Macam mana nak tahu dia suka kita atau tak


Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Share on Tumblr
Macam Mana Nak Tahu Lelaki / Perempuan Suka Pada Kita?

Anda ada seorang rakan. Dan anda tiba-tiba menyimpan perasaan padanya. Jatuh hati pada kawan sendiri kadang kala sesuatu yang tidak dapat dielak. Mungkin kerana cara layanannya terhadap anda berbeza dan dia mempunyai ciri-ciri yang diidamkan serta sentiasa ada di samping di saat memerlukan perhatian.

Namun, untuk meluahkan rasa hati mungkin agak sukar kerana bimbang menjejaskan hubungan persahabatan sedia ada dan anda sendiri sarat dengan rasa malu.

Lebih teruk jika luahan hati tiada sambutan kerana dia hanya menganggap anda sebagai rakan biasa. Sedangkan hati anda sentiasa tertanya-tanya, sukakah dia pada anda?

Usah tertanya-tanya lagi, berikut beberapa panduan untuk mengenal pasti sama ada lelaki yang anda idamkan itu mempunyai perasaan yang sama.

Jatuh Cinta Pada Si Dia

Si dia gelisah bila bersama anda

Lelaki yang sukakan seseorang wanita akan berasa gelisah atau sering kali rasa tidak kena dan gelabah apabila berdepan dengan gadis yang dia sukai. Lihatlah ciri-ciri itu, mungkin anda perasan dengan ciri-ciri yang ada pada si dia.

Perhatikan gerak-gerinya

Adakah dia selalu cuba merenung anda? Senyum pada anda? Gemar memandang anda biarpun ketika jauh? Memuji anda atau sering memulakan perbualan dan selalu berdiri berdekatan anda biarpun dia berusaha untuk mengelakkan agar anda tidak terperasan dengan perbuatannya itu.

Sentuhan

Si dia suka menyentuh anda (bukan gangguan seksual) namun perilaku yang sejujurnya. Dia mungkin menepuk lembut bahu anda atau geselan tidak sengaja yang boleh menyemarakkan perasaan anda dan sebagainya. Lelaki yang sukakan anda akan mencari peluang untuk menyentuh anda dengan niat yang baik.

Si dia suka telefon anda

Ini memang terang-terang menunjukkan si dia menyukai anda apabila dia selalu menelefon anda biarpun bertanyakan soalan yang remeh. Kadang kala ketika dia berkata dia terlepas cakap sebenarnya dia suka bercakap dengan anda ataupun dia menipu 'tersalah dail' pada hal dia sebenarnya ingin berbicara dengan anda.

Sanggup berkorban

Si dia berbuat apa sahaja demi anda. Pinjamkan duit, belikan sesuatu untuk anda atau apa sahaja tanpa perlu anda bersusah-payah memikirkan untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan lain.

Cemburu


Ini memang sah si dia sukakan anda apabila dia terasa cemburu ketika anda bercerita mengenai rakan lelaki lain. Ini bermakna dia tidak mahu ada orang lain selain dia dalam hati anda.

Senang memperkenalkan anda kepada rakan atau keluarganya

Si dia tidak akan malu memperkenalkan anda kepada rakan-rakan dan keluarganya, biarpun ketika memperkenalkan itu dia akan menyebut anda sebagai hanya rakan tetapi cara dia memperkenalkan diri anda pasti berlainan dan anda akan tahu kelainan caranya itu.

Suka ambil tahu

Dia sentiasa mengambil tahu mengenai diri anda, keluarga anda , kegemaran anda dan mungkin tarikh hari jadi anda. Itu maknanya dia berminat hendak mengetahui segalanya tentang anda.

Macam mana nak tahu dia suka kita atau tak

31 Komen:

Tanpa Nama berkata...

tengz , sume nye adew pade sidia . heee

Cik Bunga berkata...

memang ada pada si dia, tapi si dia lebih suka wanita kurus, adalah kerana saya berisi sedikit, tak mengapa. saya cuba kuruskan badan demi dia.

Tanpa Nama berkata...

salam.. sy btul2 mncri org y serius nk trun berat/naik berat/nak maintainkn berat/y mahukan kesihtn y lebih baik, nk hilangkn jerawat..? insyaALLAH semua boleh dgn izin ALLAH...call or sms me now!!!. 013-2261862 (zul) Alhmdulillah, sy turun 4kg dlm masa 9hari..

Tanpa Nama berkata...

ada lah jugak ciri-ciri kat atas yang sama macam jejaka yang saya aim kan nie..
tapi die nie brutal la! ego kuat, berlagak macam gentleman,
dia jugak sosial orangnya..entahlah..biarlah..
saya akan trus memerhatikan dia..
btw, dia yang saya maksudkan ialah classmate saya sendiri!haha.

