Rahsia Personaliti : Antara potensi diri dan kerjaya pilihan

Share on Tumblr Ruangan ini membincangkan empat personaliti lain iaitu keusahawanan, sosial, artistik dan konvensional seperti yang disarankan oleh Teori Holland (1958).

Holland dengan jelas menganalisis keperluan pekerjaan, seterusnya membantu mencari titik pertemuan antara potensi diri anda dengan kerjaya yang sesuai.

Analisis diri ini sangat penting kerana dapat membantu anda mengenali personaliti diri seterusnya mampu menyesuaikan dengan kerjaya yang menjadi minat diri.



1. Keusahawanan

Individu jenis ini mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi dalam bidang berkaitan pengurusan dan perniagaan. Mereka lazimnya mampu memujuk orang lain dengan menggunakan kemahiran lisan yang baik.

Menariknya, individu jenis ini suka berurusan sama ada dengan data mahupun manusia dan jika boleh, akan mencari prestij dan kedudukan di mana saja.

* Ciri personaliti:

Persuasif, bertenaga, bersosial, suka cabaran, bercita-cita tinggi, suka ambil risiko, agresif, memujuk, cergas, ekstrovert, bersungguh-sungguh, suka berbahas, yakin, mempengaruhi, interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, pentingkan diri, maskulin dan bermotivasi.

* Bidang pekerjaan yang sesuai:

Hospitaliti, pelancongan, perhotelan, komunikasi, perbankan, pelaburan, kewartawanan, undang-undang, sains politik, pemasaran, pengiklanan, pengurusan, pentadbiran, perniagaan, insurans, penerbitan, penilaian dan keusahawanan.

* Bidang pengajian:

Pengurusan hospitaliti, pelancongan, rekreasi, perhotelan, komunikasi, pengurusan dan pentadbiran, pemasaran, perniagaan, undang-undang, sains politik, sains aktuari, pengiklanan dan kewartawanan.

2. Sosial

Jenis personaliti ini terdiri daripada individu yang suka berurusan dengan orang ramai. Mereka sangat menginginkan hubungan interpersonal namun, cuba untuk tidak cenderung ke arah aktiviti berbentuk intelektual atau fizikal yang intensif.

* Ciri personaliti:

Menolong, memberitahu, mengajar, memberi inspirasi, membimbing, memberi khidmat, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggungjawab, peramah, penyabar, baik hati, riang, ekstrovert, memahami orang lain, suka bergaul serta pemurah.

* Bidang pekerjaan yang sesuai:

Hospitaliti, pelancongan, perhubungan awam, kaunseling, terapi, perkhidmatan pelanggan, psikiatri, sosiologi, pendidikan, politik, kejururawatan, pengacaraan, pramugari dan diplomatik.

* Bidang pengajian:

Pengurusan hospitaliti, pengurusan pelancongan, komunikasi, perhubungan awam, kaunseling, pengurusan perkhidmatan, sains sosial, pentadbiran, pendidikan, kejururawatan, pengurusan acara, sains politik dan pengurusan sumber manusia.

3. Artistik

Individu jenis ini berkebolehan mencipta sesuatu karya seperti sajak, muzik, lukisan atau ukiran menarik hasil daripada bakat yang ada.

Mereka ialah pencipta yang mahu berurusan dengan idea dan manusia. Bagi mereka ekspresi diri sangat bernilai dan lazimnya tidak menyenangi kehidupan yang berstruktur dan terurus.

* Ciri personaliti:

Kompleks, asli, mengikut gerak hati, bebas, penuh perasaan, kreatif, sensitif, imaginatif, banyak idea, lembut, fleksibel, tergesa-gesa, berpendirian, suka bersendirian, terbuka dan idealistik.

* Bidang pekerjaan yang sesuai:

Seni bina, reka bentuk dalaman, reka grafik, kewartawanan, komunikasi, pengiklanan, persembahan tarian, pemasaran, pendidikan bahasa dan sastera, muzik, perekaan fesyen, penulisan skrip, lukisan dan lakonan.

