Tip Hindari Perasaan Kecewa

Share on Tumblr Rasa kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena `penyakit' kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.


Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan `tidak normal' jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup!

Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.

Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.

Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

* TERIMA KENYATAAN

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.

Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

* BERFIKIR

Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.

Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

* BERFIKIRAN POSITIF

Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.

Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

* LUAHKANNYA

Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).

Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.

* BERI TUMPUAN PADA HIDUP

Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa. Tip Hindari Perasaan Kecewa

17 Komen:

nur berkata...

boleh jga 2.tp tetp susah cwex slu gunain persasan ketimbang otak

tia berkata...

bole2 aj tu tapi mau ge mn semakin mencoba tuk melupakanya semakin susah

aicya berkata...

yang paling mudah biar cepet ilang rasa kecewa itu, adalah inget- inget aja terus apa yang membuat kamu jengkel kepadanya,,pokoknya inget aja terus hal2 jahat yang dia lakuin ke kam, dijamin dehh.. km bakal ilfeel ma dia, dan cepet ilang tuh rasa kecewa km. ^_^

dewi berkata...

sipp sipp..........
saran aicya manjur banged tuh!

Tanpa Nama berkata...

bkn senang nk lupakan kekecewaan.....
kdg2 terasa tlalu berat beban yg dipikul...
org lain xkn fhm apeyg kt rasai...
mmg mudah berkata-kata, tp xmudah bg yg mgalaminye.

Tanpa Nama berkata...

bkn mudah tuk kta lpakn kekecewaan...mybe org lain sng bercakap..tp yg alaminya dri kta sndri..ssh tuk kita hdpi kekecewaan ini..tp kekecewaan mngjar kita mnjdi sorg yg kuat..

Tanpa Nama berkata...

ada apa dgn cinta....cinta sbnrnya byk menyakitkan hati...

Tanpa Nama berkata...

bkn mudah utk menemukan cinta sejati...yg betul2 mencintai kite kerana allah..sesungguhnye aku mengimpikan cinta yg halal bg aku..tp cinta yg halal sukar utk di miliki....

Tanpa Nama berkata...

sedih sgt

yanti-rian berkata...

cinta bisa bertahan dengan adanya saling percaya, saling mengagumi, saling mendukung dll.
jarak yang memisahkan bukan berarti kita bejauhan. diri mu slalu akan menjadi 1/2 jiwa ku

Tanpa Nama berkata...

cinta bukanlah segalanya dalam hidup..berterima kasihlah pada orang yang pernah mengecewakan kita kerana dia telah mengajar kita untuk lebih tabah dalam menjalani hidup...

Tanpa Nama berkata...

aku takut terlalu mendewakan cinta...
hingga rasa cinta ku terhadap Allah pudar...
izinkan aku mencintai dia karna karunia mu ya Allah...
dia adalah wanita terbaik yang kau karuniakan bagiku MAYA PUSPITA NINGRUM

Tanpa Nama berkata...

cinta perlukan kesetiaan dan kejujuran..tanpanya..ia akan musnah..percayla..

Tanpa Nama berkata...

hmmmmmmmmmm...
sy slalu stress..
stress 1 cbb sya ada pnyakit yg mmg ssh nk ilang..
stress 2 sy slalu kne mrh ngn ayh n mak sy..
stress 3 sy rsa b'slh terhadap kwn lme sy yg sdh lme smpan
prasaan dia terhadap sy..
sy mmg ska pndam kn perasaan nie smpai kn sy blh stress ary2 dok kt umh..mla nk naik angin nk mrh owg..

Tanpa Nama berkata...

aku suka soeang gadis ni..dari tahun 99 aku kejor...sampai skang tak dapat...aku takkan putus asa

Tanpa Nama berkata...

Aku dah break dengan kekasih aku . Selama ni aku jaga dia baik baik . Bagi dia macam macam . Aku seorang yang setia . Tapi nak buat macam mana . disebabkan mulut orang aku break dgn dia . Orang kata aku tak sesuai dgn dia . Dia pun dengar cakap kawan . Susah lah . Susah kalau dapat kawan yang tak boleh tengok kawan bahagia . Tapka aku tahu tuhan akan balas sewtiap perbuatan yang dilakukan . kalau sekarang dia buat macam ni . nanti orang lain buat mcm ni pulak kat dia .

muhd azan yusof berkata...

Kenapa bapa dia sanggup tunang kan dia dengan paksa tanpa dia mengenali si dia . .

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.