Kisah Nasihat : Hidup Ini Putaran Roda

Share on Tumblr Di suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:

"Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa". Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.


Si suami berkata dalam hati " Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.

Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan"

Anas Bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud "Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempuyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya" Kisah Nasihat : Hidup Ini Putaran Roda

11 Komen:

Tanpa Nama berkata...

crita ini amat mberi nasihat

Tanpa Nama berkata...

syabas!!!!!! memang meragut hati...

Tanpa Nama berkata...

hidup ibarat roda.... jgn kita lupa saat kita dibawah....

mengobati kanker payudara berkata...

ya, hidup memang sperti roda, makanya ketika ada di atas jangan merasa congkak karena bisa jadi suatu saat kita akan ke bawah

cara pemesanan jelly gamat luxor berkata...

kisah teladan yang sangat bermanfaat

Tanpa Nama berkata...

ermm .. kisah nie mmg jdi pengajrn kat sime org ..

Tanpa Nama berkata...

fuyoo

Tanpa Nama berkata...

kesiannya org tua tu....ish3

Tanpa Nama berkata...

nice..

Tanpa Nama berkata...

hidup ibarat roda.... trgat kat bf sy,,setiap pckpan yg sy kluarkan msti dia kan tegur...dan berckap..ingat umi..hidup nie ibarat roda...sy kn trdiam dan trfkir kmbli..

Jimmy Falentino berkata...

subhanallah allahuakbar..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.