Alasan dan sebab wanita merajuk (Lelaki cepat le pujuk)


Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Share on Tumblr
Wanita suka merajuk dan dipujuk. Ada banyak alasan diberikan oleh wanita berkenaan sikap lelaki yang buat mereka merajuk. Berdasarkan satu kajian, antara punca dan sebab wanita merajuk ialah:

* Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki atau suami dan mereka tidak ambil kisah keinginan wanita itu.

* Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

* Tidak peka pada hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

* Memuji wanita lain di depan isteri atau teman wanita.

* Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri atau teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

* Suami tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

* Suami atau teman lelaki tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

* Suami atau teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri atau teman wanita.

* Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri atau teman wanita.

* Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah tapi tidak mahu menolong.

* Selalu keluar rumah dan balik lewat tapi tidak memberitahu sebab pulang lewat.

* Tidak suka membeli buah tangan untuk anak dan isteri apabila balik dari kerja.

* Tidak suka berhubung dengan telefon, SMS dan seumpamanya jika ada kerja luar.

* Suami melebihkan ibu bapa dan adik-beradiknya serta sanggup berhabisan untuk mereka tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

* Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain tetapi dengan anak isteri garang dan tidak mesra.

* Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara-mara sedangkan anak isteri diketepikan.

Merajuk

* Mudah mesra dengan orang lain tapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

* Apabila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

* Tidak membela anak isteri apabila ada saudara-mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

* Tidak suka menemani isteri membeli-belah kerana malas hendak melayan isteri.

* Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

* Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

* Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat atau hari ulang tahun perkahwinan.

Hmm...banyak sungguh punca dan sebab yang buat wanita merajuk. Nak tambah lagi dalam list ni pun boleh.

Jika kekasih anda merajuk, anda pujuk atau anda buat dek aje?? Sila jawab...

Alasan dan sebab wanita merajuk (Lelaki cepat le pujuk)

14 Komen:

reenapple berkata...

pompuan kadang3 leceh jugak.. hehe
btw thanks for the info

Tanpa Nama berkata...

kalu saya...sy bg dya tng dulu bru sy pujuk...

Tanpa Nama berkata...

mmg btol fakta 2 but not 100% la

Tanpa Nama berkata...

nth laaaa sygggggggg...:)

Tanpa Nama berkata...

i like coz it's all the truth .

Tanpa Nama berkata...

sntiasa pujuk heee xnk khlgn si dia
tp kdg2 tu mmg leceh but all about love right???

Tanpa Nama berkata...

khilngan si dye mmg brat wlaupun jrang mngambil brat trhdap kitaa .

ajim senamo berkata...

hehehe.. tq (n_n)

Tanpa Nama berkata...

hm..kenapa nk jadi seperti Saidina Ali..paling memahami isterinya..:0

Tanpa Nama berkata...

sy suke bile dipujuk tpi nk rse cm 2 ssh la slalu diam n pujuk dri sndri je...

Tanpa Nama berkata...

sye x prnah d pjok...stiap prkataan nye slklu mnykit kan,,tpi sye sndri yg kne mnglah mskipown yg slah 2 bkn dtg sye sndri..ad je slah d mte si dia..dia sllu mgjok dgn sye,mara2 sye,tpi sye jgak yg d prsalah kan..

Tanpa Nama berkata...

sye sorg pompuan,,pompuan msti lah nak d blai,,d mnja,tpi si dia x prnah nak mlyan..malah dia mngaggap yg sye ni mgada2..ble sye mngajok lngsung x di endah kan nye..aty pompuan mdah trgris,,tpi ngpe si dia x prnah lngsung nak mmhmi...

Tanpa Nama berkata...

sy setuju tntng pmpuan kt mrajuk,,nama jgk p'mpuan tp bkn p'mpuan jah taw yg kuat m'rajuk./lelki pon kt mrajuk tp x kc tunjuk malu,,dan ego yg mninggi

Tanpa Nama berkata...

sy ada bf yg so sweet,,,tp mlngnya dy dpt sa yg sngt kt mrajuk,.but,dy dpt thn dgn sikap sy,..jd lelki d luar sna sa nk nasihatkn,,bahawa syngi lr wnita sperti ibu kmu,..

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.

 
 


Chatroom