Panduan Shopping Jualan Murah

Share on Tumblr
Anda suka shopping? Di musim perayaan dan cuti umum, sudah tentu banyak kedai mepromosikan jualan murah. Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah.


Baca iklan-iklan jualan murah
Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”. Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.

Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan

Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah

Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.

Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.

Selamat membeli-belah!
Panduan Shopping Jualan Murah

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.