Cerpen: Farid's Story

Share on Tumblr Farid's Story

Hello geng. Nama aku Farid bin Ismail dan kawan-kawan panggil aku Farid. Masuk tahun ni, aku berumur 18tahun. Masih muda dan kacak dan sasa dan... Aku ada sorang adik perempuan. Nama dia Batrisya binti Ismail. Kalau korang nak pikat dia susah sikit pasal dia ni lasak sikit. Badan lasak hati pun lasak. Muka boleh tahan cantik la (Jangan bagitau dia aku cakap macam tu…), dan dia ambik PMR tahun ni, jadi tau la umur dia berapa, kan? Dan macam orang lain jugak, aku ada sorang bapak dan sorang emak, dan sorang orang gaji.

Keluarga kitorang kecik, tapi orang cakap kitorang kaya. Mungkin sebab bapak aku ada title Datuk ngan keluarga aku uruskan hotel sendiri dan kitorang tinggal dalam rumah yang besar…. Well, aku rasa kitorang takla kaya sangat. Bagi aku orang yang kaya tu pemain NFL je. Sekali game dia main, dia dapat duit ratus ribu Dollar. Tak ke kaya tu? Kalau satu game ratus ribu Dollar, sepuluh game? Mak oi….
Ah, tujuan aku membuat mukadimah ni pasal cerita hari ni berwatak utamakan aku. Well, bukannya selalu dapat jadi watak utama kan? Al-maklum la… orang selalu cakap aku jahat. Lagipun, watak utama biasanya orang baik… Nak cakap aku ni jahat sampai bunuh orang, tak pernah la pulak. Aku tumbuk orang lagi tak reti. Aku punya karier banyak dalam bahagian perancangan je… memberi arahan di belakang tabir. Yang selalu buat jahat, kawan-kawan aku. Jadi aku tak buat jahat. Jadi aku takla jahat, kan?
Camtu la kut. Sebab adik aku cakap aku ni sebenarnya baik orangnya… walaupun aku memang banyak buat jahat masa zaman sekolah. Taknak cerita la pasal tu semua. Karang korang tak suka aku. Aku cuma nak cakap, aku ni beringin tahu yang tinggi… che. Camtu la. Pernah tak aku cakap aku sedang belajar buat bom? Bom yang berbelerang la, bom analog, bukan bom digital pasal aku bukannya reti sangat elektronik atau mekanikal and stuff… kadang-kadang, lepas habis exam, aku main simbah air sejuk atas magnesium yang sedang terbakar je. Meletup la dia. Tak ke senang? Mana pula nak dapat magnesium? Ala, makmal kimia kan ada banyak...
Er… am I revealing my backbone to you people?
Pedulik la pasal semua tu. Yang lepas biar la lepas. Aku tak banyak buat kes macam tu lagi lepas habis tingkatan lima… tu pun sebab… well… aku masuk penjara…
Aku tak bunuh orang ek!
Semuanya sebab kitorang kantoi nak buat duit palsu la. Bukannya senang nak buat duit palsu. Nak pastikan jenis kertas dia, nak lakar lukisan dan corak dia, komposisi warna dia, aku kerja sungguh-sungguh tau, nak research semua tu… tup-tup polis datang dan bawak kitorang tidur dalam jail. Hasil kerja aku ngan kawan-kawan aku elok je kena bakar. Dan kitorang bermalam buat satu malam… aku je yang satu malam tapi kawan-kawan aku yang lain, tak tau la berapa malam, sebab bapak aku datang petang esoknya, ikat jamin aku. Nangis adik aku masa call aku masa tu. Haha, jangan nangis la Bat. Abang ok je, masih berdaulat.
Puas aku pujuk dia tau. Bila Laksamana Hang JeBat dah start nangis, payah gak nak pujuk dia. Lagipun dia jugak yang bantah kitorang start operasi buat duit palsu ni walaupun dia tolong gak sikit. Rindu ngan adik aku tu…
Tapi bapak aku tak bawak aku balik rumah bila aku pula yang nak balik jumpa Bat… dia bawak aku pergi somewhere… luar dari bandar Melaka… aku tak tau la tempat tu. Kampung. Pedalaman jugak.
Cerita aku start disini.

***
Air mata meleleh menuruni pipi. Nadia tersedu, melangkah perlahan. Sebak rasa hatinya bila ditinggalkan kekasih. 2tahun bercinta, dengan mudahnya lelaki itu meninggalkannya dengan alasan bosan. Nadia terasa dipermainkan. Hati terasa dijerut dengan tali berduri. Sedih… menangis lagi.
Tau, dia tak secantik kekasih baru kekasihnya itu. Tak sekaya dia. Tak sebijak dia. Sebab Nadia cuma budak kampung, sedangkan perempuan baru itu seorang mahasiswi… tapi walaubagaimana bezanya pun, janganla mempermainkan hati orang sesuka hati begini… Nangis lagi sambil mengesat air mata yang terus mengalir. Dia menunggu… dia menunggu… sia-sia je…
“Mak…” Nadia rindukan ibunya sudah.
Kaki terus melangkah disepanjang jalan bertanah dikampung itu. Malam lewat sudah. Bahaya bagi seorang gadis berjalan berseorangan begini. Tapi Nadia yang dilanda kecewa tak kisahkan apa-apa…
Terdengar bunyi dari arah semak. Deras kepalanya menoleh. Siapa?! Dan seorang lelaki keluar dari arah itu. Darah Nadia berderau turun, ketakutan. Konon tak kisahkan apa-apa…!!
Lelaki itu memandangnya saja, dan terus berlalu dihadapannya. Tak kisah langsung. Nadia yang terlampau terkejut dan takut terduduk jatuh. Jantung berdegup dalam kadar kuda berlumba je gayanya. Lama dia duduk sebelum menarik nafas dalam, bawak bertenang. Cepat balik…
BOOOM!! Terdengar letupan dari arah hutan semak itu. Nadia terloncat terkejut, menoleh kearah semak tadi. Kelihatan api di arah sana dan jeritan. Dia ketakutan lagi. Apa dah jadi?! Dan tak lama kemudian, muncul beberapa orang lelaki keluar dari arah lelaki pertama kali tadi keluar. Semuanya basah kuyup. Nadia kaku saja ditempatnya. Kenal kumpulan lelaki itu. Lalu dia tegak saja dalam gelap malam agar tak dikesan.
“Gila! Macammana boleh meletup?!”
“Aku lebih pelik bila air turun dari entah mana”
“Celaka betul. Habis dadah kita musnah…”
“Apa lagi nak buat lepas ni?”
“Nanti la fikir. Aku sejuk ni…”
Dan mereka berlalu pergi. Nadia yang tertinggal kaku saja. Meletup? Air? Dadah?
Apa dah jadi..?!
***
Kedai kopi Tam.
Semua orang kecoh dengan sarang thugs yang meletup malam tadi. Letupan yang mengejutkan setengah kampung menarik orang-orang kampung datang kekawasan itu, cuma mendapati kebakaran sudah di simbah air tapi jumpa pula dadah bertaburan. Dan polis dihubungi.
“Macammana boleh jadi macam tu agaknya?” soal Pak Mat.
“Allah nak tunjuk kuasa Dia la. Bongkarkan kegiatan budak-budak tak guna tu...” pak Jamil menyampuk. Dolah menoleh.
“Takkan boleh meletup tiba-tiba juga, pak Jamil... mesti diorang tu main-main antara diorang… sebab tu jadi macam tu, kan Nad” tersenyum dia menoleh pada Nadia yang menyediakan kopi disebalik kaunter. Gadis itu menoleh.
“Ah? Aaa… agaknya” senyum saja. Pengalaman diri sendiri malam tadi tak diceritakan pada sesiapa. Kembali membancuh. Dolah gembira menerima senyum Nadia.
Pak Tam menjengul didepan Dolah. Apa tengok anak dara orang macam tu? Dolah sengih saja. Pakcik-pakcik di sana tak mempedulikan mainan remaja itu.
Pak Jamil menoleh pada Pak Tam “Aku dengar Mail dah balik dengan anak dia.”
“Oh. Ya. Dia tinggal kat rumah Haji Latip Ketua Kampung.”
“Kenapa tiba-tiba balik? Bini dia tak bawak sama?”
Pak Tam menggeleng “Bini ditinggal je kat bandar sana… kaya, katakan…” mencemik saja, cemburu. Nadia dan Dolah menoleh. Kaya..?
“Sapa tu pak Tam?” Dolah menyampuk, duduk disebelah Pak Mat. Orang tua itu menoleh.
“Orang kampung ni yang keluar bertahun dulu… dah lama sangat dia pergi, baru teringat nak datang balik. Mak dia mati pun dia tak balik, anak bertuah tu. Karang anak dia buat benda yang sama untuk dia... Allah bayar tunai tau” ceritanya pendek. Dolah mengangguk saja.

“Anak dia lelaki ke perempuan?” hati mengharap perempuan.
“Lelaki” pendek jawapan si tua itu. Dolah mengeluh hampa. Nadia menjeling. Ayahnya pergi melayan rakan-rakannya pula.
Mereka berbual-bual hingga jam sepuluh pagi, datuk Ismail dan Farid muncul. Terdiam sebentar kumpulan pakcik itu, melihat dua anak beranak itu masuk. Farid memerhati saja.
“The air’s pretty thick” belakang leher diurut. Perasan pandangan dingin orang-orang kampung itu. Datuk Ismail menjeling saja anak bujangnya.
“Jangan buat hal Farid. Kamu nak makan apa?”
“Apa-apa je. Asalkan boleh dimakan” dingin nadanya. Datuk Ismail tersenyum nipis, lalu mengorder. Farid membuang pandang ke sekeliling. Mencari benda seronok nak dibuat…
Takda.
Nafas diluah berupa keluhan.
Kepala ditolak kebelakang, merenung langit. Batrisya… abang rindu kat kau… stranded kat kampung pedalaman ni tanpa sebarang alat komunikasi memang sengsara… ada henfon, tapi takda kredit!! Tapi nak buat macammana. Mastermind dia sangat berkuasa. Farid menjeling ayahnya. Teringat tiga hari lepas, masa dia masih dalam penjara, ditangkap atas kesalahan membuat duit palsu.
Ikut papa atau kamu duduk je dalam sini tak dijamin sesiapa.
Dan dia terpaksa menurut, datang kesini. Haaaargh… menguap. Udara disini sangat baik hingga buat aku nak sambung tidur je… kuyu matanya memandang sekitar kedai kopi. Pada pakcik-pakcik… pada ayah yang cuba berbual tapi dilayan acuh tak acuh, pada mamat kampung yang dok perhatikan dia, pada minah kampung yang bancuh air dan malu-malu nak tengok dia… Farid tak pedulikan sesiapa.
Takda benda yang lebih seronok kat tempat ni?
“Nah” datuk Ismail muncul dengan karipap dan teh susu dan kopi untuk dia sendiri. Farid berterima kasih “Mana kamu pergi malam tadi?”
“Hm?” muka dibuat bodoh, menghirup teh susu itu.
“Pa pergi bilik kamu, kamu takda.”
“Oh, jalan-jalan.”
“Jalan-jalan lewat malam macam tu?”
“What do you expect? Tiba-tiba duk rumah sapa ntah dan bermalam disana. I’m seeking the comfort” nafas terluah, dibuang pandang ke tempat lain. Teh ditarik lagi ke mulut. Sedap aromanya.
Datuk Ismail merenung anak sulungnya itu “Kamu stay sini.”
“Hm?!” terperanjat dia, menjarakkan cawan dari bibir “Idea gila! Apa Farid kena buat kat sini?!”
“Buat la apa-apa yang kamu suka. Pa tak kisah” balas datuk itu selamba. Kepala Farid jatuh.
“I like the statement if I was at home.”
“Glad you’re not” balas Datuk Ismail selamba, menghirup kopinya. Farid menoleh toya.
Dolah mendekati “Assalamualaikum.”
Farid menjeling. Datul Ismail menoleh “Waalaikumussaalam” tersenyum dia “Kamu ni siapa?”
“Saya Dolah. Tak kisah kalau saya duduk… er…?”
“Pak Mail.”
Teh susu tumpah keluar dari mulut Farid. Terbatuk dia. Yang lain menoleh padanya. Farid mendehem kahak, “Teruskan teruskan” ketawa ditahan. Hati mengulang nama itu. Pak Mail… hak hak hak. Now this’s interesting… tersengih dia menghirup tehnya.
Dolah merenung saja lelaki itu. Dari pakaiannya, takla nampak kaya. Orang sederhana agaknya. Hati lega. Walaupun perangai macam sombong… “Hei. Aku Dolah” tangan dihulur.
Farid menjeling, “Farid” huluran tangan bersambut. Mengikut rentak walaupun malas. Dolah tersenyum. Peramah juga…
“Kau dari mana?” soalnya berbahasa. Farid diam sebentar, melirik pada ayahnya. Lelaki tua itu bangun bila ada panggilan telefon. Nafas terhembus.
“Melaka, Melaka”
“Oh… kau ada kawan disini?” menyoal lagi “Aku boleh jadi kawan kau.”
Farid memandang saja, “Kawan…” ayahnya dijeling. Masih berbual. Tentu kawan bisnes. Jadi, probability ayahnya balik hari ni ialah 90%. Farid boleh buat apa yang Farid boleh buat ey? Lalu Dolah dipandang dengan senyum lebar. Senyum mesra, “Ok. Kita kawan.”
Dolah mengangguk, senyum “Oh ya. Yang tu Nadia namanya. Kekasih aku. Jangan ganggu tau” Nadia ditunjuk. Farid menoleh, masih tersenyum.
“Ok”
Karipap dah tinggal satu dan datuk Ismail mendekat “Ada sedikit masalah di hotel. Pa balik hari ni.”
Farid dan Dolah menoleh “Okay. Jangan lupa datang balik nanti.”
Datuk Ismail merenung Farid, curiga. Senangnya dia menjawab? Dolah dijeling. Hati mula tak senang “Kamu jangan main-main tau…”
“Ya… tau… nama Farid dah dalam fail polis, takkan nak main-main lagi…”
Dolah menoleh terperanjat! Dah masuk dalam fail polis?! Farid masih muka selamba muka poyo. Datuk Ismail mengeluh perlahan.
“I’ll come back for you fast. Don’t forget to reflect you actions.”
“Rightio” Farid angkat tabik “Reload untuk Farid la” pintanya. Datuk Ismail tersenyum saja, tak berjanji lalu bergerak pergi. Dolah memandang blur.
“Tu bapak kau?”
“Ya…” tangan nak mencapai karipap terakhir, terpegang tangan seseorang. Farid memandang. Karipap yang dah dalam genggaman tangan kecil itu ditarik deras dan pandangan mereka bertemu sekilas. Darah Farid tersirap naik. Kenal budak ni!! Umar tak menunggu, karipap dimasukkan kedalam mulut dan kaki pantas melarikan diri.
“That shrimp bastard!!” kerusi jatuh bila dia bangun dan berlari mengejar budak lelaki yang mencuri karipapnya. Dolah nganga saja memandang. Yang lain sama kaku.
“Apa kamu nak buat dengan dia, Dol?” soal Pak Mat. Dolah menoleh.
“Ntah... mintak ajar English agaknya. Ujian tak lama lagi.”
Dan mereka sama-sama ketawa. Nadia yang diam sedari tadi tersenyum nipis.
***
Farid menghempas nafas. Kaki yang berjalan dari tadi akhirnya membawa dia ketepi sungai. Punggung dilabuh disitu. Huh…
Penat. Dah 14 hari dia disini, sepanjang petang kerja berlari je mengejar anak kampung nakal itu. Kalau tak curi duit, curi makanan. Kadang-kadang, tiba-tiba dia muncul entah dari mana dan menyepak Farid yang sedang berjalan-jalan disekitar kampung, dengan sengaja. Apa masalah dia pun Farid tak tau.
“Sapa budak tu agaknya…” batu disebelahnya diambil lalu dibaling ke sungai, membayang muka kotor budak lelaki itu. Laju betul dia berlari. Farid yang 18 tahun ni pun payah nak mengejar. Kalau terlepas pandang sedikit, hilang la dia dalam semak. Heh. Malu je. Lempar batu lagi.
Selain dari budak biskut itu, Farid tak tau nak buat apa lagi dikampung ini. Nak ngorat anak dara kampung, takda yang berkenan di hati. Dah survey dah, tapi tak jumpa. Malah, Farid tak ambik minat pun. Dia rindukan perempuan yang satu itu je… keluhan terluah lagi. Bosan dan rindu. Kepala memandang langit.
“Bat…”
“Jangan la!!” jeritan. Farid menoleh. Mata merenung pokok bakau disebelahnya. Kepala dipanjangkan dijengul disebalik pokok. Nampak tiga jantan kampung menganggu sorang minah kampung. Farid mengangkat kening.
Aku tak berminat nak terlibat dengan drama swasta… lalu Nokianya dikeluarkan. Bapak itu tak reload untuknya pun! Jahat. Sangat jahat.
Abaikan sakit hati buat masa ini, video diaktifkan.
“Oh yeah…” senyum saja Farid.

Rambut lurus panjang Nadia diusik, ditepis minah itu. Berundur lagi di jeti kecil itu. Mereka terus-menerus mengusik dan ketawa suka bila Nadia melawan. Gadis cantik itu hampir jatuh.
“Lepaskan aku la…!”
“Cik Nadia… sebab cik sombong sangat dengan kami, kami rindu la…” seorang lagi mendekat, cuba memegang pinggang Nadia. Gadis itu menepis lagi. Tangannya pula dipegang. Nadia dah mula gerun.
“Jangan melawan sayang…” gadis itu ditarik padanya lalu pinggang Nadia dipeluk. Terkejut minah itu.
“Lepas la..!!” mulutnya ditutup. Lelaki-lelaki itu makin mendekat. Nadia dah mula nak menangis ketakutan.
Kalau diikutkan waktu-waktu macam ni la ada hero. Tak kira komik, atau anime, atau novel mahupun game, hero sentiasa datang waktu-waktu genting dan berlagak cool… Farid menoleh-noleh. Mana hero? Belum datang lagi?
Kenapa bukan kau je Farid?
Aku? Hero? Tunggu half and million years lagi la. Aku kerja belakang tabir je.
Nadia dah ditarik kedalam semak. Mamat itu mengerut dahi. Menoleh-noleh lagi. Masih tiada. Dasar kampung pedalaman tak cukup penduduk!! Kaki baru nak melangkah keluar bila dia terlihat Dolah yang meloncat keluar dari semak dihadapannya. Farid menarik balik kakinya, kembali menyorok dan memandang lelaki itu menyerang tiga orang tadi yang baru nak beraksi. Mana dia tau mereka ada disana? Farid menggaru dagu.
Hero sentiasa datang masa genting… Yang sangat-sangat genting!
Ahah! I see… sengih jokernya dah keluar. Terus bersembunyi disebalik pokok bakau dan mengambil video. Dolah sedang membelasah tiga orang itu. Sepak tendang dan tumbuk. Walaupun tiga orang, nyata Dolah lebih menguasai. Mungkin sebab susuk tubuhnya yang lebih besar dan sasa.
Kalau aku lawan dia, tak sampai lima minit, aku dah pengsan agaknya…
Farid menutup henfon. Dah cukup la untuk hari ni. Masa untuk balik. Dia berkalih, dah mula nak melangkah pergi sebelum terlihat budak kecil itu keluar dari semak sambil makan limau. Darah Farid tersirap.
“You little twerp…” dah mula nak mengejar. Umar menoleh. Terperanjat tengok Farid lalu limau ditangan spontan dibaling kemuka itu. Tepat ke muka. Farid menjerit sakit. Umar sama menjerit.
“Limau aku!!”
“Aku yang sakit!” marah Farid lagi. Umar mendengus marah lalu kaki dihayun tinggi, menghentak bawah kangkang Farid. Tertelan suara remaja lelaki itu menjerit. Terduduk, melutut jatuh. Umar mencemik.
“Perasan bagus sangat” dan dia berlalu. Urat Farid timbul dek terlalu marah. Sabar.. sabar…
***
Satu kampung kecoh dengan berita hampir rogol Nadia. Dolah yang dianggap hero menarik tiga orang itu ke rumah ketua kampung, rumah Farid menumpang sekarang. Dan mamat itu yang sedang bermalasan di biliknya menoleh. Bising! Kepala dijengul dari tingkap, melihat penduduk kampung yang berkumpul didepan rumah. Apa pula yang sedang berlaku…? Lalu dia bersandar di tingkap, memerhati.
“Tok Pak! Dol dah tangkap mereka ni…!”
Ketua kampung datang dekat, merenung lelaki tiga orang itu. Nadia berdiri saja dipenjuru sana, dipeluk ibunya. Menangis. Orang-orang kampung yang lain sama-sama menahan marah, merenung lelaki bertiga itu.
Lelaki tiga orang itu diam saja menunduk. Malu juga. Kerana tak tahan melawan nafsu, mereka menyerang gadis itu yang sedang mencuci baju di sungai. Nafas terhembus panas.
Ketua kampung merenung mereka tajam “Kamu mengaku menganggu Nadia masa di jeti tadi?”
“Tak” seorang menjawab. Orang kampung terperanjat. Kening Farid terangkat. “Kamu tak cukup orang nak tuduh kami. Kenapa pula nak mengaku dengan mudah yang kami yang buat?” ujarnya pantas. Nadia dan Dolah merenungnya tajam “Boleh jadi orang lain yang buat dan kami yang kena. Boleh jadi juga Dolah menunggu di sana nak rogol Nad tapi pastu konon jadi superhero.”
Dolah dah menggenggam penumbuk, marah. Farid mengukir senyum. Boleh tahan. Dua rakannya menoleh padanya manakala orang-orang kampung makin marah. Ketua kampung menghempas nafas, lalu menoleh pada Nadia.
“Mereka yang ganggu kau, Nadia?”
Gadis itu mengangguk.
“Kamu ada saksi yang lain selain Dolah?” soal lagi, nak berlaku adil. Dalam islam, asalkan ada 4orang saksi yang adil maka boleh menuduh. Nadia diam, sebelum menggeleng. Tiga orang itu tersenyum menang. Dolah merenung mereka tajam.
“Ada” potongnya “Budak baru anak Pak Mail tu dengan Umar.”
Umar who? Budak kecik tu? Farid mengerut dahi. Dan… dia tau aku ada kat sana…?
Orang kampung bising-bising berbisik sesama mereka. Tiga orang pesalah itu mengerut dahi. Nadia diam, tak tahu. Ketua kampung menoleh kedalam rumah.
“Panggil Farid.”
Dan remaja lelaki itu turun, berdepan dengan orang-orang kampung itu. Heh. Merasa juga jadi centre of attraction ni selepas selama ini tengok dari belakang je… lelaki tiga orang itu direnung. Masing-masing dengan muka lebam. Dolah dijeling. Dia tau aku ada disana… dan mata meleret pada Nadia.
“Farid, betul mereka bertiga ni yang ganggu Nadia?” KK start menyoal. Farid menoleh.
“For the time being, ya.”
Dolah tersenyum menang. Lelaki-lelaki itu mendengus.
“Apa bukti kau! Kalau nak pakai Umar pun budak tu masih kecik lagi! Mana tau apa-apa!”
“Ya, budak tu tak tau apa-apa” Farid menoleh pada mereka “Dia datang masa aku nak balik. Mengejutkan ada orang perasan budak itu datang” Dolah dikerling sekilas. Lelaki itu kaku “Tapi aku ada bukti yang lebih kukuh…” henfon dikeluarkan dan diserahkan pada ketua kampung. Mereka hairan saja. Farid merenung ketua kampung “Video masa diorang harass minah tu” Nadia dibelakang ditunjuk dengan ibu jari.
“Minah itu?” Dolah geram dengan bahsa panggilan Farid. Ketua kampung itu mula mencari video. Memang ada.
“Jadi terbukti la.”
Mereka menunduk kegeraman.
“Tapi Farid” ketua kampung itu memandang Farid pula “Sejak bila kamu ada disana sampai boleh rakam ni pula?”
Farid diam. Perhatian orang kampung kembali padanya.
“Ya! Tentu dia berniat nak intai Nadia dari jauh, lepas tu konon nak jadi hero bila Nadia dikacau diorang tu!” Dolah menyampuk, menunjuk kearah Farid. Orang kampung kembali bising-bising. Farid menoleh pada Dolah.
“Agaknya itu niat kau yang sebenarnya” suaranya perlahan membuat lelaki itu tersentap lagi. Farid menghempas nafas “Aku tak kisah apa yang kau plan, tapi aku memang tak boleh tahan bila kau salahkan aku buat benda yang aku tak buat!!” telunjuknya naik ke muka Dolah. Lelaki itu naik angin.
Tengok diri sendiri la Farid.
“Jadi, buat apa kau disana. Ada masa pulak ambik video.”
“Aku bosan sangat kat kampung ni dan duduk kat sana ambik angin, salah? Dan aku lepak sana sampai tertidur dan diganggu pula oleh minah tu menjerit diganggu. Dan aku ambik gambar diorang sebab aku fikir boleh dakwa mereka lepas tu.”
“Jadi kau boleh selamba lepak sana ambik video membiarkan Nadia diganggu? Naper tak pergi tumbuk je terus?!” Dolah mendekat marah. Farid mengangkat sebelah kening.
“Aku tak reti berlawan. Dan mereka bertiga, aku seorang.”
“Kau pengecut!” kutuk Dolah marah. Sangat. Farid diam saja, taknak menjawab. Dah biasa dipanggil begitu oleh mangsa-mangsa fitnahnya. Lalu dia berkalih pada ketua kampung.
“Bukti ada. Saksi pun ada. Apa lagi? Saya boleh naik atas?”
***
Farid melangkah saja disekitar kampung. Orang ramai ada yang memandang serong gara-gara kes malam dulu. Entah macammana mereka boleh fikir Farid sama berniat jahat pada minah bernama Nadia itu. Dan Farid diam tak membela diri, tak juga menentang. Malas rasanya. Bukannya dia hidup selamanya ditempat ni. Nanti pergi juga... macam ada pepatah cakap, rumor cuma bertahan 75 hari.
Nafas ditarik lambat sebelum diluah perlahan. Batu kecil disepak “Not even a month, I’m a wanted man already…” kepala diteleng memandang sawah. Waaah... cantik juga. Lalu dia menghampiri tepi sawah dan merenung. Angin kampung yang fresh dan berbeza dari bandar boleh terasa segarnya. Farid merehatkan kepala. Hmm… nyaman…
Kejap! Danger alert! Kut-kut ada minah-minah yang lepak dan akan dirogol lepas ni yang meminta tolong. Aku taknak kena tuduh pervert free lagi…. Tengok tengok tengok. Takda. Heh. Bagus.
Kosong dan sunyi…
Farid tertidur dibawah pokok dihadapan sawah itu.
“Hei.”
Farid membuka sebelah mata. Umar dihadapannya.
“Ini tempat aku. Pergi la.”
Dan kedua belah matanya terbuka “Kau budak…” menderam.
Kedai kopi Tam. Nadia masih bekerja macam biasa dan Dolah melawat macam biasa. Pelanggan setia tetap ada.
“Kau okay, Nadia?” tegur Pak Mat berbahasa. Gadis itu senyum saja, mengangguk.
“Okay je.”
Dolah menoleh “Takpa Pak Mat. Dol ada nak lindungi Nad” sengih saja dia “Kan Nad?” gadis itu dipandang. Nadia mengukir senyum saja, tak membalas apa-apa. Muram sedikit.
Terus terang, trauma itu takkan hilang dalam beberapa hari je.
Dia menunduk, teringat. Pening rasa kepala lalu pergi dari situ, bergerak kebelakang. Orang-orang tua itu memandang saja Nadia, sebelum serentak mengalih pandang pada Pak Tam. Lelaki 40an itu mengerut dahi.
“Kenapa?”
“Kau taknak buat apa-apa kat anak kau? Kahwinkan dia ke…” pak Jamil memberi cadangan. Pak Tam mendesis.
“Kalau ada yang nak berkahwin ngan dia…” bahu dijungkit “Ada ke?”
“Dol nak” Dolah mengangkat tangan. Mereka serentak menoleh. Pak tam merenung anak muda itu.
“Kau, tapi dia? Kerja aku sambut tangan laki dia je, tapi kerja dia cari laki dia sendiri…” terang dan nyata maksud pak Tam. Jodoh anaknya diserahkan bulat-bulat pada anaknya sendiri.
Dolah tersenyum nipis. Kira dia diterima la ni?
“Tapi, budak Farid tu…” pak Jamil menoleh keseberang jalan “Dia betul tak berniat jahat kat anak kau, Tam?”
Dolah bangun berdiri “Sudah tentu dia berniat jahat, Pak Jamil….!” tangan dihempas atas meja. Mereka menoleh “Nadia tu dah la cantik. Takda yang tak toleh dua kali macam Dol ni…” thumbs up. Mereka memandang saja, tak melayan.
“Tapi Farid tu tak buat apa-apa pun lagi, kan?” Ijan, kawan Dolah menyampuk “Ijan tengok dia dok jalan-jalan je…”
“Stop it there you stupid bugger!!” kedengaran jeritan. Serentak semua menoleh ke seberang jalan. Dari hujung sana, kelihatan seorang budak kecil berlari laju. Dan Farid mengejar. Sama laju.
Umar menoleh “Berenti kejar la!!”
“Kau yang patut berhenti lari!!”
“Abang bodoh!!”
“Repeat that you twerp!! I’ll kill you twice!!”
“Berenti cakap orang putih!!” dan Umar menghilang. Farid sama menghilang.
Semua kaku saja. Masing-masing beku terdiam sebelum terdengar ketawa kecil yang terlepas dari tempat memasak dibelakang. Pak Tam merenung anaknya, dan Nadia menahan nafas, menahan ketawa.

