Cerpen Cinta : Sampai Syurga

Share on Tumblr
Cerpen Cinta : Sampai Syurga

Syazz mengeliatkan tubuh badannya di atas katil setelah penat menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya. Semester ini merupakan semester akhir Syazz berada di universiti. Walaupun semester baru saja dibuka seminggu, assignment sudah diterima.

“Akhirnya siap juga assignment yang Puan Jun bagi”, kata Qistina pada dirinya sambil tersenyum puas.

“ Dah siap ke assignment kau?” tanya Qistina pada Syazz.
Syazz tidak menjawab pertanyaan Qistina. “ Patut la tak jawab aku tanya, dah lelap minah ni.” omel Qistina.

Selepas menunaikan solat isyak, Syazz melayari Facebooknya. “ Banyaknya notification aku. Memang la banyak, sebab dah lama kot aku tak update FACEBOOK,” gelak Syazz pada diri dia sendiri.

Tiba-tiba ada orang BUZZ Syazz dekat IM FACEBOOK dia.

Hai awak
Hai. Assalamualaikum.
Boleh kita kenal?
Boleh aje. Nama awak sape? Awak dok mane? Umo berapa?
Macam polis je awak tanye. Banyaknye soalan. Hehe….. 
Tanya je. Tak nak jawab tak ape. Tak kisah pun. Tak luak pon daging saya.
Awak merajuk ke? Minta maaf la kalau saya terkasar bahasa.
Ok.
Nama saya Haikal. Umur 22 tahun. Saya dok dekat Selangor je.
Oh. Ok.
Eh, nape balas pendek2 jew? Awak marah saye ea?
Erm.. saye tak de mood la nak chat ngan awak. Ok la awak. Saye nak sign out nie.
Nak buat assignment.
Oh. Nak minta something boleh x?
Awak nak ape?
Saye nak num telefon awak boleh tak?
Ala… malas la nak bagi nombor telefon.
Tak pe la. Bagi je la.
017332****. Syazz.
Ok. Nanti kita mesej ye wak.
Saye out dulu. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.

Syazz terdetik di hati. Apesal aku boleh bagi nombor telefon aku dekat mamat tu. Aku bukan kenal dia. Entah- entah die penyamun ke, perompak ke, mana kita nak tahu kan? Betul tak. Nak buat macam mana, dah terbagi nombor telefon. Kalau mak aku tahu perangai anak dia macam ini, mesti dia dah bukak radio percuma dia tu.

“ Syazz, jom kita keluar kejap nak tak? Aku lapar la. Jom la. “ ajak Qistina pada Syazz.

“ Aku malas la nak pergi kedai makan kat depan rumah kita ni. Confirm penuh dengan budak-budak kampus kita. Sakit mata aku tengok diorang berdating-dating kat situ. Bikin hati aku panas kot. Mentang-mentang aku ni tak ada pakwe.” Syazz merungut sendirian.

“ Woi Syazz! Ni yang aku malas ni. Kau dah la cantik, badan pun bukannya gemuk, kiranya cukup pakej la orang cakap, Raffi nak dekat kau, kau jual mahal pulak. Dah la si Raffi tu handsome kot. Pujaan wanita dekat universiti kita ni.” Jawab Qistina.

“ Qis, aku bukan tak nak terima si Raffi tu. Masalahnya sebab dia handsome la aku tak nak terima dia. Lagipun aku rasa aku ni tak layak nak berdamping dengan lelaki macam dia la. “ jawab Syazz merendah diri..

“ Dah la Syazz, dari kita bertelagah ni, ada baiknya kau teman aku pergi makan. Perut aku ni dah berdondang sayang dah minta diisi. Tak larat aku nak follow rentak dia ni. Jom la teman aku. Aku belanja kau makan ye?” pujuk Qistina pada kawan baik dia.

“ Jom. Aku suka kalau orang belanja aku makan ni.” Jawab Syazz sambil tersenyum.

Qistina hanya tersenyum sahaja melihat keletah kawannya. Dalam hati Qistina terdetik, Syazz ni lawa. Sejak semester satu, Qistina pelik dengan Syazz. Ramai lelaki kat universiti ni nak tackle dia tapi kenapa Syazz tak layan sorang pun.

“ Nur Qistina Batrisya!!!! Kau ni kenapa? Teringat kat buah hati ke? Aku dah panggil banyak kali dah. Aku dah siap. Tadi kau yang beria- ia ajak aku pergi makan.” omel Syazz. Qistina tersentak apabila terdengar Syazz menjerit namanya lantas bersiap.

Sesampai mereka di kedai makan, mereka memesan makanan dan menunggu makanan sampai.

“ Syazz, kita makan kat luar ni la. Tak nak makan bawah bumbung. Panas la. Saja ambil angin malam ni. Sejuk sangat kan malam ni?” ujar Qistina. Syazz hanya senyum pada Qistina menandakan dia setuju untuk duduk di luar.

“Syazz, aku ada benda nak tanya dekat kau. Boleh tak kalau aku nak tanya?” tanya Qistina pada Syazz sambil merenung wajah Syazz yang comel itu.

“ Kau nak tanya apa pada aku? Satu soalan bersamaan dengan RM10. Nur Qistina Batrisya, apa soalan anda?’ jawab Syazz sambil tersenyum pada kawan baik dia.

“Bapak mahal kau charge aku Syazz. Aku ni kan kawan baik kau dari kita semester satu kan?” jawab Qistina sambil buat muka geram.

“ Aku gurau je la Qis. Kau kan kawan baik aku. Apa soalan kau?” tanya Syazz.

Qistina menghirup air sebelum menanyakan soalan kepada Syazz.

“ Kau pernah ada pakwe tak?’ tanya Qistina takut-takut pada Syazz.

“Erm….pernah. Kenapa?” jawab Syazz.

Tiba-tiba, handphone Syazz bordering menyanyikan lagu What Makes You Beautiful.

Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Nur Irdina Syazwani?

Waalaikumussalam. Saya Syazz. Awak siapa?

Saya Haikal. Yang minta nombor telefon awak dekat facebook tadi. Awak tengah buat apa?

Oh.. Haikal. Saya tengah makan ni dekat café.

Café? Awak study lagi ke? Dekat mana?

Saya masih belajar dekat UiTM Shah Alam. How about you? Tanya Syazz ramah pada Haikal.

UiTM Shah Alam? La.. kita sekampus la ni. Mesti awak tak caya kan?

La… yeke? Rasa macam tak percaya aje rupanya kite sekampus. Tergelak Syazz bila mendapat tahu bahawa dia sekampus dengan mamat yang baru dia kenali itu.

Nanti-nanti boleh la kita berjumpa ye Syazz. Itupun kalau awak sudi.

Insya allah boleh punya. Kita kan sekampus. Jawab Syazz sambil tergelak..

Awak makan la dulu ye. Nanti kita mesej. Jaga diri tau. Assalamualaikum.

