Tip Memujuk Teman Baik

Share on Tumblr
Kadang-kadang kita melakukan kesilapan tanpa sedar terhadap teman baik hingga menyinggung perasaannya. Ada kala kita marah kerana terlalu mengikut emosi. Apabila teman merajuk, bagaimana hendak memujuknya? Di sini ada beberapa tips untuk memujuk.

Pilih Masa Yang Sesuai
Jangan terburu-buru, pilih masa yang sesuai untuk kamu bersemuka dengan sahabat. Jika dia sibuk, tangguhkan seketika hasrat sehingga dia lapang dan bersedia untuk ditemui. Pastikan dia tidak letih atau sakit agar perbincangan kamu itu tidak terganggu.

Sahabat Baik

Gunakan Bahasa Yang Lembut
Hati sahabat kamu masih luka, lantaran kamu kena bijak menyusun kata. Gunakan bahasa yang lembut ketika berbicara. Jikadia memberi reaksi negatif sekali pun, kamu harus bersabar dan kekal dengan intonasi serta bahasa yang lembut. Ingat, api perlu dibalas dengan air jika ingin berdamai.

Mengakui Kesilapan
Usah malu untuk mengaku kesilapan diri kamu. Buang ego ke tepi dan bersungguh-sungguh menerangkan kesilapan kamu. Tunjukkan penyesalan dan usah berdolak-dalik, terima sahaja reaksi yang diberikannya. Jika kamu rasa ingin menangis, biarkan air mata mengalir dan usah berpura-pura mengawal perasaan demi menjaga ego.

Berjanji Tidak Akan Mengulangi Kesilapan
Seterusnya kamu mesti berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan memohon dia memaafkan perbuatan kamu. Katakan kepadanya bahawa kamu banyak kekurangan dan minta dia menegur kamu jika kamu masih bersikap negatif seperti sebelumnya.

Biarkan Dia Meluahkan Isi Hati
Pastinya selepas kamu berterus-terang, perasaan sahabat kamu kembali reda. Kamu perlu memberi ruang kepadanya untuk meluahkan perasaannya yang terluka atas perbuatan dan percakapan kamu. Luahan ini akan dapat mengembalikan ketenangan buatnya dan dalam masa yang sama, dia akan dapat meluahkan segala yang membebani dirinya selama bermasam muka dengan kamu.

~ Remaja
Tip Memujuk Teman Baik

14 Komen:

AINA :D berkata...

lama tak update kan . sampai terlupa link . nasib baik dulu pernah follow . dapat dah link nih . :)

Tanpa Nama berkata...

kata menyentuh hati

eca berkata...

sahbat amt dprlukan dlm idop
kerna dngan de nya shbat kta dpat mdenak erti khidupan
yg sbenar nya

Tanpa Nama berkata...

hummm :( saya takud kehilangan teman saia ..

Tanpa Nama berkata...

arap2x brjaya nak pujuk si dia yang tgh mrh..by the way..a lob u..heheheheheh

Tanpa Nama berkata...

ade time x fhm..angin xde ribut xde tau2 mngamuk..tarikh tunang dh dekat..tbe2 wt hal..adakah faktor dtg bulan???

Tanpa Nama berkata...

tolong bg idea mcmne cara nk fhm hati perempuan..trikh tunang dh dekat,tp tiap kali dtg bendera merah die,die mesti wt hal..die mesti main tarik tali...tlong bg cdangan ape perlu wt???

Tanpa Nama berkata...

Macam mana pulak kalau die tibe2 je masam muke tanpa sebab?

Tanpa Nama berkata...

Saya ada kawan yg selalu lari dari rumah...ibu dia selalu kol saya cakap tolong pujuk anak dia sbb bila family dia kol dia x nk angkat...tapi dai ada reply msg saya...saya ada pujuk dia balik umah...tapi dia nekad x nk balik sampai dia cakap bgtau ibu dia yg dia dh mati...camana saya nk tolong?

intan berkata...

aduh mmg susah nk jg hati sahabat.klu majuk mesti kena mesej

Tanpa Nama berkata...

....

Tanpa Nama berkata...

aq menyesal bb buat ken baik aq mrh dh lh ssh nk pujuk

tengku asyifa berkata...

saya dah pujuk kwn baik saya dengan lembut tetapi dia tetap mrhkn saya
macam mana nak buat?? dia maafkan saya :(

Tanpa Nama berkata...

saye x thu nk pujuk die cm ne agi.. bile sye dh luahkn perasaan saye die mkin x krs kple..cm ne sye nk pujuk die nie..please tlog sye

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.