Luahan Hati : Lelaki Itu dan Kisah Aku

Share on Tumblr Lelaki Itu dan Kisah Aku


Lelaki itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya
Tidak kutahu mengapa ku rindu padanya
Dan juga tidak kutahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukakanku
Bukan sekali,
Bukan dua kali,
Malah kali ke-empat dia menolakku..
Membuang dan menolakku bagai bola

Tuhan,adakah aku satu permainan?
Tidak,aku tahu aku punya nyawa
Aku tahu aku punya perasaan
Aku tahu aku punya hati
Aku tahu aku punya harga diri
Dan jua aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan

Hidup ini,tidak perlu mempermainkan
Hidup ini,tidak perlu menyakitkan insan yang kamu mahu jaga
Kerana aku,
Tetap tegar berpegang pada janji itu
Janji yang disemat pada hari pertama ku nampak kamu
Janji yang mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku
Janji yang aku tetap berdegil mahu tunaikan di saat sahabat-sahabatku menangis melihat aku begitu

Mengapa?
Aku tidak tahu juga
Tapi satu yang aku tahu,
Aku sayang kamu
Aku sayang kamu
Aku amat sayang kamu
Amat menyayangi dirimu
Andai kata aku bukan untukmu...aku tetap mahu menjagamu dengan baik

Kerana aku sayang kamu
Kerana kamu teman yang aku rindu
Kerana hatiku tetap berdegil mahu menjagamu
Kerana kamu amat istimewa bagi diriku

Benar,aku tidak punya apa-apa
Hanya seorang gadis biasa yang sentiasa tumpah air matanya
Kerana lelaki itu
Kerana dia tegar untuk berpegang pada apa yang hatinya mahu
Kerana dia sayang lelaki itu
Kerana lelaki itu yang dia rindu
Yang dia rindu sesungguh hati pilunya
Yang datang dalam mimpinya hanya lelaki itu

Tuhan,
Kurniakan kesabaran padaku
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga lelaki itu
Di saat susah senangnya
Di saat dia mahukan cinta suci seorang wanita
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya
Aku mahu terus berada untuknya
Aku mahu selalu dekat di hatinya
Kerana aku sayang dia
Kerana aku cinta padanya
Kerana aku sentiasa mahu dia bahagia
Kerana aku tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya
Kerana aku..tetap sayang dia untuk selamanya

Walaupun kamu selalu sakiti aku,
Aku tetap mahu kamu
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali tinggalkan kamu
Gerak hatiku yang berkata kamu tidak dapat aku lepaskan
Malah menyuruh aku menjagamu
Apa betul keputusanku ini,
Aku tak mahu tahu
Apa yang aku tahu,
Biarlah aku tetap menjagamu
Apa-apa yang jadi selepas itu,hanya ALLAH yang Maha Tahu
Benar,hanya Allah pelindungku
Dia temukan kau dan aku

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku
Kerana aku mahu jaga kamu
Kerana aku mahu peduli tentang kamu
Kerana itu hatiku mahu
Jangan tanya aku
Kerana aku memang tidak tahu
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu

Nukilan:
SalaSierra Luahan Hati : Lelaki Itu dan Kisah Aku

31 Komen:

^^..daRkneSsgurLz..^^ berkata...

indahnye jika cinta ini dibls
..touching cgt ngan luahan aty ini..
syabas!!!


even aku sygkan kaw,aku trpksa mlpskan kaw pergi..
krna hnya itu yg kaw mahu..
aku snggup walaupn aku ta rela..
aslkan kaw bhgia..
aku juga ingin mnjagamu stiap msaku..
nmun kaw suda smkin jauh driku..
andai kaw trcipta buatku..
pulanglah sayangku:((
aku menantimu..

:((

mang0range berkata...

sedih

insan yg mnyayangi mu... berkata...

syahdunyer... maksud btl2 mndalam... s'suai bg kpd psgan spy die fhm isi hati kite... (peace)

eika daNiesya berkata...

zahiD.....
owaNk cyuNk aN kaMoo sNgt2....
owaNk xsNggp k'hilaNgaN kaMoo....
tp owaNk t'pkSe p'gy jGe....
cOz hNye e2 yuNk kaMoo maO...
owaNk sNggp walO owN pD hakikat nyEr owaNk xreLa....
aSalkaN kaMoo bHagie....
owaNk jGe iNgiN mNjGeMu stiap mSeku....
nMuN kaMoo sDa sMakiN jauH dariku....
tp aNdainye kaMoo t'cipta bwatku....
pulaNglaH cyuNkku...:((
owaNk mNaNtiMu...

Tanpa Nama berkata...

bagusnye...pencinta sejati..kerana kamu cinta die..

Tanpa Nama berkata...

andai dapat aku putar kembali waktu,,,,, aku ingin pergi ke waktu 'dia' merayuku memaafkan kesalahannya dan berharap untuk kembali ke pangkuannya,,,, andai dapat ku putar waktu... aku takkan menerimanya kembali!!! sakit hati buat ke sekian kalinya,,, dia takkan pernah berubah,,, andai dapat ku putarkan waktu.... aku takkan pernah menerima kamu!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

lebih baik di cintai daripada mencintai............

ain24 berkata...

Tuhan telah menentukan segalanya buat kita..apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya,mungkin saat kehilangan orang yang dicintai amat menyakitkan tapi pasti ada sinar baru yang akan memberi lebih kebahagian....kerana Tuhan selalu adil..