Farid mengesat peluh. Turun naik nafasnya mengejar nafas. Huh hah huh… laju benar budak kecik tu berlari. Dan sekarang hilang pula… Farid menggenggam penumbuk.
“Budak itu… huh hah… stamina dia kuat…” tarik nafas dalam lagi, bawak bertenang. Penumbuk dilepaskan ke tapak tangan. Natural born athelete, kalau nak serang direct, Farid comfirm kalah walau pada budak sekecil itu… matanya memicing geram.
“I’ll get him no matter what” lalu kaki melangkah pergi. Berjalan dan berjalan, terlihat kedai kopi itu. Farid berfikir sejenak. Semasa kes budak perempuan hampir rogol itu dulu, nama Umar disebut kan? Tak salah kalau bertanya dengan mereka berkenaan budak itu.
Dolah menoleh, memandang Farid yang datang mendekat. Nadia ditoleh, dan nyata gadis itu turut sedar kehadiran lelaki itu, tersipu-sipu dia. Dolah sakit hati sendiri.
“Er.. assalamualaikum” Farid mengambil tempat duduk, disebelah pak Tam yang berehat sebentar. Menoleh orang tua itu “Saya tanya sesuatu boleh?”
Dolah dah berdiri. Pak Tam merenung Farid.
“Tanya apa?”
Farid baru nak buka mulut bila Dolah menyampuk “Kau sapa nak bertanya apa-apa! Balik je la ke Melaka nu! Nak menyibuk pula mengganggu kami disini!” marah.
Farid terkebil, hairan. Kawan dia dah tak kawan dah? Pak Tam diam saja. Yang lain menoleh pada mereka. Farid merenung saja muka lelaki muda dihadapannya, tak kisah dan kembali memandang Pak Tam “Pasal budak yang bernama Umar itu, dia tinggal dimana?”
Dolah naik angin tak dipedulikan.
Pak Tam merenung Farid “Kenapa? Apa kamu nak buat dengan dia?”
“Ah?” belakang kepala digosok “Nothing much, actually. Sebab dia dah buat saya… somewhat…” terdiam sebentar, lalu menghempas nafas “Dia…”
“Jangan sombong sangat…!” marah Dolah lagi, memotong. Farid menjeling, dah mula nak geram. “Asyik dok cakap English nak tunjuk kau konon bagus, blah la! Dari kau lepak kat sini, apa kata kau balik je kat Melaka sana lepak ngan girlfriend kau!”
Kening Farid terangkat sebelah “Aku memang nak balik kalau tak pasal si tua tu hantar aku ke sini” balasnya perlahan. Telinga pak Tam berdesing.
“Si tua?”
Farid menoleh, tersedar “Ahah. Saya maksudkan pak Mail.”
Dolah terdiam. Darahnya mendidih dalam kadar yang lain dari tadi “Kau maksudkan… bapak kau?”
“Ya” Farid menjawab dingin, tak bersalah dan selamba. Yang lain sama-sama dah naik angin. Pak Tam diam saja, lalu bangun. Farid menoleh “Hei! Pasal Umar…”
“Dia takda rumah” balas pak Tam dingin, tak menoleh dan terus melangkah pergi. Farid mengerut dahi. Dia takda kat rumah? Mana tau..?
Dolah mendengus, “Kalau kau cari anak pembunuh tu, dia selalu main kat bendang kat hujung kampung” dia pula menjawab. Farid menoleh.
“Anak pembunuh?”
“Ya. Dia anak pembunuh, dan takda siapa nak ambik anak darah kotor tu” menjawab lagi, hampir tak bernada. Kening Farid terangkat tinggi dan bibir tersengih lebar.
“Iye?” berminat. Kepala diteleng memandang jalan yang menghala ke sawah. Teringat tempat dia berjumpa dengan budak itu dulu. Tempat itu. Farid kekal tersenyum, menoleh lagi pada Dolah “Terima kasih” dan dia terus pergi.
Kaku saja mereka. Dolah mendengus, kembali duduk.
“Bagus sangat la tu. Jahat tertarik dengan jahat” kepala ditopang “Apa yang dia suka sangat kat budak Umar tu agaknya”
“Dia tak tau lagi sejarah budak tu…” Ijan menyampuk, menoleh pada Dolah “Dan kau Dol, apa yang kau sakit hati sangat kat Farid tu? Dia kacau Nadia pun tidak.”
Betul betul.
Dolah mencemik “Aku tak suka dia je…”
“Aku ingatkan korang kawan dulu.”
“Tu pertemuan pertama je.”
Ijan menyengih saja, menoleh pada Nadia yang memasak nasi goreng. Terus terang, hampir semua jantan kampung ada hati kat anak dara Pak Tam itu, termasuk dia. Kecoh juga bila Nadia putus cinta dengan Aiman, lelaki yang belajar di universiti kat bandar itu. Heh. Bila taraf menjadi ukuran.
Pak Jamil, Pak Mat dan yang pelanggan setia yang lain berpandangan saja. Masing-masing mengangguk bersetuju. Allah bayar cash.
Pak Tam kebelakang, menemui anaknya. Nadia menoleh.
“Bapak?”
“Kau suka budak Farid tu kan?” soalnya tajam. Kaku kejap gadis itu. Pak Tam mendengus “Kau jangan rapat dengan dia” dan terus pergi. Nadis terkebil saja.
Dan dihadapan kedai kopi, sebuah Persona metallic muncul.
***
Farid datang lagi ke bendang itu. Tiada orang melainkan pesawah. Farid mendengus. Salah info atau apa? Dia tak tau… tapi dia betul-betul nak ketuk budak tu…!
Ingat hari pertama dia dikampung ini. Keluar dari kereta dan nak ke kedai runcit membeli reload card, tiba-tiba budak bernama Umar itu muncul entah dari mana dan menyepak di bawah kangkang dia. Tak cukup dengan itu, duitnya habis dicuri sebelum dia melarikan diri. Farid cuma mampu berdendam.
“Mana dia agaknya…?” kepala menoleh kekiri. Terlihat Umar. Sedang tersengih jahat. Sedang duduk atas kerbau. Darah Farid berderau turun.
“Oh… itu dia si abang bodoh itu… Bom Bom! Kejar dia!!” jerit.
“Mooooo!!” kerbau itu menjerit sama lalu mula mengejar.
Bulat mata memandang haiwan bertanduk itu datang laju padanya. “Gila!!” jerit Farid berlari pantas, melarikan diri. Umar ketawa galak, menunggang kerbau yang mengejar.
Penduduk kampung memandang terkejut. Farid terus menjerit dan tak berhenti berlari dan Umar terus ketawa galak dan tak berhenti mengejar, hinggala orang-orang kampung datang menolong. Umar ditangkap dan kerbau itu ditahan dari terus mengejar. Farid yang dah semput nyawa berhenti berlari. Nafas turun naik memborong oksigen untuk sel badan… jantung yang berdegup kencang membuat mukanya merah dek darah yang naik ke muka selain dibasahi peluh. Farid menyokong badan pada lutut, merenung Umar yang menjerit ditangkap orang kampung.
“Lepaskan aku, tak guna!!” menjerit-jerit dia sambil meronta namun tak terlepas.
Orang di kedai kopi turut membantu, mendatangi Farid. Penat bebenor dia, lalu dibantu berdiri.
“Kau ok?” soal Ijan, memangku bahu lelaki itu. Farid menoleh, tersenyum saja, bersandar pada lelaki kampung sapa ntah itu.
“Ah. Ok je” kembali memandang Umar “God… that boy sure is unexpected” sengih saja kemudian. Ijan yang menyokongnya menjeling.
“Budak tu lebih teruk dari rupa dia, tau?”
“Sapa kisah?” Farid menjeling, masih tersengih “Aku akan kalahkan dia.”
Kening Ijan terangkat, merenung Farid yang masih tak melepas pandang pada Umar. Dolah pula mendekat, memandang rakannya sedang menyokong lelaki bandar itu… hati sakit sendiri.
“Hei, Ijan! Dah la. Dia boleh berdiri sendiri” suaranya. Ijan dan Farid menoleh. Rakannya itu mengangguk saja dan melepaskan badan Farid. Lelaki itu berdiri tegak, memandang kakinya.
“Shoot. Cramp” kaki tak dapat digerakkan. Sakit. Ijan dan Dolah memandangnya lagi, dan Farid menoleh dengan muka berkerut sakit “Kau tau macammana nak rawat muscle cramp?” soalnya. Mereka mengerut dahi.
“Krem?”
Farid cuba berundur nak menunjukkan kakinya namun tak stabil pula. Tubuh perlahan-lahan nak terjatuh kebelakang.
“Hati-hati…” satu suara gemersik bergema dibelakangnya. Terperanjat Farid, tak sempat nak berkalih, jatuh terus dan menimpa Nadia dibelakangnya. Semua terperanjat. Nadia menjerit sakit.
“Hei! Apa kau buat!” Dolah pantas menolak Farid ketepi. Nadia terlepas, kesakitan. Ijan kaku saja.
“Sorry, aku tak sengaja... aku dah cakap kaki aku cramp…”
“Kau sengaja nak cabul dia kan?!”
Farid memerah muka menahan sakit “I won’t do that…” dan dia kaku melihat seorang lagi yang muncul dipandangannya. Beku dia.
Batrisya mencekak pinggang, merenung Farid “I should have known…” keluhan terhembus.
Farid tersengih lebar dalam sakit “Bat!” sangat gembira! Kedua belah tangannya terangkat keatas. Yang lain menoleh memandang gadis yang dipanggil Bat itu.
Batrisya mengeluh, terus melangkah “Seriously, boleh tak kalau abang duduk dengan tenang dan tak buat kecoh? Kenapa every core of ruckus is you? The one and only you?” soalnya mendekat. Yang lain kaku memandang saja muka yang tak dikenali itu datang. Farid tayang gigi.
“Spare your nag. Tolong abang. Kaki cramp ni…”
Batrisya mencemik, mencangkung dihadapan Farid. Ijan, Nadia dan Dolah blur melihat. Pak Jamil mendekat kemudian. Pemuda dari bandar itu ditegur.
“Kamu ok? Tak luka kat mana-mana kan?”
Farid menoleh tersenyum “Ok je. Laksamana saya dah datang menolong.”
Laksamana? Perhatian terletak pada gadis asing berambut pendek itu lagi. Pak Jamil mengangkat kening saja.
“Sebab tu kami cakap jangan dekat ngan budak tu… kamu tak dengar” marah sedikit. Farid kekal tersenyum, memandang Umar yang meronta dibawa pergi. Kerbau itu juga dibawa pergi. Batrisya memandang abangnya sebelum menoleh pada arah pandangannya.
“Apa abang tengok?”
“Budak tu.”
“Dia kenapa?”
“Interesting.”
Berkerut dahi Batrisya, memandang kembali Farid. Bahu dijungkit, tak kisah lalu telapak kaki Farid ditolak keatas. Meletup jeritannya keluar, sakit. Dahi menitik peluh dibuatnya. Yang memandang terperanjat dek jeritan itu. Batrisya tersenyum nipis.
“This should do it. Dah ok kan?”
Farid termengah, merenung gadis itu “Yeah... thanks…” kaki digoyang-goyang. Lambat sengihnya muncul kembali “Glad to have you here.”
“Save that later” Batrisya menoleh pada Nadia, merenung muka melayu itu sebelum kembali memandang Farid “First time Bat tengok abang harass perempuan.”
Terkelip Farid dibuatnya, lalu tangan diangkat dan diawang “No no no no. Abang tak harass. Abang terjatuh dan timpa dia je, ok?” dan dia menoleh pula pada Nadia “Sorry.”
Kaku gadis itu. Pertama kali Farid memandangnya. Direct bertemu antara mata. Muka memerah terus.
“Tak... tak…” terketar dia, lalu terus pergi. Yang lain kaku memandang. Farid terkelip-kelip, hairan. Batrisya menoleh padanya dengan muka menuduh membuat abangnya itu memuncung.
“I had done nothing! Seriously!”
“I didn’t say anything” Batrisya mencemik, menghulur tangan. Farid menjuih, menyambut huluran itu dan ditarik bangun.
“Your gaze burn a hole of guilty.”
“It won’t burn if you’re guiltless.”
“I said it already. I have done nothing!”
“You always said that everytime you did a crime and get caught red-handed.”
“This time’s exception, la…”
“You always said that too…”
Bertekak saja keduanya dalam bahasa inggeris. Ijan dan Dolah cuma mampu mendengar dan tak faham. Batrisya membawa Farid duduk di kedai kopi disitu. Orang-orang yang ada disana menoleh merenung mereka.
Batrisya diam kaku, duduk disebelah Farid sementara lelaki itu mengorder makanan. Penduduk memandangnya saja, membuat Batrisya kurang selesa.
“Kita lepak tempat lain la bang…”
“Mana boleh. Aku lapar ni. Kau ada duit kan?” gadis itu dipandang. Batrisya memuncung, mengangguk dan menunduk.
“Tapi…”
“Pedulik la orang lain…” ujarnya selamba, menyokong belakang kepala dengan tangan. Batrisya mendesis.
“Abang je yang boleh buat camtu…” dia menjeling “Naper diorang tengok kita semacam je, ek?”
Farid sengih saja, mengalih pandang memandang orang kampung. Mereka memang tak sembunyikan perasaan kurang senang mereka. Lelaki itu menghempas nafas, tidak mempedulikan kedinginan itu.
“By the way, macammana kau ke sini? Papa?”
“Hm? Ya.”
“Mana dia sekarang?”
“Dah balik. Dia sibuk.”
“Si tua tu…” Farid geram. Batrisya tersenyum nipis.
“Kira ok la pa bawak Bat kesini…” roti canai dan teh mereka dah sampai. Batrisya menoleh memandang gadis yang menghantar itu. Berpandangan mereka seketika sebelum Nadia menarik pandang, berkalih pergi. Batrisya mengangkat kening saja sebelum memandang lelaki dihadapannya “Petang ni dia datang lagi.”
“Hm?” teh dihirup “Buat apa datang balik?”
“Bawak Bat balik la.”
Puhh!! Teh terhembus keluar. Batrisya terjerit jijik, lalu terjatuh dari kerusi. Farid mengesat teh yang meleleh dibibirnya sambil merenung Batrisya tajam. Yang lain menoleh lagi, memandang hairan.
“Awalnya?!”
“Abih tu takkan nak bermalam disini?!”
“Tak salah kan?”
Batrisya memuncung, bangun sambil menyapu punggung yang kotor “Bat kena sekolah la bang…”
“Escape je la” Farid buat muka kusut “Macam tak biasa…”
Batrisya menunjuk penumbuk dan lelaki itu diam. Mereka kembali duduk dengan senyap. Pak Tam mendekat.
“Em… kamu ni…” Batrisya menoleh, terkelip. Pak Tam merenung saja muka itu “Anak Mail?”
“Mail?”
“Pa” Farid memotong ringkas, menjelaskan pada adiknya dengan muka selamba makan roti canainya. Batrisya melopong sebelum tersengih.
“Ya, saya anak Mail whatsoever. Nama saya Batrisya binti Ismail, tahun ni 15 tahun dan hobi saya berlatih martial arts. Sebelah ni abang saya yang bernama Farid bin Ismail yang berumur 18 tahun yang beratnya 70kg dan tinggi 173cm dan pinggang berukuran…”
“You don’t have to go that detailed!” potong Farid geram “Dan kenapa kau memperkenalkan abang jugak?!”
Batrisya menoleh tersengih. Pak Tam mengangkat kening “Oh… ayah kamu mana?” pandangan dibuang ke jalan. Tiada kereta mewah itu dimana-mana.
“Hm?” Batrisya kembali memandangnya “Papa dah balik. Dia sibuk. Sangat” sengih saja dia memandang lelaki berumur itu “Dia ada urusan dengan syarikat furniture yang supply kami punya perabot kat lobi hotel. Ada juga mesyuarat berkenaan saham, ekonomi hapa ntah esok. Selain itu, papa juga perlu membuat ceramah di beberapa buah syarikat kecil usahasama dengan hotel IsOrche, perjumpaan dengan pemborong makanan di cafeteria, pembentangan mengenai perkembangan hotel kepada syarikat-syarikat besar seperti TV3 untuk pengiklanan dan…” terus bercakap. Pak Tam dan lain-lain diam saja, terkebil kaku tak faham. Farid sama diam, menghabiskan roti canai dan tehnya sebelum bangun dan berlalu pergi.
Pak Tam mengesat peluhnya dengan tuala kecil yang tergantung di bahu. Panas dia dek cuaca hari ni, dan berpeluh dia mendengar kerja yang sangat banyak itu. Anak gadis dihadapannya kembali dipandang sambil tersenyum nipis “Jadi ayah kamu sibuk eh…”
“Ya! Sangat sibuk! Kadang-kadang dia takda kat rumah berhari-hari, sebab tu bang Farid kena hantar ke sini, sebab nakal sangat. Papa susah nak kawal” dia menjawab ceria. Langsung tiada riak bersalah atau tertekan menceritakan isu rumah sendiri pada orang luar. Pak Tam terdiam. Yang lain merenung. Gadis itu kekal tersengih “Jadi saya berterima kasih kat uncle-uncle sekalian sebab tolong jaga abang saya ini…” kepala diteleng menoleh, cuma untuk melihat Farid yang dah hilang. Terperanjat dibuatnya.
“Eh? Abang?” menoleh-noleh dia, mencari.
“Dah habis bercakap?” Farid muncul entah dari mana. Terloncat Batrisya terkejut. Lelaki itu menunjuk ke jalan “Come. Abang bawak kau jalan-jalan” dan dia pergi. Batrisya mendesis.
“Jangan show up mengejut like that…”
“You’re the one yang bercakap non-stop.”
Batrisya mencemik, menoleh kebelakang, teringat “Kejap. Teh ngan roti canai Bat…” dia berkalih. Tengok dah kosong.
Farid sendawa “Burrrp. Cepat la” perut ditepuk-tepuk.
Batrisya menoleh perlahan dengan muka memerah “Abang…!!”
“Eik?!” Farid terperanjat, lalu berlari pecut. Alert dengan muka adiknya yang merah sebab marah yang pasti nak menumbuk. Batrisya mengejar dari belakang. Marah!
Terkedu lagi. Terdiam kedai kopi itu.
“Anak-anak Mail sangat aktif…” ujar pak Tam berkalih pergi, tersenyum. Kelakar rasanya. Pak Jamil memerhati saja mereka hilang.
“Mail tu kerjanya kuat ek? Kesian budak dua orang tu…” bersimpati dia. Dolah mencemik.
“Tapi ceria je Dol tengok. Tak kisah ngan ‘papa’ diorang” menyampah. Ijan menoleh padanya.
“Kau sebenarnya suka kat adik Farid tu kan…?” usiknya menyengih. Dolah menoleh deras.
“Mana da! Aku setia kat Nadia sorang je… kan Nad?” anak gadis itu dilirik. Nadia senyum saja. Orang-orang tua disana tak layan.
***
“Abang ada kawan kat sini?” Batrisya merisik. Farid menjeling.
“Takda.”
“Naper tak cari?”
“Sapa yang nak? Abang kan jahat” memberi kenyataan. Mencemik gadis itu.
“Dah tau abang jahat, berubah la.”
“Tch. Sibuk je kau” terus melangkah dengan tangan diseluk kedalam jeans. Mata merenung kehadapan “Kau tau… aku jumpa sorang budak ni…”
“Perempuan?”
“Lelaki!” geram Farid menjeling “Kau ni suka benar bab-bab camtu.”
Batrisya menjungkit bahu “Maybe because I was hoping for my bro to find a girlfriend?”
“I’ll do that. Later” balasnya geram “Abang sekarang lebih berminat dengan budak nama Umar tu…”
Batrisya berhenti melangkah “Abang tak berubah sejak datang kampung ni kan?” soalnya dengan muka berkerut. Farid menoleh, hairan “Abang tak bertukar jadi gay kan…?”
Mata Farid terbuntang besar lalu pipi Batrisya dipicit kuat. Menjerit minah itu dibuatnya, kesakitan.
“Kau ulang balik…” deramnya.
“Ya... ya... Bat mintak maaf…! Lepas la…!!” tangan Farid cuba ditarik tapi makin sakit juga pipinya. Abangnya itu mendesis geram, melepaskan. Merah pipi Batrisya dibuatnya.
“Kau mainkan abang camtu lagi…” pipi Batrisya ditarik lagi. Pantas gadis itu mengelak, memuncung.
“Bat ni long lost sister tau… sampai hati buat Bat macam ni…”
“Bijak sangat” Farid tak layan, jalan lagi. Gadis itu mencemik, menjelir lidah lalu menurut lambat. Belakang badan abangnya direnung. Bukannya takda yang tak berminat kat abangnya itu, tapi semua perempuan yang menunjuk minat padanya dibalas dengan prank. Teruk betul. Sekarang minah kat kedai kopi tu pula… harap dia tak tau lagi yang minah tu… mata Batrisya terbuntang besar.
“Abang!”
“Hm?”
“Abang dah bayar duit makanan tadi?”
“Hm? Belum.”
“Dah tu kenapa ajak Bat jalan-jalan?!”
Farid diam, menjeling “Diorang pun tak perasan.”
Kepala Batrisya jatuh, lalu berpusing kebelakang “Pa tahan abang disini nak suruh abang berubah tau! Masih lagi nak commit eat and run. Heish” lalu dia berlari balik. Farid memandang saja sebelum menghempas nafas.
“Abang tunggu sini tau…!”
“Ya..!!”
Farid memandang saja adiknya pergi. Sejak bila pula dia tu jadi baik? Heh. Dia memandang keliling, lalu melabuh punggung ke tepi jalan diatas rumput. Pandangan ditala pada padang dihadapan sana. Budak-budak kampung sedang bermain sepak takraw.
Berubah jadi baik?
Aku ni ‘jahat’ sangat ke sampai kena jadi ‘baik’?
Matanya meredup merenung permainan dibawah namun fikiran jauh melayang. Fotostate surat cinta juniornya yang dituju untuknya dan tampal seluruh sekolah. Pancitkan tayar kereta PKHEM. Kacau bini HEM. Hantar surat ugut pada pengetua. Sabotaj perlawanan persahabatan kriket sekolah dengan sekolah lain sebab nak menang bertaruh. Longgarkan skru ramp bebudak skater di tempatnya di back alley…
“Itu dah dikira jahat? Pun bukannya aku bunuh orang…” kepala ditopang, merenung budak dibawah. Lama matanya memerhati budak tak berbaju dan pakai seluar pendek hitam itu. Itu…
“Hei…” bibir mengukir sengih lebar. Lalu dia turun ke bawah. Umar menoleh. Spontan mengeluh.
“Apa kau buat kat sini, abang bodoh?”
Darah Farid naik, marah. Sabar… sabar… “Saja nak datang tengok, budak.”
Umar mencemik “Mengganggu.”
“Bukannya aku main sama…” dia duduk ditepi, memerhati. Umar mencemik saja, terus bermain. Farid tersengih, memerhati permainan tradisional itu. Bertepuk tangan dia bila seorang lelaki menendang bola di udara dan melepasi jaring ke kawasan sebelah.
Tak lama kemudian, seseorang berdiri disebelahnya. Tanpa menoleh, Farid bersuara “Lambat kau, Bat.”
Nadia menoleh “Ah?”
Farid menoleh, mendengar suara itu lain. Terkedu sekejap “Sorry, salah orang” lalu dia menoleh kebelakang, mencari perempuan berT-shirt hitam dan seluar track. Mana… dia berdiri sambil mencekak pinggang “Lambatnya…?”
Nadia mengetap bibir “Itu… kalau kamu cari adik kamu… dia dah balik.”
“Eh?” Farid kembali menoleh padanya. Nadia mengetap bibir.
“Ayah kamu datang balik… dan bawak dia balik tadi…”
Kaku saja Farid, merenung gadis itu. Terkedu. Nadia diam tak bersuara lagi. Dolah yang melalui tempat itu melihat mereka. Naik darah ke muka melihat jantan tak berguna itu sedang merenung kekasih hatinya dengan pandangan mata gatal.
Bola terbang “Jaga-jaga!!” terlambat. Kena kepala Farid dari tepi hingga tertolak kepala itu kebelakang dek impak bola raga itu. Nadia terjerit terperanjat dan tangan dibawa kemulut. Yang lain sama terkedu. Dolah berlari turun.
“Nad! Kamu ok?”
“Ah? Ya…” Nadia menoleh padanya sebelum kembali memandang Farid. Lelaki itu diam saja, memegang kepalanya dan digosok perlahan. Seolah-olah baru sedar dari tidur, riak muka selambanya berubah menegang, marah. Semua beku melihat perubahan riak itu. Umar terancam, lalu membuka langkah dah bersedia nak lari.
“That brat…!!” lalu Farid berkalih dan berlari ke jalan, pulang balik arah ke kedai kopi. Pantas je dia menghilang. Semua memandang saja. Dolah melangkah ke gelanggang.
“Dia nak kemana?” soalnya pada diri sendiri, hairan.
Nadia diam saja. Mereka di gelanggang berpandangan. Biarla lelaki itu, lalu nak sambung permainan yang tergendala tadi sebelum terkelip. Mana Umar?