Terima kasih ye Haikal sebab sudi telefon saya. Awak pun jaga diri juga. Waalaikumussalam.

Syazz terus letak telefon sebaik Haikal memutuskan panggilan. Tersenyum-senyum Syazz seorang diri.

“Syazz, siapa yang telefon kau tadi. Gaya macam dah kenal lama aje? Satu kampus dengan kita ke? Handsome tak?” bertubi-tubi soalan dari Qistina. Gaya macam penyiasat aje Qistina ni.

“ Qis, banyaknya soalan kau? Mana satu nak jawab pun aku tak tahu. Jom naik bilik. Kat atas nanti aku cerita pasal mamat bernama Haikal ni.” Jawab Syazz sambil terus menghayunkan langkahnya menuju ke kolej mereka.


“ Syazz!!! Kau dah siap ke belum? Kita dah lambat nak pergi kelas ni. Dah la pensyarah tu tak masuk kelas langsung minggu lepas. Entah-entah dia masuk kelas pagi ni. Cepat la. Aku tak nak dilabel sebagai pelajar yang tak berwawasan. Mak aku pesan, kita kalau nak ilmu kita tu berkat, kita kena datang sebelum pensyarah kita tu datang ke kelas.” Membebel Qistina seorang diri sambil menunggu Syazz bersiap.

“Mulut kau ni tak reti nak berehat ke? Kau kalau start ceramah, sampai esok pun tak habis tau. Lepas ni kau boleh ganti Dr. Fadzillah Kamsah. Jadi penceramah tak berleter. Jom gerak. Sorry la kawan. Aku tak ada niat nak siap lambat. Tudung aku buat hal la pulak pagi-pagi buta ni.” Dengan muka kesian Syazz cakap dengan Qistina. Siap buat muka comel lagi dekat kawan kesayangan dia tu.

“ Cepat naik!!! Kita dah lambat ni.” Jawab Qistina geram.

Sesampai mereka di tempat kuliah, bergegas Syazz dan Qistina berlari menuju ke kelas. Malang tidak berbau, Syazz telah terlanggar sesusuk tubuh di hadapannya. Tergolek-golek Syazz jatuh ke lantai.
“ Mak!!! Sakitnya. Sape pulak yang aku terlanggar hari ni. Dah la aku dah lambat nak pergi kelas ni.” Bising mulut Syazz bercakap sambil ,melihat tangannnya yang cedera.

Lelaki tersebut menghampiri Syazz dan melihat sama ada Syazz mengalami luka. Sebaik mata mereka memandang antara satu sama lain, kedua-duanya terkedu memandang.



Muhammad Zahrin Rayyan terkedu akan kecomelan dan kecantikan gadis yang melanggarnya itu. Zahrin berkata di dalam hatinya. Comelnya minah ni. Macam budak-budak muka dia. I love dolly face. Tersenyum Zahrin memandang gadis di hadapannya.

Syazz memandang lelaki yang dilanggarinya itu. Handsomenya mamat ni. Ni pelajar ke pensyarah? Kalau pelajar boleh aku tackle. Ya allah, apa yang aku fikir ni.

“Syazz!!! Kau okey ke tak ni? Ada darah-darah kat mana-mana tak?” terjerit Qistina bertanya sambil memeriksa tangan dan badan Syazz. Risau Qistina takut kawan kesayangan dia cedera.

“Ouch!!! Sakit la Qistina!!! Kau tak nampak ke aku luka?” jerit Syazz apabila Qistina terpegang bahagian yang cedera.

“ Saudari luka ke? Mari saya hantarkan awak ke klinik.” ajak Zahrin sambil mukanya dengan riak bersalah.

“ Err…. Tak apa la. Luka sikit je ni. Nanti letak ubat elok la. Kami gerak dulu ye saudara. Dah lambat masuk kelas. Assalamualaikum.” Jawab Syazz sambil mengerekot kesakitan.

Syazz dan Qistina menuju ke kelas mereka.

Sesampai mereka di kelas, mereka menuju ke tempat duduk. Qistina mengambil alih mencuci luka di tangan Syazz. Tiba-tiba, pensyarah mereka masuk ke kelas. Syazz dan Qistina memandang pensyarah mereka dengan muka yang sangat terkejut. Mereka tak sangka lelaki yang Syazz langgar merupakan pensyarah mereka.

“Malunya aku Qistina. Tak sangka mamat handsome yang aku langgar tu pensyarah kita. Kau rasa dia ingat tak muka kita? Aku tak tahu la nak letak mana muka aku ni. Nanti tak pasal-pasal aku tak lepas paper ni. Kena repeat lak nanti. Takut la.” Syazz mengomel kepada Qistina.

“Aku rasa dia tak cam muka kita. Dia pun tengah cari kelas kat mana kan tadi. Buat relax sudah la kawan.” Jawab Qistina untuk menyedapkan hati Syazz yang tengah takut tu.
“ Assalamualaikum semua. Nama saya Muhammad Zahrin Rayyan. Kamu semua boleh panggil saya Encik Zahrin. Saya minta maaf sebab minggu lepas saya tak masuk kelas kamu. Saya kena pergi kursus minggu lepas. Boleh kamu perkenalkan diri kamu semua?” Pensyarah tersebut memandang semua pelajar di dalam kelas sambil menunggu pelajarnya mengenali diri masing-masing.

Apabila tiba giliran Syazz, Zahrin terkedu memandang gadis kecil molek di hadapannya. Dia tak sangka dapat bertemu dengan gadis yang melanggarnya pagi tadi. Tersenyum Zahrin apabila teringat kejadian yang berlaku pagi tadi.

“ Macam mana dengan luka awak?” tanya Zahrin ramah. Seisi kelas terkejut dengan pertanyaan pensyarah mereka itu. Zahrin memandang Syazz dengan muka bersalah.

“Erm… Sir, Alhamdulillah luka dah okay. Kawan saya si mulut kepoh ni tolong cucikan tadi. Saya minta maaf sebab terlanggar sir tadi.” Jawab Syazz dengan bersalah.

Sempat pula Qistina cubit Syazz di peha sebab Syazz panggil Qistina mulut kepoh.

“ Perkenalkan diri awak boleh tak?” tanya Zahrin.

“Oh! Syazz tepuk dahinya akibat terlupa untuk memperkenalkan dirinya. Lupa pulak saya nak perkenalkan diri saya. Nama saya Nur Irdina Syazwani. Umur saya baru 21 tahun. Saya berasal dari Negeri Sembilan. That’s all sir. Ada apa-apa lagi?” tanya Syazz pada Zahrin.

Terpukau Zahrin mendengar suara gadis di hadapannya. Hatinya terasa sejuk sahaja apabila melihat rauh wajah insan yang bernama Nur Irdina Syazwani.

Zahrin terdetik di hatinya. Nur Irdina Syazwani, nama yang sangat unik sekali. Aku begitu terpesona dengan raut wajahmu. Kelincahanmu, kecomelanmu membuat hatiku gundah gelana. Akan ku tawan hatimu walaupun kamu pelajarku. Itu azam ku sempena tahun baru ni. Zahrin tersenyum keseorangan apabila teringat akan Syazz.

