10 alasan lelaki elak perkahwinan

Share on Tumblr Ramai lelaki menolak bila diajak bicara soal perkahwinan kerana merasakan diri belum bersedia untuk melangkah ke fasa itu. Alasan belum bersedia dengan tanggungjawab, duit belum cukup dan masih belum puas membujang adalah yang sering didengar. Akan tetapi selain alasan ‘rasmi’ itu masih ada banyak lagi. Antaranya seperti di bawah ini.


1. Soal anak

Ini alasan dangkal yang mungkin diberi lelaki yang memang belum bersedia ke alam perkahwinan. Bermakna mereka belum bersedia memikul tanggungjawab berat dan juga komitmen.

2. Anda anak emak
Dia menyukai masakan ibu anda, menjadikan ayah anda yang berkarisma sebagai idolanya, dia juga rapat dengan abang anda namun dia belum bersedia untuk memilih anda sebagai isterinya. Kalau lelaki memberi alasan anda anak emak, itu cuma dalihnya untuk tidak masuk ke gerbang perkahwinan.

3. Tidak serius
Bila ditanya adakah dia mencintai anda, dia menjawab ya. Namun bila diajukan soal perkahwinan, dia seperti belut yang licin, asyik mengelak dan terlepas. Jika lelaki ini yang ditemui, anda mungkin perlu menunggunya lebih lama untuk hubungan yang lebih serius.

4. Anda memberi tekanan kepadanya
Dalam menjalin hubungan, wanita akan mengimpikan ia akan berakhir dengan perkahwinan. Tidak hairanlah seorang lelaki itu sering diajukan soal perkahwinan. Namun bila anda berbicara soal ini, dia menyatakan bahawa anda memberi tekanan kepadanya maka anda harus terima kenyataan lelaki itu bukan yang terbaik untuk anda.

5.Anda berhutang sesuatu
Memang ramai lelaki yang suka menabur janji manis demi memikat hati tetapi kesannya mungkin tidak seperti yang difikirkan. Kalau seorang lelaki itu selalu berjanji dan amat sukar menunaikannya, itu satu petanda bahawa dia bukan serius dalam perhubungan. Anda mungkin bukan satusatunya wanita yang ditaburi janji.

6. Kata-kata tidak diterima akal
Sesetengah orang beranggapan, perkahwinan sesuatu yang membebankan. Maka golongan ini akan sering memberi pelbagai alasan tentang perkahwinan terutama yang tidak masuk dek akal. Jika inilah yang terjadi, janganlah terlalu berharap, takut nanti anda akan kecewa tentang ilusi sebuah perkahwinan.

7. Mahu mengenali keluarga dahulu
Memang logik jika dia memberitahu mahu mengenali keluarga anda dahulu tetapi sangat tidak logik, jika ia mengambil masa yang lama. Ia mungkin satu alasan mereka lagi.

8. Terikut rakan
Adat manusia, bahagia bila melihat orang lain bercinta. Lantas diri mahu melakukan perkara yang sama walaupun sebenarnya tidak serius. Mereka hanya mengikut rakan. Jadi fikir-fikirkanlah apa kesudahannya lelaki begini.


9. Bercinta lebih seronok dari berkahwin
Ini antara alasan kurang matang bagi lelaki yang takutkan komitmen perkahwinan. Bagi mereka, perkahwinan bermakna satu kongkongan dan jika ditakdirkan bercerai maka diri akan trauma. Lain kalau cuma bercinta, selepas putus boleh terus cari pasangan baru.

10. Anda gadis manis
Memilih isteri bukan seperti memilih ikan di pasar. Tunjuk dan bawa balik ke rumah. Tetapi kalau dia menganggap anda hanya gadis manis dan sekadar kawan biasa, jangan terlalu mengharap. Ini antara alasan lapuk lelaki yang takutkan komitmen perkahwinan. 10 alasan lelaki elak perkahwinan

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.