Tanpa Nama berkata...

tak salah kalau jujur,terus terang lagi senang...kalau diam mungkin mengmbil masa untuk sidia tau..dalam pada itu mungkin dia dalam pemerhatian yang lain...

Tanpa Nama berkata...

saya cuba untuk tidak sukakan seseorang yang tak mungkin saya miliki... kerana dia dah pon jadi hak orang lain.. huhuhu

Tanpa Nama berkata...

saya tua setahun dari budak yang saya minat tu , tapi saya belum pernah bercakap dengan dia . kalau dulu hanya saya yang selalu memerhatikan dia tapi sejak akhir-akhir ini dia dah menunjukkan respond yang positive . tetapi 3 hari yang lalu dia ade ternampak saya bercakap dengan kawan baik saya ( lelaki ) selepas dia nampak , mukanya yang ceria berubah menjadi masam then dia terus balik rumah . selepas kejadiaan itu , dia tidak lagi seperti dulu , dia sudah tidak memandang saya . jadi untuk itu saya mengambil keputusan untuk call dia . saya menebalkan muka saya demi untuk bercakap dengannya . tetapi hasilnya sangat mengecewakan , dapa mulanya dia membalas dengan elok SMS saya , tetapi setelah tahu saya yang SMS dia ,dia terus tak balas - balas . tolong lah saya !! apa yang patut saya lakukan ??

Tanpa Nama berkata...

hurrmmm yg nie mesti btul2 suke kt kite
hiiii best nyerrrr

geoaty berkata...

hehehehehe ye lar

yananyss berkata...

nak tanya..kalau lelaki tu selalu tegur benda yang dia tak suka yang ada pada kita? maksudnya si dia tu betul2 suka kita tak?

Ukhti Insyirah berkata...

sweetnyerr..
kalau dia wat saye mcm tu..
tpskt pon x..
sedyyyyhhh..:(

Tanpa Nama berkata...

Tp mcm mna klu tba2 dy s'perti m'elakkn diri drpd kta......alah mmg kmi rpt...dy lha shbt sy....dy slalu msg,cal,tolong sy.....mlh jdng2 dy kn pgng hp sy,malah..... dy jux s'lalu m'renung sy....

Tanpa Nama berkata...

msti lha...cz dy mw ambl brt tntng diri kta....2 lha dy ska dgn kta.....

Tanpa Nama berkata...

Saya tertanya-tanya adakah dia menyukai saya, kerana kekadang-kadang saya terperasan, setiap kali berjumpa, dia pasti akan mengukirkan senyuman.

Tanpa Nama berkata...

adakah jika seseorang itu menyukai kita, dia akan menyusahkan kita?

Tanpa Nama berkata...

sy xtw lha...tp prnh dy...ckpdy ska sy...tp sy ngtkn dy men2,mlh bla b'bual2 dgn dy...dy senyum dn merenung sy.....apa kha 2 erti nya dy ska sma sy.....dy ckp....sy hpy sng2 cz ary nie k0 b'crta sma sy...dn st lgi...dy ckp dy blng dy rndu sy,..... apa kha erti semua 2....... kmi dua mmg kwn sahabat rapat....mlh dy sngp tl0ng sy....

Tanpa Nama berkata...

Cinta xmnyusahkn malah ia akn mnyenangkn kita...kalo susah tuh hmmm....

Tanpa Nama berkata...

cinta langung x menyusahkn ,malah kta d beri pelung tuk mencintai ssorg ,wlau kta tahu hbngn e2 blum tntu brkekalan ,namun jngan brputus asa kerna stiap hbngn yg d jalinkn akn mendpt restu dri-nya

Tanpa Nama berkata...

saya masih ragu kejujuran dia trhadap saya ...

Tanpa Nama berkata...

saye malu bace ni

kendall berkata...

ermm. sebenarnya saya mmg suka dgn dia. mmg smua di atas tu sama skali dgn prbuatannya trhdp saya. tp ada satu yg tidak iatu berhubung melalui telefon. saya tidak mempunyai nombornya tp saya akn mencuba utk mendapatkan nomber dia. and tadi mase kelas, dia smpat renung2 saya, ketawa2 dgn si dia, berjalan bsama2 & duduk sama2. hehe. harap kekal berpanjangan rasa dia utk saya. thnksssss.

ungu berkata...

dya selalu merenung dn senyom ~~ hum ! risau!

Tanpa Nama berkata...

ciri2 yg len tu smue ade tpi yg sentuhan tu je x de.....

