Tip Mendekati Wanita Pujaan

Share on Tumblr
WANITA DIKATAKAN PUNYA SIKAP YANG SELALU BERUBAH-UBAH, OLEH ITU RAMAI LELAKI KERAP MENGADU SUKAR MEMAHAMI MEREKA. TANPA PEMAHAMAN TENTANG WANITA PUJAAN MEREKA SUKAR BAGI LELAKI UNTUK MENDEKATI APATAH LAGI MENGUASAI MEREKA. AKAN TETAPI PANDUAN BERIKUT BOLEH ANDA PRAKTIKKAN.


1. Gunakan Kelebihan Wanita
Sesetengah wanita ada kalanya mempunyai idea dan IQ yang lebih bernas daripada lelaki. Jika lelaki melihatnya dari sudut yang positif, bermakna kelebihan wanita ini jika digandingkan mampu mencipta idea yang hebat. Satu kelemahan wanita ialah kalah dengan emosi. Justeru dalam menakluki wanita, lelaki sebenarnya boleh menggunakan kelebihan dan kelemahan ini sebagai ‘senjata.’

2. Perancangan Teliti
Memikat wanita perlu strategi yang betul. Jika anda tidak mengaturnya dengan sempurna maka anda akan dikuasai wanita.

3. Jangan Terlalu Mendesak
Ramai lelaki yang mempunyai sikap ini yakni suka mendesak. Mereka berasa sangat puas jika melihat orang lain menurut kehendaknya. Namun dalam menunjukkan anda seorang lelaki budiman, jangan sesekali melakukannya kerana tiada wanita suka lelaki begini. Bersikap rasional dalam semua perkara, insya-Allah hubungan anda akan kekal selama-lamanya.

4. Kenali Kekuatan
Sebaiknya kenalilah kekuatan pada diri anda. Jika anda mampu “memperlihatkannya” kepada si dia bermakna anda adalah lelaki idaman wanita.

5. Seorang Yang Berinisiatif
Kekuatan karakter tidak menyamai kekuatan fizikal. Ramai lelaki beranggapan, bentuk tubuh yang tegah adalah lambang lelaki gagah namun kalau karakter anda lemah, anda juga mudah kalah. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh melindungi diri mereka di saat susah dan senang, mampu menenteramkan jiwa di saat lara, memberikan idea di saat yang anda perlukan. Jadi sebagai lelaki, berusahalah mencari ilmu-ilmu ini kerana keupayaan anda akan membuatkan wanita begitu mencintai anda.

6. Buat Wanita Tergila-gila Pada Anda
Zaman dahulu, pahlawan menjadi pujaan ramai wanita. Mereka dianggap seorang yang hebat, pelindung dan memiliki kekuatan dan biasanya digambarkan sebagai kacak. Namun di zaman ini, tiada lagi pahlawan sebaliknya muncul ramai lelaki yang berilmu, berkarisma, memiliki segala-galanya. Jadi gunakanlah ini sebagai kelebihan membuatkan wanita tergila-gilakan anda.

7. Disiplin Diri
Bagi sesetengah lelaki, mereka bangga jika bergelar romeo dan punya ramai teman wanita. Tapi wanita pula tidak mencari lelaki seperti ini kerana bimbang hubungan yang dibina tidak kekal ke jenjang pelamin. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung. Justeru itu, disiplinkanlah diri untuk setia kepada yang satu serta beberapa perkara yang boleh membuatkan wanita terus menyenangi anda.

8. Pemimpin Di Mata Wanita
Agak sukar sebenarnya mencari lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat kepimpinan dalam diri mereka. Sikap pemimpin yang anda tampilkan mampu memperlihatkan anda mampu menerajui keluarga dengan penuh tanggungjawab.

9. Perlukan Perancangan
Ramai lelaki suka keluar berhibur malam hanya kerana mahu berseronok bersama rakan. Namun ini tidak menggambarkan komitmen anda. Wanita mahukan lelaki yang penuh perancangan bukan asyik bergembira tanpa hala tuju.

10. Kawal Cemburu
Jangan tidak tahu, bukan wanita saja yang cemburu, iri hati dan sebagainya sebaliknya ada juga lelaki begitu. Dalam mencari kekuatan diri anda, kenali sikap diri yang mungkin menjauhkan diri anda daripada insan bergelar wanita.