Berminggu-minggu kelas berjalan seperti biasa. Hidup seperti pelajar sudah biasa Syazz dan Qistina lalui. Assignment jangan cakap. Memang berlambak la disebabkan diorang merupakan pelajar tahun akhir.




Kring!!!! Kring!!!

“Sape pulak yang telefon aku malam-malam ni?” bising Syazz.

“Mak aku telefon? Mak nak apa telefon ni? Ni mesti ada apa-apa. Kalau tak, mak takkan telefon punya. Confirm punya la. Tak caya tengok la kejap lagi.” Syazz tergelak seorang diri. Qistina pun pelik dengan gelagat kawan dia.

Assalamualaikum mak. Mak sihat? Ayah sihat? Semua kat rumah tu sihat ke tak?

Waalaikumussalam Syazz. Banyaknya soalan kamu. Mak tak tahu nak jawab yang mana satu. Semua sihat kat rumah ni. Anak mak yang comel ni sihat ke tak?

Syazz sihat je mak. Syazz cuma rindu kat rumah aje. Tiba-tiba menitis air mata Syazz tatkala teringat akan rumahnya.

Syazz, mak ada benda penting nak cakap ni. Mak harap Syazz jangan terkejut tau.

Mak nak cakap apa? Cakap aje la.

Syazz, sebenarnya tadi ada orang datang. Dia tanyakan Syazz. Dia nak jadikan Syazz isteri dia. Mak tengok budak tu baik orangnya. Syazz terima ye nak.

Ya allah, hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana aku rasa saat aku terdengar mak cakap macam tu pada aku. Terkejut sangat. Kenapa macam ni dugaan yang aku terima. Siapa orang tu? Aku tak kenal dengan dia. Aku tak nak kahwin dengan dia. Mak, seandainya mak tahu apa ada dalam hati Syazz, Syazz tak nak kahwin dengan orang tu sebab Syazz tak kenal dia. Mengalir air mata ku. Sebak di hatiku. Aku tak sanggup nak menduakan arwah Wan Ariffin.

Syazz, kamu masih ada di sana. Kamu terima lamaran orang tu ye Syazz.

Mak…., Syazz tak kenal pun siapa dia. Perlu ke Syazz terima dia? Mak kenal dia ke?

Syazz, mak kenal dia. Kebetulan dia anak kawan lama ayah. Syazz terima dia. Buat la pengorbanan untuk mak dan ayah Syazz. Syazz sayang mak dengan ayah kan? Mak nak yang terbaik untuk anak mak ni. Syazz la satu-satunya anak perempuan kami.

Baiklah mak. Syazz terima. Syazz nak belajar ni. Nanti Syazz telefon mak lagi.
Syazz, hujung minggu ni balik rumah. Diorang nak datang meminang. Syazz balik ye nak.

Ye mak… Syazz balik. Kirim salam semua. Assalamualaikum.

Tanpa sempat mak Syazz menjawab salam Syazz, Syazz terus meletakkan telefon. Syazz jatuh terduduk di atas lantai.

Ya allah ya tuhanku, dugaan apa yang kau beri pada hambamu ini Ya allah. Mak!!! Syazz tak nak kahwin dengan dia. Syazz tak kenal siapa dia mak. Syazz tak nak kahwin!!!!!!!!!

Syazz menjerit dan menangis macam orang gila. Qistina terus menerpa pada kawan baiknya. Syazz terus memeluk kawannya dan turut menangis walaupun tak tahu cerita sebenar.

“Syazz, kau kenapa? Kau okay ke tak? Ayah kau tak sihat ke?” tanya Qistina dengan lembut.

“ Qis, aku tak nak kahwin. Mak aku suruh kahwin. Aku tak kenal siapa lelaki tu Qis. Serius aku tak kenal. Aku tak nak kahwin!!!!!!” jerit Qistina macam orang kena histeria.

Qistina membawa Syazz ke katil dan mendodoinya untuk tidur. Qistina resah dengan nasib yang menimpa kawannya.

Setiap hari Syazz masih dengan perangainya. Termenung seorang diri sepanjang masa. Di dalam kelas pun begitu juga.

“Syazz, kau okay tak ni?” tanya Qistina ramah.

“ Aku okay aje. Kenapa?” jawab Syazz sedih.

“ Sir Zahrin asyik pandang kau aje. Dia macam tahu kau tengah bersedih. Better for you to concentrate in this class. Aku tak nak dia perasan kau macam ni. Tolong ye kawan.” Pujuk Qistina.

Tengah-tengah Syazz mengelamun seorang diri, tiba-tiba namanya dipanggil dengan kuat. Tengok-tengok Sir Zahrin dah ada dekat depan mata Syazz. Terkejut Syazz dan menjerit sambil berkata AKU TAK NAK KAHWIN!!!!.

“Kahwin? Awak tak nak kahwin dengan siapa ni Syazz?” soal Zahrin pada Syazz.

“ Err… tak ada apa-apa la sir. Maafkan saya. Saya berangan pula. Sir tanya apa pada saya?” tanya Syazz pada Zahrin.

Zahrin sempat menilik jari Syazz dan terperasan sebentuk cincin tersarung di jari Syazz.

“ Lawa cincin awak Syazz. Cincin tunang ke?” soal Zahrin.

Syazz terdetik di hati. Aik, sir ni macam tahu aje aku tunang. Pelik la. Macam mana dia tahu. Entah-entah dia pasang spy kot.

“ Eh. Mana ada la sir. My lovely mummy yang bagi cincin ni. Cantik kan cincin ni sir?” tanya Syazz.

Zahrin hanya diam dan meneruskan pengajarannya seperti biasa.


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Selepas pengantin lelaki akad nikah, upacara pembatalan air sembahyang dilakukan. Sebaik sahaja cincin disarungkan ke jari Syazz, Syazz dengan hormat mencium tangan suaminya walaupun dia tidak tahu siapa suaminya. Sewaktu suaminya ingin mencium dahinya, Syazz agak terkejut apabila melihat wajah suaminya. Wajah yang tidak dia sangka. Syazz terkedu apabila suaminya mencium dahinya.

Syazz mengomel di dalam hatinya. Kenapa Sir Zahrin suami aku? Betul ke dia suami aku? Peliknya. Ei.. Dia kenal ke aku ni siapa. Aku ni anak siapa. Dia kenal ke? Peningnya kepala aku ni.

Selepas Syazz menunaikan solat isyak berimamkan Zahrin, Syazz duduk di birai katil. Zahrin mendekati isterinya yang sibuk mengelamun.

“Sayang buat ape tu?” tanya Zahrin pada isterinya yang comel molek itu.

“ Kenapa encik menikahi saya?” Syazz bertanyakan soalan kepada Zahrin sambil memandang mata Zahrin.