Farid berhenti berlari bila henfonnya berdering. Dari Batrisya. Pantas disambut.
“Where the hell were you going?!” marahnya terus dengan nafas mengah. Merah muka dek marah dan penat berlari sekaligus.
Batrisya disebelah menjarakkan henfon dari telinga. Kuatnya dia menjerit… “Sorry, tapi papa in hurry…”
“If he’s ‘in hurry’ and ask you to eat shit, you’ll still do it?!!” marah lagi, hampir menjerit. Memerah mukanya. Batrisya memuncung.
“Jangan la marah sangat… bukannya kita tak dapat jumpa lagi…” kecil nadanya merajuk. Farid tersedar lalu menarik nafas dalam. Panas dihati ditenangkan… huh… Muka yang tegang menjadi kendur balik. Jadi Farid yang selamba tahap maut balik.
“Sebab kau tiba-tiba balik. Abang tak sempat nak say bye-bye pun…” dia terduduk, mencangkung ditengah jalan itu. Suara yang keluar kedengaran perlahan dan sayu. Hati yang kecewa ditahan saja. Macam ditinggalkan kekasih yang dicintai sepenuh hati tanpa sebarang penjelasan.
Batrisya mengukir senyum “Sorry la… esok Bat mintak pa bawak Bat kesana lagi…”
“Esok dia sibuk, kan?” Farid mencemik, tak percaya “I’m tired of this boredom, Batrisya Ismail. Tedium. Exhausted. Tiresome. Tired… I’m tired… I’m so bored I can die”
Batrisya meleret senyum nipis “Find some friends la” sarannya. Farid menghempas nafas.
“I forgot how to find one.”
Tersenyum lebar adiknya itu “How about the one… Umar… kan?”
Farid terdiam sebentar “He’s just a brat” dia berdiri lalu bergerak ketepi, bersandar ke pokok “Darjah satu agaknya.”
“Well, you interested in him, don’t you? Sapa kisah ngan umur dia…”
Farid menjeling, lalu tersenyum nipis. Marah hilang sendiri “Tengok la nanti. Hey, the next time kau datang sini, bawak tools abang tau.”
“Papa tak benarkan la…”
“Sapa kisah? Bawak rahsia-rahsia la…”
“Tamau… kalau pa dapat tau, dia potong elaun Bat…”
“Mana lagi penting, abang atau elaun kau?”
Batrisya memuncung “Jangan la bagi options yang susah macam tu…!” mata dijeling memandang henfon “Abang cuba la hidup kat sana without your tools and gadgets. A kind of adventure, kan seronok?”
Farid mendesis “Abang dah cakap... takda yang seronoknya kat si…iik!!” bergegar kepala Farid bila tiba-tiba sesuatu yang berat jatuh dari pokok, keatasnya. Keduanya terjatuh. Henfon Farid sama terjatuh ke semak. Batrisya terperanjat mendengar bunyi collision itu.
“Abang?”
Farid mengaduh sakit. Umar mengaduh sakit. Batrisya cuma mendengar. Mereka berpandangan kemudian.
“Abang bodoh?!” Umar terperanjat. Macammana dia boleh ada disini? Dia lari arah lain tadi kan?!
Darah Farid tersirap naik lagi “Kau budak…!!!” menjerit dia marah. Umar terperanjat lagi, lalu lekas melarikan diri. Farid tak menunggu, terus mengejar. Batrisya yang masih ditalian terdiam saja, mendengar.
“Er... hello?”
***
Nadia memandang Farid yang duduk ditempatnya. Diam saja dia, minum teh susunya. Berseorangan disitu. Dah hampir sebulan Farid di kampung ini, dah hampir sebulan juga dia keseorangan. Walaupun ada yang nak berkawan, lelaki itu sendiri menjauhkan diri. Kenapa agaknya. Nadia meleret bibir, teringin nak berkawan dengan lelaki dari bandar itu. Walaupun mereka cakap dia jahat, tapi…
Ijan.
Farid menoleh. Lelaki itu senyum saja duduk dihadapannya.
“Kau boleh cakap dalam English kan? Tolong aku boleh?”
Farid menghirup tehnya “Kenapa aku kena tolong pula?”
“Come on la… walaupun kita bukannya rapat, tapi menolong orang dalam kesusahan kan termaktub dalam common sense.”
Mata Farid terangkat pada Ijan “I like your answer” tersengih nipis “Tolong apa?”
Ijan tersenyum “Ni…” henfon dikeluarkan dan mesej dibuka “Aku nak berkenalan dengan sorang perempuan ni, tapi dia nak show off dia punya English ngan aku… aku tak faham sangat…” dihulurkan henfonnya. Farid membaca.
“Dia cuma cakap dia nak pergi bandar dengan kawan-kawan dia, nak beli barang untuk dinner diorang malam esok. Nanti kita mesej lagi, she said” dihulur balik pada Ijan. Kening lelaki itu terangkat, menyambut lambat.
“Tu je?”
Farid tersengih lawak “Tu je” minum tehnya lagi. Ijan terkebil.
“Aku ingatkan apa la sangat panjang berjela mesej dia…”
Tersengih saja lelaki itu “Kau tak boleh nak expect apa perempuan selalu fikir… complex kan? Walaupun menghantar mesej dalam English yang tak penting tapi berjela pun diorang boleh berbangga.”
Ijan memandangnya, lalu sama tersengih “Nampaknya camtu la… kau takda kekasih?” cuba merisik. Farid menjeling. Menyibuk je…
Cuba cari kawan… suara Batrisya kedengaran.
“Takda.”
“Naper?”
“Takda yang berminat.”
“Tu, Nadia?” dia menunjuk pada gadis dibelakang kaunter itu. Farid menjeling pada insan yang ditunjuk “Cantik kan?”
“Ya, cantik. Kenapa tanya?” tengok Ijan lagi.
Senyum saja lelaki itu “Dia nak berkawan dengan kau.”
Terangkat kepala Nadia, terdengar. Memerah mukanya. Ijan…!!
Farid mengerut dahi, menoleh pada gadis itu lagi. Nadia pantas mengalih pandang, malu. Lelaki itu kembali memandang Ijan.
“Kau datang sini cuma nak cakap itu?” muka langsung tak menunjuk minat. Ijan tersengih nipis.
“Tak…” henfon ditangan dipusing-pusing “Terus terang, aku berminat ngan adik kau…”
Kening Farid terangkat sebelah “Oh?”
“Aku mintak number dia boleh?” senyum. Farid sama tersenyum, lalu mendekatkan kepala.
“Perempuan yang mesej kau tu, sapa?”
“Kawan”
“Nak berkawan dengan adik aku pula?”
“Ya…” sengih “Kan ada pepatah cakap, berkawan biar seribu, bercinta pula empat…” terhenti seketika dengan dahi berkerut. Lelaki dihadapannya merenung dengan kening terangkat, lalu menyambung.
“Kahwin pula satu, tiga buat spare part.”
“Ah…” telunjuk Ijan naik.
Sengih Farid melebar, ketawa kecil lalu kembali bersandar. Tangan disilang berpeluk tubuh “Aku suka sikap berterus terang kau, tapi kau rasa aku akan biarkan je orang macam kau berkawan dengan adik aku?”
Ijan terdiam. Farid terus merenung.
“Adik aku takda boyfriend, bukan sebab takda yang nak, tapi pasal…” berhenti bercakap “No no no. Elok la kalau cakap, adik aku taknak berkawan dulu buat masa ni…”
Ijan mengerut dahi. Apa punya alasan la… “Kau kedekut?”
“Bukan kedekut, tapi protective” tangan naik nak mencapai karipap dipiring “Logically, sapa yang nak benarkan…” karipap dipiring dah hilang. Mata Farid kuyu, menoleh kesebelah. Melihat Umar yang dah lari “Budak tu…” tangan digenggam erat.
Ijan menopang kepala, memandang Umar yang dah menghilang “Dia suka cari pasal dengan kau ek?”
“Aku akan kenakan dia nanti” bibir dijuih, masih geram. Perut digosok “Masih lapar aku ni.”
Ijan memandangnya “Aku belanja kau makan, kau bagi no henfon adik kau, nak?”
Farid merenungnya tajam “Persistent kau ni ek? Aku dah cakap, aku tak…” terdiam sebentar, terfikir sesuatu. Bibir mengukir sengih joker kemudian, lalu tubuh mendekat “Tukar plan.”
“Eh?”
“Aku bagi nombor adik aku, kau bagi aku kisah Umar.”
Ijan memicing mata “Kenapa kau kisah sangat dengan budak tu?”
“Sapa yang tak kisah bila asyik kalah dengan budak kecil?” balas Farid geram. Ijan tersenyum hambar sebelum menghempas nafas.
“Aku tak tau banyak pasal dia… yang aku tau..” mula bercerita. Farid tekun mendengar. Nadia mencuri renung.
***
Farid datang dekat, melihat budak kecil itu berbaring mengiring di bawah pokok tempat mereka berjumpa dulu. Bibir mengukir senyum lebar, lalu melangkah perlahan. Info dari Ijan sangat bagus. Umar akan datang ke sawah ini setiap hari jam 4petang hingga 6petang. Kenapa? Tidak tahu.
Kaki menapak makin rapat. Aku dah datang pada kau… kepala dijengul melihat Umar yang baring tak bergerak-gerak. Nyenyak benar tidur? Sengih joker keluar terus lalu dia menerpa pantas.
Terkejut Farid! Kepala Umar berdarah membasahi kepalanya. Kaku sebentar dia sebelum menunduk, menyentuh kepala itu. Darah masih mengalir hingga membasahi rumput. Budak lelaki itu pula terbaring lemah dengan mata tertutup. Jemari diletak dibawah hidung Umar. Masih bernafas.
“Hei! Budak!!” tubuh itu digerakkan pantas. Umar membuka mata perlahan.
“Eh? Abang bodoh... Jangan kacau orang nak tidur la…” tangan Farid ditolak. Perlahan dan tak bermaya. Farid memicing mata, nampak kesan air mata di pipi budak itu dan mata yang membengkak merah. Menangis sengsorang? Darah tersirap.
“Kau luka ni!”
“Nanti dia baik la…”
Darah tersirap lagi. Darah yang masih mengalir itu dipandang dengan mata membara. Darah Farid terasa menggelegak marah “Jangan bodoh sangat! Ikut aku! Cepat!” tubuh itu dipangkunya. Umar terperanjat.
“Wei!!” nak meronta tapi darah yang hilang banyak dari sisi kepalanya membuat tenaga berkurang setengah. Pandangannya juga kabur. Akhirnya Umar senyap diam, merengkok dalam rangkulan Farid. Kesakitan ditanggung sendiri.
Dia sampai ke sebuah rumah terdekat “Hei! Orang rumah!” dia menjerit dari luar. Muncul seorang lagi budak lelaki.
“Apa?”
“Kamu ada first aid?!” pantas dia menyoal, menapak masuk tak bersalam. Budak itu terundur, takut. Farid menoleh padanya “Takda masa. Panggil mak kamu cepat” arahnya meletakkan Umar disofa. Baju dibuka pantas dan ditekap pada luka Umar yang masih berdarah. Dan ibu budak tadi muncul dari dapur, cuma untuk menjerit melihat Farid yang tak berbaju. Lelaki itu menoleh.
“Takda masa makcik. Saya nak pinjam bilik mandi. Makcik ada kapas? Banyak?”
Geleng.
“Jadi kain yang bersih la” suaranya lalu mencempung badan kecil Umar lagi. Budak itu disuruhnya memegang bajunya yang masih melekap dikepala. Tak menunggu persetujuan, Farid membersihkan luka Umar dibilik mandi. Rintihan sakit budak itu dibiarkan saja.
“Kalau kau lelaki, jangan menangis sebab sakit kecik ni. Nanti kau diketawakan.”
Dan Umar berhenti menangis. Orang rumah yang memandang tak dipedulikan.
Selesai mencuci, Farid membalut pula kepala budak itu dengan kain yang dah disediakan sebelum dicempung lagi, dibawa ke luar.
“Kamu nak kemana pula?” makcik itu menyoal.
“Klinik” Farid menjawab pendek, menoleh “Ni cuma rawatan kecemasan. Kena rawat dengan doktor pantas. Makcik boleh bawak kami jumpa doktor?”
“Klinik ada, tapi jauh dari sini..”
“Tak kisah jauh atau dekat, kena bawak dia cepat…!”
Makcik itu tersentap, lalu mengangguk. Suaminya dikebun dipanggil segera.
Dan sekali lagi kampung kecoh. Masing-masing menjual cerita Farid yang menyelamatkan Umar. Dan Farid cuma mampu buat muka bodoh bila penduduk kampung memerhatinya setiap kali dia bersiar-siar macam biasa setiap petang. Makan anginnya terasa sesak pula.
Tak selesa langsung jadi centre of attraction!
***
Rumah ketua kampung. Farid malas nak jalan-jalan dan lepak saja dalam biliknya mendengar lagu dari dalam iPod. Sejak henfonnya hilang dek ditimpa Umar dulu, ni je alatnya yang dia ada. Dah sebulan lebih dia dikampung ini, cuma lagu-lagu itu yang menghiburkannya. Farid menarik nafas dalam. Kebosanan.
“Takda Batrisya. Takda my tools. Takda pranks. Takda victim. I’m dying…!!” bantal ditarik dan dipeluk. Nafas diluah kasar. Apa nak buat…
“Abang!” Umar muncul didepan matanya.
“Hogah!!” Farid terloncat terkejut dari katil, jatuh ke lantai. Berdebum kepalanya berbunyi menghentak lantai kayu itu.. Umar terkejut sama, melihat Farid kesakitan dibawah sana.
“Abang ok?”
“Ergh…” belakang kepala digosok, lalu budak itu dilihat “Kau kenapa?”
“Oh? Saja datang nak tengok abang. Abang takda kat tempat biasa” Umar tersengih menjawab. Farid mencemik saja, bangun berdiri. Mata Umar direnung. Hazel. Cantik. Bulu mata pun melentik.
Bila besar nanti hensem budak ni… hati sempat berbisik.
“Apa maksud kau aku kat tempat biasa? Aku takda tempat lepak tau” kembali duduk. Umar sengh saja.
“Biasanya abang jalan-jalan… Mar dah tanya kak Nadia tadi, dia cakap abang tak jalan-jalan…”
“Mana dia tau?”
“Sebab abang tak lintas kedai dia.”
Farid menjeling budak itu “Mana tau aku disini?”
“Kalau tak jalan-jalan tentu lepak dalam bilik kan?” bijak dia menjawab. Farid mendesis sebelum tersengih.
“Jadi kenapa kau datang jumpa aku?”
“Oh…” budak itu tersenyum nipis “Nak ucap terima kasih sebab tolong Mar ritu…”
Farid kembali berbaring “Nohal la. Semua orang pun akan buat…”
“Tak” senyum saja dia. Farid menjeling “Orang tak suka kat Mar. Diorang takkan tolong.”
Menoleh Farid dibuatnya. Muka itu innocent je tersenyum.
Riak Umar berubah sedikit, seolah terkejut “Ohya. Mar lupa. Nanti Mar datang balik. Ada hadiah nak bagi…” lalu dia turun. Farid terperanjat, lalu lekas ke tingkap. Melihat Umar dah berlari dibawah sana, meninggalkan Farid yang blur.
Macammana dia naik? Takda koridor… ni tingkat dua tau. Farid memandang dahan pokok rambutan dibilik sebelah. Darah berderau sendiri.
“Budak tu…”
***
“Umar? Ah... budak yang kamu selamatkan tu…” ketua kampung tersenyum nipis. Farid diam saja, duduk dihadapan si tua itu “Kenapa dengan dia?”
“Nak tau” Farid merenungnya tajam “Dari apa yang saya tau, dia anak pembunuh, suka lepak di sawah dan banyak orang kurang senang dengan dia…” muka tua itu direnung “All those negative views…” tau situa tu faham.
Ketua kampung merenung Farid “Umar… Darius… Ismail”
“Eh?” terperanjat kejap “Nama bapak dia Ismail?”
“Ya. Tapi jangan risau, bukan bapak kamu…” senyum saja si tua itu “Orang kampung bukan bencikan dia… cuma masih terasa ganas ayah budak tu dulu… buat jahat disana sini… macam apa orang putih cakap tu? The scent…?”
“Kesan dia masih terasa…” Farid faham sendiri. Apa kena mengena pula dengan scent?
Ketua kampung mengangguk “Macam tu la. Nak cakap lebih lagi, orang tu dah meninggal. Cukup la takat ni yang kamu tau…”
“Dia tinggal dimana?” ingin tau. Dari dulu bertanya, masih tak dapat jawapan. Ketua kampung memandangnya.
“Rumah makciknya yang tak jauh dari bendang. Kalau kamu nampak rumah berzinc biru, rumah papan bercat putih… mereka la tu.”
Farid mengangguk, faham “Got it. Thanks” dia bangun berdiri. Ketua kampung memandangnya saja.
“Kenapa berminat dengan budak tu, Farid?”
Langkahnya terhenti seketika, menoleh dengan sengih joker “Saya cuma boleh cakap… dia menarik.”
“And I initially thought you’ll flirt around…” tersenyum si tua itu. Mendengar itu, Farid sama tersenyum.
“Nah. I’ll pass. I’m just… not interested” bahu dijungkit.
Anak ketua kampung yang sulung berumur 17 tahun yang dok curi dengar dari tadi menjengul kepala “Jadi abang minat perempuan yang macammana?” soalnya. Farid menoleh, memandangnya.
“A girl…” bibir meleret “that I can use.”
Mata semua memicing sementara Farid selamba balik ke bilik.
***
“Apa maksud dia?” soal Dolah, merenung Fikri, anak ketua kampung yang lelaki itu. Fikri memandang lelaki itu.
“Perempuan yang dia boleh guna” translate. Telinga masing-masing berdesing.
“Apa maksud dia ‘guna’?!” soal Dolah marah, menghentam meja. Ijan ketawa kecil.
“Farid tu… tak boleh nak diikut”
Dolah mencemik. Rakan-rakannya yang lain sama mencemik, sakit hati. Fikri dipandang “Jadi apa dia nak buat dengan Umar?”
Lelaki itu mengangkat bahu, tak tau “Dia tanya bapak pasal rumah dia, dan abang tu dah keluar tadi. Mungkin dia pergi jumpa Umar”
Dolah berpandangan dengan rakan-rakannya “Ok. Jom”
“Eh?” Ijan dan Fikri blur memandang lelaki itu bangun. Tiga orang yang lain dibelakang sama bangun.
“Nak kemana?” salah seorang bertanya.
“Jumpa si celaka tu” marah nampak? Yang lain berpandangan, lalu tersenyum saja sesama mereka. Ijan menghempas nafas.
“Jangan fikir yang bukan-bukan Dolah. Nadia suka kat laki tu tau. Kalau kau sentuh mamat tu, mau Nad taknak bercakap dengan kau lagi” dia memberi amaran. Dolah menoleh deras.
“Dia berniat jahat kat Nad!” bentaknya geram “Ingat aku tak tau? Sampai masanya, dia akan jadi samseng juga. Kita kena halang itu…!” mula melangkah “Aku kena lindungi Nad…”
Fikri memandang mereka pergi, agak blur “Bang Farid betul ke jahat macam tu?’
Ijan mengeluh, membuat Fikri menoleh padanya “Kita tak tau. Takkan tau. Tapi Farid langsung tak kacau sesapa kat kampung ni, melainkan Umar tu sorang” Fikri dijeling “Dol tu pun agak prejudis. Biarkan je la” dia berkalih”
“Abang nak kemana?”
“Balik. Bukannya urusan abang pun...” dengan malas dia melangkah.
Sementara itu, Farid dah menapak ke bendang, mencari rumah kayu berwarna putih beratap biru. Mencari si Umar Darius. Farid melangkah keluar.
Mana dia… mata terus mencari dan kaki terus melangkah ke muara. Terjumpa anak sungai. Terjumpa sidaian baju. Terjumpa rumah itu. Kecil je.
“Sangat tersorok” itu pandangan pertama Farid. Kalau berlaku kecemasan, kan susah nak minta tolong. Sekeliling diperhati, dibaca. Banyak pokok buah… boleh je kegiatan tak betul dilakukan disini. Farid mengherot bibir. Teringat.
“Aku tak cukup magnesium nak buat letupan lagi…”
Teringat kumpulan mat pit yang menganggunya dulu, dibalas cantik. Letupkan sarang diorang, lapor polis. Dan sudah tentu, bahannya habis masa tu juga. Tapi takpa… melangkah setapak.
“Apa kau buat kat sini!!” terdengar jeritan. Farid terloncat terkejut. Kepala tertoleh-toleh mencari. Sapa?!
“Aku tak pernah benarkan kau tidur kat sini! Kau keluar cepat!!” kedengaran lagi. Farid kaku saja, tegak ditempatnya sebelum terlihat Umar meloncat keluar dari tingkap rumah dengan muncung.
“Orang nak tumpang tidur pun salah” mencemik dia, menggosok telinganya yang nampak merah. Dipulas mungkin. Muncul seorang perempuan 40an.
“Memang salah! Semua yang kau buat pun salah!! Budak celaka…!!”
Umar menjelir lidah, melawan. Makcik itu tak tahan lagi lalu membaling apa-apa saja di dalam rumah itu kearah Umar. Dan budak itu bijak mengelak.
“Suka marah cepat mati tau!” jerit budak itu, lari.
“Kau yang patut mati!! Anak pembunuh!! Kau tak patut wujud!!”
Umar tersengih “Kalau saya jadi pembunuh, saya bunuh makcik dulu” dan dia lari. Perempuan itu menghempas nafas, marah. Sangat marah.
“Aku yang bunuh kau dulu!” dan pintu dihempas kuat.
Dan Farid yang menyorok disebalik pokok, kaku beku. Tak terkata. Ini rumah Umar, dan itu penjaga dia?
No. I won’t call that ‘penjaga’.
Farid menoleh. Mana pula budak itu pergi. Kepala memanjang, mencari. Nampak bendang. Nampak kerbau. Nampak Umar dihadapan kerbau itu. Farid meleret bibir lalu berlari anak melangkah kesana.
“Hei! Budak!”
Umar menoleh “Ow! Abang!!” menjerit dia suka, lalu berlari mendekat “Apa abang buat kat sini?”
“Nak jumpa kau” senyum saja Farid, merenung mata hazel itu. Teringat jeritan marah tadi. tapi muka dia ni ceria je “Nak makan tak?”
“Ha? Naper tiba-tiba?”
Farid senyum saja “Abang belanja”
Umar mengerut dahi, lalu memegang kepala kerbaunya “Taknak la” lalu dia berkalih, melangkah ketepi. Farid mengerut dahi “Sekarang Mar nak main, bukan makan.”
Budak ni… pinggang dicekak “Kau taknak berterima kasih kat abang sebab selamatkan kau?”
“Kan dah ri tu?” Umar menoleh “Mar siap bagi kuih lagi.”
“Mana kau dapat kuih tu?” soal Farid memerangkap “Abang tak rasa kau ada duit…”
Umar mencemik “Tentu la saya takda duit, bang… saya main ambik je. Lagipun, orang kampung ni baik…” sarkastik. Farid tersenyum nipis.
“Abang ikhlas ni…”
Umar terdiam sebentar. Tangan yang baru nak mengangkat tubuh keatas belakang kerbau, turun. Dia menoleh pada Farid.
“Abang suka saya ke?”
Terdiam keduanya, saling berpandangan.
“Kau curi makanan abang, kejar abang dengan lembu, timpa abang dari atas pokok, melompat curi masuk bilik abang, curi duit abang, sepak anu abang…” terdiam saja Umar, terus merenung mata Farid “Jadi kau rasa abang suka kau atau tak?”
Umar memuncung “Saya yang tanya dulu…” dan dia menjarakkan diri dari kerbaunya “Semua tu pun bukannya saya sengaja buat…” panjang lagi muncungnya. Farid mencemik.
“Menipu perbuatan munafik, kau tau” mula melangkah.
“Munafik tu apa?” Umar menyoal, mengikut.
“Golongan manusia yang suka mematahkan janji, menipu, khianat amanah dan melampaui batas bila bertengkar…” menjawab penuh. Umar menoleh, terkedu.
“Mar ke tu?”
Farid menjeling “Kau boleh fikir sendiri…” senyum saja “Dalam erti kata lain, kena la bersederhana…” senyum meleret. Pelik rasanya bila stok budak bermasalah bagi dakwah kat budak kecik.
Umar mengangguk saja “Abang ni bersederhana?”
Menoleh lelaki itu dibuatnya “Ntah la. Abang pun kira jahat jugak sebenarnya… sebab orang asyik suruh abang berubah baik….” teringat Batrisya lalu tersenyum nipis “Dia pun jahat jugak.”
Umar merenung saja lelaki tinggi itu “Naper abang suka saya ek?”
“Huh?!” menoleh lagi Farid “Bila masa abang cakap abang suka kau?!”
“Abis tu layan Mar dengan baik?”
Terdiam sebentar Farid “Budak yang baru kena marah, tentu la kena pujuk…” memandang kehadapan lagi. Budak kecil itu mengerut dahi, teringat masa kena marah tadi.
“Abang intai Mar…!”
“Pulak..!?”
Keduanya berpandangan. Umar mencemik, menjungkit bahu.
“Kalau dah suka tu takyah la nak tipu-tipu… orang menipu munafik tau” terus melangkah. Darah Farid tersirap…
“Kau…”
Keduanya terus melangkah dan bertengkar kecil, tak pedulikan 4orang yang melangkah dihadapan mereka. Dolah mencemik, memandang Farid yang tak perasankannya itu. Umar yang memandangnya pula buat bodoh je, tak peduli.
“Hey!!” dia mula menjerit. Farid menoleh, dan ketika itula penumbuk menghentam mukanya. Farid terjatuh kebelakang. Umar nganga terkejut. Dolah tersenyum puas dan yang lain senyum saja.
“Apa kau ni wei!!” jerit Umar menoleh pada Dolah. Lelaki itu memandang saja budak kecil itu, tak mempedulikan dia dan bergerak kearah Farid. Muka itu berkerut kesakitan, menutup hidung yang berdarah. Dolah mencangkung dihadapannya.
“Sakit?”
Farid mengangkat pandang, memandang lelaki itu tajam “Apa kau buat ni?”
“Hm? Aku nak belasah kau…”
Farid meludah liur ketepi “Shoot” darah yang mengalir dari hidung dikesat saja “Aku harap kau betul-betul tau apa yang kau buat…”
Sengih Dolah melebar “Sangat tau” penumbuk dihayun lagi, menghentam muka kacak Farid lagi. Terjatuh ke tanah mamat itu. Dolah mencemik “Lemah.”
Umar pantas bergerak, berdiri diantara Dolah dan Farid. Lelaki dihadapannya direnung tajam “Naper tumbuk abang?!”
Kepala budak itu dipegang lalu ditolak ketepi hingga jatuh terseret ditanah, menyebabkan luka dilenganmya. Umar mengaduh sakit. Farid menoleh, memandang kumpulan lelaki itu sebelum bangun, duduk. Dolah dihadapannya dipandang.
“Untuk fikir yang kau akan serang aku macam ni…” bibir mengukir sengih. Dolah memicing pandang, marah lagi. Adakah itu reaksi yang sepatutnya dibuat oleh orang yang dibelasah? “Apa yang aku dah buat sampai kau bencikan aku?”
Dolah merenung tajam “Aku bencikan kau sebab aku bencikan kau.”
“It’s not sensible” Farid berdiri, menentang muka Dolah. Lebam di muka dibiarkan saja “Kau taknak didakwa kan?”
“Nak dakwa apa?!”
“Kesalahan mencederakan dibawah syeksen 323 kanun keseksaan, dimana kau akan dikenakan hukuman penjara atau duit atau kedua-duanya sekali…” tenang dia berbicara. Dolah menjengil.
“Kau memang cakap banyak bagi orang yang dibelasah!” penumbuk dihayun lagi dan Farid mengelak pantas.
“Jangan cakap aku tak bagi amaran…”
“Sudah la kau” Dolah menghantar isyarat pada rakan-rakannya. Mereka mula mendekat. Farid terundur. Dolah mengukir senyum “Aku akan buatkan kau tak dapat nak dakwa…”
Farid mengukir sengih “Hukuman membunuh ialah hukuman gantung, mandatori.”
Urat Dolah timbul. Yang lain juga dah naik angin “Jadi aku akan buat kau setengah mati!!” terus menerpa. Farid terperanjat tak mampu mengelak. Umar menerpa dan membaling kayu pada lelaki-lelaki kampung itu. Mereka berundur mengelak. Farid menoleh.
“Apa abang ni! Dok tegak je berdiri kat sana!” marah Umar, menarik tangan Farid “Lari!!”
Farid lambat mengikut sebelum sama berlari. Dolah dan yang lain terkedu sebentar sebelum mengejar.
“Berhenti!!” menjerit.
“Shit!” Farid menoleh kebelakang “Kenapa nak sangat tumbuk aku?!”
Umar menoleh “Abang kacau kak Nadia tak…?” sempat bertanya. Farid menoleh.
“Nadia tu… budak kat kopitiam tu kan?” juga sempat bertanya. Umar mengerut dahi. Farid terdiam, berfikir sebelum lariannya memperlahan. Umar terperanjat, sama memperlahan larian dan menoleh pada Farid dibelakangnya. Dolah dah menghampiri.
Farid menanti, dan Dolah berhenti dihadapannya, bersama kawan-kawannya.
“Dah mengalah?”
Farid diam saja, merenung Dolah “Aku rasa aku suka kat Nadia” diucap sepatah.
Muka itu berubah. Tegang dan merah. Farid memicing mata lalu berkalih pantas, mula berlari. Umar terperanjat, mengikut. Dolah sama terperanjat, menjerit lagi.
Farid menoleh pada Umar “Betulla cakap kamu, pasal Nadia”
Umar mengerut dahi, memandang kebelakang. Mereka makin dekat. Pandang Farid lagi. Muka itu tenang saja. Umar menghempas nafas “Abang tak reti bertumbuk?”
“Abang tak pernah bertumbuk…” Umar dijeling “Tapi abang selalu menang” senyum saja dia. Budak kecil itu mengerut dahi. Dan bulat matanya membesar bila salah seorang melayangkan flying kick ke belakang Farid. Terjatuh dia terseret ke rumput sana. Umar kaku disitu sebelum berlari kearah lelaki itu.
Farid terbatuk. Umar menjerit padanya, menggoncang badan itu kuat.
“Abang lawan la!”
“Abang dah cakap…” terbatuk lagi. Dolah dan rakan-rakannya dah dekat “Abang tak reti…” buk!! Ditumbuk lagi. Umar mendesis. Kaki rakan Dolah disepak dan dia berdiri dihadapan Farid. Marah riaknya.
“Kau jangan menyibuk, Umar” kepala budak itu dipegang. Ditepis pantas dan penumbuknya ditujah laju kecelah kangkang lelaki dihadapannya. Jatuh dia, kesakitan. Farid menoleh, mengesat liur yang mengalir mengotori tepi bibir. Belakang Umar yang membelakanginya direnung.
“Abang cakap abang boleh menang…” Umar menjeling “Jangan tipu la…” tajam nadanya. Farid diam saja, kesakitan. Dolah tersenyum nipis, lalu melangkah ke hadapan.
“Beri laluan je Umar. Jangan sampai kau pula yang kena…”
Umar merenung lelaki itu, lalu berundur dan berhenti disebelah Farid. Kakinya kemudian membina tapak, memijak lutut Farid yang tegak berdiri dan tubuh ringannya melompat, ditujah keatas. Tinggi dia melambung diri sendiri hingga ke paras kepala remaja-remaja lelaki kampung itu. Semua kaku tak sempat nak bereaksi. Terkejut. Diudara, Umar memusing kaki dan menyepak muka Dolah ketepi kuat. Kepala mamat itu berlipat kuat ke kiri dek impak yang diterima, dan dia terjatuh diatas rakannya.
Dolah rebah ketanah tak bergerak-gerak lagi.
Semua terlopong, terkejut! Farid tak terkecuali, nganga melihat tubuh kecil itu yang berdiri dihadapannya.
Umar menapak stabil atas tanah, merenung Dolah yang dah pengsan tajam “Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar…”
Tiga rakan Dolah memandang Umar dengan pandangan membunuh. Farid baru nak rasa gerun. Budak kecik ini!
“Umar! Tak guna!!” seorang menerpa dan nak menumbuk budak itu tapi Umar dah berkalih dulu dan berlari, pergi dari situ. Farid dan yang lain memandang saja.
Hening sebentar. Farid yang masih terduduk ditanah mengalih pandang, memandang tiga lelaki kampung yang agak samseng itu. Mereka berpandangan “Giliran kau pula.”
“Tunggu” Farid cuba bangun “Apa pula masalah korang dengan aku? Aku tak kenal korang pun…”
Mereka tersenyum “Kami kenal kau. Sebab tu kami bencikan kau.”
That is more ridiculous dari Dolah. Farid mendesis, menundukkan pandangannya.
“Jangan pukul aku. Apa yang korang nak?” mula nak berkomunikasi. Berbincang. Berdemokrasi.
Mereka berpandangan, lalu tersengih “Kami taknak apa-apa… cuma nak belasah kau…”
“Kamu bukan ikut arahan Dol je?” masih cuba bercakap “Memukul dan mencederakan tak baik, tau. Keganasan tak patut diamalkan untuk menyelesaikan masalah… dan lebih baik korang jangan lawan aku”
Mereka berpandangan. Tak layan. Bagi seseorang yang tak reti bertumbuk nak cakap macam tu… heh! Salah seorang mendekat “Jadi apa yang kau nak kami buat?” tersengih jahat “Kau nak bagi duit supaya tak dipukul?”
“Itu biasanya dilakukan oleh kawan aku, tapi sekarang aku takda duit” dan Farid mengukir senyum “Tapi lebih baik untuk kamu tidak cuba melakukan kesalahan seperti mencederakan… lepak dalam jail sangat perit, tau. Walaupun cuma untuk satu malam.”
Pengalaman, kan Farid?
Mereka berpandangan lalu ketawa besar “Jadi kau nak lapor pada polis?! Hahahhaa!!” masing-masing ketawa besar sebelum sama-sama menumbuk Farid. Hancur muka kacak itu dibelasah mereka. Puas!
Dan Farid ditinggalkan kesakitan manakala Dolah dibawa balik.

