Kisah Tauladan: Teka Teki Rasulullah

Share on Tumblr
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. telah berteka teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: “Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?”.

Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: “Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau di usia kanak-kanak).”

Para sahabat bertanya: “Apakah jawapannya wahai Rasulullah?”. Baginda bersabda lagi: “Kurma.” (Riwayat Muslim no. 5027 dan al Tirmizi no. 2793).

Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.

Sumber: Solusi
Kisah Tauladan: Teka Teki Rasulullah

1 Komen:

Klasik Niaga berkata...

Berhajat tanam POKOK KURMA sendiri di RUMAH @ DUSUN @ PREMIS PERNIAGAAN anda...?

Sila lawati http://cnccrew.blogspot.com

:-)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.