Kadangkala perkara tercantik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang

Share on Tumblr
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

Suami: 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...'

Kadangkala perkara tercantik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang

17 Komen:

Asyraff Rahmatullah berkata...

tu lha pasai.cinte nie tak leh nak main sebut2 je...cinte nie kite rasa...then cinta yang ikhlas tak perlu bersebab...

Tanpa Nama berkata...

Romantis . i like it .

Shiety Myra Chubbyra ;P berkata...

saya baru jer tanya kat bf saya... rupanya.. dia xjawb mgkin kerana ini

Tanpa Nama berkata...

besnye...tp cmne nk share ye...

hepy chipmunk berkata...

bila aq baca lafaz ini , baru ku sedari makna cinta , cinta yang ikhlas datang dari hati , bukan dari nafsu , dan cinta yg tenang datang dari Allah , kerana allah yang memberikan rasa itu .....

Tanpa Nama berkata...

the best...
nak nangis pn ada

firqil berkata...

ya btoi...cinta x perlu bekta apa2....
krna cinta sush untuk d tafsirkan...
dlm pecintaan x perlu sbb..krn cinta mmg x ad sbb...
yg pentg hti itu ikhlas mncintai se2org...-p
hehehehehehe......

intan berkata...

so touching..

wo aini berkata...

sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yg x dkatakan
dan mngerti apa yg x djelaskan.....ini krn cinta x dtg dr mulut dan lidah ataupun fkiran sseorang...
ttp cinta lahir dr hati yg pling dlm...

Tanpa Nama berkata...

beruntung sungguh pompuan ni..yep!!!cinta yang mudah disebut bukan lah cinta yang mendalam...cinta yang mendalam lebih pada perlakuan daripada kata2...

Tanpa Nama berkata...

aku pnh tny tng aku sal nie..
dye bg jwpan dgn tuju kn lgu salim kt aku..
yg b'tjuk mnyayangimu..
sweet gak r.. ngee~

Tanpa Nama berkata...

bf saia pon ckp camtuh at saia... baru saia tahu dea mmg syg kn saia... =)

Tanpa Nama berkata...

aku takda rasa apa2pun mungkin sebab aku takda bf jadi tak daapat rasaai indahnya cint seperti perucapan di atas...

Tanpa Nama berkata...

cinta itu sungguh besar maknanya namun tak semua orang memahaminya dan setia kepadanya..cinta itu sungguh indah bkn sekadar perucapan semata2.wanita janganlah engkau terlalu mempercayainya kerana tak semua cinta itu benar akhirnya engkau jua yang kecundang..wahai kaum adam janganlah engkau sekali2 menyakiti kaum hawa sesungguhnya mereka adalah kaum yang lemah.cinta tak perlu di cari tunggu masa sahaja sesungguhnya cinta yang di cari tidak kekal kerana dia bukan datang dengan sendiri.apapun hargailah si dia yang berada di sisi anda sebelum anda menyesal kehilangannya suatu hari nanti wassalam..

Tanpa Nama berkata...

cinta..tulus ikhlas lahir dr hati..:)

Puteri Adleeya Hazwani berkata...

sayang seribu kali sayang,sayew x dpt lagi mreasakn nilmatnyer cinta krna orng yg sayew cintai slame ny dh pon tinggalkn sayew wat slama-lamenyer

Tanpa Nama berkata...

Cinta itu susah untuk disoal ertikan.. Tapi susah juga klau dalam dunia ni masih ramai yang tidak sedar memainkan perasan orang suatu perkara yang amat menyakitkan. Na buat macam mana,lain orang lain pemikiran dan ragamnya =)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.