Terlupa Birthday Si Dia? 8 tip dapat membantu anda mengingati hari lahir

Share on Tumblr
Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja. Terlupa tarikh penting seperti tarikh lahir orang yang penting atau berkaitan dalam hidup anda. Pernahkah ia terjadi kepada anda?

Mungkin pada sesetengah orang, bukanlah suatu persoalan besar jika mereka terlupa untuk mengucap selamat atau meraikan hari jadi teman atau keluarga. Bagaimanapun, kepada mereka yang menganggap tarikh lahir sebagai hari istimewa, pasti timbul rasa kecil hati bila orang yang rapat dengan mereka tidak mengingati serta meraikan ulang tahun kelahiran mereka.



Apabila terjadi perkara sebegini, tentu ada yang merasakan diri mereka tidak penting pada orang yang terlupakan hari lahir mereka itu. Ada masanya, hal `remeh' seperti ini mampu mengeruhkan hubungan antara dua individu, lebih-lebih lagi yang mempunyai ikatan istimewa.

Maklum sajalah, tarikh lahir adalah identiti penting bagi seseorang manusia selain nama mereka. Ia menandakan bilakah seseorang itu mula melihat dunia.

Disebabkan keistimewaan itulah tarikh ini cukup diingati, bukan sekadar sambutan setahun sekali bagi meraikan pertambahan usia semata-mata.

Tidak hairanlah seandainya ada yang sedih, berkecil hati atau merajuk apabila `diabaikan' ketika ulang tahun kelahiran sendiri.

Lebih mendalam kesedihan dan rajuk itu apabila yang terlupa hari lahir mereka itu adalah orang yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka. Suami terlupa hari lahir isteri, anak terlupa hari lahir ibu bapa, sahabat karib terlupa hari lahir sahabat karibnya, dan pelbagai keterlupaan lagi.

Tidak dinafikan, kesilapan seperti ini selalunya bukanlah disengajakan. Kesibukan ada masanya menumpulkan ingatan seseorang dalam mengingati perkara yang dikatakan orang tidak wajar dilupakan.

Namun, pada yang berhati sensitif, tidak mudah untuk mereka menerima alasan sibuk atau terlupa bila orang yang diharapkan sekurang-kurangnya ingat tarikh lahir mereka langsung tidak berbuat apa-apa.

Tambah-tambah lagi jika mereka seorang yang bersungguh-sungguh mengingat tarikh lahir orang yang bermakna dalam hidup mereka dan sanggup mencuri masa dalam kesibukan untuk sekurang-kurangnya mengucapkan selamat hari lahir demi menggembirakan orang lain. Ingatan seperti ini juga sebagai cara membuktikan bahawa orang berkenaan memberi makna dalam kehidupan mereka.

Pada yang sering terlupa hari lahir orang istimewa atau teman baik mereka, berikut diberikan tips yang dapat memastikan anda tidak terlepas untuk meraikannya. Biarpun hanya seringkas khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau ucapan melalui telefon, ia sebenarnya cukup menggembirakan orang yang menyambut ulang tahun itu.



8 perkara yang dapat membantu anda mengingati hari lahir

* Senaraikan semua nama individu penting dalam hidup anda.

* Catat tarikh hari lahir mereka dalam kalendar konvensional, telefon bimbit, diari, komputer dan juga daftar peringatan online.

* Jika anda tidak mengetahui kesemua tarikh berkenaan, berusaha mendapatkannya lebih awal.

* Setiap kali anda menerima undangan parti hari lahir, catatkan juga dalam setiap kalendar tadi. Catat juga tarikh hari lahir mereka yang anda terlupa untuk ucapkan.

* Sediakan sebuah kotak yang boleh menyimpan sebilangan kad ucapan hari lahir supaya mudah untuk anda berikan bila tiba hari lahir seseorang.

* Setiap permulaan sesuatu bulan, semak kalendar hari lahir dan sediakan kad ucapan lebih awal. Memadai jika menulis nama, alamat dan ucapan ringkas untuk rakan anda itu terlebih dulu. Menjelang hari lahir mereka, barulah titipkan ucapan yang lebih panjang.

* Setiap minggu, semak semula senarai tarikh lahir itu dan kirimkan kad ucapan yang sudah disediakan.

* Kemas kini juga alamat rakan anda jika ada yang sudah berpindah.

Terlupa Birthday Si Dia? 8 tip dapat membantu anda mengingati hari lahir

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

dah kalau kita nak ingat dalam kepala semua hari jadi orang macam mane.............

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.