Petang itu, menjelang Maghrib, ketua kampung dan keluarganya kecoh melihat Farid balik dengan luka dan lebam. Yang lebih mengejutkan bila malam itu kereta polis masuk kedalam kampung, selepas Isyak pula. Menarik hampir seisi penduduk melihat kereta putih biru itu. Mereka tak pernah datang sejak kes ayah Umar dulu. Dan budak itu sendiri diam saja memerhati kereta itu dari atas pokok, merenung kenderaan yang membawa pergi ayahnya.
Semua orang kaku saja melihat Dolah dan tiga rakannya ditahan polis. Keempat-empat mereka membuat muka takut, gerun. Pucat! Ibu masing-masing menangis melihat anak digari dan ayah mereka buat muka gerun, manakala Farid dengan muka yang bertampal dengan kapas dan plaster, merenung tanpa sebarang perasaan bersalah, berdiri tegak disana. Salah seorang dari mereka terduduk, ketakutan. Sedar bahawa dia akan dibawa ke penjara, bertemu dengan penjenayah-penjenayah yang lebih jahat dan kejam. Sedar akan hakikat itu, sesapa pun akan menjadi takut…
“Aku dah cakap….” Farid bersuara dalam kekecohan itu. Lelaki itu menoleh, tersentap dengan renungan sejuk Farid “Jangan lawan aku…”
Dan lelaki itu menangis disitu.
Dolah kegeraman “Ini semua rancangan dia!! Dia yang rancang semua ni! Dia yang buat kami nak tumbuk dia…! Dia dah rancang segalanya supaya kami ditangkap!”
Farid mengalih pandang pada Dolah. Dengan selamba lelaki itu didekati dan iPod dikeluarkan dari poket jeansnya. Rakaman dipasang kuat. Disana, terdengar perbualan mereka, dan niat mencederakan dinyatakan dengan sengaja, jelas dan terang. Dolah gerun bila Farid mengukir senyum. Mau pecah peluh dingin.
“Kau ingat aku boleh senang je membiarkan korang tumbuk aku, tanpa bersedia nak dakwa korang…? Baseless blame won’t work in court, ya’know” dan bukti itu diserahkan pada polis dengan senyum. Dolah tertunduk, kalah.
Tiba-tiba seorang makcik menerpa dan menolak tubuh Farid kuat. Jatuh dia berdebuk ke tanah. Sakit…!! Dan Nadia segera datang membantu.
“Kau anak celaka! Salah kau sendiri sebab buat mereka pukul kau!”
“Makcik tak tau apa-apa…” Farid terbatuk. Ibu itu marah lagi.
“Ya!” sorang lagi menyampuk “Kau melampau!”
“Takkan cuma dengan luka kecil kau tu dah nak hantar mereka pada polis! Kau jahat!! Anak setan!!” marahnya meluak. Remaja lelaki itu menoleh, mula marah namun ditahan saja.
“Mencederakan dengan sengaja tanpa sebab boleh disabit kesalahan dibawah syeksen 323 Kanun Keseksaan, layak untuk warga Malaysia yang dah mencapai umur 18 tahun keatas. Jika disabit kesalahan, maka akan dikenakan denda berupa penjara beberapa tahun atau dalam bentuk wang atau kedua-duanya sekali” panjang dia bersuara sambil berdiri dengan matanya tajam menerkam makcik itu. Pihak polis juga menoleh padanya lalu. “Jika dengan mudahnya kesalahan kecil itu dipandang sebelah mata, jadi apa gunanya parlimen bersidang dan bermesyuarat membuat undang-undang kecil itu. Dan apa gunanya polis kalau bukan untuk menangkap mereka yang melanggar undang-undang Malaysia?!” marahnya meledak.
Semua kaku. Penuh dengan fakta kata-katanya. Farid meludah darah.
“Kalau anak makcik pula dibelasah hingga parah macam saya, apa pula makcik buat? Membiarkan dan menyusu dia supaya boleh tidur nyenyak? Sakit ini mana boleh hilang dalam masa satu malam atau satu minggu!” marah lagi lalu terbatuk. Makcik itu terdiam dibuatnya. Penduduk yang lain juga. Umpatan yang mengutuk Farid bertindak melampau terhenti begitu saja.
“Tapi jangan la hantar ke polis…” masih nak membantah isu itu. Farid mendesis. Tak mendengar kata orang tua ni… ibu bapa yang terlalu manjakan anak macam ni la yang sebenarnya membantu dalam merosakkan masyarakat.
“Ini bukan saja pasal undang-undang, tapi pasal saya sendiri. Saya cuma nak menegakkan hak saya. Dan mereka tiada hak nak mencederakan saya tanpa sebab” 4orang yang dah masuk dalam kereta polis itu dijeling “Dan sapa tau, ada lagi mangsa selain saya sebelum ini. Bad guys just never learn”
Ibu itu terduduk, menangis. Suaminya memandang saja, sebelum mengalih pandang pada Farid. Pihak polis dah berlalu, namun kumpulan manusia itu masih belum memudar. Farid mengesat darah yang mengalir dari bibir yang luka.
“Kenapa mereka tumbuk kamu?” ayah itu bertanya. Farid menoleh sebelum menjungkit bahu.
“Saya dah bertanya, dan mereka cuma menjawab mereka bencikan saya. Sebab apa, saya tak tau. Saya belum buat apa-apa kesalahan lagi disini…” dia menjawab perlahan tanpa menoleh “Malah saya dah memberi amaran supaya jangan melawan saya” mata dijeling pada pakcik itu. Tajam. Dingin. Lagak pandangan mata seorang Raja Kegelapan. “Kan elok kalau dengar je dan duduk baik-baik. Tak perlu nak mengotorkan tangan dengan darah saya dan pastu bermalam dalam jail, kan?” berbunga ayatnya tapi berduri! Pak Mat terdiam.
“Pakcik minta maaf untuk anak pakcik… jadi boleh kamu tarik balik dakwaan kamu?” pintanya perlahan, mengharap. Farid merenung saja.
“Tak semudah itu.”
“Tolong…” dia menunduk sudah, meminta. Merayu. Isterinya menoleh, terkejut. Yang lain sama kaku. Pak Mat memejam mata erat. “Dia la satu-satunya anak pakcik. Pakcik taknak dia pergi macam tu je…” dah nak nangis. Tangisan isterinya melebat. Nadia sama sayu.
Umar dibelakang memandang tanpa perasaan. Farid direnung, menanti jawapan dari bibir luka itu.
“Farid…” ketua kampung kasihan, lalu bahu Farid ditepuk. Lelaki itu menghempas nafas.
“Saya takkan lepaskan dia selagi dia tak insaf…” pandangan kekal dingin “Dan maaf dari seorang ayah tak menjamin seorang anak untuk segera insaf… Kalau ada kemungkinan untuknya berubah, kemungkinan yang bukan 0%... Saya akan pertimbangkan… Tapi, buat ini, bagi masa untuk dia berfikir dulu. Di penjara” dan pandangan tajamnya meredup, merenung wajah tua yang terkejut mendengar ayat terakhirnya itu “Biar dia sedar kesilapannya dan nak berubah. Baru saya tarik balik” nekad. Tegas.
Yang lain kaku mendengar keputusan itu. Umar sama kaku.
“Kamu sangat bencikan mereka?” soal ketua kampung. Farid menoleh.
“Saya tak bencikan mereka… saya cuma maklum dengan perangai budak-budak bermasalah macam tu… faham sangat…” nafas terluah “Mereka takkan nak insaf dalam masa sekejap ni…” belakang kepala digosok. Faham sangat…
“Apa maksud kamu…”
Dan Farid mengukir senyum, mesra rupanya “Sebab saya juga salah seorang dari golongan itu.”
Sekali lagi, semua kaku.
***
Farid menutup mata. Hari ni hari bersejarah, dia tak keluar langsung dari rumah dan duduk je atas katil. Sakit menguasai. iPod dah dibagi balik oleh pihak polis, jadi dia punya pekerjaan hari ni cuma la berbaring dan mendengar muzik.
“My life is so boriiiiing” Farid menutup mata, menguap. Rindu ngan Batrisya. Konon nak lawat, dah hampir dua bulan pun tak lawat-lawat lagi.
“Abang!” suara Umar kedengaran. Farid terperanjat, membuka mata. Memang dia, tergantung di tingkap itu. Nafas terluah.
“Naper? Abang tak dapat layan kamu ni… sakit badan…” tutup mata lagi. Umar tersengih saja, menarik badannya keatas dan duduk dibirai tingkap Farid. Lepak je disitu.
“Abang menakutkan ek semalam.”
“Menakutkan?” masih tak buka mata. Umar mengangguk.
“Sampai panggil polis, tangkap diorang… cuma luka sikit tu je.”
Farid mengukir sengih “Abang dah cakap abang sentiasa menang walaupun tak reti berlawan” mata dibuka, memandang mata hazel itu “Kamu kenapa lari dulu?”
Umar sengih saja, menopang kepalanya dengan lengan “Sebab Mar fikir abang pengecut.”
Budak itu direnung “Sekarang kamu tau abang bukan” sengih saja.
Umar mengangguk “Abang selalu buat camtu?” soalnya lagi “Kena belasah dan lapor polis.”
“Emm…” mata dipejam lagi “Biasanya ada yang protect abang kalau ada yang nak belasah…” bibir mengukir senyum kemudian dan Umar dijeling “Speaking of that, kau hebat jugak eh. Buat flying kick macam tu.”
Umar tersenyum nipis “Mar memang tak berkenan ngan bang Dol… dia yang paling jahat masa bapak Mar kena bawak polis dulu…”
Farid menoleh merenungnya “Bapak kamu dibawak polis? Maksudnya kamu ada masa tu? Dah lahir?”
Umar merenung Farid “Ya. Bapak yang jaga Mar sebelum dihantar kat rumah makcik gila tu” diam sebentar “Mak lak entah kemana. Mar tak pernah jumpa dia, tapi orang cakap dah mati kena gantung sebab membunuh jugak.”
Farid kaku saja dibuatnya, merenung muka selamba tak berperasaan itu sebelum Fikri menapak masuk. Terperanjat tengok Umar ditingkap. Budak itu sengih saja, mengangkat tangan mengucap hai. Fikri diam, kembali mengadap Farid.
“Ada orang cari abang” dia bersuara. Farid melirik padanya.
“Sapa?”
“Tak kenal…”
Dahinya berkerut “Kay” dan dia turun dari katil. Umar ditingkap selamba saja duduk disana, sama turun.
Farid keluar dari rumah, terlihat Nadia disana. Gadis itu tersenyum saja, memandangnya. Farid membalas senyuman itu.
“Kamu dah sihat?”
“Belum lagi…” gadis itu direnung “Nak jumpa saya, kenapa?”
Nadia diam saja, dan Umar yang menapak turun dipandang. Berkerut dahinya. Budak itu buat muka bodoh, duduk didepan pintu.
“Bukan saya, tapi…” Nadia berkalih menunjuk pada kereta disana. Farid menjengul kepala. Persona metallic. Kereta ayahnya.
“Oh”
“Not just ‘oh’!!” terdengar jeritan dari tepi. Semua serentak menoleh. Batrisya kelihatannya sedang berlari kearah mereka dari tepi rumah sebelum melepaskan tumbukan ke muka Farid. Umar nganga. Nadia terjerit terperanjat. Dan Farid terjatuh di sana, kesakitan.
Batrisya mengah.
“Apa ni Bat!!” marah Farid, bangun duduk. Nadia lekas membantunya. Batrisya mendengus.
“Apa pulak Bat! Abang la! Macammana boleh kena belasah macam ni?! Bat ingatkan abang dah insaf!!” marahnya mengangkat penumbuk. Giliran Farid mendesis, menggosok pipinya. Lebam yang semalam dah berdenyut balik dibuatnya.
“Bukan abang yang start la…! Diorang yang kacau dulu!” marah mamat itu pula “Siasat dulu sebelum marah orang…” lanjut Farid perlahan. Batrisya diam.
“Kenapa abang saya kena belasah?” baru terfikir nak bertanya. Dia memandang Nadia. Gadis itu diam. Takut dengan Batrisya.
“Pasal diorang bencikan abang” Umar menjawab. Batrisya menoleh padanya sebelum kembali memandang Farid.
“Kenapa mereka bencikan abang? Sebab jadi mangsa prank abang kan?”
Nadia dan Umar memandang Batrisya. Farid pula mencemik.
“Wake up, Batrisya. Abang takda tools abang nak main prank walaupun nak main. They’ve did it without any particular reason” mencemik, lalu bangun berdiri dan bersokong bahu pada Nadia yang kebetulan disebelahnya. Gadis itu terkedu, malu “Sebab tu abang hantar je masuk jail.”
Batrisya merenung muka lebam itu “That’s all?”
Spontan penumbuk digenggam. Adiknya itu tersengih kemudian.
“You’re a real deal la abang… kekal jahat walau dimana-mana. Sebab tu Bat ingat abang yang cari pasal dulu…” dan dia ketawa. Farid geram. Nadia dan Umar terdiam saja. “Sorry ek, sorry” sengih. Muka tak bersalah langsung!
“Jadi… mana pa?”
“Kat kedai kopi.”
“Dari jumpa anak dia yang cedera ni?”
“Sebab Bat cakap nak tumbuk abang dulu.”
Berpandangan saja keduanya. Farid bergerak ke pintu, duduk disebelah Umar. Batrisya sengih saja memandang, dan Umar menarik perhatiannya. Pada mata hazel itu…. Batrisya kaku terpegun.
“Anak sapa tu?” soalnya.
“Anak abang” Farid menjawab toya.
Umar menoleh saja. Batrisa mendekatinya “Dengan sapa?”
“Dengan kawan baru kau tu” bibir dijuih pada Nadia. Gadis itu terkedu, malu lagi. Batrisya mendesis.
“And I still thought you think girls are obnoxious.”
“That goes for you”
Buk!!
Umar nganga luas bila Farid terbang terlentang masuk dalam rumah. Nadia terjerit lagi, ketakutan. Batrisya menghempas nafas, menggosok penumbuk pada bajunya. Umar dipandang dengan senyum, membuat budak itu terundur kebelakang. Terasa ancaman.
“Bawak akak jalan-jalan kat kampung ni boleh?”
Peluh dinginnya pecah. Senyuman Batrisya sangat rumit!!
“Er… saya nak balik rumah…” takut. Dan dia hampir menjerit bila Batrisya mencengkam bahunya. Dahi menitik peluh dingin.
“Nanti boleh balik kan?” masih senyum.
“Ta ta ta tapi… abang….” Farid yang pengsan ditunjuk. Berapa kuat tumbukan Batrisya yang dihentam pada lelaki itu, Umar taknak tau.
“Dia akan bangun nanti… teman akak jom” dan Umar ditarik. Nadia dipandang “Tu abang saya, kamu rawat la. Saya bagi peluang ni” senyum saja dan berlalu.
Nadia bingung disitu, ditinggalkan.
***
“Naper… akak pukul abang?” soal Umar, menjeling. Batrisya sama menjeling sebelum tersengih.
“Sebab dia buat akak sakit hati.”
Jujur jawapannya. Umar diam sebentar, merenung gadis itu.
“Tapi dia cedera…”
Batrisya menjeling lagi “Dia cedera atau tidak, sapa kisah? Dia sakitkan hati akak.”
Jawapannya itu… sangat pentingkan diri. Umar menghempas nafas.
“Tapi dia cedera…” masih membantah. Batrisya terdiam, berhenti langkah dan menoleh. Kepala Umar ditarik, membuat budak itu sama berhenti melangkah. Berpandangan keduanya.
“Kamu… suka bang Farid?”
Terdiam sekejap dia “Agaknya. Sebab abang tu lebih baik dari orang lain…” redup pandangannya merenung Batrisya “Layan Mar macam orang lain… langsung tak kesian atau benci” perlahan nadanya bersuara. Batrisya kaku sebentar. Budak bermata hazel itu menunduk “Kesian abang kena tumbuk akak…”
Dan bibir Batrisya menguntum senyum lebar. Pipi Umar dicubit, membuat budak itu merintih sakit, menoleh. Gadis itu senyum saja.
“Itu namanya fist of love. Tak perlu risau… bukannya akak tumbuk sebab suka-suka…” ketawa dia “Sebab abang Farid kamu memang macam tu… tak rela gunakan kekerasan tapi bijak pula memanipulasi masalahnya dan menang…” Umar yang muka blur, direnung “Tak perlu risaukan Shadow King tu… tapi akak tetap berterima kasih sebab risaukan dia….” kepala Umar digosok. Budak itu terkelip-kelip tak faham. Batrisya menarik balik tangannya.
“Jom jalan-jalan.”

