Cerpen Online: Bersaksikan Hujan

Share on Tumblr
Bersaksikan Hujan

Aku memandang dia yang sedang nyenyak tidur di sisiku. Lena. Entah mengapa malam ini aku tidak boleh melelapkan mata. Puas aku mengiring ke kiri, ke kanan, telentang, namun masih lagi gagal memejamkan mata walaupun jam sudah mencecah angka 2.

‘Mungkin terlebih minum kopi selepas makan malam tadi kot,’ getus hatiku. Akhirnya aku mengalah dengan kedegilan mata ini. Aku bangkit dari pembaringan lalu mengidupkan lampu meja yang berada di sebelahku. Aku menoleh ke arahnya sekali lagi. Dengan bantuan cahaya dari lampu meja aku dapat melihat dengan jelas Arif khusyuk dengan tidurnya.

“Lenanya tidur... dia pun minum kopi tadi tapi kenapa boleh aje tidur, aku pulak yang terkebil-kebil sorang diri pagi-pagi buta ni. Sudahlah esok nak pergi kerja!” aku mengomel sendirian.

Laci meja tepi aku tarik untuk mendapatkan sebuah novel sebagai peneman dikala aku tak boleh tidur. Aku ni memang hantu novel, setiap bulan mesti ada sebuah novel yang aku beli. Arif pernah mencadangkan aku meminjam novel rakan-rakan aje sebab aku ni tak suka ulang baca novel yang sama. Selalunya setelah habis membaca yang ini, aku akan simpan terus dalam almari dan membaca yang lain pula. Kata Arif daripada menghabiskan duit membeli novel, lepas baca simpan aje dalam almari, baik duit itu simpan dalam bank berguna jugak untuk masa depan. Untuk perkara yang satu ini, aku tak pernah bersetuju dengan pendapatnya. Itu duit aku suka hati akulah kan nak buat apa. Lagipun sejak aku mula-mula dapat gaji aku akan ketepikan dalam 50 ringgit sebulan semata-mata untuk sebuah novel. Huh...gila juga tu kan? Ahh...peduli apa, mungkin ramai lagi yang macam aku sebenarnya. Hehe...

Buku yang berada di tangan ini baru beberapa helai muka suratnya yang aku baca. Aku selak ke halaman yang telah aku tandakan sebagai belum baca. Lama ku renung halaman terbabit. Hmmm...langsung tidak menarik minatku waktu itu.

Dari sebalik langsir yang menutup tingkap dikamarku, kedengaran bunyi hujan turun merintik-rintik. Makin lama makin kasar bunyinya menghempas bumbung rumah. Terdetik di hatiku untuk melihat hujan yang turun. Perlahan-lahan aku turun dari katil, tidak mahu pergerakanku mengejutkan sang suami. Kaki menapak ke arah tingkap, perlahan-lahan aku selak langsir dan duduk di tepi penjuru tingkap memerhatikan hujan yang sedang menari dihadapanku. Tenang rasanya. Tingkap aku buka sedikit, menghidu udara malam dan bau hujan amat nyaman rasanya. Pagi-pagi buta begini tiada sesiapa pun yang kelihatan di kawasan perumahan itu. Sunyi. Hanya hujan peneman aku kala ini.

Hujan yang masih turun dengan begitu lebat sungguh mengasyikkan. Ingatanku terbang pada dua bulan yang lepas. 24 Oktober 2010 ialah tarikh keramat yang pertama kali membuatkan aku sesak nafas dalam riang di waktu hujan begini.

Hari itu, aku mengajak Arif makan malam di rumahku. Sebenarnya aku teragak-agak untuk mempelawanya tetapi ibu yang beria-ia meminta aku menjemput dia dan keluarganya menjamu selera bersama. Alaa... releks laa macam tak biasa. Dulu waktu sekolah menengah dulu pun dia selalu bertandang ke rumah aku, membuat kerja sekolah bersama. Kira kami ini berkawan baik jugalah semasa sekolah menengah. Tapi sekarang masing-masing sudah berumur 26 tahun. Hampir lima tahun lamanya aku tidak bersua muka dengannya sejak dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, walaupun sering berbalas e-mail, selalu berbual menerusi telefon dan ym, ianya tidak sama dengan bertentang mata seperti yang akan berlaku pada malam itu.

Cerpen Online

Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Usai makan malam, mereka mengambil tempat di ruang tamu untuk berbual mesra. Lama sudah Arif meninggalkan bumi Malaysia dan baru beberapa hari yang lepas dia pulang ke sini semula. Ayah dan ibu tidak melepaskan peluang untuk menemubual Arif. Manakala aku masih di dapur membancuh teh untuk para tetamu. Tidak tahu mengapa aku yang jenis periang bertukar segan dihadapanya. Tak pernah aku merasakan hal yang sedemikian. Mungkin kerana sudah terlalu lama tidak bertemu itulah menjadi penyebabnya.

