Cara tingkatkan prestasi pelajaran

Share on Tumblr Bagaimana mahu meningkatkan prestasi pelajaran?


Jangan cepat berputus asa, orang yang berjaya tidak semestinya mempunyai otak geliga, jadi apa yang perlu untuk mencapai kecemerlangan ialah:

* Mesti ada keazaman yang kukuh iaitu sikap dahagakan ilmu dan sentiasa mengidamkan kecemerlangan. Azam mestilah sentiasa membara dan di semarakkan hingga ke akhir hayat sehingga kejayaan benar-benar menjadi kenya taan.

* Perlu berusaha keras namun sistematik. Bagi mencapai kecemerlangan, mesti dimulakan dengan usaha berterusan iaitu dengan membuat perancangan teratur. Pembahagian masa yang baik dan tenaga mencukupi diperlukan untuk menjalani usaha itu.

* Mengetahui dan mempraktikkan `study smart'. Ramai pelajar menyangkakan kejayaan hanya tercapai jika kita `study hard', namun, sebenarnya disamping belajar bersungguh-sungguh, kita mesti mempunyai perancangan secara berkesan.

Maksudnya, dengan mendapat hasil maksimum menggunakan masa serta tenaga minimum. Anda tidak boleh belajar secara membuta tuli. Buat perancangan supaya apa yang dipelajari mudah difahami.

* Disiplinkan diri juga penting dalam menghadapi cabaran dan rintangan iaitu dari segi pengurusan masa dan menahan diri daripada perkara melalaikan.

* Kemantapan jiwa, mental dan fizikal iaitu:

a) Cintakan kejayaan dan kecemerlangan

b) Cinta ilmu dan peningkatan

c) Cinta persaingan dan kemenangan

d) Cinta masa dan bijak menguruskannya

e) Cinta usaha dan kegigihan

f) Cinta Tuhan, diri, keluarga dan bangsa

Otak yang cerdas datangnya dari badan yang cergas dan jiwa yang tenang.

* Tidak mudah putus asa.

Pelajar cemerlang ibarat seorang jaguh sukan yang sentiasa menang dalam pertandingan disertainya dan tidak pernah merungut kepenatan atau keletihan.

Justeru, seseorang pemenang tidak mudah putus asa dan berpuas hati dengan pencapaian sederhana.

Bersama Kaunselor
Puan Hafsah Abdul Hamid Cara tingkatkan prestasi pelajaran

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam, saya ada menjual produk pendidikan secara online iaitu Score A dengan harga yang berpatutan. Jikalau berminat, bolehlah email ke thisisme157@gmail.com

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan prestasi pelajaran. :)

Tanpa Nama berkata...

salam,sye hrp slps nie sye blh fokus pda pljran ...
dgn tip nie sye hrp blh membantu meningkatkan prestasi pelajaran..
.

Tanpa Nama berkata...

i m pelajar

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.