Mata Farid bulat terbeliak, memandang siling diatasnya. Tanpa menunggu saat, pantas dia bangun, membuat Nadia yang merawat lukanya terjerit terperanjat. Lelaki itu menoleh padanya.
“Bat ada datang kan?!” soalnya kuat. Gadis itu blank, kaku. Riak Farid menegang, lalu menyentap tangan Nadia, kuat, membuat gadis itu terperanjat lagi “Dia ada datang kan?!”
Gadis itu terdiam saja, dan ketua kampung mendekat, menarik tangan Farid melepaskan Nadia “Kalau kamu cakap pasal adik kamu, ya, dia ada datang.”
Farid menoleh padanya, mendesis geram “Shit. Where’d she go?” soalnya. Kaki dibawa turun dari sofa dan dia meloncat turun. Sakit! Lukanya belum pulih. Tiada daya yang dirasakan dapat menolak kakinya, lalu Farid terjatuh berdebuk. Semua terperanjat.
“Farid!”
Lelaki itu bergegas bangun, memaksa diri dan memerah kekuatan pada kaki. Kesakitan diabaikan sepenuhnya. Mencerun pandangannya bila melihat pintu. Langit dah gelap. Dah malam? Darah mendidih panas.
“Batrisya Ismail…! If you went back home like before... I’ll hang you alive…!!” geram dia menapak kepintu. Marah! Orang di rumah baru nak terkial mengejarnya selepas beku terkejut. Farid mendengus.
Dia jangan dah balik…! Jangan dah balik…!!
“Abang” Batrisya yang sedang duduk diluar pintu menoleh. Menoleh Farid, terkedu sesaat dan kaki melanggar lidah pintu. Tersungkur dia keluar.
“Farid!” Nadia berlari kearahnya terperanjat. Batrisya memandang abangnya hairan. Farid menoleh dalam sakit.
“Kau Bat….” wajah adiknya direnung, memastikan itu dia. Batrisya tersedak ketawa, lawak.
“So what about it? Wanting to hang me alive? Abang pun half-dead la…” sengih saja. Farid mendesis, bangun dibantu Nadia. Wajah adiknya tak dilepaskan langsung.
“And I thought that you’re already left.”
“Again, you’re half-dead la. Takkan nak balik sekarang…” Batrisya menjelir lidah, bangun. Nadia dipandang, berterima kasih dan tubuh abangnya dipaut “Ui. Abang dah kurus.”
“Shut up…” berseri wajahnya sudah. Batrisya tersengih, menapak masuk kedalam rumah sambil menyokong abangnya. Di pintu, keluarga ketua kampung termasuk Datuk Ismail memandang saja. Farid dan Batrisya cuma tayang gigi.