“ Abang suka pada sayang. Sebab tu abang ambil sayang jadi isteri abang yang sah. Lagipun ayah abang dengan ayah sayang kawan lama. Diorang mengenali antara satu sama lain. Sayang marah pada abang ke?” tanya Zahrin lembut pada isterinya sambil menilik wajah isterinya itu.

“ Jangan panggil saya sayang dan bahasakan diri awak itu abang. Saya benci encik!!! Paham??” ujar Syazz dengan menengking suaminya itu.
Syazz menangis seharian pada malam itu. Tiba-tiba perasaan bersalah menghantuinya kerana menderhaka pada suaminya. Walaupun Syazz tidak mempunyai perasaan cinta pada Zahrin, tetapi Syazz tidak sepatutnya menengking Zahrin.


Zahrin memandang isterinya yang sedang lena diulit mimpi. Sedang asyik menilik wajah isterinya yang bersih dari Mr. J, baru Zahrin sedar Subuh dah masuk. Lantas Zahrin mengejut Syazz dan mengajaknya solat subuh.

Selepas mereka solat subuh, Zahrin duduk menghadap laptop. Syazz ingin menegur suaminya tetapi takut suaminya marah akan perbuatannya pada malam tadi.

“ Awak, saya minta maaf pasal malam semalam sebab saya tertengking awak. Saya buat macam tu sebab saya geram dengan awak. Saya tak tahu apa motif awal kahwin dengan saya. Takkan sebab say langgar awak, awak nak kahwin dengan saya? Awak nak balas dendam ke sebab saya langgar awak?” tanya Syazz bertubi-tubi sambil melihat wajah suaminya yang cukup tampan itu.

“ Banyaknya soalan isteri abang ni. Tanya satu-satu boleh tak sayang? Dah macam kawan sayang yang mulut kepoh tu pulak.” Jawab Zahrin sambil mencuit hidung isterinya. Syazz malu apabila diperlakukan sebegitu.

“ Sayang nak tahu kenapa abang kahwin dengan sayang kan? Sejujurnya dari hati abang ni, abang teramat sukakan sayang. Abang jatuh hati pada sayang saat sayang terlanggar abang. Abang nekad pada diri abang sendiri yang kalau abang jumpa sayang lagi lepas ni, abang nak memperisterikan sayang. Tak sangka kita jumpa lagi lepas tu. Tuhan itu maha adil sayang. Balik rumah, abang terus cakap dengan mama dan papa abang yang abang nak kahwin dengan sayang. Abang merayu-rayu dengan parents abang dan akhirnya mereka setuju dan pinangkan sayang untuk abang.” Jawab Zahrin panjang lebar sambil menatap wajah isterinya itu.

Syazz hanya mendengar apa yang diucapkan oleh suaminya itu. Syazz bangun dari katil dan memakai tudung. Zahrin kaget dengan isterinya. Takkan Syazz nak lari dari rumah ni.

“ Syazz nak pergi mana sayang?” tanya Zahrin kaget. Syazz pelik dengan sikap suaminya itu.

Aku nak pergi bawah. Yang mamat ni gelabah kenapa? Dia ingat aku nak lari ke? Tolong sikit. Tak ada makna aku nak tinggalkan suami aku yang handsome ni.

“Syazz nak turun bawah. Nak tolong Kak Imah buat sarapan. Awak kenapa kelam kabut sangat? Saya bukan nak lari dari rumah yang besar ni.” jawab Syazz sambil membuka tombol pintu. Zahrin tersenyum puas kerana Syazz bukan nak lari dari rumah. Zahrin bersyukur kerana akhirnya dia dapat menikahi Syazz walaupun Syazz tidak mencintainya. Zahrin redha dan mungkin satu hari nanti Syazz akan mencintainya juga.

“Kasihku hingga ke syurga Nur Irdina Syazwani.” Ucap Zahrin sendirian.


Petang itu, sewaktu Syazz menolong mama Zahrin membersihkan halaman rumah, Zahrin datang memeluk pinggangnya. Syazz terkejut akan perlakuan Zahrin itu tapi Syazz terpaksa buat-buat suka kerana mama dan papa Zahrin sedang memandang mereka.

“ Zahrin, mari sini. Duduk dengan mama dan papa. Jangan dikacau Syazz tu. Syazz kan tengah berkebun tu. Nak berkepit dengan isteri aje kamu tu.” Ujar Datin Sharifah pada Zahrin.

Zahrin melepaskan pelukan di pinggang isterinya dan sempat mencium pipi Syazz. Syazz hanya menundukkan mukanya kerana malu dan segan akibat perlakuan suaminya itu.

“Mama, Zahrin kan baru je kahwin. Rasanya tak salah kalau nak bermanja-manja dengan isteri Zahrin yang comel tu. Betul tak mama?” jawab Zahrin sambil memandang isterinya. Tatkala mata mereka berpaut antara satu sama lain, Zahrin mengenyit mata pada isterinya. Syazz hanya buat muka selamba sahaja apabila Zahrin berbuat begitu.

“Mama, papa, Zahrin ada benda nak cakap. Zahrin nak bawa Syazz duduk dekat rumah Zahrin. Zahrin nak Syazz jaga keperluan Zahrin. Mama dan papa bagi tak?” tanya Zahrin pada orang tuanya. Syazz hanya mendengar apa yang dibual oleh suaminya dan orang tuanya.

Maknanya aku kena tinggal berdua dengan Zahrin la ni? Nak buat macam mana kan. Aku kan dah jadi isteri dia. So dah menjadi tanggungjawab aku kena jaga keperluan suami aku. Betul juga kan? Nasib baik mak dah ajar aku kemas rumah dan memasak. Tak ada la aku kekok sangat nanti.

“Sayang, kemaskan kain baju sayang. Kita balik RUMAH KITA. Sayang mesti suka nanti. Jom?” ajak Zahrin sambil menarik tangan isterinya menuju ke bilik mereka untuk mengemas pakaian mereka. Datin Syarifah dan Datuk Hisyam hanya tersenyum melihat telatah anak dan menantunya itu. Mereka berdoa semoga anak dan menantunya bahagia sangat.


“Welcome to our home sayang!!!” ujar Zahrin pada isterinya sambil mengangkat tubuh isterinya yang kecil itu.

“ Awak, lepaskanlah saya. Saya tak mandi lagi ni. Please…..” omel Syazz sambil membuat muka kesian pada suaminya. Zahrin tergoda melihat muka isterinya lantas melepaskan isterinya itu. Syazz melihat-lihat isi ruang di dalam rumah tersebut.

“ Sayang, abang tak kisah kalau sayang tak nak tidur satu bilik dengan abang. It’s okay if you want to choose another room” ujar Zahrin sambil meniti tangga menuju ke biliknya.

“ Saya tak kisah berkongsi bilik dengan awak.” Jawab Syazz sambil mengikuti langkah Zahrin menuju ke master bedroom mereka. Zahrin hanya mampu tersenyum melihat isterinya itu.


