Luahan Hati : Dania (1)

Share on Tumblr Dania,
Melihat dirimu membuat aku berdoa yang engkau adalah yang terbaik di sisiku. Semoga pintu hati seorang ibu terbuka buatku. Engkau kesayangan hati ibu, engkau adalah harta ibu, engkau adalah perasaan ibu dan engkau adalah ibu.

Dania,
Jikalau dahulu,
Engkau bukan pelengkap diriku, bukan engkau yang aku mahu,
Sudah cukup penderitaan yang aku lalui
Ketika engkau di dalam rahimku,
Dan ketika itu air mata ini tidak dapat di bilang lagi,
Seolah-olah aku memaksa diriku untuk bersatu denganmu.

Dania,
Aku makan sebab dirimu. Aku menangis sebab dirimu.
Aku ego sebab dirimu.Aku di sakiti sebab dirimu.
Aku menanggung derita di sebabkan dirimu.
Dan mengapa aku melakukan dan dilakukan adalah semua di sebabkan dirimu.

Di suatu masa,
Ketika aku sedar engkau berkongsi makananku,
Ketika aku sedar engkau berkongsi minumanku,
Ketika aku sedar engkau juga adalah darahku,
Dan yang paling berat aku membawa jantungmu
Di mana sahaja aku berada,
Aku mahu saja masa itu pantas berlalu,
Mahu sahaja aku putuskan segala bekalan keperluanmu
dan keinginanmu tatkala itu,
Tetapi itu bukan aku.


Saban hari aku berdoa,
Ini adalah mimpi buruk untukku,
Tapi hakikatnya doaku juga engkau dengar.
Engkau juga mengetahui segala pergerakanku,
Engkau mengerakkan jari jemarimu,
Engkau berpusing ligat untuk mendapatkan perhatianku.
Saat aku meletak tapak tanganku di kulitku,
Terasa akan pergerakan jari jemarimu yang cukup halus itu,
Hatiku kelu untuk berkata-kata,
Perasaan ku kaku,
Air mata ku beku tidak seperti selalu,
Yang senang mencurah keluar airnya,
Seolah-olah engkau berkata sesuatu kepadaku,
“ Saya sayang ibu…Jangan menangis ibu…Ibu tak sayang saya”


Sehingga di suatu hari,
Di subuh itu engkau sentiasa denganku,
Mengejutkan aku dengan tingkah lakumu,
Dan sampai satu saat aku merasa sakit teramat sangat,
Ku capai beg pakaianmu dan apa sahaja yang penting untuk dirimu.

Sepanjang perjalanan,
Hanya doa di dalam hatiku.
Semoga segala urusanku di sana berjalan lancar,
Tanpa sesiapa di sisi kita berdua.
Aku mengharapkan engkau dengar akan bisikan dan rayuanku,
Yang berkata “ Berjuang bersama ibu kerana kita adalah satu”.

Kiri dan kananku,
Sepanjang perjalananku ke bilik kita,
Lelaki yang bergelar suami dan juga ayah,
Kelihatan resah menanti cahaya hidupnya tiba,
Kelihatan gusar untuk menanti khabar berita.
Cuma kita sahaja…….Air mataku sudah beku. Hatiku keras.
Niatku hanya satu adalah untuk melahirkanmu.

Alhamdulillah,
Berkat doa dan usaha kita berdua,
Engkau dengan mudah melangkah
Keluar untuk lihat dunia ini.

Putih, gebu, comel…dan engkau adalah
budak perempuan yang kecil,
Dan air mataku menitis laju,
Aku cuma memandangmu 3 minit,
Tetapi meminta 30 minit untuk berjauhan darimu.

Sebak hatiku melihat dirimu,
Sebak hatiku melihat cahaya kasih di wajahmu,
Sebak hatiku yang melihat kelopak matamu
Yang akan di buka sebentar lagi,
Dan melihat diriku yang di landa kebencian terhadap ayah kandungmu.

Penangan ayahmu,
Aku telah membenci dirimu. Aku telah memulau dirimu.
Kelakuan ayahmu ,
Membuat aku berfikir engkau sama seperti dia.
Pembohongan ayahmu,
Membuat aku tidak mahu mendengar tangisanmu di benak telinagku.
Dan raut wajah ayahmu,
Membuat aku tidak kuat melihat wajahmu yang bersih itu.

Astagfirullahalazim………

Bantu aku Ya ALLAH…..
Ampuni segala dosaku Ya ALLAH.
Sesungguhnya Ya ALLAH,
Aku bersyukur di atas kehadiranya,
Aku bersyukur di atas senyuman itu,
Kerana,
Tidak dia pinta untuk di lahirkan di dunia,
Tidak dia pinta untuk di benci,

Dan dia juga……
Dia adalah benih rasmi lambang cinta kami,
Tapi dugaanmu terlalu hebat,
Sehinggakan lelaki itu lalai
Dalam melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami,
Dan juga sanggup melukakan
Hati seorang isteri yang mengendong zuriatnya sendiri.

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Sesungguhnya kebencian diriku terhadap ayahnya
Tidak mungkin padam,
Ditipu, disakiti dan di tikam belakang,
Bara itu tidak mungkin sejuk untuk dirinya
Yang bergelar lelaki.
Tetapi,
Bukakan pintu hatiku dan ruang untuk si kecil ini,
Untuk darahku ini,
Untuk menerimanya sepenuh hatiku,
Untuk menerima kasih dan sayangku sepenuhnya,
Dan untuk menerima pautan tangan kasihku sehingga aku tiada
Di muka bumi ini lagi.

Naukilan rasa:
Shana Luahan Hati : Dania (1)

2 Komen:

amni_♥_ayien berkata...

like,,like,,likee

Frankie John berkata...

Bagus dan menarik ;D

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.