~ MW
Tip Mendekati Wanita Pujaan

11 Komen:

Insan Bernama Kekasih berkata...

salam..bagaimana pula kalo lelaki 2 nak mendekati perempuan untuk mndapatkan orang lain?mesti prmpuan 2 dh menaruh harapn giler kat lelaki 2...

Tanpa Nama berkata...

mcm mane pulak harus sya buat,sekiranya saya jatuh cinta pada seorang gadis yg sudah punya kekasih....

Tanpa Nama berkata...

hmmm....cne plak..kalo sume pompuan yg kte ske x ske kt kite...perlu ke kte mncri pujaan hati lagi..???

Tanpa Nama berkata...

wahai kalian...sekadar melintas lalu..
bagi saudara/saudari yg sukakn seseorang yg sudah punya kekasih..
sy harap ia xditeruskn..
bayangkanlah anda meneruskan..
masalah pd si dia akn berlanjutan semasa dan selepas..
jika ia menerimamu, masalah timbul pd dia dan juga kekasihnya..
sungguh memeritkn kpd xbersalah..sy baru laluinya..

Sdikit cerita : sy lelaki..tlh mengnali farahana 4tahun..
2thun bercinta dan masing2 23thun..
baru2 ni rakan tmpat kerja (36thun) melamar utk berkhawin dgnnya bersungguh2 yg baru dikenali 2bln yg lalu....
dia jauh dr sy,sy kedah dan dia pahang..
sy nmpk perubahannya..kerap mendesak agr cepat kawin sdgkan sy baru bhenti kerja utk dptkan kerjaya yg lbh baik...
lastly dia crita sgalanya..keliru..antara cinta dan masa depan..

sy tahu sy ada dhati dia tp bila berjauhan dia xnmpak kesungguhan sy..kecewa..sedih...tp tetap sabar,tabah dgn cinta pdnya..sy bnyk berbincang dgn kwn karib kami..fmily...dan cdangkan dia fikir masak2 dan bawa berbincang dgn sesiapa....sy kol lelaki tu..semua sy lakukan..sy xpenah begitu sedih selama ni...xdpt kawal perasaan..

berkat ketulusan hati mencintainya...akhirnya dia memilih sy selepas kami brake sehari dlm masa 2mgu perkara ni timbul..dia mula sedar apa yg berlaku dan sy bnyak mmpelajari kelemahan sy sblm ni dlm urusan masa hadapan..tp selepas itu..sy xpenah selesa,gusar mmikirkanya di sana.......

adakah benar dia masih menyintai sy......
adakah lelaki itu xmengulanginya...
adakah fmily sy xmemikirkan -ve thadap dia....
adakah ia xberubah hti lg..

jd...sy merayu jgnlh menyintai org itu jika dia punya kekasih.....kerna pasti akan ada yg terluka jika ia berlaku...

jgn menaruh harapan..

amin_kbg1001@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

da bnci la cnta skang . ble na plih ade je orng laen amik dia dlu .

Tanpa Nama berkata...

cinta membuat aku merana ....

Tanpa Nama berkata...

?

kekasih dirindui berkata...