“Sayang, sayang dah buat ke tutorial yang abang bagi tu? Esok kan abang nak bincang dalam kelas. Kelas kita kan pukul 8 pagi.” Tanya Zahrin pada Syazz yang sedang sibuk mencari barangnya.

Tett!!! Tett!!!
Bunyi mesej masuk ke dalam handphone Syazz. Syazz melihat siapa yang menghantar mesej itu.
La… Haikal ke yang hantar mesej dekat aku. Baik aku balas mesej dia. Dah la aku tengah bosan ni.
Selepas beberapa membalas mesej Haikal, Syazz terlupa yang dia belum menjawab pertanyaan suaminya itu.

“Sorry. Mesej dengan kawan tadi. Oh. Syazz dah siapkan. Hari tu Syazz dah kemaskan barang letak kat rumah mak. Mak cakap awak dah bawa semua barang Saya dan bawak ke rumah ni kan? Terima kasih ye.” Jawab Syazz dengan lemah lembut. Zahrin hanya memandang isterinya yang sedang sibuk mengemaskan barang mereka.

“Esok sayang pergi kelas dengan abang ye?”ajak Zahrin.

“Erm. Tak pe lah. Saya pergi kelas dengan Qistina.”jawab Syazz dengan malas dan terus bangun menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Zahrin termenung sendirian mengenangkan perkahwinan mereka ini.

Ya allah, bukakanlah pintu hati isteriku ini supaya dia menerima dan mencintaiku ya allah. Zahrin berdoa di dalam hatinya.


Syazz bersiap-siap untuk pergi ke kelas. Sempat dia menyediakan sarapan pagi untuk suaminya. Suaminya bersiap-siap juga untuk pergi kerja.

“Sayang, boleh tolong abang tak?” panggil Zahrin.
“Tolong apa awak?” tanya Syazz sambil kelam kabut menyiapkan dirinya.
“Tolong ikatkan tie abang?”pinta Zahrin sambil membuat muka mengharap dan terus menuju ke isteri yang dikasihinya itu.
“Maafkan saya ye awak. Saya tak reti ikat tie. Awak ikat sendiri la.” Jawab Syazz dengan muka yang penuh bersalah. Zahrin hanya berdiam diri dan mengikat tie nya sendiri. Syazz mula mengambil beg kuliahnya dan nampaknya Syazz sedang bercakap telefon. Zahrin terfikir barangkali Syazz sedang bercakap dengan Qistina.

“Awak, saya pergi dulu. Qistina dah sampai.” Ujar Syazz. Syazz mencium tangan Zahrin dan Zahrin sempat pula mencium dahi isterinya itu.

“Hati-hati ye sayang,” ujar Zahrin.


“Syazz, best tak dah kahwin?” tanya Qistina dengan penuh perhatian pada Syazz sambil merenung Syazz yang kebosanan.

“Biasa la Qistina. Kita dah hidup berdua. Bukan hidup seorang. Makan pakai suami kita, kita kena jaga. Betul tak? Hidup ni dah rasa lain sangat.” Ujar Syazz.

“Suami kau handsome tak?” tanya Qistina sambil melihat jam di tangannya. Mana Encik Zahrin tak datang-datang lagi ni.

“Erm.. handsome sangat. Macam mana kau tengok wajah Encik Zahrin, macam tu juga suami aku handsome. Handsome kan?” ujar Syazz sambil melihat-lihat ke pintu menunggu suaminya datang mengajar.

“Wah!!!! Handsomenye laki kau. Kelasssss kau Syazz!!!” ujar Qistina sambil tergelak besar.

Zahrin dilihat menuju ke kelas mereka. Kelas mereka berjalan seperti biasa. Selepas habis kuliah, Syazz dan Qistina pergi ke café untuk membasahkan tekak mereka. Tiba-tiba, seorang jejaka tampan telah menegur Syazz.

“Assalamualaikum. Awak ni Nur Irdina Syazwani ke?” tanya lelaki tampan itu sambil merenung wajah Syazz.

“Ye saya. Saya Syazz. Awak Haikal kan?” tanya Syazz pada lelaki itu.

“Ye. Saya Haikal. Boleh saya join korang?” ujar Haikal pada Syazz dan Qistina.

Syazz dan Qistina menganggukkan kepala mereka menandakan Haikal boleh menyertai mereka. Mereka berbual-bual kosong sementara menunggu masa untuk balik. Semasa mereka sedang berbual dengan mesra, Zahrin telah ternampak Syazz bergurau senda dengan mesra dengan seorang lelaki.

Aik!!! Bini aku ni bual mesra dengan orang lain boleh pulak? Dengan laki sendiri, nak senyum pun susah. Entah-entah, itu pakwe dia kot. Zahrin berlalu dengan wajah yang mencuka.


“Sayang, abang nak keluar kejap dengan kawan abang hari ini boleh tak?” tanya Zahrin pada isterinya yang ulit membaca novel cintanya.

“ Awak nak keluar, keluar aje lah. Kenapa awak nak minta izin dengan saya pula? Sepatutnya saya yang minta izin dengan awak. Bukan awak yang minta izin dengan saya. Betul tak? Saya nak keluar kejap lagi dengan Qistina tau. Boleh ye?” tanya Syazz sambil membuka mukanya yang comel tu.

“Isteri abang ni nak keluar dengan Qistina ye? Nak pergi mana?”tanya Zahrin sambil mencium pipi isterinya itu.

“Tak tahu la Qis nak bawa saya pergi mana. Saya ikut aje. Yang penting dia kena belanja saya makan. Itu pun dah buat saya suka.” Jawab Syazz sambil tersenyum gembira. Zahrin senang melihat jika isterinya gembira selalu.

“Qistina, kau tak penat ke berjalan? Kaki aku dah sakit dah ni. Kalau laki aku tau kau dera aku, mesti kau kena marah. Dia sayang aku tau!” marah Syazz dengan sikap Qistina yang berjalan tak ingat dunia.

“Syazz, kau marah aku ye? Jom kita pergi Mcd. Aku belanja kau makan. Jom!” Qistina terus menarik tangan Syazz dan akibat dari tu Syazz telah terlanggar sesusuk tubuh di sebelahnya. Syazz terus terjelepok jatuh ke lantai akibat pelanggaran tersebut.

“Awak tak apa-apa ke saudari?”tanya lelaki itu.
Apabila Syazz ingin menjawab pertanyaan lelaki itu, Syazz memandang wajah lelaki itu dan terkejut apabila mendapati orang yang dilanggarnya adalah suaminya sendiri. Di sebelah suaminya, terdapat seorang perempuan yang seksi sangat. Cantik juga la.