“Lost consciousness for a girl’s punch. You’re pathetic la abang.”
“Please realise that your punch is like an iron punch” Farid mendesis.
“And you even have your princess to the rescue~~~” tersengih memandang Nadia. Farid mengerut dahi, menoleh pada gadis itu. Nadia senyap saja, membalas tenungan Farid yang sedang dirawat isteri ketua kampung di sofa tu. Mujur dia tidak memahami bicara adik beradik itu.
Farid mengerut dahi “Come to think of it, kau buat apa kat sini?” soalnya lurus, merenung gadis itu “Dah malam kan? Tak elok tau anak dara lepak rumah orang lain malam-malam macam ni…”
Orang rumah diam. Berpandangan. Hening. Dan muka Nadia memerah panas, malu!
Batrisya menarik kusyen lalu ditekup ke muka Farid yang berbaring. Terkejut lelaki itu. Sesak nafas! Tangan meronta nak melepaskan diri. Gadis itu menahan saja, geram sebelum menoleh pada orang rumah dengan sengih.
“Sorry. Dia memang sangat bodoh bila masuk bab macam ni. Tolong maafkan abang saya.” mata ditala pada Nadia yang dah malu. Datuk Ismail diam saja, bersetuju tak bersuara. Yang lain berpandangan.
Fikri tergelak. Lawak. Farid masih meronta, kesesakan dan kepanasan namun tak mampu melepaskan diri. Nadia menunduk saja, lalu bangun.
“Kalau macam tu saya balik dulu” perlahan nadanya, malu. Batrisya senyum saja, mengangguk. Ketua kampung memandangnya.
“Balik sengsorang? Dah malam ni.”
“Biar Fik hantar” volunteer. Semua menoleh memandangnya.
“Takpa la” datuk Ismail pula bangun “Kami pun nak balik ni. Kamu tumpang kereta uncle je” suaranya tersenyum pada Nadia. Batrisya menoleh. Farid mengambil peluang bila merasakan pegangan adiknya lemah, lalu kusyen ditarik dari muka.
“Apa kau buat ni Bat!” marah. Adiknya menoleh padanya.
“Back at you” geram, lalu bangun. Farid blur saja, memandang tubuh itu pergi.
“Ha?”
Datuk Ismail dah menghidupkan enjin kereta diluar. Ketua kampung menghantar di depan rumah, berbual pendek dengan rakan lamanya itu. Farid mencemik, berdiri disokong Fikri. Batrisya direnung.
“Dah nak balik dah? Tak ke kesian meninggalkan aku yang luka lebam yang penuh kasihan ni?”
Adiknya itu menoleh “We’ll come back if you’re about to die.”
Farid mendesis geram. Nadia pula dipandang. Belum balik lagi? Gadis itu senyap saja berdiri disebelah Batrisya, mengetap bibir. Perasan dirinya ditenung Farid. Lalu gadis berambut pendek disebelahnya ditoleh.
“Tak apa ke saya tumpang ni? Saya tak menyusahkan?”
Batrisya terkebil sekejap sebelum tersenyum “It’s okay. Hantar je kan? By the way, saya berterima kasih sebab risaukan abang saya…”
“Kalau kau fikir taknak menyusahkan, kenapa tak balik je awal tadi..?” Farid menyampuk. Terdiam Batrisya, menoleh. Nadia menunduk “Kalau kau tak bersikap penyibuk, kan elok. Tak perlu minta maaf whatsoever….”
Senyap saja dua orang gadis itu. Fikri menoleh padanya.
“Jahat abang ni. Nadia risaukan abang tau. At least ucap la terima kasih….”
Farid menoleh pula padanya “Kenapa nak risaukan aku pula?”
“She’s trying hard for you…”
“She don’t have to to begin with. Besides, don’t you think it’s weird for a stranger…ack!!” Farid tersedak bila kaki Batrisya dah melayang dulu menghenyak perutnya. Fikri pucat terkejut. Nadia terjerit, sama terkejut. Datuk Ismail dan ketua kampung di hadapan kereta menoleh pada mereka. Batrisya dah menarik dahulu kakinya dan Farid terunduk, tersedak.
“Well then... later” Batrisya berlalu pergi, dingin. Nadia ditarik sama kekereta. Fikri ketakutan, terduduk disebelah Farid yang hampir pengsan. Datuk Ismail memandang anak perempuannya.
“Apa kamu buat kat Farid?”
Senyum “I’m just saying farewell speech.”
Ketua kampung dan Nadia kaku. Gadis itu menarik tangannya dari pegangan Batrisya, takut. Datuk Ismail menghempas nafas.
“Jangan sampai abang kamu masuk ICU, sudah…” tau tendangan yang dihentak ke perut Farid itu. Pintu kereta dibuka. Batrisya mengangguk, tersenyum saja. Nadia dipandang.
“Jom, balik.”
***
“Kenapa… adik abang sangat ganas?” Umar menyoal satu hari. Farid menoleh padanya dengan muka serius.
“Sebab dalam badan dia ada roh raksasa yang nak menyerang bumi kita ni” dia menjawab lancar. Ijan, Fikri, Nadia dan Umar beku. Farid menyambung kata “Masa dia nak dilahirkan dulu, Negara Jepun semasa dinasti ke 17 dan Power Rangers sedang dalam proses nak mengumpul ahli. Ahli sihir ramai-ramai nak memusnahkan bumi sebab mereka rasa mereka sangat hebat tapi tak pula terfikir kalau mereka musnahkan bumi mereka takda tempat lain nak tinggal. Tak ke itu bodoh? Ini yang kita pangggil kesinambungan antara kebodohan dan kebijaksanaan. Balik pada kisah adik abang tadi, ahli-ahli sihir tu bergabung membuat raksasa yang boleh bertukar bentuk dan bersifat cahaya. Tak dapat nak gunakan bom walau nak gunakan bom yang memusnahkan Hiroshima pun, apatah lagi nak gabungkan bom nuklear Korea Selatan dan bom Iran sana… atau dicederakan dengan apa-apa senjata. Lalu Ultraman…”
Angin petang nyaman je bertiup, membelai tubuh 4remaja dan sorang budak lelaki itu. masing-masing melabuh punggung dibusut situ. Farid dan Ijan yang mula-mula lepak, sebelum diganggu Umar. Nadia dan Fikri join tak lama kemudian. Nampaknya Farid dah ada gengnya sendiri dikampung ini.
“Apa ni…” Ijan mengeluh. Kepala ditopang merenung Farid yang tak berhenti bercerita pada Umar yang dah buat muka kosong. Blur. Muka lelaki itu direnung “Dia sihat je terus bising. Dulu elok je senyap tak pedulikan orang.”
Nadia dan Fikri menoleh, lalu berpandangan. Ijan menoleh pada mereka.
“Luka dia dulu dah baik, kan?”
“Hm? Ah... ya…”
Ijan mengangguk, kembali menoleh pada Farid yang ketawa mengusik Umar “Dia pelik.”
“Sangat” sambung Fikri. Dua orang itu menoleh padanya. Budak lelaki 17 tahun itu memandang mereka bersahaja “Bang Farid sangat pelik.”
“Heard that” Farid menoleh. Mereka bertiga menjeling padanya “And what’s with the sudden announcement. Mana da aku pelik. Aku cuma hidup di muka bumi yang luas…” jemari melambai langit.
Fikri mengalih pandang pada Nadia dan Ijan “Tengok?”
Farid mendesis, memandang Nadia pula “Oh, by the way Nadia. Bat kirim salam.”
“Em?” gadis itu menoleh padanya “Em…” senyum saja. Farid terkelip sebelum tersengih lalu kembali menoleh pada Umar “Back to the story. Sailormoon dengan angkatan laskar pelanginya pergi buat transformation…”
“Kau masih suka kat dia Nad?” soal Ijan, hampir berbisik. Gadis itu kaku sekejap sebelum menjeling. Malu.
“Dia tak pernah kisah pun… dan aku pun tak pernah luah….” diam kejap “Agaknya dia dah ada girlfriend?”
Ijan merenung saja gadis itu. Fikri menoleh pada Farid yang masih galak bercerita. Umar pula dah terkelip-kelip mengantuk.
“Fik tak rasa ada yang nak…”
“Kau lupa yang sorang tu Fik?” Ijan memuncung pada Nadia. Gadis itu menjeling, malu. Fikri sengih saja.
“Dia lain cerita….” Farid direnung “Maksud Fik, bang Farid langsung tak berminat ngan perempuan.”
Senyap seketika. Ijan mengerut dahi “Maksud kau dia gay?”
“Eh?” Fikri menoleh “Tak... bukan….” Farid kembali dilihat “Macammana nak cakap…”
“Dan kak Bat kamu pun belajar tae kwon do dan silat dan selalu bergaduh dan boleh lawan… the end” sengih saja mamat itu, bersandar pada kerusi. Umar merenung tajam “Kamu faham?”
“Abang cerita banyak sangat yang tak berguna.”
“Sebab kau budak kecik!” Farid tersengih, menggosok kepala Umar. Terperanjat budak itu dibuatnya “Rumah kau ada tv? Astro? Kau tau Ultraman? Kau tau Sailormoon? Kau tau Barbie? Kau tau main skate? Kau tau main prank? Ponteng sekolah sebab nak main pachinko. Kenakan cikgu-cikgu yang tak sukakan kau… kau tak bersekolah pun” sengih saja dia. Umar kaku dibuatnya “Ada banyak lagi benda kat luar sana yang kau tak tau… sangat banyak. Tapi kau dok lepak kat sini je curi makanan… kena marah… sebab tu aku bercerita benda yang kau tak tau tu… faham?”
Terdiam kejap Umar. Yang lain sama diam, memandang lelaki itu.
“Abang… buat semua tu?”
“Tentu la!” kepala Umar digosok lagi. Ketawa dia kemudian, menarik orang lain semuanya berkerut. Umar diam saja. Lelaki itu mengalih pandang, merenung kampung itu “It’s been a while. It’s like my trick skills have been worn off” kepala kembali ditoleh pada mereka “It’s been a while, kan?” sengih.
Semua diam. Farid merenung muka seorang satu.
“Naper senyap je?”
“Abang dok cakap English je. Mana da orang faham” Umar menjawab jujur. Fikri dan Ijan menoleh. Nadia tersenyum nipis. Farid mengangkat sebelah kening.
“Oh”
Umar mengangguk “Kalau ada bang Aiman, boleh la abang cakap English kut.”
Riak Nadia berubah, memandang Umar. Ijan dan Fikri berpandangan sebelum sama-sama memandang gadis itu. Farid mengangguk.
“Oh. Nothing’s matter anyway” bibir dileret sengih, menoleh pada Nadia “Kamu tak balik lagi? Hari dah lewat ni” suaranya selamba. Nadia menoleh memandangnya. “Minah cantik macam kamu tak baik balik lambat. Walaupun dalam kampung aman macam ni, lelaki masih merbahaya”
Mentah-mentah dia memuji dengan muka straight tu. Ijan dan Fikri berpandangan. Nadia memandang lelaki itu redup sebelum bibir mengukir senyum “Em… terima kasih” lalu dia bangun. Farid memandang saja sebelum menoleh pada Fikri.
“Kau hantar dia balik.”
“Eh?” terperanjat budak itu. Farid merenungnya bersahaja. Nadia dan Ijan sama terperanjat, memandangnya.
“Hantar dia balik” suaranya mengulang “Kau tau kan waktu-waktu camni kawan-kawan korang dah start berkeliaran dah… bahaya kalau dia jalan sorang. At least kalau kau ada selamat sikit…” Nadia, Ijan dan Fikri kaku. Farid masih dengan muka dek, menoleh pada Umar “Kau pun patut balik, budak. Teman diorang tu. Kau boleh lawan kan?”
Dan Umar tersengih lebar “Ya” lalu dia bangun, menarik tangan Nadia “Jom balik.”
Nadia mengangguk perlahan, menoleh pada Farid. Lelaki itu kekal tersenyum, memandang Umar sebelum menoleh pula padanya. Gadis itu tersentap, namun tak pula mengalih pandang. Farid mengerut dahi.
“Kenapa?”
Darah Nadia tersirap naik, malu “Tak… takda papa” dan dia berlalu. Umar melambai tangan, babai dan pergi, mengekori Nadia. Mamat bertiga itu memandang saja. Fikri menoleh.
“Fik patut pergi jugak?”
“Tentu la.”
Fikri memuncung namun menurut. Dia menghilang perlahan. Dua lelaki itu senyap.
“Mengejutkan” Ijan bersuara dulu. Farid menoleh padanya. Rakannya itu menjeling “Kau layan Nadia camtu.”
“Ey?”
“Selama ni tak kisah ngan dia langsung. Ni siap senyum bagi nasihat lagi. Kenapa tak hantar sendiri kalau concern sangat ngan dia?” tersengih-sengih Ijan bersuara. Farid mengerut dahi.
“Malas. Lagipun budak-budak tu ada untuk diarah, jadi aku suruh diorang la” Ijan dipandang dengan muka lurus “Dan memang bahaya untuk minah macam dia pulang lewat malam. Memang menyusahkan asyik kena diberitahu sentiasa…” mengeluh dia, menggeleng kepala. Ijan kaku saja “Macam adik aku” mengeluh lagi.
Ijan mengerut dahi “Adik garang kau tu?”
Bibir Farid mengukir sengih lebar “Dia. Macammana usaha kau nak pikat dia? Tentu tak dapat kan? Hahaha…” ketawa pula, teringat dengan Batrisya. Langit senja direnung “Aku wonder kalau ada lelaki yang boleh kawal dia.”
“Kau sayang adik kau?”
“Abang mana tak sayang adik?” sengih saja dia, menjeling Ijan “Kau ada adik?”
Terkelip seketika lelaki itu “Ah… ada… tapi kami takla macam kau ngan adik perempuan kau tu…” pernah mendengar cerita Fikri tentang bagaimana Batrisya menendang dan menumbuk Farid sampai pengsan. Lelaki itu dipandang “Entah macammana kau boleh tahan dengan adik yang macam tu…”
Farid merenung mata Ijan “Maksud kau… her violent act?” cepat dia tangkap maksud pandangan mata itu.
“Camtu la…”
Dan Farid tersengih lebar, tersenyum lawak “Dia buat macam tu sebab aku… sebab nak hentikan aku… aku kadang-kadang melampau… dan dia hentikannya” kaki yang dilunjur dilipat sila dan tangan yang bertapak pada tanah ditepuk-tepuk membuang debu. Farid kekal tersengih mengingat pada adiknya “Dan mungkin sebab the way kami dibesarkan… dan influence kawan-kawan kami…” Ijan dijeling “She had chose to learn martial arts, so nobody can bully her…”
Ijan diam saja, kaku “Adik kau… dibuli?”
“Erm…” tangan bertapak kebelakang, menyokong tubuh “Lebih kurang la... kawan-kawan kitorang kat pekan sana semuanya merbahaya… none of them macam kau dan kawan Bat takda yang macam Nadia…” sengih saja merenung langit “But we get along well walaupun kena aware dengan mereka…” ketawa kemudian.
Ijan merenung saja wajah yang boleh tahan kacak itu “Kira kau dah biasa ditumbuk la ni…”
Farid menoleh “Tak juga. Adik aku selalu selamatkan aku dari dibelasah orang”
Mata Ijan flat, toya. Farid tersengih.
“Aku tak pandai bergaduh, tapi aku akan sentiasa menang… in a various way…” double jerk. Ijan terdiam. Dan malam senja makin lewat seiring dengan azan Maghrib yang mula berkumandang.
“Apa maksud kau… various way…?”
Farid mengukir senyum “Enough with this petty talk. Balik la. Karang mak kau bingung anak bujang dia ponteng berjemaah Maghrib kat surau” lalu dia bangun. Punggung yang berdebu dengan tanah ditepuk. Ijan dijeling “Assalamualaikum.”
Ijan memandang saja lelaki itu pergi, lalu dia bangun “Farid!”
“Hm?” menoleh.
“Nak pergi surau sama-sama?”
Terkelip lelaki itu, tegak disana. Ijan melangkah mendekat “Aku tak pernah jumpa kau kat surau dowh.”
Kening diangkat sebelah sebelum tersenyum nipis “Ok”
***
Nadia bekerja di kedai kopi ayahnya macam biasa, sebelum terganggu sedikit dengan kehadiran Aiman, bekas kekasihnya. Dah balik? Malas rasanya nak berdepan dengan dia…
“Kau dah balik, Eman?” senyum Pak Tam, mendekat. Aiman senyum saja, mengambil tempat duduk.
“Cuti” Nadia dijeling sekilas sebelum membaca papan harga “Nasi goreng telur satu, Pak Tam.”
“Hm” senyum saja si tua itu lalu kembali ke dapur. Aiman memandang saja, lalu menyapa orang lain.
“Bila kau sampai Man?”
“Semalam” senyum saja dia memerhati sekeliling “Mana yang lain? Dolah? Biasanya waktu-waktu macam ni dia dah lepak kat sini kan?”
Ijan senyum saja “Takda papa la. Nanti dia balik la” pandangan dibuang ke tepi jalan “Kau pula biasanya tak balik kan, walaupun cuti…?” lelaki itu dijeling. Aiman serenung Ijan sebelum mengukir senyum.
“Kau memang sharp macam biasa” sengih saja “Aku rindukan kampung, jadi aku balik la.”
“Tinggalkan girlfriend kau kat sana?”
“Bukannya henfon aku takda…” sengih saja. Ijan menghempas nafas, tersenyum nipis. Nadia yang datang menghantar nasi goreng dan air senyap tak beriak. Pinggan diletak dan terus pergi dari situ. Aiman dan Ijan memandang saja.
“Rindu dia?” soal Ijan mengusik, melirik pada Aiman. Lelaki itu senyum saja.
“Nope” geleng.
Petang itu…
“Abang” Umar muncul di tingkap. Farid dimejanya menjeling malas.
“Apanya?”
“Main, jom.”
“Main apa?”
“Bang Ijan ajak main bola.”
“Bola apa? Bola keranjang? Bola sepak? Bola bowling? Bola tampar? Bola-bola?”
Umar mengerut dahi “Bola sepak kut…”
Farid berkalih malas, bersandar pada kerusinya dan memandang simata hazel itu “Abang malas hari ni. Lain hari la”
Dan budak itu memuncung “Dari dulu abang malas bila diajak main.”
“Macammana nak buat? Abang memang malas…” nadanya pun malas.
Umar mendesis, lalu menarik tubuhnya keatas, duduk di birai tingkap “Abang ada benda lain yang nak dibuat?”
Budak itu direnung “Ada” mata dijeling kekiri “Banyak. Tapi yang tu kena tunggu abang balik rumah abang la… yang kat sini, takda yang abang teringin nak buat….”
Umar merenung saja “Jadi teman Mar main sementara abang ada dikampung ni la…” pintanya. Farid menoleh “Mar takda kawan lain selain abang…”
Berpandangan mereka seketika. Farid menghempas nafas.
“Reti jugak kau buat muka kasihan” punggung diangkat dari kerusi “Ok la. Jom.”
Umar tersengih lebar.
Mereka sama-sama keluar dari rumah. Kerbau didepan rumah menarik perhatian Farid. Umar kekal sengih.
“Abang nak tumpang BomBom jugak tak?” soalnya, lalu meloncat naik atas belakang kerbau itu. Farid buat muka.
“Abang mati pun abang takkan naik” terus melangkah.
“Abang mati, Mar yang bawak abang naik. Abang tak dapat nak lawan lagi... hahahah” kerbau sama melangkah. Farid menoleh dengan sengih.
“Bijak.”
“Abang naik la. Peluang bukannya datang banyak kali” masih mempelawa.
Farid menoleh “Mana kau belajar persuade orang macam tu?”
“Persuade tu apa?”
“Ah? Er… pujukan kut…?” dahinya berkerut memikir.
Umar mencemik, memandang belakang lelaki itu “Apa ni. Reti English tapi tak tau BM. Buat malu orang melayu je.”
Farid mendesis, menoleh kebelakang “Kau memang pandai bercakap.”
Umar sengih saja “Naik la bang.”
“Taknak.”
“Bukannya abang nak pi lamar orang kahwin.”
“Apa pulak masuk bab tu?!”
“Ala. Naik la bang.”
“Dah… sudah!” geram Farid dibuatnya, menoleh kebelakang. Umar kekal tersengih.
“Orang Thailand kahwin naik gajah, kan bang?”
“Masih lagi bab tu” Farid menoleh. Budak itu ketawa membuat Farid tersengih nipis.
“Suka benar kau ketawa sekarang” suaranya dan kembali memandang kehadapan. Ketawa Umar terhenti sendiri, terkelip memandang Farid.
“Iye?”
“Hm.”
Mereka sampai di padang bola sepak. Lapang je dan dah ada anak-anak muda bermain disana. Farid memandang sekeliling. First time datang ke sini. Kerbau Umar berhenti dibelakang Farid dan budak itu meloncat dari belakang kerbaunya ke belakang lelaki dari bandar itu. Hampir Farid terjatuh dek terkejut. Terloncat-loncat dia supaya stabil. Umar yang berpeluk dibelakangnya ketawa saja.
“Abang boleh tahan.”
“Kau!!” marah. Umar terperanjat, lalu meloncat turun. Kerbaunya didapatkan.
“Meh sini BomBom. Tunggu sini ek…” kerbaunya ditarik ke semak situ, makan rumput. Farid mendesis. Pandai kau mengelak ye?
Ijan datang mendekat “Nak main sama, Farid?”
“Tak eh. Aku datang bersorak je.”
“Oh! Mar tau abang memang pandai bersorak. Go! Go!” Umar dibelakang memotong, konon bersorak. Farid mendesis deras, menoleh.
“Kau..!!”
Umar sengih saja, berlari kearah Farid lalu meloncat kebelakangnya “Jomlah main bang.”
“Get off me, you monkey!” meronta dia.
“Mar tak faham! Jomlah main..”
“Ya! Ya! Lepaskan abang, dah la!” marah Farid, masih meronta. Umar tersengih, melonjak dirinya keatas dengan tangan yang bertapak pada bahu sasa Farid lalu meloncat membalikkan badan diudara dan turun, bertapak stabil dihadapan Farid. Lelaki itu kaku sekejap melihat aksi Umar. Budak itu tersengih, menjeling kebelakang.
“Jom main” Umar berlari kepadang. Farid memandang saja. Ijan sama kaku.
“Wow?” Ijan nganga “Macammana dia buat?” pertama kali melihat aksi begitu. Oleh budak yang dipulaukan sekampung itu.
Farid menoleh, tersengih nipis “Yang tu kena la tanya dia…” dia bergerak ke padang. Ijan mengangkat kening saja.
“Dia lebih menakjubkan sebab boleh rapat dengan budak tu…” Ijan memandang saja sebelum tersenyum nipis. Kaki melangkah perlahan ke tengah padang.
Anak-anak muda itu terus bermain.
Nadia dan Kuza melangkah perlahan, berbual-bual sesama sendiri sebelum berhenti dihadapan kerbau Umar. Terperanjat melihat haiwan itu tegak je dihadapan mereka menghadang jalan sambil makan rumput ditepi.
“Apa kerbau ni buat kat sini?” Kuza menyoal hairan. Nadia diam saja, lalu bergerak ketepi. Ternampak mereka bermain di padang sana. Dan pandangan pertama Nadia jatuh pada Farid yang bermain pertahanan disana. Kuza menoleh pada rakannya, lalu sama memandang ke padang.
“Ah. Mereka main bola.”
“Hm. Ya… first time sejak dia ke sini dia main bola…”
“Em?” Kuza menoleh “Maksud kau Aiman?”
Terkelip sekejap Nadia, menoleh pada rakannya “Aiman?” kembali memandang padang. Baru perasan bekas kekasihnya itu disana “Hmm…”
Kuza tersengih “Kau masih suka kat dia?”
“Tak.”
“Eleh. Jangan tipu la. Dari tadi kau perhatikan dia kan?” soalnya mengusik. Nadia menoleh sebelum tersenyum nipis.
“Mana da.”
“Eleh~~”
Nadia tersengih sendiri. Lawak tengok rakannya tapi kawannya itu pula memikirkan Nadia tersenyum kerana usikannya benar. Heh.
“Jom balik la” Nadia baru nak berkalih sebelum terperanjat melihat kerbau Umar disebelahnya. Kerbau itu menderam marah bila rumputnya dipijak. Nadia terundur takut. Kuza sama berundur. Keduanya menjerit serentak bila kerbau itu menoleh pada mereka. Dan kerbau itu menjadi lebih marah bila terkejut dengan teriakan mereka.
Mereka yang dipadang menoleh hairan.
Nadia terjatuh bila ditolak Kuza dan melarikan diri, menyebabkan kerbau itu mengejarnya. Nadia yang terjatuh meraung sakit bila jarinya dipijak kerbau itu, membuatkan sendi jari kelingkingnya dislocated dari tempatnya.
Umar menjerit terkejut “Bom Bom!!” lalu pantas berlari, mengejar. Yang lain terperanjat.
“Nadia!” Ijan dah berlari kearah gadis itu dulu. Aiman mengekori diiringi yang lain. Farid masih berdiri tegak ditempatnya, memandang saja. Dia menoleh kearah Umar menghilang. Kenapa kerbau itu tiba-tiba…?
Heh. Orang kampung pasti boleh handle. Lalu Farid melangkah perlahan kearah kumpulan lelaki itu. Suara esakan Nadia boleh kedengaran dari jauh.
“Kenapa?” dia menyoal orang yang terdekat.
“Tangan Nadia patah”
“Oh?” Farid mengangkat kening, lalu menjengul. Nampak Ijan disana, sedang memujuk Nadia yang menangis kesakitan. Jari kelingking gadis itu yang terserot kekiri direnung. Terseliuh… Ijan dipandang lagi.
“Nad… Nad… jangan nangis…” sedaya upaya dia memujuk.
“Sakit… isk isk isk… jari aku sakit Ijan…. Sakhiiiit…” nangis lagi. Air matanya terus meleleh keluar membasahi pipi.
“Betulkan la jarinya….” satu suara menegur.
“Aku tak pandai la. Karang lagi patah” Ijan menoleh, takut. Tangisan gadis itu lebih menghibakan, membuat Ijan lebih bingung. Yang lain cuma mampu tumpang kasihan, tak tahu macammana nak menolong.
Farid menghempas nafas, lalu menyibuk kedalam. Nadia didekati.
“Bak sini tangan tu…”
Nadia menoleh, masih menangis. Farid mengukir senyum, menenangkan. Tangan Nadia disentuh, dipegangnya.
“Kau suka aku kan?”
Tersirap darah minah itu. Yang lain sama terkejut.
“Hoi!”
“Sekarang bukan masa nak menggatal la!”
Nadia sama terkejut, malu dalam sakit “Ka... kamu…”
Prak!
Farid menghembus nafas. Penonton kaku. Nadia sama kaku, melihat jari yang dah ok. Dia tak perasan pun… Dan dia lebih terkedu bila tangan besar Farid menggosok kepalanya.
“Urut tangan kau tu” dan dia bangun. Selamba. Mata dipandang arah kerbau tadi menghilang sebelum melangkah pergi.
“Kau nak kemana?” seorang menegur. Farid menjeling.
“Budak yang seorang tadi kena kejar kan? Kerbau tu dalam bahaya…” lalu dia bergegas pergi. Semua terkelip.
“Kenapa kerbau tu pula dalam bahaya?” Ijan menyoal hairan. Yang lain menjungkit bahu. Nadia menoleh kebelakang. Kepala disentuh dengan muka yang memerah.
Ijan menjeling “Kau ok? Tak sakit lagi?”
Nadia mengangkat kepala, membalas pandangan itu sebelum mengukir senyum “Em… terima kasih”
Ijan sama tersenyum “Terima kasih kat Farid, bukan aku” dia bangun dan melangkah pergi, mengekori langkah Farid. Yang lain cuma memandang. Aiman sama merenung.
“Sapa dia tadi tu?” soal Aiman pada orang disebelahnya.
“Em? Ijan la.”
“Bukan Ijan… yang sorang lagi tadi” dan matanya menjeling Nadia yang masih merenung arah jalan. Mereka memandang lelaki itu sebelum masing-masing berpandangan.
“Farid… kan?” mereka berpandangan “Tinggal di rumah ketua kampung. Dia tak rapat sangat dengan kitorang…”
Aiman mengangkat kening saja tanda memahami. Nadia dipandang lagi, masih tak mengalih pandang arah sana. Entah kenapa hati menjadi sakit.
***
Farid mengacau teh susunya sementara Ijan bersandar merenung langit. Senyap je keduanya, melayan fikiran masing-masing. Nadia datang mendekat menghantar roti canai. Lelaki dari bandar itu dipandang.
“Kamu fikir apa?” soalnya memandang Farid. Lelaki itu menghempas nafas.
“Kerbau Umar.”
“Hampir cederakan orang buat kali kedua” Ijan menyambut, mengacau tehnya.
“Dalam bahaya.”
“Nak kena sembelih.”
Farid dan Ijan serentak menghempas nafas “Dan Umar tengah bersedih.”
“Merajuk.”
Dua lelaki itu berpandangan. Nadia senyap, memandang keduanya. Ijan menarik tubuh dan menopang kepala memandang Farid.
“Apa kau nak buat, Farid?”
Lelaki itu menjeling sebelum kembali mengacau tehnya “Aku ada idea… tapi aku tak tau mana tempat yang berumput dan tak diguna kat kampung ni…”
“Eh?” dua orang itu kehairanan “Untuk apa pula?” soal mereka serentak. Ijan menoleh lalu menepuk bahu Nadia kuat.
“Aku dulu!” lalu dia tersengih. Nadia yang kesakitan mengerut dahi sambil menggosok bahunya. Apa kes? Farid sama tersengih.
“Kenapa tiba-tiba?”
“Well… Farid yang ajar…” lelaki itu dijeling, dan Farid kekal tersengih. Nadia memandang padanya.
“Just a silly game. Kalau dua orang atau lebih menyebut benda yang serentak, siapa yang pukul siapa dulu, lebih hensem atau cantik…” sengih saja “Adik aku yang ajar.”
“Batrisya nama dia kan?” Ijan menyoal, tersengih, Farid menoleh padanya.
“You never learn kan?” desisnya geram. Teh diminum. Ijan sengih saja.
“Selagi aku bergelar pemburu…”
Farid menjengil sebelum tersenyum nipis “Well… if you were proud of it…” bahu dijungkit sebelum badan disandar “Balik pada topik kerbau Umar kita… aku plan nak bercakap ngan ketua kampung… pasal nak guna kerbau Umar tu makan rumput yang meliar je kat kawasan kampung… lagipun memang satu kesilapan membiarkannya lepak kat sesuka hati kat dalam kampung ni…” dua orang itu dipandang silih berganti “Jadi korang dua ada plan?”
Mereka berpandangan seketika “Kawasan lapang yang berumput?”
Farid mengangguk “Padang sekolah pun boleh. Padang bola sepak yang dulu tu… pun boleh… lebih lapang lagi bagus…”
Nadia terkelip “Kat luar kampung ni boleh? Jalan keluar agak bersemak kan?” Ijan dipandang “Kan?”
“Ya…”
Farid mengukir senyum “Jadi disana la” tehnya dihabiskan “Jom Ijan. Tunjukkan aku tempat tu.”
“Eh?”
“Jangan ‘eh’. Kau cakap nak tolong, kan?” dia bangun “Jom.”
“Ar…” Nadia bersuara “Saya…” kaku sekejap. Farid menanti. Dia mengetap bibir, malu. Ijan yang memandang sama menanti.
“Cakap la Nad.”
Gadis itu tersentap seketika. Farid menghempas nafas, bosan menanti “Cakap nanti la. Kamu fikir je dulu. Jom Ijan” dan dia pergi. Ijan dan Nadia memandang saja sebelum serentak mengeluh.
“Naper kau tak cakap…?” soal Ijan leceh. Nadia menjuih.
“Aku bukan kau…” dan dia pergi. Lelaki itu memandang saja langkahnya pergi sebelum menghempas nafas. Kaki melangkah pergi, mengekori Farid disana.
Dua lelaki itu terus melangkah ke tempat yang dituju. Angin petang sepoi-sepoi je bertiup, membelai rambut Farid yang dah mencecah kolar. Ijan menjeling lelaki dari bandar itu. Otak berbelit memikir ulah lelaki itu. Dah hampir tiga bulan dia disini, tapi sangat pasif. Tak melayan anak dara seperti yang mereka selalu agak dulu. Tidak mengganggu. Tidak berbuat apa-apa melainkan berjalan-jalan dan menganggu Umar. Farid… ada adik yang cantik dan ganas, dan lelaki itu sendiri tak selalu menceritakan mengenai diri sendiri. Terlebih dahulu, kenapa dia tinggal di kampung ni daripada sambung belajar?
“Pesal?”
Terperanjat Ijan. Farid menjeling padanya, menyambung kata.
“Kenapa tengok aku macam tu? Kau nak bertanya apa-apa?”
Terkelip lelaki itu “Ah? Tak….” mata dialih ke depan sebelum kembali menjeling “Kau perasan?”
Farid mengangkat sebelah kening “Sesapa pun perasan kalau dilihat dengan muka blur tu.”
“Iye?” sengih saja lelaki itu. Farid mengerut dahi.
“Kau nak tanya apa sebenarnya?”
Ijan menjeling lagi “Kenapa kau datang kekampung ni? Maksud aku… kau tak pergi sekolah?”
Farid terdiam, lalu memandang jalan. Bibir mengukir sengih.
“Akhirnya soalan itu keluar ey…?”
Ijan menoleh. Farid diam, menyusun ayat.
“Bapak aku yang suruh.”
Terangkat kening Ijan. Farid tersengih, menoleh membalas pandangan rakannya itu.
“Bapak aku yang suruh. Kalau dia cakap nak bawak aku balik, masa tu la aku balik.”
Senyum saja.
“Kau ni anak yang taat?”
Ketawa Farid meletus keluar. Kuat! Ijan terperanjat saja sebelum tersengih. Entah apa yang lawak. Farid menoleh padanya dengan ketawa yang masih bersisa.
“Yang tu papa ngan mama aku je boleh klasifikasikan walaupun aku rasa aku bukannya taat sangat…” tersengih “Dan aku kesini sebab terpaksa… bukannya aku nak…” dengan senyum yang masih bergayut di bibir, dia memandang langit “I have my own reason. That’s all.”
Mata Ijan memicing “Kau tau Nadia suka kat kau?”
“Tch” Ijan dipandang lagi, kekal dengan sengih yang tak hilang. Seakan-akan takkan hilang “Naper masuk bab tu pula?”
Bahu dijungkit, memandang jalan. Tak lama lagi sampai ke kawasan yang nak dituju “Kau ada kekasih?” tukar soalan. Farid menjeling lelaki itu sebelum sama memandang jalan.
“Takda.”
“Tak berminat nak cari satu?”
Farid menoleh “Cukupla bertanya isu aku. Kau sendiri?” soalnya pula. Ijan menoleh padanya “Apa pula perasaan kau kat Nadia? Bila berusaha je kau tolong nak dekatkan dia ngan aku”
Ijan terkelip sebelum tersenyum nipis “Aku ngan dia takda papa… kitorang kawan sejak dari kecil lagi… sejak tadika…” dia berhenti melangkah, mengadap hutan rumput dihadapannya. Farid sama berhenti, mencekak pinggang.
“Dan aku pasti kau ngaku yang kawan sejak tadika kau tu dah makin cantik sekarang” ujarnya menjeling. Ijan sama menjeling. Farid meleret bibir “Kadang-kadang pemburu lupa pada anjing kat depan matanya sebab asyik dok intai Chihuahua milik cina rumah sebelah yang berbaka baik dan cantik….” bermakna ayatnya. Farid menapak dengan kening yang diangkat berkali-kali. Ijan memandang saja sebelum tersengih.
“Chihuahua tu apa?”
***
“Aku Aiman” Aiman menghulur tangan. Farid merenung tangan itu sebelum disambut lambat.
“Farid.”
Aiman mengukir senyum “Aku tak pernah jumpa kau disini. Baru berpindah?”
“Ya… kau boleh cakap macam tu…” Farid meleret bibir nipis. Umar yang duduk dibelakang kerbau disebelah Farid sama merenung Aiman. Kenal abang ini.
“Bang Eman buat apa kat sini? Tak sekolah?”
Lelaki itu memandangnya “Abang cuti…” Farid pula dipandang “Kau sibuk sekarang?”
“Ya” kerbau Umar ditepuk “Aku jalan dulu” senyum saja dan kerbau itu ditarik pergi. Aiman mengangkat sebelah kening sementara Umar yang diatas kerbau memandang saja Aiman. Tersedar Umar memandangnya, Aiman menoleh sebelum mencemik.
“Tengok aku kenapa? Anak pembunuh.”
Umar tak beriak tapi Farid pula yang menoleh dengan muka tegang. Lelaki itu dah berkalih pergi dulu sementara Umar dan Farid terus merenung langkahnya tajam.
“Sapa dia Mar?”
“Bang Aiman. Bekas tunang kak Nadia.”
“Tunang?” budak itu dipandang. Umar mengangguk.
“Mar dengar camtu la. Kak Nad kerja nangis je sebelum abang datang.”
“Hm” Farid menghempas nafas “Does he hold some kinda grudge on you?”
“Apa?”
“Dia berdendam ngan kau?” soal Farid, menoleh pada Umar. tajam matanya merenung, terdiam kejap budak itu.
“Agaknya…”
Farid mendesis, geram “Jom la. Berjumpa dengan orang macam tu buat aku angin je.”
Umar terkebil “Kenapa abang angin?”
“Yang membunuh ialah bapak kau, bukannya kau. Kenapa nak letak beban kat kau pulak…?” soalnya geram. Umar terkedu mendengar. “Menyalahkan orang lain atas kesalahan orang lain. Baru aku faham perasaan tu…” Farid bercakap dengan diri sendiri pula. Budak itu mengangguk-angguk konon faham.
“Abang sayang Mar?”
“Eh?” Farid menoleh memandangnya. Bertemu pandang keduanya sebelum Farid kembali mengalih pandang kehadapan “Aku cuma rasa budak-budak tak patut dilayan macam tu…” nafas dihembus. Umar mengangkat kening saja sebelum mengukir sengih. Mereka terus melangkah ke hujung kampung yang berumput liar itu. Ijan dah ada disana.
“Ha, lepas ni kau jangan bawak Bom Bom kau lepak ditempat lain selain dari sini. Pastikan dia habiskan rumput disini sebelum boleh bawak dia jalan-jalan. Dia punya taik pula kau kumpul je kat satu tempat. Kut-kut nanti kau nak jual kat India untuk diorang punya sumber biomass. Kalau kau nak mandikan dia pula, kena la bawak ke bendang… tapi jauh kan? Nanti aku ngan Ijan buat shortcut untuk kau. Kau boleh la juga tolong. Kalau nak buat keluarga untuk dia pula, aku dah bincang ngan ketua kampung nak beli…”
“Ok... ok….” penat Umar mendengar. Pun bukannya dia faham. Ijan sama beku, nganga. Panjang arahan dan plannya… Bila masa pula datang idea buat shortcut itu. Dan bila dia masa pula dia setuju?
Farid mencekak pinggang “Aku belum habis cakap lagi. Tahi kerbau tu boleh dikompos dan menjadi baja semula jadi... jadi kalau kau nak menanam apa-apa, tanam je kat sekitar tahi yang dikumpul tadi. Mungkin kedengaran jijik, tapi kerbau kau jugak kan… kalau kau nak buat jahat, kumpul je gas tahi kerbau tu untuk buat bom…”
“Macammana tu?’ Ijan dan Umar serentak menyoal. Farid terkelip sebelum menepuk dahinya, mengeluh.
“Abaikan part bom. Kau tengok arah tu” tangan menunjuk satu arah. Umar dan Ijan sama menoleh “Kalau kau jalan lurus je, kau akan sampai ke bendang tempat kau selalu bawak dia mandi” senyumnya pula, menoleh pada mereka. Umar direnung “Nak tolong aku buat laluan baru ni?” sengih.
Umar memandangnya sebelum sama tersengih “Ok!”
“Good” Ijan dipandang pula “Kau pergi pinjam parang” pandai je mengarah. Rakannya itu mendesis.
***
Farid mengangkat sebelah kening, memandang ayahnya yang berdiri diluar keretanya “Sekarang?” dia baru je nak keluar. Datuk Ismail mengangguk.
“Atau kamu nak stay sini sebulan lagi?”
Farid menghempas nafas, menyeluk tangan dalam poket bajunya “But this is too sudden la…”
“Life is unpredictable” Datuk Ismail menjungkit bahu “Pa takda banyak masa. Pack barang kamu sekarang.”
“Hm…” Farid merenung mata orang tuanya itu “Won’t I have a single chance to say goodbye to them?”
“Them?” berkerut dahi orang tua kaya itu. Anak lelakinya meleret bibir tanpa senyum.
“Just wait” dia masuk semula kedalam rumah, nak packing barang.
***
“Hey Ijan!”
Ijan menoleh, terdengar nama dipanggil. Terlihat Farid yang keluar dari Persona disana. Lelaki datang dekat padanya dengan sengih. Ijan mengerut dahi, sama mendekat.
“Aku balik sekarang.”
“Ha?!!” tak bersalam! Farid menghulur tangan.
“Aku balik Melaka. Sekarang. Too bad tapi kena balik juga. Terima kasih sebab jadi kawan aku kat sini.”
Ijan terkelip-kelip “Kau balik? Sekarang?”
“Yeah” kereta dibelakang yang menunggunya dijuih. Rakannya itu terkedu saja. Farid kembali menoleh padanya “Kirim salam dengan yang lain.”
“Ui” Ijan memandang tangan Farid yang masih tergantung sebelum disambut lambat “Mengejutkan.”
Lelaki itu sengih saja “Aku sendiri terkejut bapak aku datang. Jadi, aku pergi dulu” bahu Ijan ditepuk.
“He… hei..!” langkah Farid ditahan “Macammana ngan Nadia…?”
“Ha?” blur Farid dibuatnya “Dia kenapa?”
“Kau balik terus? Taknak jumpa dia dulu?”
Farid diam, merenung mata coklat Ijan “Kau care benar pasal dia.”
Kening lelaki itu terangkat. Farid meleret sengih.
“Sampaikan je salam aku kat dia. Assalamualaikum” tangan diangkat dan dia berlalu. Lelaki itu memandang saja.