sedikit cerita yg perlu dikongsikan ambilah sebagai iktibar,sy hanyalah insan biasa yg lemah dan mengharap agar dicintai disayangi,sy berumur lingkungan 21 telah pn bekerja dan menjalani kehidupan harian seperti insan yg lain,selama hidup sy,tidak pernah bercinta selama 21thn kerana kekurangan pada diri sy,sy selalu berharap,dan mengharapkn kasih kepada teman2 yg sy kasihi tp,itu semuanya tidak berkekalan kerana sy sering dipermainkan perasaan,sering sy tangisi dan berfikir apa kesalahan sy,smpai dipermainkan begini..sehingga suatu saat sy mgenali seorang wanita yang bernama kekasih..satu tempat kerja dgn sy..pertama kali pertemuan sy dgn dia membuatkn sy mula utk mengenalinya dgn lebih rapat..diantara kami terdapat perbezaan dari segi umur,bangsa dan agama..setelah sekian lama kami mengenali antara satu sama lain..sy mula senang dan perasaan cinta sy mula berputik..dia sering mengambil berat pada sy,dan selalu memberi nasihat dan semangat buat sy..sy amat menyayanginya...kami menjalinkn hubungan tanpa diketahui oleh rakan sekerja..kerana itu adalah permintaanya..dia pernah memberi tahu sy bahawa sebelum ni dia ada teman lelaki,tp teman lelakinya berjauhan darinya kerana urusan kerja,tp akhirnya dia dpt mengetahui yg teman lelakinya ada hubungan dgn perempuan lain..teman lelakinya selalu sibuk dan tidak mgambil berat keatasny..teman lelakinya adalh saudaranya..tp dia tidak mengetahui bagaimana cara utk dia menyelesaikanya..sy selalu berada disisinya dan memberi semangat,sokongan nasihat dan kasih sayang pada dia sepenuhnya..dia senang dan gembira bila bersama sy..kami sering ber sms dan dia sering hubungi sy setiap malam dan bercerita kpda sy tentang kehidupanya dan tentang keluarga dan tempat kerja..kami selalu keluar bersama,setiap hari sy selalu bertanya khabar dia..kehidupan sy ni biasa dan tak pandai bersosial..dan dia ramai kwn lelaki mahupn wanita kerana sikapnya yg peramah dan suka berkawan..sy memahaminya dan sy tidak pernah menghalangnya kemana pn dia mahu pergi,aslkn dia pandai jaga diri..kami pernah selisih faham tp dapat diatasi kerana sy bertolak ansur..sy menyanyanginya lebih dari segala galanya,dan beharap agar dpt disatukan dgn ikatan perkhawinan..dia pernah memberitahu sy,dia minta agar keluarga sy menerima dan restu dgn hubungan kami..tp langit tak selalunya cerah,pasti akn mendung akhirnya..akhir2 ni dia kurang bertanya khabar sy,dan tidak sms sy,dan bila sy hubunginya dia tidak pernah angkat,apa pn alasan yg diberi ,tetap sy terima,sms sy dia tidak pernah bls..sehingga satu masa dia sms pada sy dan mengatakan teman lelakinya akn dtg brjumpa dia.org tuanya memang nk satukan dia dgn teman lelakinya,kerana teman lelakinya adalah saudara dia,dan org tua kedua dua belah pihak tiada halangan..jd dia mgatakan pada sy yg dia terpaksa mengikut kehendak dan pilihan keluarganya,kerana itu permintaan org tuanya dia..sy tau terdapat halangan cinta kami kerana agama,tp sy tak pernah jd kn itu satu halangan buat sy utk mencintai dia..org tuanya tidak mengizinkan dia memeluk agama lain,sebabnya org tuanya berkata nnt tiada org akn menjaganya bila dia tua nnt..org tuanya nak dia berkhawin dgn saudaranya kerana senang nnt dia boleh menjaga org tuanya bila tua nnt,sy ingin sekali bertanya kpda dia,apakah benar saudaranya itu pilihan hati dia atau keluarganya..keluarga sy telah mengetahui dan tiada halangan,tp sy sedih kerana dia ingin menuruti permintaan org tuanya..sy tidak dpt menahan titis airmata,setiap hari sy fikirkn,knpa semua ini terjadi kpda diri sy??kenapa dia menghukum sy sebegini?sy tidak pernah menyinggungkan perasaan dia..dan kata2 dia utk mendirikan rumah tangga bersama sy tidak pernah sy lupakan..sy tidak kuat utk hadapi semua ini.tanpa dia hidup sy berubah..mungkin tiada lg keceriaan pada sy,setiap hari sy berdoa pada allah agar dibukakan pintu hati dia utk terima agama sy dgn hati yg terbuka dan terima sy dgn ikhlas..sy tak kuat nak lalui kehidupan sy..andai itu takdirnya :(

Tanpa Nama berkata...

cmna klau kita suka dekat wanita yg sudah berpunya...

Tanpa Nama berkata...

komennnnn

Vivi Asnita berkata...

bagaimana kalo sy kate sy sukekan kwn rapat sy ?..sy x tau samada cynta sy trbalas atau tidak ..tp ,.kami mmg rpt sngt2 dan sy syg un dye sngt2 ..sy slalu berdoa agr dye odoh sy ..anda sume doakan sy gak ye..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.