Naluri Ingin Bercinta

Share on Tumblr
Tak dapat dinafikan perasaan kasih, cinta dan sayang ada dalam diri manusia. Ia diterima sebagai perkara normal dalam kehidupan seharian.


Kita boleh mengambil panduan daripada kisah antara Nabi Yusuf dan Zulaikha. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sebenarnya perempuan itu berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)... (Surah Yusuf ayat 24).

Nabi Yusuf berjaya mengawal diri daripada terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa garis panduan dalam menjaga tata susila terutama hubungan antara lelaki dan perempuan.

Antaranya: (1) tidak dibenarkan pergaulan bebas (2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram (3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian (4) menjaga pandangan mata dan (5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.

Jika dalam keadaan demikian maka berpasangan dan percintaan dibenarkan. Perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam.

Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk saling mengasihi antara satu sama lain. Allah sendiri bersifat ar-Rahman (Pemurah) dan ar-Rahim (Pengasih).

Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak, jiran, bangsa dan negara.

Cinta kepada Allah adalah cinta hamba kepada Penciptanya manakala cinta kepada Rasul akan membimbing manusia kepada Allah dan agama-Nya.

Bagaimanapun, budaya bercinta tanpa panduan agama dan hanya meniru budaya dan cara hidup orang Barat yang bebas dilarang kerana akan membawa kerosakan moral dan akhlak individu dan masyarakat.
Naluri Ingin Bercinta

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.