Kisah Sahabat Nabi: Orang Kuat Mampu Mengawal Diri

Share on Tumblr
Kisah Sahabat Nabi:Mengawal Diri Dari Amarah

Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Lelaki yang kuat itu bukanlah seorang penggusti yang kuat tetapi orang yang mampu mengawal dirinya ketika dia sedang marah.”

Maka itulah kekuatan yang perlu ada pada diri seorang manusia dalam usaha mengawal diri mereka. Contoh pengawalan diri yang baik dapat dilihat melalui sirah ketika dalam sebuah peperangan, Saidina Ali sudah hampir pasti membunuh musuh lalu musuh tersebut meludah ke arah Saidina Ali menyebabkan beliau berasa marah. Disebabkan beliau mempunyai kawalan diri yang kuat, Saidina Ali membatalkan niatnya membunuh musuh tersebut menjadikan tanda tanya kepada sang musuh yang sudah redha nyawanya dicabut itu. Lalu ditanyakan kepada Saidina Ali

“Mengapakah kau tidak membunuhku sedangkan kau mampu membunuhku?”

Pahlawan Islam

Jawab Saidina Ali “Aku membunuh musuh dalam peperangan kerana Allah. Apabila kau meludah ke arahku, aku berasa marah dan aku tidak mahu membunuhmu kerana perasaan marahku.”

Disebabkan kehebatan kawalan diri itulah sinar hidayah tertusuk ke dada sang musuh memberinya hidayah untuk memeluk dan menerima Islam sebagai agama dan cara hidup. Begitulah indahnya Islam yang melatih dan mentarbiyah penganutnya supaya mengawal diri mereka daripada kejahatan dan kemungkaran.
Kisah Sahabat Nabi: Orang Kuat Mampu Mengawal Diri

10 Komen:

Blog Cinta berkata...

Terbaik jawapan Saidina Ali tu.. :)

Zairi Faiezil berkata...

Itulah kelebihan dan keindahan Agama Islam dan telah dididik sebaik mungkin daripada Baginda Rasullulah dengan petunjuk Allah s.w.t..

Tanpa Nama berkata...

Saidina Ali...Khalifah yg paling mirip sifatnya dgn Rasulullah s.a.w...

Tanpa Nama berkata...

contohilah sifat sedemikian....

Intan Balqisah berkata...

Assalamualaikum,sifat-sifat yang baik untuk dijadikan taukadan .... indahnya mengenal Islam bagi yang ingin mengenali ISlam yang sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

jdikanlah kisah ni sbagai contoh

Tanpa Nama berkata...

masyaallah....kuatnya lah umat islam zaman dahulu berjihat.......

Tanpa Nama berkata...

islam 2 indah...subhanallah

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah.

Tanpa Nama berkata...

Jd zaman ni xder lah manusia kuat mcm saidina Ali?? Tgk jer perangai melayu skrg...pakai kopiah maki org..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.