“Err… Sir Zahrin. Maafkan saya terlanggar Sir. Jom Qistina, kita balik.” Syazz terus menarik tangan Qistina dan berlalu meninggalkan tempat itu. Seraya dengan itu, air mata Syazz menitis kerana tidak sangka suaminya akan curang dengan isterinya. Syazz menangis dengan teruk. Qistina mengambil keputusan untuk menghantar Syazz pulang. Bertubi-tubi soalan yang Qistina tanya pada Syazz tetapi Syazz hanya menyepikan diri dan menangis sahaja.

“Qis, hantar aku ke rumah mama dan papa mentua aku. Aku tak nak balik rumah laki aku. Aku benci dia!!! Kenapa bila aku dah ada perasaan sayang pada dia, dia buat aku macam ni. Dia curang dengan aku. Kenapa? Apa salah aku pada dia? Apa yang tak cukup pada dia? Apa yang kurang pada aku sampai die buat aku macam ni?!!!” jerit Syazz di dalam kereta.

“Syazz, Sir Zahrin tu laki kau ke? Sebab lepas kau jumpa dia, kau menangis bagai nak rak.” Tanya Qistina sambil drive.

“Yes!!! Sir kesayangan kita satu kelas tu merupakan laki aku.” Jawab Syazz sambil menangis dengan kuat.

Qistina hanya mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan ke rumah mama dan papa Zahrin.

“Qistina, terima kasih hantar aku.” Ujar Syazz sambil merenung muka Qistina.

“Sama-sama Syazz. Apa-apahal kau call aku ye?” jawab Qistina sambit memicit hidung Syazz yang comel itu.

Mama dan papa Zahrin terkejut dengan kehadiran menantunya tanpa bertemankan Zahrin. Mereka berfikir kemungkinan Syazz dan Zahrin bergaduh. Selepas Syazz bersalam dengan mamanya, Syazz terus memeluk mamanya dan menangis keesakan.

“Syazz, anak mama ni kenapa? Zahrin buat ye?” tanya mamanya sambil memujuk Syazz supaya berhenti menangis.

“Mama, kenapa abang Zahrin ada perempuan lain? Kalau betul dia dah ada makwe, kenapa dia nak kahwin dengan Syazz. Bila Syazz dah jatuh sayang pada abang, abang buat Syazz macam ni. Apa salah Syazz?” tanya Syazz sambil mengelap air matanya.
“Perempuan tu mesti cantik kan sayang? Seksi kan?” tanya papa mentuanya.

“Ye papa. Cantik dan seksi. Papa mesti suka dapat bakal menantu macam tu kan?” jawab Syazz bengang.

“Oh. Itu Linda namanya. Dia memang minat pada Zahrin tapi Zahrin tak penah layan dia pun. Diorang keluar hari ni, sebab Linda minta tolong Zahrin. Minta temankan dia cari hadiah untuk tunang Linda. Sebab tu Linda ajak Zahrin. Syazz jangan salah sangka dengan Zahrin ye sayang?” jawab mama pada menantu kesayangannya itu.

Syazz terus berhenti menangis. Perasaan bersalah menghantui jiwanya. Zahrin tidak bersalah. Aku yang bersalah kerana menuduhnya tanpa usul periksa. Syazz terus naik ke atas bilik Zahrin dan tertidur. Apabila Syazz bangun tidur, terkejut Syazz apabila melihat handphonenya mempunyai 30 missed calls, 10 messages dari ‘my husband’. Syazz buat tak tahu dan menuju ke bilik air untuk mandi dan terus menunaikan solat maghrib.


Selepas solat isyak, Syazz meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Mama dan papa mentuanya menghantar Syazz ke rumah Zahrin. Sewaktu Syazz sampai ke rumah, Syazz lihat kereta suaminya sudah ada di perkarangan rumah. Syazz masuk ke dalam rumah seperti tiada apa yang berlaku.

“Sayang, where have you been?? Abang telefon kenapa sayang tak angkat? Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Maafkan abang ye sayang?” ujar Zahrin sambil memegang tangan isterinya.

“Handphone saya dalam beg. Saya tak perasan.” Ujar Syazz sambil menarik tangannya tanda tidak suka Zahrin memegang tangannya.

“ Sayang, abang tahu sayang marah dekat abang. Kalau Syazz nak abang ceraikan Syazz, abang akan ceraikan sayang. Abang tak sanggup nak tengok sayang macam ini. Macam terseksa aje dengan perkahwinan kita ni.” ujar Zahrin sambil menitis air matanya. Zahrin tidak sanggup meceraikan isteri yang dikasihinya itu.

“ Awak!!!! Saya tak puas nak jadi isteri awak lagi, awak nak ceraikan saya? Awak nak kahwin dengan minah yang seksi tu ke?” tengking Syazz pada suaminya.

Syazz terus menangis apabila suaminya bercakap mengenai cerai. Zahrin berlari menuju ke isterinya. Zahrin cuba memeluk isterinya tetapi isterinya menjerit seperti orang gila. Zahrin cuba menenangkan isterinya dan mencium ubun-ubun kepala isterinya berkali-kali untuk menenangkan hati isterinya.

“ Sayang, abang tak ada niat pun nak ceraikan sayang. Let me explain what happen this evening. Linda tu kawan sekolah abang. Dia terlalu sukakan abang tapi abang tak pernah terima cinta dia. Sayang percaya ye cakap abang?” ujar Zahrin sambil mengelap air mata Syazz.

“Syazz dah tahu. Mama dan papa cerita pada syazz tadi. Saya nak minta maaf dekat awak sebab salah sangka. Maafkan Syazz ye.” Tanya Syazz pada Zahrin.

“ Ye. Abang maafkan sayang. Sayang suka abang kan?” tanya Zahrin sambil mencium pipi isterinya itu.

Syazz tersipu malu apabila Zahrin bertanya begitu kepadanya.

“ Erm.. mana ada la. Awak ni perasan je.” Jawab Syazz sambil memandang tempat lain.

“Syazz jangan tipu abang tau. Abang tahu Syazz dah mula sukakan abang. Mama pun cakap tadi. Tadi Syazz dah luahkan perasaan Syazz dekat mama. Betul tak?” tanya Zahrin sambil meraih tangan isterinya itu.

Syazz hanya menggangguk dan tersipu malu.

“Sayang, abang nak tanya sesuatu dekat sayang ni. Abang harap sayang jawab dengan jujur ye?” tanya Zahrin sambil mengelus pipi isterinya yang lembut itu.

“Awak nak tanya apa?” ujar Syazz sambil menongkat dagunya.

“Sejak bila isteri abang yang comel ni sukakan abang?” tanya Zahrin sambil memandang isterinya yang sudah tersipu malu itu.

Syazz bangun dan menuju ke jendela. Dia sedang memikirkan ayat untuk menjawab pertanyaan suaminya itu.

Susahnya soalan yang suami aku beri ni. Susah sangat dari soalan peperiksaan. Soalan exam pun tak susah macam ni.

