai aku sama seperti dulu kerana tiap kali kita berbicara engkau tidak pernah lupa tentang kenangan empat tahun lalu.



Engkau pernah mengatakan semua keindahan nan semalam tidak mungkin engkau lupakan di dalam hidupmu.

Dalam tempoh beberapa purnama aku cuba menerimamu kembali dalam hidupku. Hinggalah di suatu ketika aku dikejutkan dengan perkhabaran yang engkau telah berdua.

Aku pasrah dengan takdirku, aku terima perkhabaran ini bersama tangisan gembira bercampur duka...

Bagi diriku aku pasti teguh di sini, begini dan terus begini...

Catatan:
Nyda Whd.
Kuala Lumpur.
Kenangan Cinta: Cinta Kian Layu

6 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kurang menarik

Tanpa Nama berkata...

for me.. ianya sangat menyentuh hati :(

rose honey berkata...

memang amat memeritkan bilew kitew terpakse menipu diri sendiri..tetapi semua itu untuk kebaikan pada diri kite...biar lah kitew terus berkawan dr berkasih...

Tanpa Nama berkata...

i know that is so hard to leave someone, but you should know that he will be okey with someone else ^_^_^ and you'll find someone ^_^

Tanpa Nama berkata...

ianya satu luahan ati yang sngat menyentuh jiwa,bagi yang baca ini mesti akan terasa sedih yang amat sangat.situasi ini seakan sma seperti yang aku alami sekarang......

anggerik berkata...

demi kebahagiaan dia, biarlah kita mngalah... mungkin ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak ketahui.... menangis hari ini kerana kecewa, tapi siapa tahu, esok kita menangis bila diri rasa bahagia pabila disayangi.....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.