Datuk Ismail berhenti di hadapan Kedai Kopi. Farid menoleh hairan.
“Naper?”
Datuk Ismail menurunkan cermin kereta. Orang-orang tua yang berkumpul disitu menoleh.
“Assalamualaikum” sapanya. Mereka menjawab perlahan. Farid memandang saja sebelum mengalih pandang ke luar tingkap disebelahnya. Ternampak pokok kelapa. Pandangannya meredup.

Penat sudah mereka, mencantas semak-semak itu. Farid, Ijan dan Umar terduduk disatu tempat sementara kerbau Umar masih makan disitu.
“Aku haus…” Farid terbaring, merenung langit. Nampak ABC disitu. Lapar perutnya lalu. Tak pernah buat kerja kampung begini bila duduk je di pekan selama 18 tahun. Ijan menoleh.
“Kalau kau nak minum, tu ada air”
“Hm? Mana?” Farid menoleh. Ijan menjuih ke langit. Berkerut dahi lelaki itu menoleh. Melihat pokok kelapa, dan melihat buah kelapa muda diatas sana. Kening lelaki itu terangkat tinggi.
“Ow… macammana nak ambil?”
“Panjat je la” Umar menjawab selamba, lalu bangun. Ijan dan Farid menoleh, melihat budak itu mendekati pokok kelapa sebelum memanjat macam monyet. Farid nganga.
“Wow. Kalau la aku ada kemahiran begitu…” Ijan disebelahnya dipandang “Kau pun reti panjat pokok kelapa?”
“Hm? Ya”
Farid bersiul rendah.
Umar dah sampai atas sana dan sebiji-sebiji pokok kelapa dijatuhkan dari gugusannya. Ijan tersengih lebar, mendapatkan satu. Farid mendekat. Rakannya itu yang memotong bahagian atas buah bersabut itu dan lubang dibuat. Air kelapa memercik dari tempurung kelapa. Ijan tersengih lebar, lalu menunggang buah itu ke mulut. Sedap rasanya minum air kelapa muda waktu panas dan penat ni. Air kelapa yang melimpah dari mulut dan jatuh ke baju lusuhnya dibiarkan saja.
Farid memandang saja. Kempunan pula. Ijan menoleh.
“Kau tak minum? Ada banyak lagi ni” sebiji buah kelapa muda dilontar pada lelaki itu. Farid menyambut. Hampir terjatuh buah itu dari tangannya dek berat. Ijan mencapai lagi satu dan dipotong lagi bahagian atasnya. Umar masih menjatuhkan buah kelapa dari atas sana.
Farid memandang Ijan melakukan kerjanya, lalu menyerahkan buah kelapanya “Kau buat untuk aku la.”
“Eh?”
“Aku mana reti” jujur dengan ketidakmampuan diri sendiri. Ijan mengerut dahi.
“Kau kat sana tak pernah potong kelapa?”
“Aku potong jalan orang je.”
Keningnya terangkat sebelah sebelum tersengih. Kelapanya diserahkan pada Farid. Lelaki itu memandang saja.
“Macammana nak minum ni…? Takda straw ke?”
“Banyak soal la kau ni…!” Ijan geram pula. Farid menjuih.
“Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan mereka sendiri…” pandai bercakap. Ijan mencemik saja, memotong kelapanya dan menunggang kelapa itu. Farid melihat dan menunduk, teragak-agak nak menunggang. Umar dah turun.
“Abang naper? Tak minum?”
“Hm, minum la ni” dia menunggang akhirnya. Tak biasa bila bibir bertemu dengan sabut yang kasar, dan cebis-cebis tempurung dan sabut nak masuk dalam mulutnya. Dia meludah ketepi sisa-sisa itu. Air kelapa juga tumpah ke T-shirt. Farid tersengih hambar.
Hari ini aku belajar sesuatu yang baru lagi. Farid menoleh, melihat dua anak kampung itu. Bibir meleret sengih nipis.
“Living” bisiknya pada diri sendiri.
Ijan mendapatkan parang dan membelah buah kelapa itu. Farid tersengih lebar melihat isi putih didalamnya. Nampak sedap. Ijan sama tersengih.
“Macammana nak makan?” soal Farid. Isi buah kelapa bukannya macam isi rambutan atau durian “Takda sudu nak korek dia…”
Ijan mencapai sabut kecil yang dipotong awal tadi “Sapa cakap bila makan kena pakai sudu? Kalau tak orang zaman dulu dah lama dah meninggal” lalu hujung sabut yang berbucu tajam sedikit mengorek isi kelapa yang lembut itu. Masuk dalam mulut. Em… enak…
Farid memandang saja, tersengih hambar lagi “Living…”
Umar tersengih saja, menyerahkan sabut dan buah kelapa yang dah dibelah pada Farid.

Bibir tersenyum nipis. Lama-lama seronok juga duduk dalam kampung ni. Bukannya selalu ada peluang begini. Hari ni dah kena balik…
Mata terpandang imej Nadia yang berjalan di cermin sisi. Farid merenung saja langkah gadis lembut itu. Penuh sopan dan tertib. Bukan macam rakan-rakan perempuannya di pekan sana. Liar dan seksi dan open-minded. Bagi Farid, mereka lebih kepada absent-minded.
Kalau ada yang hantar love letter padanya, dicetak banyak-banyak dan ditampal sana sini. Kalau ada yang bagitau face to face, Farid rakam dan sebar. Kalau ada yang tak nak bagitau tapi Farid dapat tau sendiri, dia sendiri yang sebarkannya dan menambah-nambah cerita…
Tapi kenapa tidak pada gadis kampung ini?
Agaknya sebab Farid hormat pada perempuan seperti itu. Pandangannya meredup. Tahu perasaan Nadia padanya, tapi dah dia tak mampu membalas, nak buat macammana? Tapi pasti lebih perit kalau dia pergi tanpa memberitahunya…
Farid membuka pintu Persona. Datuk Ismail menoleh hairan, melihat Farid keluar.
“Hei.”
Nadia yang baru nak melintas jalan menoleh, tersentap melihat Farid mendekatinya. Lelaki itu menguntum senyum.
“Nak pergi kerja?”
“Ah? Ya…” bergetar jiwanya. Apa mimpi lelaki ini memulakan perbualan tiba-tiba selepas sekian lama tak melayannya? Dia menunduk dengan muka merah. Farid kekal tersenyum.
“Aku nak balik Melaka” ibu jari ditunjuk pada kereta dibelakang. Nadia menoleh, terkedu. Farid merenung saja muka cantik itu, sebelum menyeluk tangan kedalam poket seluar “Pasal perasaan kau kat aku, sorry, aku tak dapat membalasnya” dia bersuara lembut.
Wah. Pertama kali Farid menolak dengan baik.
Nadia memandang mata itu. “Aku takda perasaan kat kau, tapi aku hargainya… thanks” lelaki itu melanjut kata.
Nadia meneguk liur. Selepas sekian lama… dia menunduk, sedih “Kamu akhirnya bercakap dengan saya, tapi pasal ni pula…”
Farid tersengih “Sorry. Tapi rasanya lebih baik kalau kamu lupakan je lelaki macam aku. Lagipun, kau tak tau apa-apa pasal aku lagi…” Nadia menoleh lagi. Farid kekal tersenyum “Tak salah kalau kau cuba tengok Ijan… dan lupakan je pasal ex-tunang kau. Perkara baik yang korang dah putus.”
Nadia terperanjat “Mana kamu tau…”
Farid mengangkat tangannya dihadapan muka itu. Nadia terperanjat, spontan menutup mata. Terasa sesuatu mencucuk atas telinganya. Perlahan-lahan dia membuka mata, melihat muka kacak itu tersenyum memandangnya. Nadia terpegun.
“See. You look good with flower” sengih dia, membetulkan letak bunga raya ditelinga Nadia. Entah mana dia dapat bunga itu. Gadis itu mengerut dahi, menyentuh bunga di telinganya itu. Farid memandangnya “Aku pergi dulu. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi” senyumnya menepuk kepala Nadia “Jaga diri” dan dia pergi, masuk dalam kereta.
Datuk Ismail yang merenung dari cermin pandang belakang menoleh melihat Farid masuk “Pa tak tau kamu berminat dengan gadis kampong.”
“What? Dia yang berminat ngan Farid” dia menjuih, menutup pintu. Datuk itu menghidupkan enjin.
“Well, ni first time pa tengok kamu bagi bunga kat perempuan jugak selain Bat. And you tuck it at her ear at that…”
“Still, she’s my fan. Dan bila masa Farid bagi bunga kat Bat?” soalnya menoleh. Datuk Ismail menjeling, terkelip.
“So she’s the first one? Wow…” tersengih orang tua itu. Darah Farid tersirap.
“Gostant! Farid ambik balik bunga tadi!”
“Eh… Naper nak buat camtu… karang tercalar hati seorang gadis kampung dibuat lelaki bandar macam kamu…” reti mengusik orang tua ni rupanya. Anak lelakinya menjuih, membuang pandang ke luar.
“Kami bukannya berjumpa lagi pun… dan dia baik… tak salah…” gumamnya bercakap sendiri. Bukan senang nak cari gadis macam Nadia di tempatnya. Secara rahsia, Farid suka juga dengan sikap pemalu gadis kampung itu. Orang tua itu melirik saja.
“Oh…”
Sementara itu, Nadia melangkah ke Kedai Kopi. Malu-malu dia bila mereka disana merenungnya tajam. Nadia lekas beralih ke tempat memasak dan menghilang didalam sana. Aiman mendesis cemburu.

Ijan datang tak lama kemudian, nak memberitahu pemergian Farid pada Nadia sebelum terperanjat melihat gadis itu.
“Wohoo! Ada niat nak apply masuk Pertandingan Ratu Cantik Malaysia ke? Atau nak join Unduk Ngadau?” soalnya mengusik, melihat bunga raya merah yang terletak ditelinga gadis itu. Nadia menjuih, memandangnya.
“Mana da…”
“Ceh” sengih saja “Aku datang nak cakap yang Farid dah blah.”
“Em… aku tau.”
“Eh? Kau tau?” Ijan terperanjat, mencekak pinggang “Mana tau?”
Nadia menjeling malu “Dia yang bagitau.”
Mereka berpandangan. Ijan menutup mulut, nakal “Jadi dia yang bagi bunga tu? Alamak, patut la muka macam kena letak blusher” tersengih-sengih Ijan nakal. Nadia memuncung, pergi ke dapur. Ijan ketawa kecil saja dan pergi dari situ. Aiman yang mendengar kegeraman.
***
“Bang Farid dah balik?!” Umar yang bergantung di tingkap bilik Farid menjerit terperanjat. Fikri menjungkit bahu.
“Macam yang kau tengok, dia takda lagi kat bilik dia kan? Dah balik la tu”
Umar memuncung. Fikri memandang saja budak itu menunduk sebelum terperanjat bila air mata Umar meleleh. Hoi.
Umar mengesat saja air matanya lalu meloncat turun, pergi. Fikri memandang kaku, bergerak ke tingkap dan melihat budak itu berlari.
“Reti menangis budak tu rupanya” dia menggeliat, terkejut.

