Hargai kemerdekaan negara Malaysia

Share on Tumblr Pujangga ada berkata bahawa nikmat itu kadangkala tidak disedari hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa akan nikmatnya. Dalam konteks negara kita, rata-rata menganggap Malaysia sudah mencapai kemajuan. Nikmat yang kita kecapi sejak kita mencapai kemerdekaan perlu diisi dengan segala kegiatan yang mampu menjana kemajuan yang lebih baik dan sempurna.

Itulah yang kita harapkan demi memperoleh kesejahteraan hidup yang bukan hanya untuk generasi kini malah untuk generasi akan datang. Mereka juga memerlukan corak hidup yang jauh lebih baik daripada apa yang kita kecapi sekarang.


Perjuangan yang telah ditempuh generasi lama mesti dijadikan pengajaran generasi kini. Oleh itu, usaha untuk mendedahkan bagaimana generasi lama berjuang dan mencapai kemerdekaan seperti yang dikecapi sekarang mesti diperluas dan dipertingkat supaya generasi kini memahami betapa peritnya perjuangan tersebut.

Sepatutnya generasi kini bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang telah dikecapi sekarang. Mereka boleh bekerja, belajar dan menikmati pelbagai kemudahan di negara sendiri.

Suatu ketika dulu, sewaktu negara mahu mencapai kemerdekaan, bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mempersoalkan niat orang Melayu yang mahu mencapai kemerdekaan. Kata beliau, macam mana orang Melayu hendak merdeka jika jarum sebilah pun tidak tahu buat.

Kata-kata sindiran tersebut ternyata menjadi satu cabaran kepada orang Melayu yang dilihat sebagai bangsa yang lemah dan tidak mampu melakukan kerja mencabar, tetapi sebaliknya cabaran itu disambut baik. Sehingga kini, kita sudah mencipta nama dalam pelbagai bidang yang kian disegani masyarakat antarabangsa.

Usaha mengekalkan kemerdekaan perlu disemai dalam jiwa anak-anak muda dengan pelbagai cara supaya kemerdekaan yang kita kecapi tidak diusik. Kelekaan terhadap nikmat kemerdekaan tentunya akan membawa padah.

Mata pelajaran Sejarah yang dinaik taraf oleh Kementerian Pelajaran adalah satu langkah berkesan untuk menanam rasa cinta terhadap tanah air di kalangan generasi muda. Anak-anak muda mesti diajar menyelami kesukaran pejuang dulu dan betapa peritnya kehidupan nenek moyang kita yang dibelenggu penjajah.

Generasi yang buta sejarah selalunya tidak dapat menghayati kesukaran negara pada masa silam. Mereka inilah yang lalai dan dengan mudah mencalarkan keharmonian negara untuk sesuatu tujuan tanpa memikirkan kepentingan ramai.

Dalam pada itu, media massa juga perlu memainkan peranan lebih efektif agar generasi muda tidak lupa dengan sejarah negara dan bagaimana cara mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat. Program berbentuk semangat patriotik mesti diperbanyak oleh media massa di samping memaparkan iklan mengenai pentingnya memelihara keamanan tanah air.

Paparan rancangan dan iklan di media massa mesti dilakukan secara berterusan dan bukan bermusim. Kita sebenarnya tidak perlu menunggu sesuatu insiden berlaku baru hendak melakukan tindakan, tetapi kita mesti membuat persediaan dengan segala macam perancangan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Apa yang dimusykilkan anak-anak muda kita kini disogokkan dengan pelbagai rancangan berbentuk sensasi sehingga berjaya mempengaruhi golongan tersebut, menjadi leka dan terlalu mengagung-agungkan produk asing.

Semangat cintakan tanah air adalah satu fitrah kepada manusia dan dituntut agama. Semangat ini secara tidak langsung mendidik seseorang mentaati dan mematuhi negara tempat dilahirkan. Adalah penting anak-anak muda disuburkan dengan rasa cinta kepada tanah air supaya mereka dapat dijadikan acuan untuk membangunkan negara kelak.

Anak-anak muda mesti disedarkan mengenai pentingnya mengekalkan kemerdekaan, menjaga keharmonian negara dengan pelbagai kaedah dan pendekatan.

Bagi negara kita yang dihuni pelbagai kaum, hubungan baik mesti dikekalkan dengan bekerjasama dalam pelbagai aspek. Hidup saling membantu dan menghormati antara kaum menjadi jambatan berkekalan harmoni dalam sebuah negara seperti Malaysia.

Pelbagai program boleh dirancang untuk remaja supaya masa mereka terisi dengan pelbagai kegiatan berfaedah. Anak-anak muda yang kosong jiwa mudah terseret ke lembah hina dan melakukan perkara di luar batasan. Lebih malang apabila golongan ini mencabar undang-undang dan hal ini memperlihatkan rasa cinta terhadap tanah air di kalangan mereka sangat tipis.

