Erti Motivasi Diri

Share on Tumblr
Motivasi dimanifestasikan sebagai keinginan yang kuat serta minat dan sebagai tarikan untuk melakukan sesuatu tindakan.

Ia juga bertujuan mencapai matlamat kehidupan.

Kekurangan motivasi menunjukkan kurangnya keinginan dan minat dalam diri manusia.

Punca kekurangan motivasi adalah kurangnya keyakinan diri, takut kepada kegagalan dan konsep kendiri yang rendah.

Individu yang bermotivasi rendah juga sering kali memikirkan apa yang orang lain akan katakan terhadap dirinya. Sikap suka bertangguh antara ciri individu tidak bermotivasi.

Bagi meningkatkan motivasi diri, kita perlu mengetahui perkara paling penting dalam hidup, seterusnya kenal pasti tindakan paling memberi manfaat dan mempertingkatkan mutu kehidupan. Ini juga membabitkan orang di sekeliling kita.

Mutiara Kata

Kita juga perlu mencari matlamat sebenar dalam kehidupan tetapi jangan lupa perkara kecil lain yang dapat memberi kebahagiaan.

Jika kita berasa bermotivasi melakukan perkara kecil seperti membasuh pakaian, menulis surat, membaca, bersifat baik dengan jiran, adik lebih bermotivasi.

Semoga kita lebih bermotivasi dalam menjalani kehidupan seharian.

~ Dr Sapora Sipon
Erti Motivasi Diri

4 Komen:

kasih berkata...

Kasihku.. Ku akan termotivasi di sini. :)

Tanpa Nama berkata...

saya tadak akan komen apa apa pun kerana bagi saya anda telah membantu saya untuk menghadapi segala masalah dalam diri saya.saya berasa amat bersyukur kerana anda berjaya memberikan saya semangat untuk terus berusaha dan berjaya.saya harap anda dapat mendoakan kejayaan saya yang ingin mendapat 5A dalam ujian UPSR tahun ini iaitu tahuun 2012.

roka hery berkata...

hmmmm..ye x ye jgk . . .

roka hery berkata...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.