“Awak nak tahu macam mana saya suka awak? Awak tak pernah jemu dengan perangai saya. Awak terima segala keburukan dan kelemahan dari saya. Dari hari ke hari saya cuba untuk menyukai awak dan akhirnya perasaan sayang pada awak wujud juga. Saya mula menyedari yang saya mencintai awak sewaktu saya terlihat awak keluar bersama kawan perempuan awak yang seksi itu.
Syazz sepi tiba-tiba sambil mengingatkan kejadian yang telah berlaku itu. Zahrin meraup wajahnya dan tersenyum kerana akhirnya isteri kesayangannya sudah dapat menerimanya.

“Saya belum habis cerita lagi. Awak jangan nak senyum pula”. Ujar Syazz sambil memandang Zahrin yang sudah tersenyum bahagia itu.

“Saya sangat sukakan perangai awak yang terlalu ambil berat pada saya. Awak kejut saya bangun tidur seawal pagi. Awak ajak saya solat berimamkan awak. Sejak dari kita berkahwin, saya dah tetapkan hati saya untuk menerima awak dan Alhamdulillah I’m falling in love with Muhammad Zahrin Rayyan”. Jawab Syazz sambil merenung lantai di biliknya.

Zahrin bangun dan menuju ke isterinya yang sedang duduk di tepi jendela. Zahrin mengucup dahi isterinya kerana bersyukur dengan hubungan mereka ini.

“Terima kasih sayang kerana sudi menerima dan mencintai abang. Abang suka sangat-sangat.” Jawab Zahrin sambil memeluk pinggang isterinya.

“Sayang, lepas ni cakap guna abang dan sayang. Tak nak guna saya awak. Tak romantik langsung la sayang ni.” ujar Zahrin sambil menarik tangan isterinya menuju ke katil.

“ Okay abang! Sayang sayang sangat-sangat dekat abang. Terima kasih sebab terima sayang seadanya. Sayang harap abang akan terus cintakan sayang buat selamanya. Please jangan tinggalkan sayang okay ” Ujar Syazz sambil mencium pipi suaminya. Zahrin terkejut apabila Syazz mencium pipinya. Lantas Zahrin memeluk isterinya itu.

“ Abang akan terus mencintai sayang buat selamanya. Kasih sayangku dan cintaku hanya untukmu Nur Irdina Syazwani. Sampai syurga aku akan terus mencintai dirimu ini sayang” jawan Zahrin sambil merenung wajah isterinya itu.

p.s: Ini cerpen pertama saya. Saya harap kamu semua boleh member komen terhadap cerpen saya ini. Segala komen anda saya terima dengan hati yang terbuka. Selamat membaca dan terus menyokong karya saya. Terima Kasih!

Nukilan:
Dhia Syarafana
URL :epilogkisahhidupku.blogspot.com

Cerpen Cinta : Sampai Syurga

85 Komen:

Tanpa Nama berkata...

erm.... syok creta ne.... truskn lha bkarya... awak bbkat...

Tanpa Nama berkata...

hmm what happen to haikal??

lyaa berkata...

SANGAT BEST ... sgt berbakat ... siok sndri lah baca kisah hidup zahrin n syazz .. tp apa jd an haikal ekk ?

Tanpa Nama berkata...

kisah haikal cmne???cerita tergantung.....huhuhu....

Tanpa Nama berkata...

Hiakal hilang kemane ek??

Tanpa Nama berkata...

semua orang nak tahu mcm mana dengan haikal??? siapa die?? kwn fb yg sekampus ker?? by d way cerite nie sedikit sebanyak mcm cerite GEMERSIK KALBU, sorry ek kalau sy cakap mcm nie..peace! teruskan usaha anda!

Tanpa Nama berkata...

best cter ni,tp trgntung...xmenti0n pe jdik nga haikal...

Tanpa Nama berkata...

Haikal hilang lah.. Mne die pegi ?

Tanpa Nama berkata...

uurrmmm...whre is haikal??? tp ape2 pom,good storyline...keep it up ek!!!

Tanpa Nama berkata...

a'aa lar...mna haikal ek??apa da jd dgn dya?? tp cta neh best gak..truskan berkarya ek..ChayOk!ChayOk!

Tanpa Nama berkata...

mna pgi nya mamat yang handsome 2(haikal)ceti nie best....tp nak tngo continew nya

saje suke suke berkata...

hebat

Tanpa Nama berkata...

jln cite xde cabaran...bg la draf emosi tu turun naik sket..ni kjp je marah kt laki die pas2 ok dh..cpt sgt..keep up good work

Tanpa Nama berkata...

mane pg mamat yg dalam facebook 2? Hlang cm 2 jea?

Tanpa Nama berkata...

Jalan cerita kalut sangat, watak haikal & linda mcm tergantung..kalau jalan cerita tak kalut sangat boleh buat novel ni..apapun tahniah!!

Tanpa Nama berkata...

BEST cerita ne,saya terhibur membacanya....teruskan berkarya!!!

Tanpa Nama berkata...

bez2 <3

Nadiah Illias berkata...

best citer nie...teruskan berkarya...

Tanpa Nama berkata...

best sgt... tp mna pergi nya haikal???

Pratika Ramadani berkata...

yups, nice to read...
but where is haikal???

Tanpa Nama berkata...

gud!! i like ...like smpe lebam..! :) keep it up darl..!

Tanpa Nama berkata...

sgt2 best nlah, suka sgt .. teringat plak cinta sy kt lecturer sy , tp dia mcm suka sy tp xbgtahu pun smpai akhirnye dia nk bertunang ....:( sedih sgt2 ...

Tanpa Nama berkata...

erk...rasa macam kelam kabut la cerita die...best tu mmg best...plot semua ada...tp kalau dpnjgkan dan dhuraikan skit mesti lagi menarik...:))

Tanpa Nama berkata...

best..so sweet ;)

orkid berkata...

jalan cerita yg menarik..sgt best..cume trgantung dengan watak haikal..

Tanpa Nama berkata...

Name arwah wan arifin ad di sbut tp xad story tntg nya knp yek, klau lbh pnjg lg syok cite nie, pape pun usha lg

Tanpa Nama berkata...

romantik.. tapi soalan sma.. mna perginya haikal tu? apa2 pn best jgk crta ni klu diperpanjangkan..

Tanpa Nama berkata...

emm....soalan lama juga Haikal ke mana?

Tanpa Nama berkata...

haikal tu akan jd bff die lah kan...
sbb haikal tu pun ade hati kat syazz tp die dh kawin jd haikal tumpang gembira lah tgk kebahagiaan syazz bersama suami die...

Amira Aisya berkata...

nice story...emmm mybe klu dipanjangkan akn lbih mnarik...
truskan karya anda...iwish u all da best!!!!!!!!!!<3

Tanpa Nama berkata...

kalau cerpen ni di pnjng kn atau d jd kn novel lg best kot.....
gud job n terus kn berkarya.....

irniara berkata...

haikal oooh haikal... mane dia mnghilang? :)

Tanpa Nama berkata...

Besssttttt sangattt

Tanpa Nama berkata...

sooo sweet i like this story .... sooon romantic

Tanpa Nama berkata...

haikal pergi mana???