Setelah selesai aku menghidangkan teh buat tetamu, aku berlalu ke dapur dan terus ke halaman rumah melalui pintu dapur walaupun telah diajak untuk turut serta berbual. Aku fikir mungkin aku boleh menghilangkan rasa segan itu di luar rumah, namun sangkaanku meleset apabila melihat Arif bersandar di tembok batu memandangku.
“A...Arif kenapa kat sini?” tanyaku berdebar. Dari pintu kaca rumah aku dapat melihat ibu dan ayah sedang berbual-bual dengan ibu dan ayah Arif.

“Saje...aku rindu kau laa,” kata Arif selamba tanpa menyedari kata-katanya sebentar tadi lagi menyentap jatungku. Kenapa dengan aku ni? Selalu berbual kat telefon tak ada pula rasa macam ni!

“Kenapa dengan engkau ni? Muram semacam aje... tak suka aku datang ke?” tanyanya. Pasti Arif dapat mengesan sesuatu yang tak kena dengan diri aku kerana sejak makan tadi aku tidak banyak bersuara. Sepatah ditanya sepatah aku jawab.

“Eh...bukan,bukan. A...a...aku, err...eh, macam mana hidup kau kat Austrilia tu? Best tak? Jom duduk kat situ, penatlah berdiri,” dalih aku. ‘Bukan aku tak suka kau datang tapi aku tak tahu kenapa tiba-tiba segan macam ni.’ Kata hati aku lalu membawa Arif duduk di meja batu yang memang ada di depan rumahku. Perbualan diteruskan hampir sejam di situ. Hujan masih lagi tidak berhenti bermain. Sehinggalah...

“Hani, kalau kita kahwin nak tak?” tanya Arif secara tiba-tiba. Terasa darah menyerbu ke muka. ‘Huh... dia ni main-main apa?’ merah makin terpancar ke mukaku menahan malu.

“Hahaha...kau ni, siapa yang tak nak kahwin. Aku kahwin nanti-nantilah lagipun aku mana ada orang nak. Kenapa, kau nak kahwin ea? dengan siapa?” tanya aku dalam tawa. Cuba menyembunyikan gementar di hati. Hujan yang turun lebat tidak mampu meyenangkan hatiku.

“Kau.” Satu perkataan sahaja disebut. Secara serius.

“Kau ni serius sikit boleh tak? Janganlah nak main-main macam ni?” marah aku. Aku tak mampu bersopan dengannya kerana rasa curiga, takut, gembira, suka, semua ada dalam hati.

“Aku serius laa ni. Hani, sudi tak kau jadi isteri aku buat selama-lamanya? Kalau sudi aku minta mak ayah aku merisik kau sekarang juga!” kata-katanya tegas membuktikan bahawa dia berkata benar.

Tubuhku terasa keras seperti ais. Hujan yang turun lebat menambahkan dingin. Payahnya untuk aku berkata-kata. Semua perasaan bercampur baur. Gembira, suka, rasa mahu menangis pun ada. Tanpa disangka aku mengangguk tanda setuju. Senyuman terukir di bibir Arif. Dia segera berlalu masuk ke dalam. Setelah dia masuk, aku melepaskan keluhan, menangis di situ kerana tidak pernah menyangka setelah lima tahun dia pergi ke luar negara kini dia kembali ke tanah air dan mengetuk pintu hatiku untuk menjadi isterinya. Dalam hati terlahir juga rasa ‘ish..tak romantik langsung laa dia ni, ada ke lamar aku pakai ‘kau’ ‘aku’, dah tu kat rumah pulak, cuba lamar kat restoran ke? Kat tempat lain ke?.’

“Hani, kenapa tidur kat sini?” satu suara menyapa gegendang telinga. Aku dapat merasakan ada tangan mengusap rambutku.

“Hmm...ohh abang, Hani tertidur kt sini malam tadi tengok hujan. Hehehe... dah pukul berapa ni?” gelakku sambil terpisat-pisat mengosok mata apabila menyedari aku tertidur rupanya di balik tingkap semalam.

“Apa ke benda laa tengok hujan malam-malam buta tadi? Kalau ternampak benda lain abang tak tau. Hahaa... dah laa, bagun cepat, dah subuh pun ni. Jom sembahyang jemaah.” Ajak Arif menarik tanganku supaya segera bangun untuk menunaikan perkara wajib dalam hidup.

“Yelaa, yelaa... Hani tahu laa, pergilah ambil wuduk dulu.” Balasku malas. Arif melepaskan tanganku lalu segera dia ke bilik air.

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hujan mula renyai-renyai. Ku ukirkan senyuman kerana mimpi malam tadi. Hujan yang menjadi saksi ketika kami bersetuju untuk hidup bersama. Harap lelaki yang baru ku nikahi seminggu yang lalu mampu membawa aku ke jannahNYA.

Nukilan Karya:
Farra Dheera
http://www.facebook.com/medhera
Cerpen Online: Bersaksikan Hujan

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

tertipu.. aku ingatkan cite putus cinta.. apa da..

nurul berkata...

best sgt...sweet...syabas!

dHea adHellaa fHebrianitha berkata...

like that :D

Tanpa Nama berkata...

Menarik :)

Tanpa Nama berkata...

so cweet... GOOD...

Tanpa Nama berkata...

so sweet, harap sgt dpt jmp bakal suami yg mcm ni... ;)

Tanpa Nama berkata...

so sweet....nape pendek sgt? hehehe

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.