Cinta anugerah terulung untuk manusia

Share on Tumblr
Manusia tidak dapat lari daripada cinta. Ia merupakan anugerah yang tiada tolok bandingannya. Semua orang mahu menyintai dan dicintai. Cinta yang datang daripada hati yang tulus suci memberikan kedamaian serta ketenangan. Cinta kepada Tuhan membawa kepada cinta kepada diri, keluarga dan kehidupan sekeliling.

Menurut Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Pengarah Excel Training Centre, manusia dicipta dengan unsur fizikal, mental, intelek, rohani dan sosial. Manusia mempunyai emosi yakni perasaan dan kerohanian yang membuatkan mereka tidak dapat hidup tanpa cinta. Tiada sesiapa pun boleh menafikan hakikat ini.

Tambahnya lagi sejahat-jahat manusia sekalipun nun jauh di sudut hatinya akan timbul suatu perasaan yang disebut cinta. Bukan itu sahaja hatta sebuas-buas binatang sekalipun mempunyai perasaan cinta serta kasih sayang terhadap anak-anaknya dan pasangan.

Cinta teragung merupakan cinta yang suci kepada Allah sebagai Pencipta sekalian alam. Cinta ini tiada tolok bandingannya malah tidak dapat dibeza atau dibandingkan dengan cinta terhadap lain, katanya.

Jelas Dr. Fadzilah lagi apabila seseorang itu menyintai Allah secara semula jadi akan timbul di hati cinta kepada Rasulullah. Banyak bertanya bagaimana hendak cinta kepada Allah dan Rasul.

Kerjakan segala suruhan dan jauhi segala larangan me-rupakan tanda atau bukti kita cinta kepada Allah dan Rasul, jelasnya lagi.

CINTA PADA DIRI SENDIRI

Menurut Dr. Fadzilah Kam-sah lagi ramai yang menyatakan cinta pada diri mereka tetapi sebenarnya tidak. Sekiranya mereka cinta pada diri sendiri mereka akan menjaga tutur kata. Tidak bercakap kasar, tidak mengumpat dan tidak mengeluarkan perkataan-perkataan lucah.

Sekiranya mereka tidak sayang pada diri mereka akan membuat semua perkara tersebut yang boleh menjatuhkan imej dan maruah. Orang lain akan memberikan tanggapan yang negatif terhadap tindakan seperti itu. Lama-kelamaan mereka akan hilang rasa hormat pada diri kita, tegasnya.

Tambahnya lagi sekiranya manusia cinta dan sayangkan dirinya, mereka perlulah seimbangkan lima aspek iaitu:

1. Fizikal

Dari segi fizikal mereka hendaklah menjaga luaran seperti mandi bersih-bersih, berpakaian yang cantik dan sesuai dengan diri. Menjaga makan dan minum seperti kurang makan makanan berminyak atau berkolesterol tinggi, cukup rehat dan tidur.

2. Intelektual

Manusia yang cinta pada diri akan merangsangkan keintelektualannya. Dia akan berfikir dengan cara yang terbaik serta berfikir perkara-perkara yang positif. Mereka juga tidak akan mensabotaj diri dengan bercakap kotor dan membuat gurau senda yang memperbodohkan diri. Mereka juga tidak akan bercakap sia-sia kerana semuanya itu merugikan diri mereka dan orang lain.

3. Mental

Dari segi mental pula, mereka yang sayangkan diri akan belajar untuk mempertingkatkan ilmu yang ada. Mereka juga akan rajin bertanya tentang sesuatu perkara yang tidak diketahui atau kurang difahami. Sering menghadiri majlis-majlis ilmu untuk menambahkan ilmu di dada.

4. Rohani

Untuk mengisi ruang kerohanian mereka akan mengerjakan segala tuntutan yang dapat memberikan ketenangan dan keharmonian. Manusia perlu mengerjakan tuntutan agama seperti sembahyang lima waktu.

5. Sosial

Interaksi sosial juga penting bagi sesiapa sahaja yang cinta dan sayangkan diri
mereka. Mereka perlu mempunyai hubungan sosial yang baik dengan masyarakat sekeliling. Misalnya dengan jiran, rakan-rakan, ibu bapa serta saudara.

Interaksi sosial merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Islam merupakan agama sosial. Agama Islam menitikberatkan perhubungan sosial yang baik sesama manusia. Contohnya agama Islam menggalakkan umatnya sembahyang berjemaah, makan berjemaah dan berjalan atau bermusafir dalam jemaah.

Cinta yang suci murni dan seimbang akan membawa kepada ketenangan, kedamaian, keseronokan dan kekuatan.

Kerana cinta dan kasih sayang, manusia sanggup berkorban apa sahaja. Seorang ayah sanggup berpanas dan berhujan untuk mencari rezeki kepada anak-anak dan isteri. Kerana cinta dan kasih sayang juga seorang ibu sanggup berkorban jiwa membelai serta menjaga kandungannya selama sembilan bulan. Selepas sembilan bulan dia sanggup bersabung nyawa melahirkan zuriatnya. Semuanya adalah hasil daripada cinta yang suci dan ikhlas.

Cinta anugerah terulung untuk manusia

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

lgu y sedih ....??

Tanpa Nama berkata...

erm,..bleh larh,..!!!

berry strawBERRY berkata...

yup...
kebahagiaan mmg ade di sni...
alhamdulillah....
tq 4 the tips...

Tanpa Nama berkata...

YUP...
like2...

berry strawBERRY berkata...

^^
smile always k...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.