Lelaki Suka Warna Apa? Apa Rahsianya?

Share on Tumblr
Apakah Rahsia Warna Yang Menjadi Kegemaran Lelaki Idamanmu?

Hijau

Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Kumpulan 2PM

Putih

Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah

Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan.Merah juga berkait dengan tenaga seksual juga kemarahan.

Jingga

Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren

Warna ini adalah campuran dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning

Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Ungu

Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .

Hitam

Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat

Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .



Lelaki Suka Warna Apa? Apa Rahsianya?

28 Komen:

Nurul Syuhada berkata...

majoriti laki suke kaler htam ngan biru kan?

mimie... berkata...

pkwe aq ske wrne merah n itam....mkne nyew HAH....ske marah n agresif la....grg nyew...hisshh...kena tukar nie....hehehe..jgn marah....

Tanpa Nama berkata...

nape kaler biru xder ehk....?

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan laki suke wane itam n putih...
skew sgt klu laki memkai bju wane putih...
at pown merase tenang jew...

Tanpa Nama berkata...

biru xde ekk..

Tanpa Nama berkata...

mna biru???

Tanpa Nama berkata...

biru x dew x bes r....

Tanpa Nama berkata...

pepell....thank dear..suke sgt...

intan safinaz ahmad berkata...

kaler biru tkde pun

Tanpa Nama berkata...

kebanyakkan lelaki suka memakai pakaian bewarna merah hitam atau putih..susah nak tgk lelaki memakai pakaian bewarna oren ke hijau ke kuning ke mungkin 3 warna itu sudah menonjol buat mereka yg memakai

Tanpa Nama berkata...

wne pink x de ek..

Tanpa Nama berkata...

putih & kuning adelah sye..hehehe

Cik Mimiey Rae berkata...

biru ?

Tanpa Nama berkata...

ape komen anda tentang pendirian lelaki yg suke dengar lagu dan menghayati liriknyer..

Tanpa Nama berkata...

lagu kat blog nie tajuk ape eyh??plz sape2 gtaww..nk taw tajuk dye :)

Tanpa Nama berkata...

suami aku suke warne putih,tp,x sama pon ngn yang ade kat sini

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

mcm mne plk laki skew wrne pink

shiro airafi berkata...

itu pondan nmenye,,

AbgferOz berkata...

ungu : errr... hmmmm.. geleng2 kepala :)

Ace berkata...

HITAM geNk,,

Tanpa Nama berkata...

hubby sya wrna putih...
ptutlah dia sgt2 mmbhgiakn....:)

Tanpa Nama berkata...

kalau lelaki suka warna yang lembut?? like pink lembut, hijau lembut dan warna lain tapi yang lembut...:)

Tanpa Nama berkata...

my bf suke kaler hitam,putih,merah n biru :)

Tanpa Nama berkata...

kok gak da warna biru kak

Tanpa Nama berkata...

npe laki nie ske pkai bju pink...he2

Tanpa Nama berkata...

maybe dorank nak nmpk sweet kowt....

nur faraharil berkata...

PAK WE AKU SUKA WARNA HIJAU OREN DAN HITAM. DAH LA KULIT HITAM TAPI COMEL JUGAKBAK KATA ORG HITAM2 SI TAPUK MANGGIS

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.