Pudarnya Cinta. Kenapa jadi begitu?

Share on Tumblr
Jika cinta semakin pudar di hati, kasih sayang akan mula terhakis dan terancam walau pun kita bermati-matian mengatakan cinta itu tetap milik kita. Sayangnya dalam berjuang mempertahankan atau cuba mengembalikan cinta pasangan, apa yang berlaku adalah kita tidak kembali merebut cinta dengan cinta.

Putus Cinta

Kita salah langkah, salah bertindak juga salah mengadaptasikan kembali rasa cinta itu kepada suatu hubungan yang harmonis. Justeru itu cinta akan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauh untuk diraih kerana kita membuatkan hubungan semakin jauh, semakin panas dengan rasa marah, rasa baran dan sebagainya. Mengapa cinta semakin pudar? Mengapa susah meraih cinta? Mungkin di sini jawapannya.

1. Bertemu Orang Lain
Salah satu sebab utama mengapa cinta putus, ialah apabila anda bertemu orang lain yang dirasakan sangat memahami jiwa raga anda. Anda juga merasakan sikap-sikap pasangan semakin membosankan malah anda mula melihat kelemahannya tidak kira cara penampilan, caranya bercakap dan sebagainya. Jadi bila anda bertemu seorang yang sesuai, anda akan meninggalkan dirinya dan pergi kepada orang yang anda rasakan sesuai.

2. Cuai Menjaga Hati
Hati adalah satu perasaan yang sangat halus. Hanya mereka yang benar-benar bercinta sahaja yang dapat merasainya. Namun ada kalanya mulut saja yang mengungkapkannya namun tidak dengan perasaan. Sebabnya sesetengah pasangan beranggapan, bila kata-kata sayang sudah diluahkan itu tandanya satu ikatan sudah termeterai. Namun jika hanya percakapan sahaja tetapi tidak disertakan dengan cara, perbuatan dan sebagainya, hati tidak akan merasai nikmat cinta itu. Tidak hairanlah ia semakin pudar dan hanya tunggu masa untuk berpisah.

3. Bosan
Selain bertemu orang lain dan anda cuai menjaga hatinya, salah perkara lagi mengapa diri menjauhi pasangan adalah kerana rasa bosan. Bila anda menjalin hubungan terlalu lama, terikat dengan satu komitmen, anda akan mudah bosan. Bila asyik bertemu orang yang sama, bekerja di tempat yang sama, pergi dan balik juga sama dan semua ini akan membuatkan suasana sangat membosankan. Kesannya rasa cinta anda akan semakin berkurangan.

4. Jarak Semakin Jauh
Cinta memerlukan pengorbanan, kasih sayang dan sebagainya. Namun cinta akan semakin pudar bila mana hubungan anda semakin menjauh terutama apabila anda sudah menjalin suatu hubungan terlalu lama.

Awalnya anda merasakan pasangan seorang yang sangat membosankan, lama kelamaan bila hati semakin menjarak, silap-silap anda merasakan pasangan adalah seekor dinasor yang perlu anda jauhi.

5. Tiada Lagi Persefahaman
Semakin lama mengenali pasangan, anda sudah tahu buruk dan baiknya. Apabila semakin banyak keburukan pasangan yang anda nampak, anda akan semakin menjauhi dirinya dengan pelbagai alasan. Selain itu, anda juga akan kerap bergaduh walau pun untuk halhal yang remeh temeh bila cinta tidak lagi wujud.



Pudarnya Cinta. Kenapa jadi begitu?

10 Komen:

Tanpa Nama berkata...

lalu apa solusinya/???

Tanpa Nama berkata...

urm..setelah dye kembali dalam hidupku setelah lama menghilang..aku marasakan cinta yang dulu terbina semakin pudar..tak dinafikan aku masih sayang padanya..tetapi entah mengapa hati ini x 100% kepadanya..

firqil berkata...

haihhh...sush nyer cam ni

Fiha Munchet berkata...

mcm mne nk hangatkn cinta smula... :/

Tanpa Nama berkata...

uhuk2 tkt nye mcm ni ...

Tanpa Nama berkata...

cinta cuma bkin sakit aja ... apa solusinya

Tanpa Nama berkata...

hemmmm,,,ada benar nya jga sihhh!!!tpi sam aj,,apakah cinta itu akan kembali?disaat rasa cinta itu sudah pudar?

Tanpa Nama berkata...

percintaan yg terbilang sangat lama,bukan suatu jenjang yg serius,malahan suatu kehancuran yang nyata,dan bisa membuat depresi karena tidak sanggup terima semua kenyataan yang akan terjadi pada hubungan yang berjalin bgitu lamax,

Rachael Lynn berkata...

dulu si dia tdk mcm skrg
dulu dia amat syg akn sy setiap kali dia pasti akn mengucapkan kata2 yg menbuat sy selesa di sisi dia
skrg dia mulai berubah skrg dia mula menunjukkan dia mulai bosan dengan sy ..selalu marah walaupun masalah kecil...
sy rindu diri dia yg dulu

Cik Itah@Rama Rama Pendek berkata...

kenapa ye..tetiba macam tak ada apa+ rasa kat dia?

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.