Tanpa Nama berkata...

betul..kita juga pasti akan suka dengan kawan kita tu..
tapi kita tak pasti dia suka dengan kita atau pun tidak,
kawan saya tu dia suka rapat,cemburu kalau saya cakap dengan lelaki lain...tapi yang saya tahu dia suke dengan orang lain.. dan dia suka dengan kawan yang rapat dengan saya, patut kah saya perasan yang sebenarnya dia suka akan saya...slps 1 tahun saya kenal dia,,saya dapat tahu dia rapat dengan saya hanya ingin pergunakan saya untuk untuk m'balas dendam t'hadap perempuan..kerana dulu ex-gf dia hanya ingin kan duit dia sahaja..slps dia jujur dgn saya...saya tak boleh ketepikan hati dan perasaan saya terhadap dia sehingga kini..sampai hari ini jugak saya hanya melihat nya dari jauh sahaja..dan kami tak pernah berkomunikasi sama sekali..4 tahun saya suka dia..

emie minie minie berkata...

smua tu ada pada kwn sya, dia ex-gf kwn baik sya, kisah nie lebih krng sama la juga dengan kisah "orang tanpa nama" kami skrng ni selalu keluar bersama, sya pun tak tahu apa sebenarnya relaion kami, kami pun selalu bersms, cara kami sms pun dah macam orang bercinta, sya tak sanggup nak lepaskan die or anggap die sebagai kwn lagi,sebab kami dah mula jatuh cinta antara kami, tapi sya takut kalau smua tu akan menjejaskan persahabatan kami, hemmmm, die selalu ada stiap kali sya dlm kesusahan, tak kisah la dlm apa pun keadaan, die la yg selalu berada di samping sya, sya syg sangat kat die,

Tanpa Nama berkata...

saya rasa ada gak la ciri2 kt dalam tue..tpi masalah nyerr...die kire alim..dan selalu brborak ngn pompuan lain..buat saya rasa sakit hati jer..die x suka pompuan yg x bertudung dan berisi..saya kire berisi jugax la...tpi ade x tip tu berani luah kn perasaan?... saya tringin nak luah tpi malu..bkan ape..klu dah luah..die x trime..wt malu jer..

Tanpa Nama berkata...

kteorg sebaye!n saye kls number 2 die kls number 1! kteorg rapat sbb bln 1 aritu ade perkemahan kt sklh!kteorg kne msuk utan dorang2 !n semejak tu la kteorg jdi rapat...semakim hari semakin kteoeg rapat sngt2!ramai kwn2 ckp kteorgg cauple..kbetulan plak saye single n die single..saye sygkn die lbih dari sorang kwn!ciri2 kt atas tu smue ade kt dia!kcuali berhubung melalui telfon sbb sye xde number die...die sllu lyan sye cm awek die..die sllu rehat gn sye!kteorg blik jln kaki!sbb rmah dekat gn sklh!n tiap2 hri kterg jln sme2! n bile die lalu dpn kelas sye..die sllu tgok sye,snyum lh intai lh,pstu klau sye berdiri sblh kwn2 sye die sllu sbok nk diri sblh sye!die sllu teman sye!ape mksd die?

Tanpa Nama berkata...

okay,i will try..but so shy dear,because he already had someone,but im sure that he likes me..every time i see him,i think he is someone will be my bf 4ever,so plezz pray on me to get him..insyaallah

kita berkata...

heyy , i actually x tau bila ada feeling kat dia tapi sejak kebelakangan ni dia layan i baik jer and suka sembang . maybe sebab exam kita dpt markh sama tinggi kot tapi tu bukan masalahnya .. the problem is , classmate i pun minat kat dia at the same time i pun minat dia tu .. i pun x nak tau yg i minat dia , ya lah .. i kan malu .. lagi satu , kita x sama bangsa tau .. i cina dia melayu .. agak pelik kan klu i minat kat melayu tu .. dh lah dulu selalu ejek2 sesama kita . awak , tlg bagitau apa seharusnya i kena buat ? please .

Tanpa Nama berkata...

sy nie plk xda mslh pa2x tntng cinta,.sbp sa x pnah mw ada hubugan serius mah lelaki sbp mnyakitkn aty jah.,.tapi sy da mula jth cinta dgn seorng lelki yg umur dy 7thun lbih tua,,dy pkeja chef,.,.kmi memng da kpel..sy tahu dy suka kt sy tp kdng2x dy sperti x serius..,ntah lar sy pnah nk brek mah dy,.,,tp sa x bler,.,sbp sa tw dy rasa kcewa sngt,,dan kmi da kpel blik,..adaka p'buatn sa tue btl..,mgkin sy rasa cmburu jgk sbp rmai pmpuan yg suka dgn dy..=(

Tanpa Nama berkata...

salah satu cara nak mengetahui macam mana dia suka korang = suka pegang tetek dan ramas pepet.

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.

 
 


Chatroom