Ada Masa Lelaki Ingin Sendiri

Share on Tumblr Kita sering mendengar, untuk mencari keserasian antara pasangan, mestilah saling faham memahami, sentiasa meluangkan masa bersama pasangan dan sebagainya. Ada kajian dibuat mendapati pasangan yang tidak serasi ialah mereka yang tidak meluangkan banyak masa berdua. Mereka kurang berkomunikasi, kurang bermesra dan sebagainya.

Namun tahukah anda, kadangkala pasangan, tidak kira lelaki mahu pun perempuan memerlukan ruang kehidupan sendiri. Maksudnya mereka memerlukan masa untuk diri sendiri. Ada beberapa kenyataan mendapati ada tempat-tempat yang mana pasangan tidak perlu ikut sama. Misalannya ke gim dan sebagainya. Sebagai lelaki anda memerlukan ruang untuk diri sendiri. Kepada wanita, tahukah anda mengapa anda tidak boleh mengikut pasangan ke gym. Ini ada jawapannya:

1. Anda tidak boleh mengekori pasangan ke mana sahaja
Lelaki mungkin terkenal kerana sering dilabelkan sebagai miang, gatal, hidung belang, pantang nampak wanita cantik dan sebagainya. Justeru itu, pasangan sering berasa cuak jika lelaki sering ke sana ke mari seorang diri. Pada tanggapan wanita, lelaki pasti sedang curang dengan wanita lain dan sedang berseronok. Sebagai wanita, sebenarnya anda harus memahami bahawa anda tidak boleh terus menerus mengekori pasangan ke mana sahaja kerana lelaki juga mempunyai ruang privasi mereka sendiri. Maksudnya, kalau lelaki mahu ke gim seorang diri, hormati pandangannya itu.

2. Sering dijadikan bahan perbandingan
Di kalangan lelaki, antara topik yang sering mereka perkatakan ialah tentang wanita. Mereka akan membuat perbandingan, itu dan ini termasuk siapa yang paling seksi,siapa paling menggoda dan sebagainya. Jadi kalau anda mengikut pasangan ke gim di mana teman-teman lelakinya ada sama, anda mungkin terasa hati jika tubuh anda tidak ramping, bibir tidak seksi dan sebagainya. Jadi berilah ruang untuk lelaki bersama kawan-kawannya kerana bukan semua lelaki curang kepada pasangan. Jangan terlalu mengawal, nanti anda juga yang merana dibuatnya.

3. Cuba mengalih perhatian
Salah satu sebab juga mengapa anda tidak perlu mengikut pasangan ke gim bila bila mana anda memenuhi semua kriteria yang lelaki idamkan iaitu cantik, seksi, menawan,
tinggi dan berpenampilan menarik. Kalau anda mempunyai ciri-ciri ini dipercayai pasangan tidak boleh memberi sepenuh perhatian di gim terutama bila mereka sedang menggunakan alatan bagi membina otot-otot mereka. Sama seperti wanita yang dikatakan kuat cemburu, lelaki juga sama sebenarnya kerana cemburu ini sangat subjektif bagi sesetengah individu. Cemburu tandanya sayang tapi bagi sesetengah orang lain ia satu perkara membosankan bila semua pergerakan dikawal. Jadi jangan sampai pasangan berasa cemburu jika anda seorang wanita yang cukup seksi pada pandangan orang lain. Nanti tidak pasal-pasal anda bergaduh dengannya.

4. Tidak mendengar arahan
Kadangkala sukar membentuk ke peribadian mereka yang merasakan diri terlalu pandai. Antara alasannya, ialah mereka tahu serbaserbi dan tidak perlu diajar. Ini samalah jika anda membawa pasangan ke gim. Jika jurulatih mengajarnya, dia mungkin mendengar arahan tersebut kerana memikirkan jurulatih adalah orang berkelayakan dan dia telah mengeluarkan duit. Namun cuba anda ditegur oleh seseorang yang dekat dengan anda, sudah pasti anda merasa terkilan dengan anggapan, dia cuba mengajar anda. Inilah satu lagi alasan mengapa lelaki tidak boleh membawa pasangan ke gim. Bila lelaki menegur dengan cara mereka (sedikit kasar bunyinya dan anda berasa tersinggung)
anda mungkin beranggapan, pasangan sengaja ingin memalukan anda di hadapan teman-teman anda dan mungkin sudah tidak menyintainya lagi. Bila balik ke rumah,
anda mungkin bergaduh dan bermasam muka sampai berhari-hari. Inilah satu alasan mengapa anda tidak perlu mengikutnya ke gim.

5. Lelaki perlukan masa untuk diri sendiri
Di gim, kebanyakan yang datang adalah lelaki. Biasanya baju yang dikenakan adalah baju yang menonjolkan otot-otot tubuh mereka. Begitu juga antara perbualan yang mungkin wujud adalah mengenai wanita. Mereka akan bercerita tentang bentuk tubuh yang seksi dan sebagainya. Kalau anda membawa teman wanita sudah tentu mulut anda akan terkunci dan berasa segan untuk menyampuk perbualan kawankawan. Lagi satu, ia boleh membawa kepada pergaduhan antara anda dan pasangan kerana dia mungkin berasa
sangat cemburu bila anda memasang telinga tentang wanita lain.

Wanita biasanya berasa sangat cemburu bila anda memandang wanita lain kerana berasa dirinya terancam. Mereka tidak suka diri mereka diperbandingkan dengan wanita lain. Kalau boleh, anda adalah haknya seorang sahaja. Apa yang patut anda buat kalau mereka masih mahu mengikutnya? Terangkan kepada pasangan, sebagai lelaki, anda mahu mengambil sedikit masa untuk diri anda sendiri, mahu bertemu kawan-kawan di gim dan sebagainya. Pergi seorang tanpa membawanya bukan bermakna anda tidak menyintainya tetapi ia adalah ruang untuk diri anda dan berharap mereka memahaminya. Ada Masa Lelaki Ingin Sendiri

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

adakah penulis menyatakan bahawa lelaki ingin sendiri hanya bila pergi ke gim? mula2 nmpk mcm contoh, tapi seolah-oleh seperti penulis menulis tentang artikel perempuan jangan ikut pasangan ke gim..:) peace~

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.