Motivasi Diri : Hilangkan Sifat Takbur

Share on Tumblr Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini:


Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu.

Apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.

Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya. Lawan sifat sombong ialah tawaduk atau rendah diri.

Semoga mendapat manfaat. Motivasi Diri : Hilangkan Sifat Takbur

8 Komen:

Tanpa Nama berkata...

amat bermakna kandungan ini..semoga dapat diamalkan kita semua

Tanpa Nama berkata...

sangat berkesan

Ana Zahira berkata...

meaningful..practise time..~

baby_hani87 berkata...

jadikan ianya satu pegangandlm hidup kita..

Tanpa Nama berkata...

minta share....

Tanpa Nama berkata...

sangat bermanfaat. Kata2 hebat dari insan hebat(Iman Ghazali)

Tanpa Nama berkata...

ilmu yg baik..thanks..
semoga kita sama2 brusaha mnjdi ke arah yg lebih baik.. :)

Tanpa Nama berkata...

minta supaya segala artikel yang baik boleh dicetak dan dapat disebarkan kepada mereka yang tidak mempunyai aplikasi internet

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.