Usaha mengelak supaya generasi muda tidak terlibat dengan kancah tidak sihat lebih baik daripada usaha membendungnya. Rasa tidak puas hati terhadap sesuatu berpunca daripada masalah yang membelenggu jiwa anak-anak muda.

Penawarnya ada pada diri mereka sendiri. Jika anak-anak muda mempunyai jati diri dan semangat cinta tanah air yang mendalam, mereka tidak mudah melakukan segala sesuatu yang ditegah undang-undang. Sebaliknya, jika anak-anak muda diasak dengan nilai-nilai negatif oleh pelbagai pihak, tidak mustahil mereka akan menjadi pengikut yang sama-sama merobekkan keharmonian institusi masyarakat dan negara.

Seorang pemimpin pernah berkata, "Tidak sayangkah kita kepada negara yang kita bangunkan dengan bersusah payah tetapi hendak dimusnahkan dalam sekelip mata?"

Pepatah juga ada mengatakan, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Bahu yang memikul adalah generasi terdahulu yang berjuang dengan segala macam pengorbanan membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Generasi kini hanya mengetahuinya daripada sejarah kemudian menikmati hasil daripada perjuangan tersebut, tetapi tidak merasai sendiri betapa sukarnya perjuangan berkenaan.

Malangnya, kesenangan yang dinikmati menjadikan generasi kini tidak menghargai perjuangan kemerdekaan, sebaliknya mempersoalkan itu dan ini sehingga ada yang mencabar undang-undang yang termaktub dan dipersetujui bersama.

Anak-anak muda perlu dididik agar menghormati undang-undang negara. Rukun Negara menjadi teras utama yang perlu dihayati, difahami dan dipraktikkan mereka supaya mereka tidak menyimpang daripada landasan hidup dalam sebuah negara berperlembagaan.

Malah, menjadi tanggungjawab anak-anak muda membentuk negara yang maju dan dikenali di peringkat antarabangsa serta di tangan merekalah letaknya tugas berat dan sudah tentu ia tidak akan mampu dipikul jika mereka tidak mempunyai persediaan mantap dari sekarang.

Oleh M Jasni Majed

* Penulis seorang guru Hargai kemerdekaan negara Malaysia

24 Komen:

Zairi Faiezil berkata...

Salam..

Saya amat terharu jika seseorang itu bercerita mengenai kemerdekaan negara kita kerana pengorbanan yg dilakukan nenek moyang tiada dpt ditangini semata-mata ingin melihat generasi akan datang tidak mengalami kesusahan spt mereka..

Tetapi sayang, masyarakat kita kini seolah-olah tidak menghargai perjuangan mereka..

Tq

Tanpa Nama berkata...

babi

Tanpa Nama berkata...

hoho x sama la mcm yg saya nak tapi x pe.. hihi

Tanpa Nama berkata...

nak komen ape !! ? gedik toll!!!

In love with my littleDJ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ZZU berkata...

nak copy cmna? nak wat karangan

Siti Halimah berkata...

Terima kasih atas bantuan laman web ini... :))

Siti Halimah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

siap jgak keje skolah... thanks...

asma ema berkata...

terima kasih kerana meyediakan PAGE ini .
>_<

Tanpa Nama berkata...

ish...2 tak bek tau mencarut

Emilia Puteri berkata...

siap powerpoint ^_^

Tanpa Nama berkata...

huh yelatu padahal hg tak buat pown1111111!111

Tanpa Nama berkata...

we sudah la tu tobat2 la......

Tanpa Nama berkata...

wah !!!,cool man,best giler page nie....syiokknyerr....tapi
syg ada org mencarut...bodoh btol bdk yg mencarut 2 !!!!

Tanpa Nama berkata...

aku bgi One Shot kt bdk yg mencarut 2,biar dya mampos kt ctu . hahahahahahahahahaha !!!!!!!!!....pas 2 aku blasah bdk 2 guna
lagu Warrior,bru insaf cket bdk 2,tobat2 la wahai bdk yg mencarut !!!! .. hahahahahahahha !!!!!!!^_^

Tanpa Nama berkata...

akk buat la blog bru psl korea ke,apa ke,terutama skli kmpln b.a.p......tp tk bermakna kmi tk menghargai kemerdekaan...tp please kak buat yg bru plk dn diorang pye biodata terbaru... lps2 kmi janji slu singgah kat blog akk..MALAYSIA TANAH AIRKU!!!CHIYOKK!!!!

uamiarah berkata...

kacaubetul nakla buat kerja ni uuuuuuuuuuuuuuuu

umaira berkata...

kerja harus di buat baik --oppah gan

Tanpa Nama berkata...

tidak mencukupi..maaf...tapi berguna juga.. :)

Tanpa Nama berkata...

BEST BACA NI JGN X BACA TAU

Tanpa Nama berkata...

SIAP AKHIRNYA KEJE SEKOLAH THANKS

Tanpa Nama berkata...

alaa,,org nk iktibar dya lha..hmm

Tanpa Nama berkata...

alaa,,org nk iktibar dya lha..hmm

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.