Kisah Tauladan : Akhlak Rasulullah seindah Al-Quran

Share on Tumblr
Sahabat Anas bin Malik meriwayatkan kisahnya bersama Rasulullah saw yang menginsafkan.

Muncul seorang Badwi (kaum berpindah-randah di gurun dan lazimnya agak keras tingkah lakunya) dari arah belakang dan terus menarik jubah Rasulullah.

Anas berkata: 'Aku terpandang bekas merah di leher Rasulullah dek kuatnya tarikan tadi.'

Badwi itu berkata: 'Wahai Muhammad, beri aku sebahagian daripada kekayaan Allah yang ada di tanganmu.'

Rasulullah kemudian menoleh kepada Anas, sambil tersenyum meminta sahabatnya memberi Badwi itu wang.

Sebagai insan kamil (terbaik), akhlak Rasulullah seindah Al-Quran.

Beliau tidak pernah membalas keburukan orang dengan keburukan. Walaupun dihina, baginda tidak cepat marah atau sakit hati, tetapi mendoakan kebaikan penghinanya.

Inilah suri teladan yang harus diikuti oleh umat Islam, walaupun amat berat iaitu berlapang dada, sanggup tersenyum dan berfikiran jernih walaupun pada detik sukar.

Kini dengan kehidupan moden, ramai daripada kita sering sukar berlapang dada, sukar senyum walaupun ia satu sedekah. Bahkan sukar kita berfikiran jernih untuk mengatasi masalah. Sebaliknya, hati kita sering dijerut ketakutan, iri hati dan pelbagai perasaan negatif.

Rasulullah saw mengingatkan umatnya bahawa dalam diri insan ada seketul daging. Baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh, begitu juga sebaliknya. Daging itu disebut hati.

Para saintis berkata ada semacam daging kecil di sebalik perut. Ia mempunyai pelbagai saraf yang dapat mengawal pencernaan makanan, aliran darah dan hormon serta resa (mood) seseorang. Ia sering disebut gut.

Kita berfikiran buruk atau negatif mungkin kerana:

-pengalaman menjerakan

-sekitaran

-pengaruh kawan

-memang iri hati kerana tidak mahu melihat orang lain lebih dan

-pengejaran kejayaan dan kebendaan.

Malah, pelbagai faktor lain boleh dideretkan.

Namun, Rasulullah saw mengajar kita betapa semua ini boleh dikikis atau dikeluarkan sebagai sampah atau kotoran.

Bagaimana caranya?

Pertama, berusaha mengingat kebaikan orang lain dan ketepikan keburukannya. Walaupun kita disakiti, carilah seribu satu alasan agar kita tidak segera membencinya. Tetapi andai orang itu terbukti tidak berubah, jauhilah dia.

Kedua, segera lupa kan semua perlakuan buruk orang lain dengan mendoakan perubahan pada dirinya. Jika perlu, nasihatkan orang itu.
Ketiga, senantiasa mengingati Allah dan berdoa Ilahi meneguhkan hati kita dan berfikiran jernih lagi jauh.

Banyak doa dalam Al-Quran untuk meneguhkan hati, antaranya doa Nabi Musa as:Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kelu lidahku, agar mereka mengerti kata-kataku. (Surah Thaha: 25-28)
Kisah Tauladan : Akhlak Rasulullah seindah Al-Quran

2 Komen:

malaysiancareer berkata...

bagus cerita ni,, saya memang tengah mencari kisah-kisah sifat Rasulullah untuk dijadikan panduan.. harap mungkin blog ni boleh buat koleksi kisah sifat Rasulullah. Kekadang kita lalai,, angkuh, bangga diri...

Shiew tiey berkata...

Allahu akbar . Subhanallah . Alhamdulillah . Laila haillallah

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.