Tanpa Nama berkata...

best sngt cete nie..teruskan usaha anda..

Tanpa Nama berkata...

haikal ape jadi?.kemana pegi nya mamat tu?

Tanpa Nama berkata...

mudahnyoo jaley crito nihh. . .

emma berkata...

walaupon cite ni trgantung ckit but i still dpt merasai story ni..smpt jgk la toughing skjp..truskan berkarya

Tanpa Nama berkata...

memg tergantung sikit kn citer nih..pasal haikal....
tp cerpen ni memg sgt sweet!!!seriously!!!!.
sampai ke hati la klo baca.hihihihi

Tanpa Nama berkata...

ke manakah haikal mghilang??
truz senyap jek watak die..

mohd rani mohd tahir berkata...

saya masih belum baca lagi..tapi tengok kepada respon tema-teman cerita nie mmg panas...hot giteww lor...tahniah!!!

Tanpa Nama berkata...

from KHJloveHenecia..

hmmm...bgus cerpen ni...anyway nice job girl...go girl!!keep on fighting n keep on writing!!

sue ada berkata...

ape jdi kat haikal???

Tanpa Nama berkata...

ape kesudahan cerita mereka??pls buat lagi sambungannya..syokla..mengs saya membcanya..nk lagi aduh..awak berbkat..truskan berkarya..

WardiaNa Mbd berkata...

Terasa macam betul2x ada kat cerita tu pulak .. xD
Best lah cerita awak .. Saya suka ... :D

idah berkata...

bestlh citer ni................
tp haikal nye xde kesdahan...
gud luck......

Tanpa Nama berkata...

the best..but what happend to haikal???????????

Khafiz Ariffin berkata...

Nama wan arifin tu mcm nama tunang dlm cerita gemersik kalbu la.... Tp nama pun cerpen sure la pendek.... Erm suka watak syazz yg gilo2 sbb student kan.... Apa2 pun ok gak citer ni....

Khafiz Ariffin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ilah berkata...

mm..best arh.. tpi haikal pegi mna ek..?? xkan dah pupus kot..?!! hehhe..!~

Tanpa Nama berkata...

Spe arwah wan arifin tu ? Trgant0ng kefahaman aku , ape-2 p0n go0d j0b ,

Tanpa Nama berkata...

Cerpen yg trbek! trz hslkn crpen sbek ny oky k... good job

Tanpa Nama berkata...

ok la..blh jd berangan n terbit rs nk romantis dgn suami..he..he

Tanpa Nama berkata...

coba ajj lengkap sama unsur instrinsikk.a

Tanpa Nama berkata...

bez....

Tanpa Nama berkata...

sweet sngad2 .. comel p0n ade .. tapi tu lah , cerita pasal haikal tak habis .. btw , cite niy BEST, mantap. teruskan menulisan cerpen yea . go onn .. => -halimatun,14-

Ummu Khairunnisa berkata...

best...tp wtak haikal tu dh ilang..tp xelok plak ble de babak cmburu buta tu...

Tanpa Nama berkata...

lawalah,

Tanpa Nama berkata...

jln cerita yang menarik...best...

Tanpa Nama berkata...

best sngt2

Muhammad Khermi berkata...

ramai yg spport awk...so keep it up...ok...

Tanpa Nama berkata...

x logik ,xkn kawin x jemput best friend sendiri?atau pun xkn x tunjuk gambar kawin sampaikan qistina x tahu sape sumi syazz.

F.I berkata...

cite biasa je.tapi ttp best juga mase first time syazz jumpe ngan husband die n his bestfriend qistina yg mulut banyak 2.terhibur juga n jngn putus ase .truskn menulis.sya nntikn sbuah cerpen yg lagi baik. ;D

Tanpa Nama berkata...

best leh smbng lg x..hehehe

Tanpa Nama berkata...

i like this story. sambung la lg

Tanpa Nama berkata...

citer best, tapi nampak macam terburu2 sangat.. btw,,memang best!

Tanpa Nama berkata...

sumpah..best sgt2 cte nih..puas hati giler2..sy da mcm jatuh cinta n cerpen awk nih..troskan karya awk..awk sgt berbakat..good luck dear :)

Miss Intan berkata...

jalan crita da best. .tp cm kelam kabut je. .x mnyempat. .byk pggunaan ayat yg sma. trutama kt dialog. .cm kurang idea je da. .pas2 trgntung plak. .x pa. .ni 1st cerpen kn. .good luck for the next cerpen. .buat yg terbaik, bg improvement yg gempak. .untung2 ley wt novel ke nanti kn. .
-peace- (^_^)v

Tanpa Nama berkata...

best sgt

Tanpa Nama berkata...

best giler arr.. kpd pnulis, klau buat novel kisah sweet mcam ni.. compem sye beli pnyer... best sngat.. korang ni tk yah la sbuk cari haikal tu.. bukannye penting pon, kan?? hehe.. gud luck penulis..

Tanpa Nama berkata...

bezz and enjoy.. tergantung pon tergantung lah

Tanpa Nama berkata...

best ehh ... suka .. senyum sorg jerr bila aku baca .. truskn bkarya ya ..awk bbakat =)

Tanpa Nama berkata...

walach2 critanya good banget

Tanpa Nama berkata...

best!! teruskan usaha n anda berbakat buat semua happy..:)

Tanpa Nama berkata...

cerpen yg menarik.... tp... ape terjadi kt haikal?

Fatihah Mujahidah berkata...

okay la.. best jgak.. tp what happen to haikal?? ingt syazz terlggar haikal..hmm..truskan berkarya,,,

fatin berkata...

terbaikk... saya suka cerpan awk ni...

Tanpa Nama berkata...

teruskan b'usaha,,, hope cerpen lps nie lbh mantap ,,

Hazwani Zan Juhari berkata...

Dhia Syarafana : terima kasih kepada semua yg baca cerpen ini. Saya rasa saya nak sambung buat sambungan dia bagi korang nampak kesudahan cerpen ini. Bukan apa, cerpen ini cerpen yg pertama. insya allah saya akan cuba buat sambungan dia. terima kasih kepada pembaca :) sokonglah saya ye :)

Tanpa Nama berkata...

Cerpen ni jalan citenya best tp kurang menarik sbb kurang yg suspen buat org nk tau lebih lg ..
Tp , don't give up .. ;)

Tanpa Nama berkata...

bez,simple but one thing..where is haikal??hehe..

Tanpa Nama berkata...

suke sangat,best la cite ni!

Tanpa Nama berkata...

bestnyeeeeee.....

huda kewchik berkata...

karya yang meenarik n hope ade smbungan untuk karya yg seterusnya tentang haikal spaya karya awak tak tergantung .. keep it up .. n tak bosan pown baca karya awak walaupun saya not in mood nak baca ..ia boleh mmbuat kan saya tersenyum tanpa mmkirkan orang sekeliling .. :)

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.