* Bidang pengajian:

Seni bina, seni lukis, seni reka, reka bentuk dalaman, reka grafik, fesyen komunikasi, kesusasteraan, kebudayaan, muzik, bahasa, sastera dan seni lakon.

4. Konvensional

Personaliti konvensional adalah jenis terurus dan sistematik dalam pekerjaan yang dilakukan. Mereka lebih berminat berurusan dengan data dan situasi.

Selain itu, suka menurut arahan dan mempunyai kawalan diri yang kuat di samping suka kepada persekitaran yang terurus.

* Ciri personaliti:

Berhati-hati, patuh, konservatif, berhemat, kawalan diri, berstruktur, jujur, kemas, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, bijak sesuaikan diri, mendesak, tegas, praktikal, disiplin dan terancang.


* Bidang pekerjaan yang sesuai:

Aktuari, pentadbiran, perbankan, kejuruteraan, kewangan, teknologi maklumat, ukur bahan, akauntan, editor, pengurusan, perpustakaan, kewartawanan, pengauditan dan statistik.

* Bidang pengajian:

Sains aktuari, perbankan, kejuruteraan, kewangan, pengurusan, pentadbiran perniagaan, teknologi maklumat, ukur bahan, perakaunan, kewartawanan, pengurusan, sains perpustakaan, pengauditan dan statistik.

* Penulis ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Rahsia Personaliti : Antara potensi diri dan kerjaya pilihan

16 Komen:

Eman berkata...

Mungkin saya tergolong dalam Personaliti Artistik. . .
kerana mencipta puisi sebahagian diri saya. . .

Tanpa Nama berkata...

saya tergolong dalm bidang sosial kerana saya seorng jururawat.........

Tanpa Nama berkata...

hmmm...i loike...sya minat pendidikan..

gurl_sdey berkata...

sye ske bidang personaliti artistik...
tp sy x ambil sbjek seni... cmneee??? HELP ME PLEASE?

Tanpa Nama berkata...

hurmm

Butterfly Princess berkata...

Salam ukhwah.
Artistik.Saya minat semua tu dan ciri sepadan. Tapi saya di bidang technology.Semua itu kajian.Jangan risau jika kamu bukan dilandasan seperti yang diceritakan.Mungkin kamu jadikan itu sebagai minat dan kerjaya itu sesuatu yang salah satunya dalam diri(^_^)all the best!

Tanpa Nama berkata...

otak kiri dan kanan mula berbisik...
pening memikirkan...

Tanpa Nama berkata...

sownok...bgus sgt bile dpt jdkn guide utk muhasabah dri sndri...

Tanpa Nama berkata...

kovensional.. yup, dats me now! time sekolah amik sains tulen, cita2 nk jadi doktor tp result x bape best, so sambg blaja dlm civil engineering. abis blaja, terus keje dgn contractor smpi skrg.. mule2 jadi planner, best... tp lpas jadi qa/qc eng, lg best dept ni! hehe ^^

Tanpa Nama berkata...

knvensional.....cita2 nk jd akauntan....
skit2....mula dr bwh....

Tanpa Nama berkata...

sy kurang fham la!!!

Tanpa Nama berkata...

Konvensional. tapi, x mula untuk bekerjaya lagi..

Tanpa Nama berkata...

konvesional..saya seorang yg suka akan kekemasan...

Tanpa Nama berkata...

Keusahawanan. Saya rasa personaliti saya sama spt yang disebutkan krn cita - cita saya adalah utk menjadi seorang peguam. :D

Tanpa Nama berkata...

Saya banyak di keusahawanan, tapi saya suka bersosial. Kalau nak jadi wartawan, kena ada kat artistik & sosial. Pening dah.

Tanpa Nama berkata...

saya masih pening memikirkan soal kerjaya dok thu nk jadi apa,tapi soal pelajaran tk dk masalah dh cme kerjaya tu yg bermasalah skarg ni.

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.