Ijan berbaik hati melawat Umar di luar kampung. BomBomnya meragut rumput disitu manakala budak itu duduk di berpeluk lutut ditepi semak sana. Lelaki itu melangkah mendekat.
“Umar.”
“Hm?” dia mengangkat muka. Merah mata itu dek menangis. Ijan meleret bibir, duduk disebelahnya.
“Nangis naper…? Pasal bang Farid kau balik tak bagitau?”
“Tak…” bibir dijuih “Shortcut tak habis buat lagi dia dah balik. Susahkan Mar je…” dia teresak. Ijan menghempas senyum nipis.
“Abang tolong kau la.”
Budak kecil itu menoleh. Ijan tersenyum saja.
***
Beberapa minggu selepas itu, Datuk Ismail datang lagi. Semua orang di Kedai Kopi menoleh padanya.
“Oh, Mail. Anak kau apa khabar?” tegur pak Mat. Datuk Ismail senyum saja.
“Dia okey je… aku datang sini tak lama… dia mintak hantarkan beberapa barang…” diserahkan pada rakan lamanya itu “Ada nama kawan-kawan dia disitu…”
Ada untuk Ijan, Nadia, Umar dan Fikri. Fikri yang lepak di kedai Kopi itu hairan mendapatkan hadiahnya. Nadia juga, keluar dari tempat memasak. Ijan yang kebetulan melalui sana menoleh bila namanya dipanggil pak Mat.
“Da pa?”
“Ni, budak Farid bagi kat kau” diserahkan bungkusan itu. Ijan hairan saja, menyambut. Datuk Ismail yang duduk disitu dipandang.
“Farid macammana pakcik?”
“Hm?” dia menoleh “Okey je. Tak banyak berubah dari dulu, tapi ada la jugak perubahannya... sedikit. Thanks kat kawan-kawan dia kat sini la agaknya…”
Nadia dah membuka bungkusannya, melihat baju berwarna pink lembut itu. Diangkatnya. Farid memberinya T-shirt?
Fikri yang juga ada disana membaca tulisan dibelakang T-shirt itu “‘This… is my boyfriend’?” hairan dia. Ada satu arrow lagi yang menunjuk kekiri terlukis disana.
Ijan menoleh. Yang lain memandang. Nadia kehairanan, membalikkan T-shirt itu. Kuza mencapai sebiji keychain yang berbentuk love setengah.
Fikri mengerut dahi, menoleh pula pada Ijan “Buka kau punya la, Ijan.”
Lelaki itu menoleh, melihat bungkusannya. Lalu dibuka. T-shirt berwarna azure blue. Dibelakangnya tertulis ‘This is my girlfriend’ dan arrow menunjuk ke kanan. Keychain berbentuk love setengah juga ada. Ijan mengerut dahi, memandang Nadia. Nyata gadis itu juga blur.
“Kamu berdua gabungkan la ‘hati’ tu” ujar Datuk Ismail selamba. Hati dan baju yang dibuat Farid personally semasa dirumah. Baru dia tahu apa yang anaknya itu buat sampai sibuk sangat.
Nadia memegang T-shirtnya dan Ijan memegang T-shirtnya lalu berdiri sebelah menyebelah. Cantik je baju itu memaknakan kata-katanya disitu.
“Cilakak” Ijan menyumpah. Nadia tersengih malu. Kuza ketawa saja. Fikri mengangkat kening, menggabungkan juga hati yang terpisah tadi.
“Bang Farid nak korang dua bercinta by all means la” ujar Fikri memandang key chain hati yang bersatu itu. Ijan merampas key chain itu, lalu dipisahkan semula. Geram! Sempat lagi nak mengenakannya walaupun dah pergi. Nadia tersenyum saja.
Pak Mat mengukir senyum melihat kerenah anak muda itu. Topi merah ditangannya dilihat lalu rakan lamanya itu dipandang “Ini untuk Umar…”
Datuk Ismail menoleh dari karipapnya “Umar?”
“Hm… Dia tinggal kat sawah sana…”
Datuk Ismail mengerut dahi “Budak yang mata coklat cair tu?”
Pak Mat merenungnya “Ya…”
Terkelip saja situa itu, memandang arahnya datang tadi. Kalau tak silap… “Anak sapa?”
Pak Mat duduk “Ismail” jawabnya pendek. Datuk Ismail mengerut dahi. Pak Mat senyum saja “Kau tak kenal… dia datang masa kau pergi dari sini. Dia dah mati la sekarang…”
“Innalillah…” Datuk Ismail mengucap, menghabiskan karipap dan kopinya “Terima kasih. Pasal topi ni… aku sendiri la beri” senyum saja dia, mencapai topi merah itu. Budak itu la yang dia terserempak tadi, di luar kampung. Sementara dia nak keluar ni, kan lagi cepat kalau beri terus.
Dia memandu pergi selepas bersalam dengan pak Mat. Rakan-rakan Farid semuanya menyampaikan salam padanya dan Datuk Ismail mengangguk saja. Dia memandu keluar, dan terlihat budak itu ditempatnya tadi, masih tak berubah. Personanya dihentikan.
“Budak.”
Umar menoleh.
***
Farid melungsur masuk ke laman vila dengan skateboard dikakinya. Bibir bersiul menyanyikan Can’t Take My Eyes Off You. Mata menjeling ke kereta ayahnya di sana. Dah balik? Terbayang muka Ijan dan yang lain. Entah apa reaksi dia aku beri baju tu. Bibir mengukir sengih jahat.
Farid sampai di depan pintu. Kaki turun dari deck dan skateboard itu ditolak dan disambut pada tangan kanan. Pintu dibuka.
“Farid dah balik” suaranya datar.
Datuk Ismail di ruang tamu menoleh “Salam mana?”
Farid tak beriak, tak menoleh untuk melihat ayahnya lalu masuk ke dapur “Assalamualaikum…” dan dia menghilang. Datuk itu menghempas nafas, membalas salam itu perlahan. Mata menonton siaran tv dihadapan. Dia sendiri tak pasti apa yang dilihatnya. Otak lebih memikirkan perangai Farid yang lebih banyak memberontak dari Batrisya…
Macammana dia nak berhubung dan berkomunikasi dengan anaknya itu…
Dengan memilih kerja dari keluarga, Datuk Ismail boleh dikatakan telah membuat pilihan yang salah. Terlalu sibuk di pejabat dan mengabaikan kedua-dua anaknya itu, tiada apa yang dia boleh lakukan. Isterinya sama sibuk. Malah, hubungannya dengan isterinya tidak seperti suami isteri, tapi tidak pula bergaduh atau bertengkar atau apa-apa. Sekadar hambar. Macam bertemu muka dengan orang yang tak dikenali di luar rumah.
Datuk Ismail mengherot bibir.
“Pa!!” terdengar jeritan. Datuk itu menoleh, melihat anak lelaki sulungnya itu didepan pintu dapur. Muka Farid menegang merenung mukanya, sambil menggantung Umar di tangannya “Apa budak ni buat kat sini?!”
Umar tersengih-sengih, menggosok belakang kepala “Ehehehe”
“Jangan ‘hehehe’!” Farid geram, mengangkat budak itu diparas kepalanya “Apa kau buat kat sini, Umar…?”
“Saya mintak pakcik tu ambik Mar jadi anak dia la” ujarnya dengan sengih.
Farid kaku. Mulutnya terbuka saja dan melihat Datuk Ismail yang masih duduk dengan selamba disana.
Umar menarik kepalanya dan melungsur turun dari baju yang dipegang Farid. Terperanjat mamat itu. Umar berlari ke dapur, dan Farid mengejar.
“Apa ni?”
“Jangan sentuh!!”
“Macammana nak main?”
“Aku kata jangan…”
Tak sampai 10 minit Farid dan Umar bertemu, vila yang tadinya sunyi sepi menjadi riuh.

Batrisya dan Daten Orched merenung muka itu. Umar duduk baik-baik lepas kena ketukan dikepala oleh Farid, berkali-kali sejak pertemuan petang tadi. Muka mereka ditenung, dan dia ingat dengan Batrisya. Kakak garang yang dulu tu… terasa pecah peluh dinginnya.Takut dan terancam.
“Apa maksud pa budak ni yang mintak diangkat?” soal Batrisya, menoleh. Datuk Ismail yang duduk di sofa panjang menoleh.
“Dia yang mintak la. Dia cakap dia takda ayah ngan mak dan dia cakap nak tinggal ngan kita” dan dia ingat juga budak itu la yang menyepak Farid dihari pertama di kampung. Pertama kali melihat orang lain berbuat begitu pada Farid, Datuk Ismail berminat terus.
Farid menjuih, duduk bersila diatas lengan sofa sambil berpeluk tubuh.
Daten Orched senyap saja, terus merenung muka comel itu. Mata berwarna kacang hazel anak kecil ini mengingatkannya pada sesuatu. Batrisya kembali memandang Umar dihadapannya “Kamu cakap macam tu? Nak tinggal dengan kami?”
Umar menunduk, mengangguk teragak-agak “Mak bapak saya dah mati… dan bang Farid baik… jadi saya ingat bapak bang Farid pun baik…”
Batrisya jatuh kasihan lalu Umar dipeluk. Terkejut dibuatnya “Dia innocent la…” suaranya sebak, mengusap kepala itu.
Datuk Ismail menoleh pada Farid yang membuang pandang ke lain “Kamu tau pasal budak tu Farid?”
“Hm… Ya… sikit…” bibir dijuih “Tapi takkan sampai nak ambik dia tinggal dengan kita…” Umar kembali dipandang “Makcik kau macammana, Mar?”
Umar memandang lelaki itu “Makcik suruh Mar jangan balik rumah lagi. Semalam Mar pecahkan dia punya pasu…” tersengih-sengih dia menceritakan. Mereka semua beku.
“Sapa nama… Mar?” soal Daten Orched. Umar menoleh pula padanya.
“Umar… Da… er… Da…” mata dijuling ke langit cuba mengingat. Farid menghempas nafas, menopang dagu.
“Umar Darius bin Ismail” dia menjawab, menjuih membuang pandang ke lain. Telunjuk Umar naik pada Farid.
“Betul! Tengok, bang Farid ingat nama Mar” sengihnya pada Batrisya. Memancar seri kanak-kanak riang. Gadis itu tersenyum nipis, lalu memeluk Umar lagi. Ayahnya dilihat.
“Ambik dia la, pa…” dia meminta. Farid menoleh deras, terperanjat. Datuk Ismail menjeling, memandang isterinya pula. Daten Orched leka merenung muka Umar sebelum menoleh pada suaminya.
“Em… Orked pun suka budak ni…” senyumnya.
Mereka berpandangan. Datuk Ismail meleret bibir, memandang Umar “Well, kalau dah macam tu…”
“Chooooop!” Farid meloncat dihadapan mereka. Semua menoleh, terperanjat. Mamat itu merenung mereka tajam dengan muka tak percaya “Takkan camtu je korang nak ambik dia? Family dia macammana? Apa pula orang kampung tu cakap nanti? Asal usul budak tu pun korang tak tau lagi….” suaranya merendah. Takut pada kemungkinan mereka akan mengabaikan budak itu sepertimana orang kampung mengabaikan Umar Darius semata-mata latar belakangnya. “Fikir la…”
“Asal usul?” Batrisya merenung Umar. Daten Orched tak beriak manakala Datuk Ismail merenung Umar. Budak itu terkelip.
Farid mencekak pinggang “Esok bawa dia balik” arahnya.
***
Farid datang lagi ke kampung itu. Memuncung saja dia, berpeluk tubuh didalam kereta. Kenapa satu keluarga kena pergi cuma nak hantar budak kecik itu…? Dia menahan geram. Batrisya menoleh dengan sengih.
“Naper muka macam kena sula?”
Farid menoleh geram “Kau… takda sinonim lagi yang kau nak guna?”
Batrisya menjungkit bahu, menoleh ke Kedai Kopi disana. Ayahnya sedang berbicara dengan penduduk kampung mengenai Umar Darius itu. Mamanya yang duduk di seat hadapan dipandang “Ma taknak keluar?”
Daten Orched menggeleng, membuang pandang ke luar “Ma tak suka orang kampong.”
“Hm…” Farid yang dah keluar dipandang “Abang lak nak kemana?”
“Jalan-jalan. Nanti kalau pa nak balik, call abang la” ujar Farid menjeling.
“Okay” ibu jari diangkat. Farid melangkah pergi. Daten Orched memandang Farid pergi dari imej di cermin sisi.
“Abang kau kenapa, Bat? Ma ingatkan dia tak suka kampung juga”
“Tak. Abang sangat sukakan kampung ni. Kawan dia ada banyak disini” sengih Batrisya, menoleh pula ke Kedai Kopi itu lagi. Kelihatannya penduduk kampung terperanjat. Gadis itu meleret bibir. Umar yang duduk baik-baik disana dipandang. Muka innocent je memandang orang-orang tua disitu.
“Nak ambil Umar jadi anak angkat…?” Pak Tam terkelip-kelip “Apa yang kau cakap ni Mail?”
Datuk Ismail menjungkit bahu “Tu perancangan je. Sebab budak ni cakap dia dah takda mak bapak, so… jadi… tak salah kalau aku angkat kan?”
Mereka berpandangan. Pak Mat menggosok belakang kepala “Bukannya kami nak halang, tapi… budak tu…” susah nak menerangkan “Apa kata kau jumpa je makcik dia kat hujung kampung tu…”
Umar menoleh “Kalau pakcik nak jumpa makcik Mar, Mar boleh bawak” suaranya. Mereka menoleh padanya.
“Oh, okey la kalau macam tu…”
“Tapi tak dapat guna kereta pergi sana, kena jalan kaki la” Umar meloncat dari kerusi, melangkah “Pakcik jom” tangan Datuk Ismail ditarik. Orang tua itu terkejut, mengikut saja. Mereka memandang saja.
Batrisya keluar dari kereta, melihat mereka pergi “Papa nak pergi mana?” soalnya sendiri, melihat anak kecil itu menarik tangan ayahnya pergi. Mereka hilang di hujung jalan.
Pak Mat memandang Batrisya “Kamu serius nak ambil budak tu?”
“Hm?” gadis itu menoleh “Well, dia yang mintak. Kami tak kisah sangat…” mata dijuling ke langit “Saya yang tak kisah. Mama saya pun tak kisah. Tapi abang saya macam taknak…” dagu digaru.
Aiman mencemik, mendekat “Sudah tentu dia taknak. Sesapa pun taknak ambik budak tu” ujarnya selamba. Batrisya menoleh “Anak pembunuh tu…”
Kening Batrisya terangkat tinggi dengan mata yang membulat. Daten Orched menoleh dari duduknya, mendengar.
“Eman!” suara Nadia kuat menegur. Mereka menoleh. Gadis itu melangkah keluar dari dapur “Jangan kurang ajar sangat… dia budak kecil je…”
“Kau kesian kat budak tu?” dia mencemik “Dia berdarah kotor. Takkan nak susahkan mereka dengan budak tu”
Nadia mengerut dahi, menunduk “Tapi panggil Umar anak pembunuh melampau sangat… dia pun ada nama…”
Aiman mendengus.
“Anak pembunuh…” Batrisya memandang jalan. Mereka menoleh padanya. Bibir gadis itu meleret lebar “Interesting…” sengih.
“Ha?” Aiman memandangnya. Yang lain mengerut dahi.
“Ma!” Batrisya menjengul kedalam kereta “Mereka cakap Umar tu anak pembunuh. Tak apa kan?”
“Hm?” Daten Orched menoleh “Hm… ma tak kisah. Persoalannya, nak ke makcik dia bagi dia tinggal dengan kita?”
Semua terkejut. Batrisya tersenyum saja, memandang Nadia “Kamu, boleh tolong bawak saya kemana papa saya nak pergi?”
“Jangan kemana-mana Bat” Daten Orched menegur “Jangan tinggalkan mama sengsorang kat tempat kotor ni” dingin nadanya.
“Oh…” Batrisya mengangguk saja. Mereka tersentap, terdiam. Orang-orang yang berumur disitu naik angin. Menyampah dengan kesombongan yang ditunjukkan. Batrisya meleret bibir, faham. Kepala ditunduk, meminta maaf. Pak Mat merenung saja gadis itu.
“Kenapa kamu nakkan Umar?” soalnya tak faham. Tak kira dia ni, ataupun suami isteri itu, atau pun Farid dahulu, semuanya tak kisahkan fakta anak itu yang membuat satu kampung memulaunya.
Batrisya terkelip “Kan saya dah cakap, Umar sendiri yang minta.”
“Tapi dia jahat!” Aiman menapak setapak. Gadis itu menoleh.
“Mana kau tau?”
“Kau yang tak tau apa-apa pasal dia!” marah lelaki itu. Batrisya menjungkit bahu.
“Elok la tu. Aku tengok budak tu innocent je…” tersengih lagi “And the fact that dia anak pembunuh… aku rasa itu menarik. Bukan senang nak jumpa satu.”
Aiman mendesis, berundur “Kau ni gila.”
Batrisya menoleh padanya “Yang boleh cakap aku gila ialah aku sendiri” desisnya, mula geram dengan lelaki itu “Sapa kisah dia anak pembunuh atau anak perogol. Yang berbuat salah kat sana, mak bapak dia. Bukannya dia. Sedangkan iman lagi tak dapat diwarisi, sama juga dengan dosa” ujarnya merenung lelaki itu tajam.
Terdiam semuanya.

***
“What, korang dah tau?” Farid menjuih, duduk di Kedai Kopi. Sempat mengorder mi goreng dan air kosong. Batrisya duduk disebelahnya.
“Abang dah tau dari awal lagi?”
“Sudah tentu. Kau ingat apa yang abang buat sepanjang 3bulan lebih kat kampung ni?”
“Intai anak dara orang.”
Farid menoleh dengan muka tersenyum. Lalu pipi Batrisya dipicit kuat. Menjerit gadis itu kesakitan. Yang lain menoleh. Anak-anak Mail ni bising betul. Mesra melebih-lebih. Nadia datang dengan mi goreng dan air kosong, baru la pipi itu dilepaskan Farid. Adiknya menjuih merintih.
“Tak baik tau pukul adik.”
“Takda dalam hukum agama dan undang-undang cakap macam tu” Farid menyuap mi kedalam mulut “Yang abang tau, adik ke patuh perintah abang. Contohi la orang jepun yang sentiasa diajar menghormati orang yang lebih tua dari mereka” kepala Batrisya ditolak.
Gadis itu menjuih saja, mencapai mi dalam pinggan Farid. Terperanjat lelaki itu, lekas mengalih pinggannya. Batrisya pula terperanjat.
“Mintak sikit la!”
“Tamau!”
“Jangan la kedekut sangat…!” tangan memanjang nak mencuri. Farid menepis tangan adiknya.
“Says who?”
“Eiii…!” terus cuba merampas dan Farid bangun mengelak, melindungi mi nya. Dan sekali lagi mereka menjadi perhatian. Nadia tersengih saja melihat. Suka melihat kemesraan adik beradik itu walaupun pada yang lain, mereka mengganggu.
Ijan datang ke Kedai Kopi Tam itu, terlihat Farid dan Batrisya disitu. Tersengih dia, lekas mendekat.
“Farid oi!”
Farid menoleh mendengar namanya dipanggil. Ternampak Ijan “Oh. Kau”
“Kenapa dengan ‘Oh kau’ tu. Tak gembira ke tengok kawan” sengihnya mendekat. Farid menjuih.
“Aku lebih appreciate kalau kau buat bodoh buat tak kenal.”
“Eleh. Konon nak tunjuk cool” Batrisya mencemik, memasukkan mi kedalam mulutnya. Penuh mulut dek mi yang disumbat sekaligus itu. Ijan meleret sengih. Farid menoleh pada adiknya.
“Korang datang sini buat apa?” soalnya duduk. Batrisya menarik pinggan mi dari tangan Farid dan sama duduk. Abangnya itu membalas pandangan Ijan.
“Umar… mintak bapak aku ambik dia jadi anak… in this case, anak angkat la kan?” belakang kepala digosok “So, diorang penyibuk ni datang nak mintak kebenaran relatives budak kecik tu la.”
“Pembetulan. Dia yang suruh kami minta kebenaran” Batrisya mengingatkan. Farid menjeling sebelum duduk.
“I don’t care either way. Kalau korang tak kisah, aku lagi la tak kisah…” Farid mengukir sengih lebar “That boy has athletic talent. I won’t let him waste that…” dan sengihnya meleret jahat. Ada udang disebalik mi…
Batrisya menghabiskan mi goreng abangnya “Cakap je lebih. Kita tak tau pun kalau makcik dia benarkan ke tidak kita angkat Umar…”
“Hm. Jangan risau” Farid tersengih, mencucuk pipi adiknya “For that kinda aunt, she’ll let him go with no sweat.”
Batrisya mengerut dahi, menoleh “You know her?”
“Happened.”
“What? How? You intai her mandi?”
Pantas tangan Farid menarik kedua-dua pipi adiknya. Batrisya mengerang sakit, memegang tangan Farid melepaskan pipinya namun tak berjaya. Lalu pipi abangnya juga dicubit. Farid mendesis.
“Lepaskan.”
“You first” makin kuat dia memicit. Batrisya mengaduh, lalu melepaskan.
“Ok…! Ok…! I’m sorry…!” nak meleleh air matanya kesakitan. Farid mendesis, melepaskan. Merintih minah itu menggosok pipinya. Merah dibuatnya. Farid dipandang, memuncung.
“Naper abang saya sangat jahat…”
“Ntah…” Farid meneguk air kosongnya tadi “Pasal adik dia nakal sangat kut. Kan Ijan?”
Lelaki itu menjungkit bahu saja. Tak berapa nak faham apa yang digaduhkan keduanya.
Mereka berbual-bual dan Nadia join kumpulan mereka. Datuk Ismail dan Umar datang tak lama kemudian. Tersengih saja budak itu, berlari kearah mereka.
“Abang!!”
“Oh, dia dah datang” Farid menoleh lalu berdiri. Batrisya tersengih, bangun. Umar berlari mendekat dan meloncat atas badan lelaki itu. Hampir Farid terjatuh namun sempat stabil. Batrisya tersengih melihat budak itu.
“Kamu boleh ikut, Umar?”
“Ya” budak itu tersengih lebar, memeluk leher Farid erat sambil ketawa riang. Farid mendesis, cuba menarik tangan itu dari terus mencekak lehernya. Batrisya mendapatkan ayahnya.
“How?”
“Dia tak kisah langsung. Jom balik” Datuk Ismail masuk kedalam kereta. Batrisya menurut dan Farid mengekori leceh. Umar melekat je dibelakangnya, tersengih-sengih. Sempat dia menoleh pada Ijan.
“Bang Ijan! Abang boleh la sembelih BomBom kalau abang nak. Tapi untuk majlis kahwin abang dengan kak Nad je tau!” dia menjerit, dimasukkan dalam kereta. Ijan mengerut dahi, terkelip. Mereka dikedai kopi itu memandang saja. Kepala Umar menjengul di tingkap “Ingat! Mesti ngan kak Nad je tau! Orang lain tak boleh~!”
Kereta mula bergerak.
“Bye…!” Umar dah melambai. Bising betul budak ni. Farid mendesis, menarik kepala Umar masuk balik dalam kereta. Giliran dia menjengul kepalanya keluar.
“Aku akan datang balik… bila korang dua kahwin! Jangan lupa jemput aku!” sengihnya, melambai tangan.
Batrisya mendesis “Abang pun sama bising.”
Ijan merenung saja, toya. Nadia tersengih nipis, kembali ke dapur. Pak Mat merenung kereta itu pergi.
“Mereka pergi… kampung ni jadi senyap pula.”
“Hm…” Ijan menopang kepala “Tiada yang lebih benar melainkan yang telah dikatakan kebenaran...”
“Kau dah bercakap macam Farid, Ijan” senyum pak Mat, menegur. Ijan menjeling.
“Macam dia tapi bukan dia. Ha, okey la tu” dia bangun. Nadia menoleh.
“Kau nak kemana?”
“Hm? BomBom Umar tu” Ijan menoleh “Dia serahkan kat aku kan? Hehehe…” dan dia pergi.
Nadia mengangkat kening saja. Aiman mencemik.
Penduduk kampung itu terus menjalankan kehidupan mereka seperti biasa.
***
Tu je la takat ni. Kisah pertemuan aku ngan Umar yang sangat bising itu. Well, speaking of the devil, budak tu memang bermasalah. He’s beyond help. Kerja kacau aku ngan eksperimen aku je. Rasanya all thanks to him la aku kantoi je dan jarang buat hal. Tapi dia buat legend dia sendiri bila membesar, jadi samseng kat kawasan perumahan aku tu. Heh. Biar la dia. Dia kerja belasah budak sespesis dia je, dan bukan orang yang tak berkaitan. Darah bapak dia tetap mengalir dalam vein dia kan?
Masa berlalu dan setiap orang membesar. Aku pun masih membesar juga… dan Bat pun sama…
Dan setiap orang ada jodoh masing-masing…
Taknak eh aku cakap pasal kisah cinta aku sendiri. Buat malu je. Ok. Aku blah.

~ PainaRena
***End of Farid’s Story_PainaRena*** Cerpen: Farid's Story

8 Komen:

Tanpa Nama berkata...

terbaek lha cter farid ,,
ouh yea : btw , kau ptot jd novelis or lg tepat cerpenis ,,
~aku bace cter kau dalam 1 jam ,,
all da bez .

Tanpa Nama berkata...

pening bce...p best jer...

Nur Qaseh berkata...

ermmmm....sangat2 menarik..best bce citer nie lah...hope ade smbungan lgi..thehehehe...penulis sgt berbakat..blh jdi novelis..congrats!!

sunshine berkata...

suka sangat terbaekla...marvellous and so on...

capri thirah berkata...

best sgat...
truskn mnat dlam menulis cerpen2 camnie..
c0nfirm aku bca.....=)

emily berkata...

boleh tak nak tau sapa yg bagi cerpen ni.....best sgt......

Tanpa Nama berkata...

best cgt2..i like..

Tanpa Nama berkata...

seyezly......best gile ! ^_^

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.