Santapan Rohani Untuk Remaja

Share on Tumblr
Dalam menempuh kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran, dugaan dan rintangan, kita sebagai umat Islam dituntut untuk sentiasa berfikiran positif dengan banyak bersabar, bersemangat waja dan tidak mudah berputus asa serta sentiasa menjauhi dari berprasangka buruk dan negatif sesama kita.

I Love Islam

Ini kerana segala dugaan tersebut merupakan fitrah atau lumrah di dalam kehidupan manusia. Ia juga merupakan ujian daripada Allah SWT untuk mengenal pasti siapakah di kalangan hamba-Nya yang terbaik dari segi amal ibadah mereka di dunia.

Allah SWT telah menjelaskan kepada hamba-Nya kenapa manusia itu dituntut agar berfikiran positif dan menjauhi dari bersangka buruk sesama manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)
Santapan Rohani Untuk Remaja

1 Komen:

siti hajar berkata...

saya baca baca sini !!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.