Sajak : Lagu Laut

Share on Tumblr

Lagu Laut

Maka ceritakanlah kepadaku
lagu laut
lagu rindu
irama suka
menggulung duka
ditariknya tinggi dihempaskan
ke dada samudera
dan terbenamlah cita
dalam jurang dasar tiada

Moga rindu retak berderai
bagai ombak memecah pantai
moga kuntum cinta berputik damai
pada cahaya yang seru bertalu
dalam rangkap-rangkap puisi syahdu
mengidam aku
mendamba aku

Nukilan:
Setiakasih
www.setiakasih2.blogspot.com

Photo kredit: Rafa Elias Sajak : Lagu Laut

3 Komen:

MERAK berkata...

AKU RINDU SAAT ITU
Kerna dia kisah bermula lahir kini sebuah cerita aku yang dulu petah berbicara sekarang patah semua bahasa daya tentera bukan lagi gagah sebelum sekarang sembunyi hilang cahaya taman seri dengan semua gurau senda kerana mentari sudah pergi wangi bunga tiada lagi hanya semerbak haruman pilu kerana aku rindu saat itu.

Jika ada dia masin garam jadi gula hirup air madu terasa hari lalu terasa gembira sering disapa khabar indah dari dia hari berlalu lekas tidak terasa terik matahari cepat pergi dengan purnama laju berganti kini tiada lagi itu semua manis sudah jadi cuka tiada lagi warna pelangi hanya mendung sepanjang hari dalam ruang aku terkunci menatap kenangan yang sudah mati keluh-kesah rasa tengkujuh menerima dia yang sudah pergi meharap memori indah akan kembali walau mustahil untuk di kecapi setia aku terus tunggu kerana aku rindu saat itu.
Aku terus tertanya Masihkah dia ingat saat kami luah rahsia hanya kami tiada siapa tahu sembang semua benda seakan sudah kenal lama kata dia aku kawan selain hawa paling rapat sekarang walau duduk dekat aku rasa kami jauh sangat seakan dihalang sebuah pintu jujur katakana kerana aku rindu saat itu.
Aku sedar ku siapa hanya sekecil serangga tidak semegah raksasa bukan wira pujanga impian si dara tidak seduduk berdiri tidak sama di luar ramai lagi pahlawan gagah belum beraksi suadah buat dia mimpi indah.

Terima kasih ku ucapkan padamu kerana rela berkongsi secebis cerita tercalik sudah setitik dakwat dalam tulisan yang akan aku bersembahkan kerana aku hendak dia tahu kerana aku rindu saat itu

Tanpa Nama berkata...

eemmmmm~sy sdh pula nh.....huhuhuh

Tanpa Nama berkata...

sangat,sangat menyedih kn..hUrM...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.