Tanpa Nama berkata...

EVEN KTE SYG OWG 2 TP DE SOME1 YG BEH PELUKN KTE NK WT CMNE.EMMMMMMMM.

Tanpa Nama berkata...

mencintai + dicintai + sakit + marah + menangis + happy + bahagia + @ everyting =cinta = manusia + perubahan.....just thinking is....lebih baik kita biarkan saja...berterima kasih la kerana anda berhak dalam cinta....ini pengalaman sangat indah =pengajaran

Tanpa Nama berkata...

like my stories life...

Tanpa Nama berkata...

beshhhh sgtt...nak share

Tanpa Nama berkata...

bez sgt!
mmg ssh utk org yg kite syngi..
tpi ingat..mgkin jga dia akn bhgia jika kite mlpsknnya dan mgkin kite akn mndpt yg lbih baik...

jatuh cinta dan dicintai kebahagian yg pling manis

Tanpa Nama berkata...

sdih bce kate2 ni....sngguh bererti stiap kte2 nya...

Tanpa Nama berkata...

so touching story neh...mcm kisah hidup kita gak...kenapa sllnya orang yang kita sayang seringkali menyakiti hati kita???? kejam kah dunia???

Tanpa Nama berkata...

SEKILAS TENTANGNYA


Ku tahu,,engkau maya saat ini,,,

Namun keberadaanmuu itu sungguh berarti bagiku,,,,,,,

Mengenalmu,,,aku sangat beruntung,,,,

Saat langkahku letih kau temani aku,,,

Saat langkahku terhenti kau beri aku kekuatan tuk terus berjalan,,,,

Saat ku gontai kau menuntun langkahku,,,,,,,

Seandainya kau nyata bagiku,,,,,,

Ku ingin menatap wajahmu,,,di kedua mataku,,,,,,

Kau begitu indah di mataku,,,,,A

Karenamu hari2ku kembali ceria,,,,,,,,,

Karenamu aku merasa bisa tersenyum lepas tanpa beban,,,,,,,,,,

Akankah Tuhan mengijinkan kita bertemu,,,,,,,,

Tuhan seandainya saja dia tahu,,,,,,,,aku sungguh mengaguminya,,,,,,,,,

Sangat mengaguminya,,,,,,,,,,

Ku berharap semuanya takkan memudar,,,,,,,,,

Tanpa Nama berkata...

sedihnya... same story as my life :'(

Tanpa Nama berkata...

Diriku jua begitu...
Aku ditinggalkan setelah dia kembali buat kali ketiga...
Kembali memberi harapan...
Melamar aku ke alam perkahwinan tanda cintanya begitu sejati...
Namun...
Akhirnya aku ditinggalkan sekali lagi...
Hingga saat ini aku masih setia menanti dirinya...
Moga Tuhan mendengar rintihan hatiku...
Amin...

Tanpa Nama berkata...

good story

Tanpa Nama berkata...

nice..
almaklum:
kdg2 sush memahami seseorng tp lagi sush memahami diri sendiri..
kata cinta hanya dibibir, kata dihati sape yang tau..moga iberikan petunjuk olehNya...amin

Tanpa Nama berkata...

Yunk..
Aku tulus menyintai kamu, lelaki yg amat² menyenangkan ku.
Tapi aku faham, aku tidak pantas untuk dicintai kamu.
Oleh itu, biarlah suara hati ini hanya bergema di dalam hati ku sahaja.
Aku tidak mahu persahabatan yg telah sekian lama terjalin ini, terputus.
Sayangku..
Izinkan aku terus menyintaimu walaupun hanya dari jauh. Sesungguhnya aku senang dapat membahagiakanmu, dpt melihat dirimu tersenyum, dan dpt menjadi orang yg pertama membantumu dlm apa jua masalah yg kamu dihadapi.

Tanpa Nama berkata...

sedih sgt2

Tanpa Nama berkata...

sume kte2 kt ats bez sgt.. nyentuh prsaan..

Tanpa Nama berkata...

hmm..lbh jurg jep ksh...
tp sbb terlalu terluka dan x terlalu complicated..
aku terpkse pergi..
dgn harapan satu hari nnt dia akn kmbali..
mgkin tuhan x mau tmukan kite skrg kerana bnyk mudaratnya..
smoga tuhan temukan kami pd masa yg sesuai...
semoga Allah makbulkan doa2 ku..

Tanpa Nama berkata...

xpelu bsedih..yakinla..ada yg teristimewa utkmu...

Tanpa Nama berkata...

idup mmg terasa indah bila dicintai&mencintai...

asha nadya berkata...

hargailah owunk yg menyayangi anda,,kerna anda seorg yg beruntung..

Tanpa Nama berkata...

puisi mmpu merangkan ini jugalah perasaan yg kurasakn saat kau tngglkn aku untk kali yg ke-2...sdngkn aku tdk prnh mmpu untk mmbuang kau dr hati ni..patah lag mmbnci dn mlupakan dirimu..istkhrah tlh aku lkukan..dan trnyata hati aku msh lag cndrung pada kau...ape yg mmpu aku lkukn skrg hnya lah pasrah dgn tkdi tuhan..hanya Dia yg mngetahui sgla2nya.

diney berkata...

sdehnya..=(

Tanpa Nama berkata...

HMM sungguh menyayat hati ini..

SARTIKA FAISAL berkata...

ya Allah ini kisahQ jg...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.