Kisah Teladan : Makan Epal Busuk Jika Mahu Selamat

Share on Tumblr
Suatu hari, Jalaluddin al-Rumi menceritakan bagaimana seorang lelaki tua yang sedang menaiki kuda, ternampak seorang anak muda sedang tidur lena di bawah sebuah pohon pada tengah hari yang panas terik. Begitu lena, hingga mulutnya ternganga.


Sungguh mengejutkan, tatkala lelaki itu melihat seekor ular berbisa sedang merayap dan seterusnya masuk ke mulut si anak muda dan terus ke perutnya. Dengan pantas, lelaki itu mengambil sebatang kayu dan terus membelasah lelaki itu hingga beliau terjaga kesakitan, terkejut, trauma dan kebingungan.

“Makan epal busuk itu kalau mahu selamat!” kata si lelaki tua.

“Jangan pukul saya!” anak muda itu cuba melarikan diri.

Si tua mengejarnya dan terus memukul.

“Makan epal busuk itu kalau mahu selamat!” tegas lelaki tua itu lagi.

Si anak muda yang kesakitan menjamah epal busuk yang bertaburan di atas tanah, menahan bau busuk epal itu, yang sesetengahnya berulat.

“Jangan berhenti. Makan lagi!” tegas si tua misteri itu.

Akhirnya si anak muda yang sudah tidak tahan dengan rasa epal busuk dan baunya yang mengembangkan tekak, beliau termuntah-muntah. Alangkah terkejutnya beliau, keluar bersama muntah epal busuk itu seekor ular berbisa yang nyaris-nyaris meragut nyawa si anak muda yang alpa.

“Maafkan saya!” si anak muda memeluk lelaki tua itu.

Sangkanya si tua itu lelaki gila. Memukulnya dan memaksa beliau memakan epal. Bukan epal ranum tetapi epal busuk. Rupa-rupanya ada ular berbisa di perut si anak muda, yang beliau tidak tahu, hanya kerana sifatnya yang alpa dan bermimpi di tengah hari.

Epal busuk itulah yang banyak dalam tulisan orang tua bernama Abu Saif ini!

Petikan: http://saifulislam.com
Kisah Teladan : Makan Epal Busuk Jika Mahu Selamat

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

gila,tapi bijak.....

Tanpa Nama berkata...

Bes tapi ..

mama Batrisyia berkata...

nice sharing.. mohon share ye.. jemput lawat blog sy www.mama-batrisyia.blogspot.com :)

Tanpa Nama berkata...

alahai knaperlah mkan epal busuk hihihihihi

Tanpa Nama berkata...

ape la nak jadi ngan orang yg makan epal busuk tu

izan supian berkata...

makan epal busk kalau nak selamat.menakutkan tapi mujarab.

Tanpa Nama berkata...

moral : mungkin kt pernah memarahi dan membenci kedua ibu bapa kita untuk sesuatu perkara yang kita tidak suka. Tetapi ketahuilah, apa yang diinginkan oleh mereka adalah yang terbaik untuk kita.
lelaki tua - kedua ibu bapa
anak muda - diri kita sendiri
ular - syaitan yang cuba menyesatkan

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.