Cara bentuk kepercayaan suatu perhubungan

Share on Tumblr Bentuk kepercayaan dalam sesuatu hubungan

Hubungan anda dengan Allah bermula dengan kepercayaan. Anda percaya bahawa Allah itu tuhan anda. Jika anda mahu hubungan sesama manusia bahagia, anda perlu mempercayai pasangan anda. Namun, untuk membentuk kepercayaan di dalam sesuatu hubungan itu bukanlah mudah. Oleh itu, saya senaraikan lima cara untuk membentuk kepercayaan dalam hubungan anda.


Jadilah seorang yang mudah untuk di baca oleh pasangan anda.

Jangan suka melakukan sesuatu secara spontan. Jika terpaksa, beritahu awal – awal pada pasangan anda. Spontan bermaksud anda terlalu cepat mengubah pendirian anda. Semalam anda beritahu pasangan anda bahawa anda ingin membeli komputer, hari ini bila anda bertemu, anda tukar fikiran dan telah membeli laptop.

Lama – kelamaan, pasangan anda tidak percaya pada anda. Ini kerana, sifat anda yang selalu menukar pendirian membuatkan pasangan anda sentiasa ragu – ragu pada anda.

Beritahu pada pasangan anda bahawa anda inginkan perubahan.

Hidup ini satu evolusi. Jadi, perasaan anda sentiasa berubah – ubah mengikut keadaan. Anda perlu peka dengan kehendak diri anda. Contohnya anda mempunyai hubungan dengan seorang model. Dahulu anda dapat terima apabila dia bergambar dengan lelaki lain untuk suka – suka. Sekarang, akibat terlalu sayangkan dia, anda mula rasa cemburu. Anda perlu beritahu dengan jujur perasaan anda sekarang pada pasangan anda.

Jika ia kehendak kerja, anda cakap padanya, anda boleh terima tetapi jika untuk suka – suka anda beritahu terus terang bahawa anda tidak suka.

Pastikan apa yang anda cakap adalah apa yang anda dengar.

Fakta di sini adalah jangan sesekali mereka – reka cerita. Anda perlu sentiasa peka dengan apa yang anda dengar, dan hanya berkata berkata – kata berdasarkan fakta. Jangan juga menjadi seorang yang suka temberang. Pastikan ia berlaku, sebelum anda bercerita pada orang lain.

Percaya pada pasangan anda.

Jika anda mahu pasangan anda mempercayai anda, anda perlu percaya padanya dahulu. Namun, hendak percaya pun biarlah berasas. Anda perlu kenal hati budi pasangan anda dahulu sebelum anda mula percaya bulat – bulat pada pasangan anda. Namun, jika ada perkara yang mencurigakan, gunakan hak anda sebagai pasangan untuk mengetahui perkara sebenar.

Jangan simpan rahsia dengan pasangan anda.

Lepaskan segala rahsia pada pengetahuan pasangan anda. Jika anda serius padanya, anda perlu mempercayai pasangan anda untuk memegang rahsia anda. Cara bentuk kepercayaan suatu perhubungan

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saya bertambah pcya ng kekasih sya...dn sya sdar dmna silap sya..

Tanpa Nama berkata...

saya akan cuba berubah & mempercayainya

Tanpa Nama berkata...

sye akn cbe untk b'rubah s'perti mne die mahu kn..

Tanpa Nama berkata...

sering kali dtpu mbuat an krcayaan syew pd dyep bkrang. .dyep sdah jnji na brbah ttpi aty syew tdk cayew pd dyep . .cm mane??

Tanpa Nama berkata...

kdg2 susah gak nak bg kepercayaan dgn org yg kita syg....mcm saya mmglah saya bg kepercayaan kat org yg saya syg tp bkn kepercayaan penuh...sbb saya taknak org yg saya syg mempergunakan kepercayaan yg telah saya berikan termasuk smua org yg saya kenal tak kira famili ker,kwn2 ker,bestfriend ker or siape2 sajer lah....

Tanpa Nama berkata...

mcm ne nak prcye ngan bf sye........lau mata dye asyik tenggok wanita len,,ingat sye ne apa patung tak mempunyai perasaan!.wei sedai la kau yg bnyk bt kesalahan...wanita takkan marah,mengomel dll klu bkn lelaki bt salah.uji sikit da mula mengatal tenggok wanita lain.tak bole tak tenggok.abys sye yg jaga makan minum,risau pasal dia ne apa........klu gatal sangat pe khwin la ngan wanita lain.emmm sye nak percye pon tak leh...mcm neh.cuba cakap.

Tanpa Nama berkata...

Lau sya plak ...sya keliru sngt2 ngn sikap dya..adaklanya dya pemerhatian kat sya...tpi adaklanya tu x mempedulikn sya...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.