Tip Remaja : Panduan Menjadi Insan Berjaya

Share on Tumblr
Usia remaja adalah waktu yang penuh dengan perubahan bagi setiap individu. Pada peringkat ini adalah peralihan antara kanakkanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang.

Sebelum mencapai tahap kematangan atau menjadi dewasa, remaja akan melalui fasa kematangan moral, fizikal, emosi dan seksual.

Kebiasaannya, fasa ini disalah tafsir sebagai perangai dan tingkah laku yang bertentangan dengan sifat norma seorang manusia. Ini kerana waktu ini remaja sering tidak `sepakat' dengan apa saja pandangan, nasihat dan tunjuk ajar orang lebih tua terutama ibu bapa.

Justeru, pada usia begini perlu untuk remaja diberi bimbingan menjadi dewasa yang cekap. Jika pembentukan remaja tidak berlaku dengan sempurna, maka pembangunan negara akan terjejas kerana remaja bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dipraktikkan remaja dalam persediaan mereka untuk menjadi insan yang berjaya;


* Menjalin hubungan yang rapat dengan ibu bapa dan ahli keluarga

* Membajai hubungan rapat dengan rohani individu, Tuhan yang Maha Esa, keluarga dan rakanrakan serta persekitaran

* Menerima perpisahan sebagai pengalaman hidup

* Memperoleh kemahiran membuat keputusan

* Bertolak-ansur dalam membuat keputusan apabila wujud perbezaan pendapat

* Belajar menangani konflik

* Ambillah pengajaran daripada kesilapan

* Kekecewaan adalah asam garam kehidupan

* Perasaan gembira dan merasai nikmat adalah satu keperluan dalam kehidupan yang sejahtera

* Bersabar menunggu hasil usaha anda. Kerja dengan tekun dan bijak menghasilkan kejayaan

* Beribadat, berdoa, bersantai dan beriadah membantu mencapai ketenangan dan kemahiran sosial komunikasi

* Gunakan perkataan, simbol, imej dan gambar bagi menyatakan fikiran dan perasaan anda

* Tetapkan arah tujuan dan makna hidup anda

* Hormatilah dan sayangilah diri anda

* Jadilah orang yang bersyukur dan berterima kasih

* Anda adalah orang yang paling penting untuk diri anda


Tip Remaja : Panduan Menjadi Insan Berjaya

3 Komen:

norashidah berkata...

ennth la aq pn x taw hehehe

wan norasikin berkata...

semoga hidupku peroleh keberkatan Mu Ya Allah

Nur ashikin berkata...

aq msih mnunggu hsil ku dibuahkan

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.